Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 44: Hilang Ingatan.

DATO' Rashid menghampiri Hanif dan Tengku Ashraf.

"Kenapa ni?." Tanya Dato' Rashid memandang Tengku Ashraf.

Tengku Ashraf menjeling sekilas kearah Hanif.

"Tak ada apa uncle. Salah faham sikit je." Ujar Tengku Ashraf.

Dato' Rashid beralih kepada Hanif.

"Hanif?. Kenapa kamu tak balik lagi?." Soalnya kepada Hanif.

Hanif menunduk. Matanya merah, bibirnya diketap geram, masih cuba menahan amarahnya kepada Tengku Ashraf.

"Saya.." Hanya itu yang keluar dari bibirnya.

"I yang suruh dia tunggu." Sampuk Ariana tiba-tiba.

Tengku Ashraf terkejut apabila Ariana bersuara seolah membela Hanif.

Dato' Rashid memandang kearah Ariana.

"Memang i yang ajak dia balik tadi, sebab i tak selesa lama-lama dekat majlis orang." Ujar Ariana, sambil menjeling sekilas kearah Tengku Ashraf.

Dato' Rashid berkerut dahi.

"Lagipun i bukannya tetamu yang diundang." Tambah Ariana. Kali ini dia memandang Tengku Ashraf

Tengku Ashraf pantas membuang pandangan kearah lain, seolah tidak mengenali Ariana.

Melihatnya. Ariana berbalik memandang kearah Dato' Rashid.

"Habistu kenapa tiba-tiba berubah fikiran?." Tanya Dato' Rashid.

Ariana memandang sekilas kearah Hanif yang masih menunduk.

"Tak ada apa. Cuma i baru terfikir yang Hanif sepatutnya tunggu dekat sini sampai dia tahu keadaan Sofea." Ujar Ariana.

Dato' Rashid manggut-manggut. Seraya memandang Tengku Ashraf dan beralih kepada Hanif.

"Sofea dah selamat." Ujarnya.

Hanif yang sedang menunduk. Pantas mengangkat kepalanya memandang Dato' Rashid. Bersinar matanya mahu mengetahui keadaan Sofea. Namun belum sempat pun dia bersuara, untuk bertanya.

"Jadi kamu dah tahu keadaan Sofea sekarang bukan?. Silakan balik." Ujar Dato' Rashid tegas.

Berubah air muka Hanif. Mata yang tadi bersinar, mulai berkaca. Dia segera menunduk kembali. Sakit. Rasanya seperti maruahnya sedang di injak-injak.

"Terima kasih." Ucapnya. Seraya berlalu tanpa memandang sesiapa pun.

Ariana yang turut terkejut tidak percaya dengan cara Dato' Rashid. Turut berpaling melihat Hanif berlalu.

"Hanif." Panggilnya cuba menghentikan Hanif.

Namun Hanif terus sahaja melangkah pergi, tanpa menghiraukan panggilannya.

Ariana berpaling kearah Dato' Rashid. Matanya memandang tajam wajah lelaki berusia itu. Seraya mengetap bibir geram. Jelingan turut dia berikan kepada Tengku Ashraf sebelum berpaling pergi, mengejar langkah Hanif.

***

"HANIF!" Teriaknya.

Ariana berjaya menjejaki Hanif yang sudah berada didekat kereta Pesona Hitam milik lelaki itu.

Dia melihat Hanif meletakkan kepala diatas lengan yang diletakkan atas kereta. (Faham ke tak?. 😥 Tak tahu lagi dah macam mana nak explain.)

Ariana memperlahan langkahnya, saat dia sudah hampir dengan Hanif.

"Hanif..." Panggilnya meleret.

Hanif mengangkat kepala, namun tidak memandangnya.

"I'm sorry." Tutur Ariana. Dia sendiri tidak tahu apa salahnya. Tetapi apa yang jelas sekarang dia merasa bersalah terhadap lelaki itu.

Hanif tidak membalas apa-apa. Air mata dikesat kasar dengan tangan. Seraya membuka pintu kereta dan terus masuk kedalalam perut kereta.

Membulat mata Ariana.

"Wait.. Wait... Wait.." Teriaknya. Seraya bergegas berlari memusing, pergi ketempat duduk sebelah pemandu. Takut-takut Hanif akan meninggalkannya.

_

SOFEA Telah selamat dibawa pulang kerumah. Dan sudah pun dibawa keatas oleh Mak Tam.

Tengku Ashraf, keluarganya, tetamu yang hadir tadi juga telah pulang. Sekarang yang tinggal hanya Asfira dan Marsha sahaja.

Asfira menghampiri Marsha yang sedang memerhatikan Dato' Rashid dari jauh.

"Sha." Sapanya melanggar perlahan bahu Marsha dengan bahunya.

Marsha menoleh kearah Asfira.

Asfira mengalihkan pandangannya, memandang Dato' Rashid.

"Kau rasa apa yang uncle cakap dengan Hanif tadi hah?." Tanya dia.

Marsha tersenyum.

"Kenapa kau nak tahu?." Soal Marsha sinis.

Asfira mengangkat sebelah keningnya, seraya menoleh kearah Marsha.

"Kau marah dekat aku lagi ke?." Tanya dia.

Marsha menyilangkan kedua tangannya kedada dan memandang kehadapan.

"Kau rasa?." Sinis Marsha bertanya lagi.

Asfira segera menunduk. Keluhan kecil dia lepaskan.

"Aku minta maaf... Aku tahu aku salah. Aku pentingkan ego aku dari perasaan Mell." Tuturnya.

"Baguslah kalau kau tahu." Balas Marsha acuh tak acuh.

Asfira berpaling, memandang Marsha.

"Tapi Sha. Kau salah kalau kau fikir aku tak tulus dengan Mell." Ujarnya.

Marsha memandang kearah Asfira.

"Aku ikhlas sayangkan Mell.. Pasal Hanif tu. Aku memang dah tak ada perasaan pun dekat dia.. Cuma"

Marsha mengangkat sebelah keningnya apabila Asfira tiba-tiba diam.

"Cuma apa?." Soalnya.

"Cuma aku tak nak Hanif rasa macam aku ni tolong dia.."

Marsha berkerut dahi.

Asfira segera menunduk.

"Aku tak nak dia fikir yang aku ni masih ada perasaan pada dia." Tuturnya perlahan.

"Seriously?. Habistu macam mana pula dengan perasaan Mell?. Kau tak fikir ke?." Soal Marsha.

Asfira memandang wajah Marsha.

"Macam aku cakap tadi. Aku salah sebab aku pentingkan ego aku dari perasaan Mell." Ujarnya.

Marsha merengus kasar, seraya membuang pandangan kearah lain.

"Aku minta maaf. Aku dah sedar sekarang. Tolonglah percayakan aku. Aku ikhlas sayangkan kau dan Mell." Tutur Asfira sayu.

Marsha memandang kearah Asfira. Lama dia merenung mata Asfira, sebelum tiba-tiba memeluk erat tubuh Asfira.

"Aku pun sayang kau As." Gumam Marsha mengalirkan air mata.

Asfira turut mengalirkan air mata. Pelukan Marsha dibalas erat.

Sedang mereka berdua berdrama disitu. Dato' Rashid datang menghampiri mereka.

"Ada apa ni?." Soal Dato' Rashid mencelah.

Terkejut mendengar suara Dato' Rashid. Asfira dan Marsha segera meleraikan pelukan. Mereka cepat-cepat mengeringkan air mata yang membasahi pipi dan kelopak mata mereka dengan tangan.

Dato' Rashid berkerut dahi.

"Ada apa-apa yang uncle terlepas ke?." Soal Dato' Rashid.

"Tak ada." Jawab Marsha laju. Sementara Asfira pula menggelengkan kepala.

Dato' Rashid manggut-manggut. Seraya melihat jam ditangan kanannya.

'10:40'

"Tidur sini ke?." Tanya dia.

Asfira dan Marsha berpandangan antara satu sama lain, apabila mendengar soalan Dato' Rashid.

"Boleh ke?." Soal mereka serentak.

Dato' Rashid tersenyum.

"Macam tak biasa pulak." Ujar Dato' Rashid  sambil berlalu masuk kedalam rumah.

Mereka berpandangan lagi. Mereka tetsenyum suka.

_
HANIF Masuk kedalam rumah.

"Along"

Belum sempat Huda bertanya apa-apa lagi.  Hanif terus melulu kebiliknya tanpa menghiraukan Huda.

Huda berkerut dahi apabila pintu bilik Abangnya itu dihempas kuat. Seraya berpaling kearah Ariana yang juga baru masuk kedalam rumah.

"Kenapa dengan Along tu Kak Ariana?." Tanya Huda sambil berjalan menghampiri Ariana.

Ariana laju menggeleng kepalanya.

"Dia pun tak nak cakap dengan i." Ujar Ariana.

"Apa dah jadi?. Korang pergi mana?." Tanya Huda.

Ariana meletakkan tangannya disebelah mulutnya.

"Majlis nikah Armell." Ujarnya berbisik.

"Apa?." Spontan Huda berteriak terkejut.

Ariana yang terkejut mendengar teriakan Huda itu, pantas menekup mulut gadis itu dengan tangannya.

Shh...

Dia melepaskan mulut Huda dan berkata.

"You janganlah bising!. Nanti Hanif marah i. Dia tak kasi i bagitahu you dengan Mak cik." Ujar Ariana masih dalam nada berbisik.

"Kejap. Saya tak fahamlah... Korang pergi sana buat apa?." Soal Huda.

"Panjang ceritanya Huda.. Tak kan habis satu malam, kalau i nak cerita semua dekat you." Ujar Ariana berseloroh.

"Kak Ariana. Please... Cerita lah.." Rengek Huda sambil memegang lengan Ariana.

Shh.. Pinta Ariana lagi sambil meletakkan jari telunjuk dibibirnya

"Okey. Tapi bukan malam ni okey. Nanti Along you tu dengar. Dia marah i." Ujar Ariana.

Huda tersengih.

"Okey. Tapi janji. Kak Ariana akan cerita nanti."

"Hmm..." Ariana mengangguk.

"Dahlah.. I masuk bilik dulu." Ujar Ariana, seraya berlalu.

Huda berkerut dahi.

_
TENGKU Ashraf yang sedang melangkah menuju kearah tangga, menghentikan langkahnya apabila melihat sosok Ayahnda-nya Tengku Abdul Aziz masuk kerumah.

"Ayahnda." Sapanya, menundukkan kepala.

Tidak menghiraukan dirinya yang tunduk, memberi hormat. Tengku Abdul Aziz terus sahaja berlalu, menuju kearah lif untuk terus kebilik.

Tengku Ashraf kembali mengangkat kembali kepalanya, dahinya berkerut. Dia tahu pasti Ayahnda-nya itu sedang marah dengan apa yang terjadi di majlis tadi.

CHE' Puan Latifah mendegus perlahan apabila melihat Tengku Ashraf dihadapan tangga. Dia segera berjalan menghampiri anaknya itu.

"Ash." Panggilnya terlebih dahulu, agar Tengku Ashraf tidak berganjak dari situ.

Tengku Ashraf menoleh kearahnya.

"Bonda." Gumam Tengku Ashraf.

Che' Puan Latifah berdiri tepat dihadapan Tengku Ashraf. Matanya merenung tajam kedalam mata anak tunggalnya itu.

"Apa nak jadi dengan Ash ni?." Soalnya bercekak pinggang.

TENGKU Ashraf mengeluh malas. Seraya membuang pandangan kearah lain.

"Ash tahu tak yang Ash dah malukan Mell dan keluarga dia tadi?!." Ujar Che' Puan Latifah memarahinya.

"Memang patut pun Ash buat macam tu." Ujarnya memandang kearah Che' Puan Latifah.

"Amboi... Sedapnya mulut bercakap. Memang patut Ash kata?. Ash tahukan keluarga kita dengan keluarga dia rapat macam mana!."

"Janganlah rosakkan hubungan keluarga kita dan nereka dengan perangai Ash ni!." Ujar Che' Puan Latifah, menunjal dadanya dengan jari telunjuk.

"Yang rosakkan hubungan keluarga kita.. Anak mereka si Mell tu... Bukannya Ash."

"Ash..." Meleret Che' Puan Latifah menyeru namanya.

"Dia tipu Ash Bonda..." Balasnya juga meleret.

"Tipu apanya?. Ash tahu dia janda kan?. Salah Ash yang tak pernah cari tahu siapa bekas suami dia." Ujar Che' Puan Latifah.

"Bonda. Ash pernah tanya dia samada dia kenal Hanif atau tak?. Tapi dia jawab tak Bonda."

Che' Puan Latifah terdiam mendengar jawapannya.

"Bonda masih lagi rasa dia betul ke?." Tanya dia lagi.

"Mungkin ada sebab kenapa dia tak nak cakap dengan Ash yang dia kenal Hanif.." Ujar Che' Puan Latifah.

Tengku Ashraf merengus kasar sambil memegang kepalanya sendiri.

"Bonda.. Bonda ingat tak yang Bonda pernah cakap dengan Ash. Yang Mell tu cuma nak gunakan Ash untuk move on dari bekas suami dia?."

CHE' Puan Latifah diam. Bagaimana dia boleh melupakannya. Sampai sekarang pun dia masih berfikir demikian. Namun dia kini merasa sesal kerana pernah mengatakan itu kepada Tengku Ashraf. Kerana pasti kata-katanya itu sedikit sebanyak meracun otak anaknya itu. Fikirnya.

"Sekarang ni Ash percaya apa yang Bonda cakap. Bonda tengok je lah tadi. Bukan main lagi dia menangis depanHanif tu. Hanif pula siap pujuk, pegang pipi dia.. Uncle pun, biar je Hanif dukung Mell tadi. Langsung tak fikir perasaan Ash. Apa ingat Ash ni tunggul ke dekat situ?." Ujar Tengku Ashraf.

Che' Puan Latifah menunduk. Ya, harus diakui. Kerana dia juga terasa dengan sikap Dato' Rashid dan Armell tadi. Tapi sebagai ibu dia juga tidak suka Tengku Ashraf bersikap seperti tadi.

"Tapi Ash.. Sekali pun mereka bersalah. Apa yang Ash buat tadi, tetap bukan cara yang betul." Ujarnya.

"Habis tu?. Macam mana cara yang betul?. Cuma Bonda bagitahu Ash?."

Che' Puan Latifah mengeluh panjang.

"Bonda tak tahu. Tapi apa yang Bonda tahu, cara Ash tadi tu salah." Ujarnya lagi.

"Tak payahlah Bonda. Bonda pun sama je dengan mereka. Langsung tak fikir perasaan Ash. Semuanya salah Ash." Ujar Tengku Ashraf.

"Ash.. Bukan macam tu maksud Bonda." Ujar Che' Puan Latifah sambil mengusap perlahan sebelah bahu anaknya itu.

"Bonda tahu, Mell salah sebab tipu Ash. Tapi apa yang Ash buat tadi tu memang salah. Ash tak sepatutnya malukan Mell dengan keluarga dia macam tu. Kalau orang jadi jahat. Kita pun nak kena jadi jahat ke.." Tuturnya lembut, cuba memujuk hati Tengku Ashraf.

TENGKU Ashraf diam. Dia memandang wajah Bondanya.

Che' Puan Latifah menurunkan tangan dari bahunya.

"Ni, lagi satu Bonda nak tanya."

"Perempuan tadi tu. Dia tu isteri Ash ke orang yang Ash upah?." Tanya Che' Puan Latifah.

Tengku Ashraf segera menunduk. Rasa bersalah pun ada. Namun terlanjur sudah begini, lebih baik aku mengaku sahaja. Fikirnya. Lagipun dia penat untuk menyimpan perkara ini sendiri.

"Kalau dia orang yang Ash upah. Tak kan lah dia datang dengan Hanif." Ujarnya bersahaja.

Che' Puan Latifah berkerut dahi.

"Maksudnya dia betullah isteri Ash?." Tanya Che' Puan Latifah terkejut.

Tengku Ashraf membisu.

CHE' Puan Latifah menunuduk. Dia sudah jawapannya.

"Bila Ash kahwin dengan dia?." Soalnya.

"Masa Ash pergi outstation dekat Langkawi baru ni."

Che' Puan Latifah memegang kepalanya sendiri. Terasa seperti mahu pitam sahaja mendengar pengakuan anaknya itu.

"Bonda tak fahamlah kenala Ash buat semua ni.. Ash bagitahu Bonda Ash cintakan Mell. Tapi kenapa Ash kena kahwin dengan perempuan lain?." Seloroh Che' Puan Latifah panjang.

"Ash tak cintakan Mell!." Ujar Tengku Ashraf tegas.

Berkerut dahi Che' Puan Latifah.

"Kalau Ash tak cintakan dia. Kenapa Ash melamar dia?." Soalnya tidak mengerti.

"Ya... Salah Ash. Ash ingat Ash cintakan Mell. Tapi rupanya tak. Ash keliru dengan perasaan Ash. Ash sebenarnya cintakan Ariana. Tapi masa Ash sedar Ash cintakan dia. Semuanya dah terlambat. Mell dah terima lamaran Ash."

"Ash tak nak Mell terluka. Dalam masa yang sama Ash juga tak nak kehilangan Ariana. Sebab tu Ash menikah dengan dia."

Tergamam Che' Puan Latifah.

"Habistu sekarang ni?. Apa yang Ash dapat?. Mana Mell?. Mana Ariana?." Soalnya bertalu-talu.

"Sudahlah tu Bonda!. Jangan tanya apa-apa lagi. Ash serabut Bonda tahu tak? Nak kena fikir semua benda ni sendiri." Ujar Tengku Ashraf.

DIA Merengus kasar dan berlalu melepasi Che' Puan Latifah.

"Ash nak pergi mana tu?." Tanya Che' Puan Latifah.

"Balik rumah Ash." Jawabnya sambil terus berlalu keluar.

Tangannya dia gepal. Rasa geram dengan Ariana kerana membela Hanif tadi, belum lagi habis.

_
KEPALANYA Terasa berat. Tubuhnya juga terasa lemah. Kipas syiling yang sedang berpusing, dia pandang lama. Perlahan matanya dialihkan kearah tempat lain.

Melihat keadaan bilik yang berhias. Serta-merta mengingatkannya tentang pernikahannya dengan Tengku Ashraf. Dia bingkas duduk. Bayangan Tengku Ashraf yang bersalaman dengan Dato' Rashid semalam, bermain dikotak ingatannya.

"Aku dah sah jadi isteri Abang Ash.." Gumamnya sayu.

Matanya mulai terasa bahang.

"Maafkan saya Hanif.." Gumam bibirnya tanpa suara.

Mendengar bunyi pintu bilik hendak dibuka dari luar. Dia tidak jadi menangis.

"Mell.."

Dia berkerut dahi. Seraya memandang kearah pintu. Dia lihat Asfira dan Marsha dimuka pintu sedang tersenyum kepadanya. Pintu ditutup. Mereka berdua berjalan menuju kearahnya.

Asfira melabuhkan punggung disisinya.

"Kau macam mana?."

Dia memandang Asfira dan Marsha bersilih ganti. Rasa hairan melihat dua orang temannya itu disini.

"Korang buat apa dekat sini?. Abang Ash mana?." Tanya dia.

BERUBAH Air muka Marsha dan Asfira.

"Abang Ash?." Serentak merea bertanya sambil memandang serius wajah Armell.

Suasana sepi buat seketika.

"Kenapa kau tiba-tiba tanya pasal Abang Ash?." Tanya Marsha memecah kesepian.

Armell segera menunduk. Jarinya yang masih merah dipandang sayu.

"Yalah... Diakan dah jadi suami aku. Mestilah aku nak tahu dia dekat mana."

"Suami?." Sekali lagi Asfira dan Marsha bertanya serentak.

Armell mengangkat kepalanya. Dia memandang Asfira dan Marsha bersilih ganti. Kalau sekali itu mungkin kebetulan. Tapi ini sudah kali kedua mereka mengulang soalan secara serentak. Memang ada apa yang salah dengan soalannya?. Fikir Armell.

"Korang ni kenapa?." Soalnya berkerut dahi.

Marsha segera meraih tangan Armell.

"Mell.. Kau tak ingat ke apa yang jadi semalam?."

Armell berkerut dahi.

"Apa yang jadi semalam?." Tanya dia.

Marsha dan Asfira berpandangan antara satu sama lain.

"Mell." Giliran Asfira pula meraih tangan Armell.

Armell mengalihkan pandangannya kepada Asfira.

"Kau tak ingat ke Sofea kena culik semalam?." Tanya Asfira.

"Sofea kena culik?." Soal Armell terkejut.

Asfira menggenggam erat tangan Armell.

"Mell.. Relaxlah... Dia dah selamat. Ada dekat bawah dengan Aunty dengan uncle." Ujar Asfira.

Armell menghela nafas lega.

"Hanif tahu pasal ni?." Tanya Armell tiba-tiba.

"Pasal apa?." Tanya Asfira berkerut dahi.

"Sofea kena culik." Jawab Armell.

Asfira dan Marsha berpandangan antara satu sama lain.

Ada yang salah nampaknya. Fikir mereka.

TBC.

PS:

* My Broken English (Please DM Me)

____________________________________
Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro