04 💚 WANITA MERANGKAK
Selesai makan tengahari maka mereka pun pulanglah. Sylvan pula, sudah kekenyangan. Si bunian terasa malas pula nak sambung bertugas. Nalurinya yakin mengatakan bahawa suasana di Eplé hari ini baik-baik sahaja. Jadi apa kata melepak di Bar Kecil Yyscadtobleron?
🍻
"Pecah lagi?"
Dahi pemilik bar itu berkerut.
Beryl di tingkat bawah. Menyapu gelas kaca yang pecah. Pelik. Aneh. Hairan.
Siapa yang memecahkan gelas kacanya?
Adakah jelmaan wanita puaka yang hadir di alam mimpinya melakukan semua ini?
Eh?
Tiba-terasa meremang tengkuknya.
Saat sedang menyapu tiba-tiba ternampak kelibat bayang hitam di sebalik kaunternya?!
Gila?!
Beryl mula terasa seram sejuk apabila teringat akan mimpinya. Kelibat bayang itu muncul?
Adakah ia berkaitan. Walaupun siang. Suasana sunyi di ruang ini mampu membangkitnya suasana seram.
Beryl tak akan lupa mimpi tidur tengaharinya tadi.
Seorang wanita berambut hitam terjurai sedang duduk di atas meja kaunternya. Mata hijaunya begitu galak merenung dirinya.
"Sylvan?"
Beryl berkerut? Oh, ya? Entah-entah Sylvan? Tak guna. Mesti Sylvan nak kenakannya?
Aku dah belanja dia mencekek dia nak kenakan aku?
Hmmmm....
Tolonglah!
Sylvan di tingkas atas. Bila pula dia turun?
Jadi? Kelibat bayang siapakah itu?
Kelibat hitam tiba-tiba pantas melintas di sisi Beryl!
Beryl merasai kehadirannya.
Kreeekk...
Bunyi pintu bilik bawah tanahnya kedengaran. Ia terbuka. Seolah-olah ada sesuatu yang membukanya.
Sesuatu telah masuk ke bilik itu. Bilik yang menyimpan segala tempayan kayu yang mengandungi pemerapan jus epal berakohol. Cider.
Err, benda-benda macam ni suka tempat gelap dan sunyi kan?
Tapi siapa?
Apakah benda itu?
Siapa?
Beryl tidak sempat melihat siapakah si gerangannya.Tiada bunyi telapak kaki langsung. Tak mungkin itu Sylvan. Kasut but Sylvan sendiri berbunyi dengan begitu kuat ketika melangkah.
Ehhh.. melangkah tanpa bunyi? Benda-benda macam ni tak jejak tanah kan? Tak kisah walaupun dia merangkak, merayap ataupun melompat?
Tetapi betul ke wanita puaka wujud?
Sejak bila Beryl skeptik? Duduk di Ghais Lavanark mana boleh tak percaya semua ni. Kuasa magis dan sihir kegelapan di mana-mana. Ia berleluasa. Makhluk ghaib pula bersepah-sepah. Pelbagai spesis ada.
Tapi apakah benda itu? Cuma kelibat bayang yang kelihatan. Bayangan yang seolah-olah merangkak.
Beryl terdiam seketika sambil merenung bilik bawah tanahnya.
Bayang gelap?
Merangkak?
Maksudnya.........
Wanita yang merangkak bersama rambut yang terjurai?!
Gila?!
Beryl tersengeh seperti kerang busuk. Ketawa kecil walaupun cemas.
"Hebat betul imaginasi aku."
Beryl menghembuskan keluhan kasar.
Merepek.
Beryl mengambil keputusan untuk memeriksa apakah yang berada di tingkat bawah itu.
Pintu bilik bawah tanah dibuka dengan lebih luas. Suramnya.
"Ada sesiapa ke?"
Beryl bertanya walaupun dirinya berharap tiada sesiapa akan menjawab.
Gelap. Suram. Hanya diterangi cahaya apabila pintu itu dibuka. Sekiranya pintu ditutup, kamar bawah tanah itu akan gelap gelita. Pandangan mata hanya mampu melihat warna hitam.
Beryl memijak anak tangga. Satu anak tangga dipijak.
Kreekkk..
Macam dalam cerita seram pulak. Apa yang pijak semua berbunyi.
Matanya memerhati seluruh ruang gelap bilik bawah tanah itu.
Tiada apa-apa.
Satu anak tangga dipijak sekali lagi dan dirinya berhenti melangkah.
Rasanya tak ada apa-apa? Sah permainan ilusi. Sekali lagi Beryl cuba merenung.
Berdiri pada tangga sahaja. Kali ini dia merenung pada bawah meja? Tepi rak? Sebalik tempayan-tempayan diteliti dari jarak yang jauh.
Apa?
Biji mata Beryl tiba-tiba terbuntang luas. Di sebalik tempayan kayu. Ada sesuatu.
Jantung Beryl mula berdegup lebih laju.
Wujud sepasang mata hijau yang galak memerhati Beryl di sebalik beberapa tempayan kayu besar. Wanita yang merangkak itu bersembunyi di ruang yang gelap. Tubuhnya tak kelihatan. Barangkali kerana tubuhnya dilitupi dengan rambut hitam yang panjang dan juga ruang yang gelap.
Beryl berkerut. Biji matanya cuba merenung lebih dekat lagi. Apa bendanya tu? Tak jelas dilihat dari jauh.
Beryl memijak lagi satu anak anak tangga. Mata itu masih merenung Beryl. Berdebarnya. Sungguh berdebar. Beryl cemas dan berdebar.
"Beryl..."
Sylvan menepuk bahu Beryl.
Lembut.
Berenjut bahu Beryl. Terperanjat! Wajah pucatnya pantas menoleh pada Sylvan.
Sylvan berkerut. Kenapa dengan Beryl? Pucat lesi semacam.
Bodoh Sylvan, nak bunuh aku ke?!
Gumam Beryl dalam hati.
Beryl kemudian menoleh semula pada ruang bawah. Disebalik tempayan kayu itu. Wanita berpuaka yang merangkak itu sudah tiada. Barangkali melarikan diri.
Sylvan masih merenung Beryl lagi. Terkebil-kebil. Kenapa dengan Beryl?
Beryl kemudian menoleh pada Sylvan. Masih lagi pucat. Namun reaksi wajahnya kini bertukar bengang.
"APA?!!"
Beryl tiba-tiba menengking. Geram. Terlepas peluang nak tau apakah benda merangkak di bilik bawah tanahnya.
Sylvan berkerut seribu. Apahal Beryl ni? Dahlah lambat berikan respon, tiba-tiba menjerit.
Beryl menghembuskan keluhan. Rambut merah burgundynya dilurutkan kebelakang. Menolak tubuh Sylvan ketepi. Lelaki itu kemudian melangkah naik, meninggalkan ruang bawah tanahnya.
Sylvan mencebik. Gila. Marah ke belanja aku makan? Kata tak kisah.
"Apa kau nak cakap tadi?"
Tanya Beryl. Kali ini nada suaranya biasa-biasa sahaja. Mungkin sudah bertenang.
Sylvan membuat muka meluat. Tiba-tiba bertukar angin. Bunting apa Beryl ni?
Beryl mencapai botol kaca. Susu segar yang baru dibeli di Kafe Antasia. Mahal. Katanya daripada perkampungan Sunnyi. Perkampungan yang kaya dengan dusun dan ladang ternakkan. Sahaja tukar selera. Asyik minum air berakohol sahaja. Apa salahnya minum susu.
Air botol kaca susu segar dibuka dan dituang ke dalam gelas.
"Kau nak kata apa tadi Sylvan?"
Tanya Beryl sekali lagi apabila menyedari Sylvan mendiamkan diri. Apa kecil hati ke ditengking?
"Oh, ya! Perut aku sakit sangatlah. Kenapa, ya?"
Sylvan menepuk-nepuk perutnya.
Beryl membuat muka meluat? Itu pun nak mengadu pada dia?
"Pergilah buang air."
Beryl menjuihkan bibirnya ke arah tangga. Tandas ada di tingkat atas.
"Bukanlah! Sakit kali ni terasa sungguh bisa."
Sylvan mengusap perutnya.
"Lain macam."
"Bisa? Macam merenggang ke?"
Tanya Beryl.
"Ah, ya! Lebih kurang begitulah."
Beryl tersengeh.
"Ada anak dalam tu. Sebab itulah merenggang."
Beryl tersenyum sinis.
"Anak siapa? Anak kau?"
Sylvan membuat muka meluat. Orang minta pendapat buat gurau bodoh.
Beryl tersedak. Gila! Baiklah, maaf. Nampak sangat perut Sylvan sakit.
"Kau buat apa tadi kat atas? Baring ke?"
Beryl menongkat kepalanya. Siku diletak diatas kaunter. Jari-jemarinya memegang gelas kaca yang diisi dengan air susu segar.
"Woh! Macam mana kau tahu?"
Sylvan kagum. Beryl tahu dirinya baring tadi tanpa melihat?
"Tak akan aku tahpu kalau perut kau tak bisa. Dah melantak baring. Memanglah bisa!"
"Ohhh! Baru tau."
Jari-jemarinya mengusap dagunya. Rupanya selepas makan tak elok baring.
"Cuba tengok aku, perut sihat. Minum banyak manapun rata."
Beryl menjongketkan keningnya. Gelas kaca diletakkan pada bibirnya.
"Perut aku pun rata. Perasan."
Sylvan berbisik perlahan. Beryl ada penyakit suka puji diri sendiri. Menyampah.
Beryl kemudian menghirup air susu segar. Tiba-tiba dahi Beryl berkerut.
Dipaksanya untuk menelan yang sudah termasuk ke dalam mulutnya.
Gelas diletak kasar pada atas meja kaunternya. Baki susu di dalam gelas habis terpercik keluar.
"Apa ni?! Tak sedap langsung!"
Beryl mengesat bibirnya dengan belakang telapak tangannya. Ini pertama kali dirinya minum susu segar asli. Rasanya macam ...... errgggh.. Tak suka.
"Apa ni Beryl, tak pandai minum susu. Macam mana nak membesar."
Sylvan mengejek Beryl. Padan muka.
"Rasanya teruk! Tekak aku tak boleh terima."
Beryl merenung botol kaca air susu tersebut. Tak guna. Membazir betul duit aku.
"Teruk sangat ke?"
Tanya Sylvan. Pelik. Susu coklat minum, susu asli tak minum.
"Hmm, tak lah teruk sangat. Aku rasa teh kundur lagi teruk."
Beryl membuat perbandingan.
"Apa ni? Teh kundur sedaplah. Aku suka. Kau tak tahu menghayatinya."
"Nak hayati macam mana? Rasa dan bau menyengat sampai ke dalam lubang hidung. Melekat kat tekak."
Si lelaki berambut merah mempamerkan ekspresi jijik.
"Apa kata kita minum Cider."
Selamba Sylvan mencapai botol air Cider yang tersusun di atas kaunter.
"Tak boleh..."
Beryl merampas botol air kaca itu.
"Alahai, kenapa?"
Sylvan tak puas hati.
"Perut kau bisa. Jagalah kesihatan. Ini minuman detox"
Beryl berikan alasan.
Sylvan menjongketkan keningnya. Beryl ambil berat tentang kesihatan aku? Sejak bila?
Banyak cantik, melantak banyak tengahari tadi sampai aku tak mampu nak buat pesanan! Ada hati nak minum percuma.
🍶🍷
Graig, si siluman itu merenung dari jauh. Bar Kecil Yyscadtobleron. Jadi, kekasihnya telah pergi ke sana.
Ya, mata-mata kucing di Eplé mampu melihat ke mana kekasihnya pergi. Mereka telah memudahkan kerja pencarian isterinya.
Dengan perasaan marah dan sakit hati. Graig melangkah menuju ke arah bar tersebut.
Siapakah yang berani mengambil haknya?!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro