Bab 5: Pengikat Aku Dan Dia.
HANIF Memandang banglo milik keluarga bekas mertuanya dari jauh.
Dia tiba-tiba teringatkan apa yang diceritakan Nina kelmarin.
"Kenapa aku ada dekat sini?. Diakan dah ada pengganti." Tuturnya sendiri.
Namun kata-kata Ibu dan adiknya minggu lepas kembali menerjah kotak fikirannya.
Sampai bila Along nak macam ni?. Along tak nak jumpa Sofea ke?.
Along bukan tak boleh. Tapi Along ego. Mak kenal Along. Along anak Mak.
Dia menghela nafas panjang, seraya bersandar pada kerusi. Gambar Sofea yang dijadikan wallpaper telefon pintarnya dipandang lama.
Tidak tahu mengapa rasa sebak tiba-tiba menguasainya.
"Ayah tak kuat sayang." Tuturnya sayu.
Dia meletak telefon pintarnya dan kembali memandang kearah rumah Dato' Rashid.
Matanya menangkap sosok Armell bersama dengan seorang lelaki yang tidak dapat dia lihat dengan jelas wajahnya kerana terlindung oleh tiang. Lelaki tersebut kelihatan sedang mendakap Sofea.
Dari gaya dan cara lelaki itu. Dia dapat memastikan kalau ia bukanlah Dato' Rashid.
Kata-kata Nina sekali lagi menerjah ingatannya.
Lepastu aku ada dengar lelaki tu bahasakan diri dia Ayah masa dia tengah main dengan anak kau.
Matanya beralih kewajah Armell. Wajah itu terlihat bahagia.
Tanpa sedar tangannya menggepal penumbuk. Rasa cemburu menguasai dirinya.
Hatinya merasa sakit. Apatah lagi apabila melihat lelaki tersebut mencium Sofea yang sudah pun berada ditangan Armell.
Dia cuba untuk melihat wajah lelaki itu. Tetapi kerana letak keretanya yang jauh menghalangnya dari melihat lelaki tinggi itu.
***
SEBAIK Honda Accord hitam milik Tengku Ashraf hilang dari pandangan matanya. Armell berpaling.
"Armell Adriana!."
Armell terkedu saat mendengar suara yang sangat familiar ditelinganya itu. Langkahnya terhenti. Perlahan dia membalikkan tubuhnya memandang kebelakang.
Jantungnya bagai mahu pecah, apabila melihat sosok Hanif dihadapannya. Air matanya bergenang serta-merta.
Dia segera berpaling mahu pergi.
"Saya datang sini nak jumpa anak saya!." Hanif bersuara dalam nada tinggi.
Dia menghentikan langkahnya.
"Maaf. Saya tak boleh bagi dia jumpa awak. Pada saya Ayah Sofea dah tak ada." Tuturnya tanpa menoleh pun kearah Hanif.
Hanif terkedu mendengarnya. Namun dia tetap cuba untuk bersangka baik.
"Apa maksud awak Armell?." Tanya Hanif.
"Rasanya tak perlu kot nak jelaskan. Sebab awak pun dah fahamkan sebenarnya." Tuturnya. Seraya melangkah ingin pergi.
"Armell Adriana!!." Teriak Hanif.
Langkahnya terhenti. Dia melihat Pak Mail, seraya menyerahkan Sofea kepada Pak Mail dan disuruh bawa kedalam.
AIR Mata Hanif sudah mulai bergenang. Dia memandang Armell penuh harapan.
Armell menoleh kearahnya. Kelihatan air jernih dibahagian kelopak mata wanita itu.
"Saya nak jumpa anak saya. Armell." Rayunya.
"Kenapa baru hari ni Hanif?. Dah dua bulan kita bercerai. Tapi tak pernah sekali pun awak datang tengok dia. Mana awak masa dia perlukan awak Hanif?." Soal Armell bertalu-talu.
Dia terkedu mendengarnya. Apa maksud Armell?. Dia tidak mengerti. Adakah selama dua bulan ini. Sofea sakit?. Tapi. Kenapa tiada yang memberitahunya?.
"Awak sibuk sangat dengan perempuan tu. Sampai awak terlupa Sofea kan?. Dan hari ni awak tiba-tiba datang sini, bagitahu saya yang awak nak jumpa anak awak. No! Hanif!!" Luah Armell mengalirkan air mata.
"Saya tak akan benarkan dia jumpa dengan awak." Tambah Armell lagi.
Dia terkedu. Air matanya perlahan keluar dari kelopaknya.
"Apa maksud awak Armell? Awak cuba nak putuskan hubungan dia dengan saya ke?." Tanya dia sayu.
Armell membuang pandangan kearah lain.
"Yes." Jawab Armell sepatah.
Otot-ototnya terasa longgar saat mendengarnya. Dia menggeleng kepalanya berkali-kali. Air matanya mengalir deras membasahi pipinya.
"Tak Armell. Awak tak boleh buat saya macam ni. Saya mengaku saya salah sebab tak datang atau tanya khabar Sofea selama dua bulan ni. Tapi itu semua bersebab Armell." Ujarnya, seraya menundukkan kepalanya.
"Dan sebabnya ialah awak Armell... Percayalah cakap saya Armell. Sejak saya keluar dari rumah ni. Tak pernah satu hari pun yang saya lalui, saya tak ingatkan Sofea, saya tak rindukan dia. Saya Ayah kandung dia Armell. Dia perlukan saya." Luahnya lagi dengan rasa sebak.
AIR Mata Armell mengalir deras. Dia memandang Hanif tajam.
"Kalau awak tahu dia perlukan awak. Kenapa awak kena curang dengan saya?. Awak fikir Sofea akan terima ke Ayah macam awak?. Tak Hanif!. Dia pun akan rasa jijik dengan awak!, macam mana saya. Saya tak akan benarkan awak sentuh atau jumpa Sofea, bahkan melihat dia dari jauh pun. Saya tak izinkan." Ujarnya, seraya berpaling dan melangkah pergi meninggalkan Hanif.
HANIF Terdiam, membiarkan sosok Armell pergi meninggalkannya. Air matanya terus mengalir deras. Sungguh ini bukan apa yang dia mahukan.
_
HANIF Terjaga dari tidurnya. Dia melihat jam diatas meja kecil sebelahnya, menunjukkan pukul lima pagi. Dia kembali berbaring dan memandang syiling atap biliknya. Kejadian semalam kembali menerjah ingatannya.
Kata-kata Armell terngiang-ngiang ditelinganya.
Awak fikir Sofea akan terima ke Ayah macam awak?. Tak Hanif!. Dia pun akan rasa jijik dengan awak!, macam mana saya. Saya tak akan benarkan awak sentuh atau jumpa Sofea, bahkan melihat dia dari jauh pun. Saya tak izinkan.
"Sofea." Getusnya perlahan. Air matanya mulai bergenang.
***
SELESAI Menunaikan solat tahajjud. Hanif menadahkan tangannya berdoa. Air matanya tidak berhenti mengalir sejak tadi.
Ya, Allah. Kau ampunilah segala dosaku. Kau tunjukkanlah aku jalan yang benar. Kau jauhkanlah aku dari tipudayanya.
Ya, Allah. Jika melupakannya adalah kekuatan aku untuk menempuhi semua ini. Aku redha seandainya rasa cinta ini pudar buat selamanya..
Dia menundukkan kepalanya kerana terlalu sebak. Air mata menitis membasahi tangannya.
Ya, Allah. Kau dekatkanlah aku dan anakku Puteri Sofea. Kerana aku benar-benar merindukannya Ya, Allah...
Wajahnya ditekup dengan kedua tangannya. Dia tidak mampu menahan rasa sedih yang menguasainya malam itu, tierhinjut-hinjut bahunya menahan sebak.
USAI Berdoa. Dia membuka songkoknya dan bersandar pada katil.
"Kenapa awak buat saya macam ni Armell?. Sakit berpisah dengan awak pun masih belum lagi sembuh. Kenapa awak kena tambahkan lagi rasa sakit saya?." Tuturnya sendiri.
Air matanya terus mengalir deras.
"Kenapa awak nak kena pisahkan saya dengan anak saya Armell?."
_
ARMELL Melabuhkan punggungnya dikerusi berhadapan dengan Dato' Rashid.
"Ada apa Daddy nak jumpa Mell?." Tanya dia.
Dato' Rashid membuka kacamatanya dan meletakkannya di atas meja. Beliau berdehem sedikit dan menyatukan kedua tangannya diatas meja.
"Ada perkara Daddy nak tanya pada Mell." Tutur Dato' Rashid.
Macam serius je. Getus hatinya.
"Apa dia?." Tanya dia.
"Semalam masa Daddy balik. Daddy terserempak dengan Hanif. Daddy nampak dia menangis. Mell ada jumpa dia?. Apa yang dia nak dan apa yang Mell dah cakap pada dia sampai dia menangis macam tu sekali?." Tanya Dato' Rashid bertalu-talu.
Air matanya mulai bergenang apabila mengingatinya.
"Dia nak jumpa Sofea. Tapi Mell tak kasi." Tuturnya.
Berkerut dahi Dato' Rashid saat mendengarnya.
"What?. Kenapa Mell buat macam tu?." Tanya Dato' Rashid tidak mengerti.
Armell membuang sekilas pandangan kearah lain. Air matanya sudah tidak mampu ditahan lagi.
"Sebab Mell dah move on Daddy. Dan Mell nak Sofea sama-sama move on dengan Mell. Kami tak perlukan dia." Tutur Armell.
"Astaghfirullahaladzim...." Dato' Rashid beristighfar, sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Mell sedar tak apa yang Mell dah buat?. Mell cuba pisahkan dia dengan anak dia Mell." Ujar Dato' Rashid.
Armell semakin sebak.
"Daddy!.". Dia bersuara dalam nada tinggi.
Air matanya mengalir deras. Wajah Dato' Rashid dipandang sayu.
"Daddy dah terlupa ke dengan apa yang dah jadi dekat Mell?. Mell menderita Daddy selepas berpisah dengan dia. Dua bulan!. Dia langsung tak datang atau pun tanya khabar Sofea. Dan sekarang!, bila Mell dah mula nak lupakan dia. Dia tiba-tiba datang nak jumpa Sofea. Daddy rasa?. Mell tak boleh nak tengok muka dia Daddy. Setiap kali Mell tengok muka dia. Mell teringat apa yang dia dah buat pada Mell. Tolonglah Daddy... Mell nak move on. Mell nak lupakan dia." Luah dia sebak.
Dato' Rashid menghela nafas panjang.
"Maafkan Daddy kalau kata-kata Daddy agak kasar. Tapi Daddy tak nampak Mell cuba move on dekat sini. Sebab apa yang Daddy nampak. Mell cuba untuk larikan diri dari masalah." Tutur Dato' Rashid.
Armell mengeluh kecil, seraya tunduk menekur lantai. Air mata terus mengalir membasahi pipinya.
Dato' Rashid meraih tangan anak sulungnya itu.
"Mell... Dia mungkin bukan lelaki yang baik untuk Mell. Tapi dari mata kasar Daddy. Daddy yakin. Dia seorang bapa yang baik untuk Sofea. Jangan pisahkan mereka Mell." Tutur Dato' Rashid lembut.
Armell mengangkat pandangannya memandang wajah Dato' Rashid. Air matanya mengalir lagi.
"Tapi Mell tak kuat Daddy. Mell tak nak nampak lemah depan dia." Tuturnya sebak.
Dato' Rashid turut merasa hiba melihat keadaan anak sulungnya itu. Dia memegang pipi Armell dan mengusap air mata anaknya itu.
"Mell. Dengar cakap Daddy. Move on, bukan bermakna melarikan diri atau menjauhkan diri. Tapi berhadapan dengan dia. Ya. Memang sakit pada permulaannya. Tapi lama-lama sakit tu akan hilang. Percayalah cakap Daddy." Tutur Dato' Rashid.
Armell menundukkan kepalanya.
"Mell faham tak maksud Daddy?." Tanya Dato' Rashid.
"Faham Daddy." Jawabnya didalam tangis.
Dato' Rashid tersenyum. Dia mengusap kepala anaknya itu.
"That's my girl. Daddy akan selalu doakan kebahagiaan Mell." Tuturnya tulus.
Armell tersenyum.
"Thank you Daddy." Tuturnya.
DATO' Rashid tersenyum. Namun jauh disudut hatinya. Dia turut merasa kasihan melihat anaknya itu.
Ya, Allah... Kau berikanlah yang terbaik untuknya. Kerana sesungguhnya, hanya engkau yang mengetahui apa yang terbaik untuknya. Doanya didalam hati.
_
TENGKU Ashraf mengerutkan dahinya pelik melihat Hanif yang sedang termenung sendiri dimeja makan.
"Macam ada masalah je dia ni. Patut ke aku pergi tanya?." Getusnya perlahan.
Eh... Kejap. Ini bukan busybody kan?. Lagipun Ayahnda ada pesan untuk ambil tahu hal kebajikan staf. Diakan staf aku. Benaknya.
Dia membetulkan tali lehernya sebelum, melangkah menghampiri meja makan Hanif.
Ehem... Dia berdehem untuk menyedarkan Hanif.
HANIF Mendongak, memandang Tengku Ashraf.
"Tengku." Gumamnya. Seraya menolak kerusi kebelakang, mahu berdiri. Namun segera dihalang Tengku Ashraf.
"It's ok." Kata Tengku Ashraf.
Hanif menunduk dan kembali menarik kerusinya kehadapan.
"Boleh saya join awak?." Tanya Tengku Ashraf.
Berkerut sebentar dahi Hanif. Namun dia segera berkata.
"Sure. Duduklah..." Tuturnya.
***
"HANIF." Tengku Ashraf bersuara.
Hanif memandang wajah majikannya.
"Urm... Boleh saya tanya sikit?." Tanya Tengku Ashraf meminta izin terlebih dahulu.
Kedengaran seperti soalan bodoh kerana tidak mungkin Hanif berkata tidak. Namun dia tetap mahu menunjukkan rasa hormat kepada Hanif, meskipun dia ialah majikan.
Macam serius je. Nak tanya apa ni?. Benak Hanif.
Hanif mengangguk tanda mengizinkan.
Tengku Ashraf tersenyum.
"Sebenarnya saya selalu perhatikan awak." Tutur Tengku Ashraf.
Berkerut dahi Hanif mendengarnya.
"Tak.. Awak jangan salah faham. Saya cuma ambil berat tentang staf saya. Saya memang dah banyak kali nampak awak termenung sendiri. Tapi sejak kebelakangan ni, saya rasa saya makin kerap pulak nampak awak termenung. Tadi pun saya nampak awak termenung dekat meja makan ni." Jelas Tengku Ashraf panjang lebar.
Hanif terdiam.
"Are you ok?. Awak ada masalah ke?." Tanya Tengku Ashraf.
Hanif menghela nafas panjang. Dia kemudian tersenyum.
"Tak ada apalah Tengku. Saya termenung biasa je tu. Merenung masa depan..." Tuturnya dalam nada bergurau.
Tengku Ashraf tertawa kecil.
"Cakap pasal masa depan. Saya pun rasa saya dah boleh merenung masa depan sayalah sekarang." Tutur Tengku Ashraf yang mula selesa dengan Hanif.
Hanif mengerutkan dahinya.
Tengku Ashraf termenung.
"Berkahwin... Ada anak..." Tutur Tengku Ashraf tanpa memandang wajah Hanif.
Wajah Armell dan Sofea terbayang dimata Hanif. Rasa sedih kembali menguasainya, namun dia sedaya upaya cuba menyembunyikannya dari Tengku Ashraf.
"Saya tak sabar nak tunggu saat tu..." Tutur Tengku Ashraf, seraya memandang Hanif.
Hanif tersenyum.
"Tengku dah ada calon ke?." Tanya dia.
Tengku Ashraf terdiam sejenak.
"Ada. Tapi saya tak sure dia nak saya ke tak." Tutur Tengku Ashraf.
"Tak kan lah dia tak nak. Tengku dah lah handsome, kaya, baik pulak tu." Tutur Hanif.
"Awak tengah bodek saya ke macam mana ni?." Tanya Tengku Ashraf.
"Tengku rasa?." Hanif menjungkitkan sebelah keningnya.
Tengku Ashraf terdiam.
Hanif tertawa kecil.
"Tak adalah Tengku. Saya maksudkan apa yang saya cakap. Saya yakin dia mesti suka Tengku, cuma malu nak mengaku je tu. Biasalah... Perempuan." Tutur Hanif yang lebih berpengalaman dalam cinta.
Tengku Ashraf mengangkat sebelah keningnya.
"Awak ni bercakap macam berpengalaman je." Tutur Tengku Ashraf mengusik.
Berpengalaman?. Hmm... Dan disebabkan pengalaman itulah saya sedar siapa diri saya sebenarnya. Kata Hanif didalam hatinya.
_
ARMELL Termenung melihat nasi didalam pinggannya.
Tengku Ashraf yang sedari tadi melihatnya, berdehem cuba untuk menyedarkannya.
Namun Armell masih dalam khayalannya.
"Mell..." Dia bersuara.
Armell segera tersedar. Dia memandang Tengku Ashraf.
"Are you ok?." Tanya Tengku Ashraf.
Armell menghela nafas panjang, seraya berkata.
"Entahlah Abang."
Berkerut dahi Tengku Ashraf melihatnya.
"Kenapa ni?." Tanya Tengku Ashraf.
Armell memandang wajah Tengku Ashraf.
"Haritu bekas suami Mell datang rumah."
"What?." Spontan Tengku Ashraf bertanya.
"Dia nak apa datang sana?." Tanya Tengku Ashraf emosi.
Air mata Armell mulai bergenang.
"Dia nak jumpa Baby Sofea. Tapi Mell tak bagi sebab Mell nak move on. Mell tak nak tengok muka dia lagi." Tutur Armell.
Tengku Ashraf terdiam.
Air jernih mulai keluar dari kelopak mata Armell.
"Daddy terkejut bila dapat tahu Mell tak bagi dia jumpa baby Sofea. Daddy kata Mell tak patut pisahkan baby Sofea dengan Ayah dia. Lepastu Daddy kata Mell ni sebenarnya cuba lari dari dia, bukan move on." Cerita Armell sebak.
"Armell... I think your Dad is right. Mell tak boleh pisahkan dia dengan Ayah kandung dia." Ujar Tengku Ashraf.
Armell menyeka air matanya.
"Tapi Abang..." Dia cuba memberi alasan.
"Mell... Jangan larikan diri dari dia. Sebab, Mell akan nampak lemah, di mata dia. Mell kena berhadapan dengan dia dan tunjukkan pada dia yang Mell boleh hidup tanpa dia dan Mell tak tergugat langsung bila berhadapan dengan dia. Macam mana dia berani datang untuk berhadapan dengan Mell, macam tu juga Mell. Mell kena berani. Mell kena move on." Ujar Tengku Ashraf lembut.
"Macam mana kalau perempuan tu ada sekali masa Mell nak bawa baby Sofea jumpa dia?." Tanya Armell.
Tengku Ashraf terdiam.
"Mell tak kuat Abang..." Tutur Armell kembali mengalirkan air mata.
Tengku Ashraf menggenggam erat tangan Armell.
"Mell... Tolong jangan cakap yang Mell tak kuat. Abang kenal Mell. Abang tahu Mell kuat. Abang tahu Mell boleh." Tutur Tengku Ashraf.
TBC.
PS:
* My Broken English (Please DM Me)
_______________________________________Comment & Vote Please.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro