02 💚 MATA HIJAU YANG MEMERHATI
Daerah Eplé, Bar Kecil Yyscatobleron
Ahad, 13:25
Beryl di dalam kamar tidurnya. Hari ini merupakan hari yang indah. Cuti.
Selaku pemilik bar di Eplé. Hari ahad merupakan hari yang paling istimewa.
Beryl pula masih terbaring meniarap di atas katilnya yang empuk sambil memeluk erat selimutnya.
Pak!
Seseorang mengetuk kepala Beryl.
"Apa kau buat gila?"
Beryl menjeling si pegetuk kepalanya.
Siapa lagi kalau bukan Sylvan. Sahabat buniannya.
"Aku nak bangkitkan kau daripada alam mimpi!"
Beryl berdecit. Tak puas hati. Si lelaki berambut merah menutup mukanya dengan selimut.
"Bagunlah! Anak dara apa tidur sampai ke tengahhari."
Sylvan membebel sambil menarik selimut Beryl.
"Aku bukan anak daralah bodoh."
Ujar Beryl dalam nada dingin sambil merentap semula selimutnya menyebabkan tubuh Sylvan tertarik ke hadapan.
"Aku anak teruna yang sudah berpunya."
Beryl mengakhiri kata-katanya bersama senyuman nakal. Dengkuran kembali kedengaran.
"Bangunlah Beryl! Aku sudah lapar!"
Si Sylvan terus menarik lagi selimut Beryl.
"Pergilah berambus mencekek sana."
Beryl masih lagi menggenggam erat selimutnya. Sylvan pula masih terus menarik. Tak guna betul bunian ni. Ganggu betul! Datang ke kamar tidur orang buat hal.
Eh, sekejap?
"Macam mana kau boleh masuk bilik aku?"
Tangan Beryl yang menggenggam selimutnya erat dilepaskan sehinggakan tubuh Sylvan hilangan keseimbangan dan terus tersandar pada dinding. Mujur tak jatuh.
"Kau pecah masuk ke?!"
Marah Beryl. Terus bangun dari katilnya.
"Mana ada! Tadi kau bukakan aku pintu."
Sylvan melenting. Pelupa betul. Dia yang bukakan pintu. Sylvan yang dituduh pecah masuk.
Dahi Beryl berkerut. Aku bukakan pintu? Bukan aku membuta ke sepanjang pagi? Jambang halus merah burgundynya diusap sambil berfikir.
"Kau ada buka Beryl. Kau kata kau dengar bunyi sesuatu di bawah dan kau ingin melihatnya. Sebaik sahaja pintu dibuka kau naik semula ke atas dan sambung beradu."
Sylvan bercerita dengan dialek bakunya sambil memutarkan bola mata birunya. Belum tua lagi sudah nyanyok.
"Ah? Aku tidur berjalan ke?"
Beryl mengerutkan dahinya.
"Ya, mungkin. Ketika kau bukakan pintu sebentar tadi wajah kau tidak ubah seperti mayat hidup. Mujur aku tidak pengsan."
Sylvan berseleroh.
Lama Beryl berfikir. Bagaimana dirinya boleh turun ke tingkat bawah dan bukakan pintu? Bunyi sesuatu? Sylvan datang kebetulan sewaktu dirinya turun. Oh, ya!
"Sylvan, aku teringat! Aku mimpi pelik tadi. Ada perempuan rambut panjang duduk kat bawah."
Beryl tiba-tiba teringat mimpinya.
"Siapa? Cinta kau ke?"
Sylvan berkerut membuat muka bosan.
"Bukan! Ini perempuan lain. Perempuan tu duduk dekat atas kaunter bar. Mata dia hijau sangat. Rupa dia agak seram. Dalam mimpi tu dia pandang je aku."
Beryl berusaha mengimbas kembali mimpinya.
Dahi Sylvan berkerut.
"Seramnya mimpi kau. Itulah tidur tengahari lagi.
Selepas tu apa yang berlaku?"
Sylvan tertarik dengan cerita mimpi Beryl.
"Lepas tu aku terjaga sebab dengar bunyi apa tah kat bawah. Bunyi gelas pecah. Itu yang aku bangun agaknya. Jadi aku turun ke bawah nak tengok siapa di bawah. Rupanya kau datang."
Beryl membuat muka meluat.
"Gelas pecah? Jadi benarlah. Aku sudah tolong sapukan. Tunggu kau bangun lambat sangat."
Sylvan tersenyum bangga.
Siapa yang pecahkan? Itu tidak menjadi soalannya. Tetapi yang menjadi persoalannya ialah...
"Baiknya kau? Ada apa-apa ke ni?"
Beryl tersenyum sinis sambil menjongketkan keningnya memandang Sylvan.
"Semestinya, aku tidak mahu lewat untuk makan tengahari."
"Apa kena mengena?"
Beryl terpinga-pinga.
"Beryl, kau janji nak belanja aku makan hari ni. Lupa ke?"
Si bunian berambut putih mempamerkan ekspresi tidak puas hati.
"Oh, yelah! Aku lupa!"
Beryl menepuk dahinya.
"Sampai hati."
Ujar Sylvan pura-pura sedih.
Baiklah janji harus ditepati.
Beryl terus membuka bajunya.
"Aku nak mandi. Kau tolong kemas katil aku."
Selamba Beryl berikan arahan.
"Malas!"
Sylvan terus melompat ke atas katil Beryl.
"Ahhhhh... patutlah liat nak bangun."
Beryl mengangkat selimutnya di atas lantai dan melibas kepala Sylvan. Sylvan membiarkannya. Lagi selesa adalah apabila ditutupi selimut.
"Aku selesai mandi dah kemas."
Beryl mencapai tuala mandinya dan terus bergerak ke bilik air.
"Baik tuannnn!"
Ujar Sylvan pula. Hari ni nak pesan mahal-mahal. Bunian itu tersenyum dengan lebar.
💓
"Makan tengahari besar-besaran!"
Sylvan bersorak riang!
Sylvan dan Beryl melangkah keluar daripada pintu utama Bar Kecil Yyscadtobleron.
"Jadi kita nak makan mana?"
Tanya Sylvan teruja.
"Entah. Kau fikirlah."
Jawab Beryl selamba. Pintu utama barnya dikunci.
"Mana-mana ya?"
Sylvan tersenyum sinis.
"Asalkan di Eplé."
Sylvan tersenyum manis. Dia tahu di mana. Yang termahal di Eplé.
Maka dua sahabat itu pun berlalu pergi.
Tanpa disedari. Di dalam bar kecil itu. Sepasang mata hijau sedang galak memerhatikan mereka dari dalam. Nampaknya ia terkurung. Ia benar-benar hadir. Bukan sekadar hadir di dalam mimpi Beryl.
***Okay guys. Terasa noob penulisan saya. Haha. Tak tau macam mana boleh ramai yang request story ni dipublish semula. Korang baca jelah ye. Saya pun tak tau nak edit macam mana lagi. 😂 Don't forget to vomments!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro