Bab 43: Kacau.
BERUBAH Air muka Hanif mendengar apa yang baru diucapkan Dato' Rashid.
Ariana yang turut mendengarnya, memegang lengan Hanif.
Hanif memandang kearah Ariana.
"Hanif. You bertenang okey. Nothing happen. Trust me." Ujar Ariana.
"Anak i, Ariana." Gumam Hanif, memandang Ariana dengan air muka risau. Sambil tangannya cuba melepaskan pegangan Ariana.
"Hanif. Orang ramai dekat dalam." Ujar Ariana masih cuba menenangkan Hanif.
"Armell!."
Hanif mengangkat kepalanya apabila mendengar kekecohan dekat pembesar suara.
Ariana yang turut mendengarnya, semakin kuat memegang lengan Hanif, agar lelaki itu tidak pergi.
Hanif memandang kearah Ariana. Jelas riak risau diwajahnya.
"I kena pergi tengok Ariana." Ujarnya melepaskan tangan Ariana dari lengannya.
"Hanif no. Tak kan you nak tinggal i." Ujar Ariana meraih kembali lengan Hanif.
"I'm sorry Ariana. Armell dengan anak i lagi penting sekarang." Ujar Hanif. Seraya melepaskan kembali lengannya dan pergi untuk melihat apa yang berlaku didalam.
"Hanif!." Teriak Ariana memanggilnya.
Namun Hanif tidak menghiraukan panggilan Ariana. Dia melangkah laju menuju kearah pintu masuk.
Tiba-tiba. Dia melihat Armell melulu keluar dari pintu rumah, lalu menerpa kearahnya. Tidak sempat dia mengelak. Armell sudah pun melanggarnya.
Tangannya pantas memegang kedua lengan Armell, menahan wanita itu dari terjatuh.
ARMELL Mengangkat kepalanya memandang wajah orang yang baru dilanggarnya itu.
Saat mata bertentang. Serentak itu air mata berjurai keluar dari kelopak matanya.
"Hanif." Gumamnya.
Seluruh tubuhnya terasa lemah, dia seperti mahu terjatuh disitu. Namun. Tangannya memaut kuat lengan Hanif.
HANIF Menatap wajah wanita dihadapannya itu. Matanya seperti sedang mencari sesuatu didalam mata Armell.
"Apa dah jadi Armell?. Sofea mana?." Soalnya.
ARMELL Segera menunduk. Air matanya mengalir deras. Dia merasa bersalah dengan Hanif.
"Saya minta maaf Hanif.. Saya tak jaga Sofea dengan baik. Saya tak tahu dia ada dekat mana sekarang.." Tuturnya sayu.
"Apa maksud awak Armell?." Tanya Hanif.
Armell mengangkat kembali pandangannya, memandang Hanif.
"Anak kita kena culik Hanif." Ujar Armell tersedu sedan.
BERUBAH Air muka Hanif mendengarnya. Jantungnya terasa mahu berhenti saat ini juga. Tangannya yang memegang lengan Armell, dia lepaskan.
Armell meletakkan kepala didadanya, sambil menangis wanita itu berkata
"Maafkan saya Hanif..."
Hanif segera tersedar saat mendengar permintaan maaf dari Armell. Seraya kembali memegang kedua bahu Armell.
"Armell..." Panggilnya sayu.
Armell masih tunduk, menangis. Seperti tidak mahu melihat wajah Hanif.
Hanif memegang sebelah pipi Armell. Sementara sebelah lagi tangannya menahan bahu wanita itu.
Shh... Shh... Pujuknya
"Armell tengok saya." Pintanya.
Armell engangkat kepala memandangnya.
"Hukumlah saya Hanif... Semua ni salah saya.. Saya leka.. Saya sepatutnya ada dengan anak kita..." Ujar Armell sebak.
Hanif menggeleng laju kepalanya.
"Tak.. Tak.. Tak. Jangan cakap macam tu. Saya tak salahkan awak Armell." Pujuk Hanif.
SEMENTARA Datin Hasnah dan Ardell. Ditahan oleh Asfira dan Marsha dihadapan pintu.
"Dia buat apa dekat sini?." Gumam Datin Hasnah tidak berpuas hati.
Dia ingin keluar. Namun Marsha memegang lengannya. Dia memandang wajah Marsha penuh tanda tanya.
"Sha?."
"Aunty.. Bagilah peluang dekat mereka. Cuma Hanif yang boleh tenangkan Mell sekarang." Tutur Marsha.
"Sha. Tengku Ashraf dengan keluarga dia tak tahu pasal Hanif." Ujar Datin Hasnah sambil melihat sekilas kearah Tengku Ashraf dan keluarga Tengku Ashraf.
"Dah tiba masanya mereka kena tahu Aunty." Ujar Marsha.
ARIANA Yang melihat keadaan itu. Segera menghampiri Hanif. Lengan baju lelaki itu ditariknya
"Enough Hanif." Ujarnya berbisik.
HANIF Berkerut dahi mendengar kata-kata Ariana. Dia baru tersedar akan keadaan disekelilingnya. Namun tangannya tidak juga melepaskan Armell, matanya tidak juga lepas dari memandang wajah Armell.
Ariana menarik lagi lengan bajunya.
"Tengku Ashraf tengah tengok you." Bisik Ariana lagi.
HANIF Menurunkan tangannya dari wajah Armell. Pegangan tangan dilengan Armell turut dilonggarkan.
Namun tiba-tiba, tangan Armell terlepas dari pegangannya.
Dia segera memaut pinggang Armell saat melihat wanita itu mahu rebah.
"Armell!." Teriaknya kecil.
Matanya membesar apabila melihat Armell yang sudah terkulai didalam pelukannya.
"Armell." Panggilnya cemas.
Dia hilang kata-kata. Air matanya mulai bergenang dan tanpa berfikir panjang, dia mencempung tubuh Armell.
ARIANA Terkejut saat melihat Armell jatuh pingsan didalam pelukan Hanif. Namun dia lebih terkejut lagi apabila Hanif bertindak mencempung tubuh Armell.
Matanya segera dilarikan kearah Tengku Ashraf. Dapat dia lihat air muka Tengku Ashraf yang juga terkejut.
Dia menarik lengan baju Hanif, cuba menghentikan tindakan Hanif.
Namun Dato' Rashid menghampiri Hanif.
"Daddy.. Tolong Daddy.. Armell pengsan Daddy..." Ujar Hanif mengalirkan air mata.
Dato' Rashid berkata kepada semua orang.
"Bagi laluan."
"This way Hanif." Ujar Dato' Rashid kepada Hanif.
Ariana tidak mampu melakukan apa-apa lagi, apabila Dato' Rashid sendiri yang memabantu Hanif.
TENGKU Ashraf berkerut dahi.
"Ash."
Che' Puan Latifah memegang lengannya dari belakang.
Dia menoleh kearah Che' Puan Latifah, yang kini dihadapannya.
"Apa semua ni?. Apa yang Bonda nampak ni?. Kenapa Ash biarkan lelaki tu pujuk dan dukung Armell macam tu?." Soal Che' Puan Latifah bertalu-talu.
Dia terdiam. Kerana dia juga tidak mengerti dengan situasi sekarang ini. Matanya beralih kearah Ariana.
"Ash. Do you hear me?." Che' Puan Latifah bertanya lagi, sambil memegang lengannya.
Ariana memandang kearahnya. Namun tidak lama, wanita itu berpaling pergi.
Membesar matanya apabila Ariana berpaling pergi, setelah melihatnya. Dia melepaskan tangannya dari pegangan Che' Puan Latifah dan pergi mengejar langkah Ariana. Tanpa menghiraukan Che' Puan Latifah yang memanggil namanya.
***
HANIF Meletakkan kepala Armell dekat bantal, diatas tilam.
Keluhan kecil dia lepaskan. Air mata dipipinya, dia lap menggunakan tapak tangan sendiri. Seraya memandang kearah Dato' Rashid.
"Don't worry. She'll be fine." Ujar Dato' Rashid yang seperti tahu sahaja dia sedang merisaukan Armell.
Hanif segera menunduk. Rasa malu apabila menyedari yang dirinya tidak sepatutnya berada rumah ini sekarang.
"Saya minta diri dulu." Pintanya.
"Tunggulah sini sampai Armell sedar." Ujar Dato' Rashid.
Dia segera mengangkat kepalanya, memandang wajah Dato' Rashid.
"Awak memang tak patut berada dekat sini sekarang. Tapi dalam keadaan Armell sekarang ni. Saya rasa dia perlukan awak." Ujar Dato' Rashid.
Hanif kembali menunduk. Bibirnya menguntum senyuman tanpa sedar. Entah mengapa dia merasa seperti diberi peluang kedua oleh Dato' Rashid.
Dia dah pilih Tengku Ashraf, Hanif. Ingat tu.
Yang kau kena fikir sekarang Sofea, anak kau. Dia yang perlukan kau sekarang. Gumamnya didalam hati.
"Tapi saya kena pergi cari Sofea sekarang." Ujarnya kepada Dato' Rashid.
"Hanif. Ini kawasan perumahan elite. Saya dah inform ada kes penculikan dirumah saya. Jadi penculik tu tak akan boleh lari ke mana dengan Sofea." Ujar Dato' Rashid.
Hanif terdiam. Meskipun begitu. Tetap sahaja itu tidak mengurangkan rasa bimbang dihatinya dan tidak juga membuat dia berhenti memikirkan keselamatan Sofea. Kerana penculik tersebut bisa sahaja mengapa-apakan Sofea, meskipun masih belum keluar dari kawasan perumahan elite ini.
MELIHAT Hanif yang masih kelihatan ragu dengan ucapannya. Dato' Rashid berkata.
"Jangan risau Hanif. Sofea akan baik-baik je."
Walaupun hakikatnya dia pun tidak tenang sekarang ini memikirkan keselamatan cucunya, Sofea. Namun sebagai ketua keluarga. Dia faham perasaan Hanif. Dan dia merasa tanggungjawab untuk menenangkan bapa kepada cucunya itu.
"Abang."
Dato' Rashid memandang kearah pintu bilik. Dimana Datin Hasnah dan Ardell sedang berdiri disana. Seraya meletakkan jari telunjuk dibibirnya, memberi isyarat agar tidak membuat bising.
DATIN Hasnah melirik kearah Hanif.
"Macam mana kamu boleh ada dekat sini?." Soalnya.
Hanif berkerut dahi.
"I mean majlis ni. Tak mungkin Armell jemput kamu datang." Ujar Datin Hasnah dengan lebih jelas.
Belum sempat Hanif menjawabnya.
"Awak ni Datin Hasnah. Sekarang ni bukan masanya untuk awak tanya soalan macam tu." Ujar Dato' Rashid.
Datin Hasnah memandang kearah suaminya.
"Ini yang awak naik ni. Siapa teman tetamu kita dekat bawah?." Soal Dato' Rashid.
"As dengan Sha." Jawabnya malas.
"Ash dengan family dia?." Tanya Dato' Rashid lagi.
Datin Hasnah mengeluh panjang.
"Family dia ada dekat bawah. Ash saya tak nampak pula. Dah balik agaknya." Ujarnya.
"Dah balik?." Soal Dato' Rashid terkejut.
"Kalau saya jadi dia, saya pun akan balik. Tak betah saya tengok bakal isteri saya didukung lelaki lain." Ujar Datin Hasnah, sambil menjeling Hanif meluat.
Hanif menundukkan kepala mendengarnya.
DATO' Rashid melihat sekilas kearah Hanif. Seraya menggeleng perlahan kepalanya memandang Datin Hasnah.
"Hmm... Kalau macam tu. Awak duduklah sini teman Armell. Saya dah panggil doktor untuk check keadaan Armell." Ujarnya kepada Datin Hasnah.
Seraya beralih kepada Hanif.
"Hanif." Panggilnya.
Hanif mengangkat kepala, memandangnya.
"Mari kita tunggu dekat luar bilik." Katanya.
Hanif tersenyum kelat sambil mengangguk patuh.
SEMENTARA Dibawah.
Ariana bersandar dekat tembok. Jantung yang tadi berdegup laju saat melihat Tengku Ashraf mengikutinya, kembali berdetak seperti biasa.
Peluh didahi, dia lap dengan lengan baju kurung yang dipakainya. Matanya melilau, melihat sekelilingnya.
Dekat mana aku lari ni?. Getusnya.
Sunyi dan gelap, hanya ada sedikit cahaya dari lampu jalan. Itu pun dihalang dengan pokok.
"Ish.. Hanif lah ni." Bentaknya.
Dia mengeluarkan telefonnya dari poket baju kurung yang dipakainya.
Sebaik dia nombor Hanif dia dail. Seseorang datang dihadapannya dan merampas telefon dari tangannya.
"Hey!." Teriaknya kecil kerana terkejut.
Tubuhnya dihimpit kedinding dan mulutnya ditekup. Matanya membulat, kerana terkejut.
Cahaya yang samar-samar. Membuatkan dia sukar untuk melihat wajah seseorang dengan jelas sekarang ini. Namun, dia tidak memerlukan cahaya untuk mengecam sosok lelaki yang sedang menghimpitnya ini.
Tengku Ashraf?. Macam mana dia tahu aku dekat sini. Getus hatinya.
Lengan lelaki itu dia pukul berkali-kali, meminta agar dilepaskan.
MELIHAT Cara Ariana memukulnya. Dia yakin yang Ariana sudah mengecamnya. Perlahan tangannya dia turunkan dari menutup mulut Ariana, sekaligus menjarakkan sedikit tubuhnya yang tadi menghimpit tubuh Ariana dekat dinding.
SEBAIK Dilepaskan. Ariana menolak sosok tubuh Tengku Ashraf tubuhnya dan berpaling, ingin segera pergi.
Namun tangan kekar Tengku Ashraf menarik lengannya dan menolak kembali tubuhnya, tersandar dekat dinding.
"You nak pergi mana?." Soal lelaki itu kasar.
Ariana memandang lelaki itu tajam. Dia yakin Tengku Ashraf dapat melihat air mukanya sekarang, walaupun agak gelap.
"Apa masalah you ni?." Dia turut menyoal lelaki itu kasar.
"You tu yang apa masalah?. I tahu ini semua plan you dengan Hanif kan." Ujar Tengku Ashraf.
Ariana berkerut dahi. Tidak mengerti dengan apa yang dikatakan Tengku Ashraf.
"Tak payah nak buat-buat tak fahamlah!. Sofea mana?."
"Sofea?. Dia kan kena culik." Ujarnya terpinga-pinga dengan soalan yang diberi Tengku Ashraf.
"I tahulah dia kena culik. Tapi you!. You yang culik dia kan!."
Berubah air muka Ariana mendengar tuduhan tidak berasas Tengku Ashraf itu.
"Seriosly?. You tuduh i culik Sofea?."
"Habis tu siapa lagi?. You memang dah plan dengan Hanif nak rosakkan majlis i kan.." Tuduh Tengku Ashraf lagi.
Ariana berdesis kecewa.
"Seriously Tengku Ashraf?. I thought you were following me to say sorry." Katanya.
"Say sorry?. For what?." Sinis lelaki itu menyoalnya.
Ariana berdecit. Hatinya merasa sakit melihat cara lelaki itu. Seraya merentap kasar tangannya yang dipegang Tengku Ashraf.
"Whatever." Ujarnya dihadapan wajah lelaki itu. Seraya berpaling ingin pergi.
Tetapi Tengku Ashraf menariknya lagi. Namun kali ini lebih kasar dari tadi.
"You nak pergi mana?. I tak habis lagi dengan you." Ujar lelaki itu kepadanya.
Wajah Tengku Ashraf dia tenung tajam.
"You nak apa lagi?!." Soalnya geram.
"Sofea mana?."
"I tak tahulah!." Jawabnya meninggi suara.
"Ouh really?. And you're here for nothing?."
Ariana mengetap bibir geram. Matanya tajam merenung wajah lelaki dihadapannya itu.
"Ok. Then tell me why are you here!." Ujar lelaki itu.
"Fine!." Ujarnya sambil menolak kuat dada Tengku Ashraf.
TENGKU Ashraf memandang tajam wajah Ariana. Apalah nak dibandingkan rasa sakit ditolak Ariana dengan melihat Ariana bersama Hanif tadi.
"I'm here to get you mad." Ujar Ariana.
Berkerut dahinya memandang Ariana.
"I want divorce!." Tambah Ariana lagi menekan bicara.
Dia mengetap bibir geram mendengarnya. Dia menapak, kembali menghampiri Ariana.
"Do you really want a divorce?." Soalnya.
"Yes!." Jawab Ariana menjegilkan biji mata.
Benci dia mendengarnya. Dan tanpa memberi sebarang isyarat, dia memegang kedua belah pipi Ariana dan memagut paksa bibir wanita itu.
ARIANA Terkejut dengan tindakan Tengku Ashraf. Tubuh lelaki itu ditolak sepenuh tenaga, sehingga terlerai ciuman bibir mereka. Seraya menghayun tangannya menampar kuat wajah insan yang bergelar suami itu, sehingga terteleng ketepi.
TENGKU Ashraf spontan memegang pipinya yang baru ditampar Ariana.
Bibirnya dia ketap geram. Seraya menoleh kembali kearah Ariana.
Ariana menapak kebelakang, menjauhinya.
Dia menolak kasar tubuh Ariana dekat dinding dan mencengkam kuat bahu wanita itu.
Ariana mengalirkan air mata.
"You hurt me." Gumam Ariana.
Flashback.
Dia menghampiri Ariana yang sedang menangis dekat tangga.
"Ariana." Tegurnya.
Ariana terus menangis, tanpa menghiraukannya.
Dia melihat Ariana kesan lebam denkat pergelangan tangan gadis itu.
"Kenapa ni?." Soalnya mengambil tangan Ariana.
Ariana mendongak memandangnya.
"She hurt me."
End Flashback.
Tengku Ashraf seakan baru tersedar apabila mendengar rintihan Ariana. Dia segera melepas bahu Ariana yang dicengkamnya.
Ariana menunduk, memeluk tubuh sendiri sambil menangis.
Apa yang kau dah buat Ashraf Iskandar?. Kau sepatutnya lindungi dia. Dia isteri kau. Getus Tengku Ashraf didalam hatinya.
Dia mula merasa bersalah. Melihat Ariana menangis sekarang, mengingatkannya kepada tangisan Ariana sewaktu mereka di Spain dulu. Saat Ariana dipaksa untuk menjadi penari ballet oleh ibunya sendiri dan dipukul setiap kali melakukan kesilapan.
Dia meraih lembut kedua bahu Ariana.
"Ariana... I'm sorry. I tak sengaja nak sakitkan you." Tuturnya lembut.
ARIANA Melepaskan bahunya yang dipegang Tengku Ashraf.
"Don't touch me!." Ujarnya mengalirkan air mata.
TENGKU Ashraf menggeleng laju kepalanya. Tidak. Dia tidak mahu wanita itu membencinya kerana itu.
Dia meraih kedua tangan Ariana.
"Babe please... I'm sorry.... I tak sengaja nak sakitkan bahu you." Tuturnya cuba memujuk.
ARIANA Menarik tangannya dari pegangan Tengku Ashraf. Air matanya dibiarkan terus mengalir. Wajah Tengku Ashraf dipandangnya.
"Sakit yang you bagi dekat bahu i ni tak seberapa Tengku Ashraf dengan sakit yang you bagi dekat sini." Ujarnya sanbil menunjuk kearah dadanya.
"SAKIT Sangat..." Ujar Ariana mengalirkan air mata.
Tengku Ashraf jadi tidak keruan melihat air mata wanita dihadapannya itu.
"Ariana... I'm sorry... Yes, i tahu salah i sebab tinggalkan you dekat sana. I cuma."
"Stop it Tengku Ashraf." Ujar Ariana menghentikan bicaranya.
"I dah tak peduli apa pun alasan yang you nak bagi. Apa yang penting sekarang ialah i nak cerai."
Tengku Ashraf menggeleng laju kepalanya. Tangan Ariana dia raih lagi.
"Ariana. Tolonglah jangan minta cerai. I love you babe." Tuturnya.
"Ouh really?. And how about Armell?."
Dia terdiam sejenak mendengar soalan Ariana.
"Armell?."
"She just."
"She just your future wife?. Is that what you want to tell me right!." Potong Ariana.
Dia terdiam. Wajah Ariana dipandang sayu.
ARIANA Menyedut hingusnya. Air matanya sudah berhenti mengalir. Tangannya dibiarkan dalam genggaman Tengku Ashraf. Pandangannya dibuang kearah lain.
"I think i'll be okay with this. After you left me that day. I realize. What is mine. Is only mine. What isn't mine. Then i've to let it go." Ujarnya.
"Well then, i'm yours."
Dia memandang kearah Tengku Ashraf apabila mendengar kata-kata lelaki itu.
"Prove it. Because i'll let you go soon." Ujarnya.
Seraya melepaskan tangannya dan pergi meninggalkan Tengku Ashraf.
***
SETELAH Meletakkan secawan kopi diatas meja. Dato' Rashid menyuruh Tini, pembantu rumahnya itu pergi.
"Hanif." Dia memanggil nama Hanif.
Hanif memandang kearahnya.
"Minum kopi ni dulu. Tenangkan sikit fikiran tu." Ujar Dato' Rashid.
HANIF Menunduk perlahan. Seraya mengambil cawan kopi diatas meja dan menyisip sedikit.
"Hanif!."
Hanif terkejut dan hampir sahaja dia terlepas cawan ditangannya. Dia menoleh kearah Ariana yang tiba-tiba muncul.
"Ariana." Gumamnya.
Hanif menjegilkan matanya memandang Ariana, mata hitamnya digerak-gerakkan kearah Dato' Rashid.
ARIANA Mengangguk faham. Seraya memandang kearah Dato' Rashid yang sedang memandangnya.
Tubuhnya dibungkukkan sedikit, tanda hormat.
Dato' Rashid membalasnya dengan mengangguk juga.
Ariana tersenyum dan beralih memandang Hanif.
"Balik jom." Katanya.
"I."
"It's ok Hanif. Kalau awak nak balik. Baliklah dulu. Nanti apa-apa berita tentang Sofea. Saya bagitahu." Sampuk Dato' Rashid sebelum sempat Hanif mengotakan alasan.
"Tapi"
"Kawan awak pun dah ajak balik tu. Baliklah dulu." Ujar Dato' Rashid tidak memberi peluang Hanif memberi sebarang alasan.
Hanif terdiam. Seraya mengangguk akur.
***
ARIANA Berkerut dahi. Dia mengejar langkah Hanif.
"Hanif." Panggilnya.
HANIF Tidak menjawab. Tidak tahu mengapa, dia merasa sakit hati dengan Ariana yang tiba-tiba muncul tadi dan mengajaknya pulang.
Pasti Dato' Rashid akan berfikir kalau Ariana ialah teman istimewanya yang dia bawa ke sini untuk mencemburukan Armell. Fikirnya.
ARIANA Memegang lengan Hanif.
"Hanif." Keras dia memanggil nama lelaki itu.
Hanif menoleh kearahnya.
"You ni kenapa?." Soalnya kepada lelaki itu.
Hanif diam. Namun pandangan tidak puas hati dapat dia lihat dimata Hanif.
"You marah i ke?." Tanya dia tidak mengerti.
"Mestilah i marah. You tahu tak yang i pun nak minta diri sebenarnya tadi. Tapi Daddy Armell suruh i tunggu sampai Armell sedar." Ujar Hanif memarahinya.
"Kenapa pula Daddy Armell nak kena minta you tunggu sampai Armell sedar?. Kan Tengku Ashraf ada." Ujarnya.
Hanif terdiam.
"Yang you pun. Baik hati sangat kenapa?. Bukan ke you kata Armell dah pilih lelaki lain?. Ke sebenarnya you masih berharap?." Tambah Ariana memerli.
HANIF Terdiam. Makin bertambah rasa sakit hatinya apabila Ariana memerlinya demikian. Bibirnya diketap geram. Jari telunjuk dituding kewajah Ariana.
"You ni kan."
Matanya dipejam sebentar, menahan geram. Seraya menurunkan jarinya.
"Dahlah... Malas i nak cakap dengan you." Ujarnya. Seraya berpaling dan melangkah laju.
"Hey Hanif."
Dia menoleh kearah Ariana yang berada disisinya. Namun tidak menghentikan langkahnya.
"Anak you macam mana?." Tanya Ariana.
Hanif menghentikan langkahnya.
"Manalah i tahu. Daddy Armell kata penculik tak boleh lari jauh bawa anak i. Sebab ini kan kawasan rumah elite." Ujarnya memarahi Ariana.
"Habistu mana anak you?." Tanya Ariana lagi.
Hanif bercekak pinggang menghadap Ariana.
"You ni tak faham bahasa eah?. Kan i kata i tak tahu. Sebab tu lah i nak tunggu dekat sini. You ingat i memang nak tunggu Armell ke?. Itu semua alasan i je lah. I cuma nak tunggu anak i." Ujarnya.
ARIANA Membuat mimik muka mengejek.
"Yalah tu.. Cakap je lah you nak tunggu Armell sebenarnya. Tapi gunakan alasan tunggu Sofea." Ujarnya memerli.
"Sempat lagi you nak cari gaduh dengan i kan?. Anak i kena culik Ariana." Ujar Hanif serius.
Ariana mengeluh kecil. Tangannya diturunkan.
"Okey. I minta maaf." Katanya.
Hanif membuang pandangan kearah lain.
"You maafkan i tak?." Tanya Ariana.
"Dahlah... Jom balik." Kata Hanif.
"Tak apalah. Kita tunggu sampai anak you balik." Ujar Ariana.
HANIF Memandang Ariana.
"Bukan tadi you kata nak balik ke?." Soalnya.
"Tak apa. I boleh tunggu. Lagipun anak you lagi penting sekarang ni." Ujar Ariana.
Hanif merenung wajah Ariana.
Ariana berpaling kearah lain. Malu agaknya ditenung begitu.
Hanif tersenyum. Seraya berkata.
"Thank you Ariana."
TENGKU Ashraf berdehem, sebaik tiba didekat Hanif dan Ariana.
Ariana dan Hanif memandang kearahnya.
Dia memandang Hanif.
"Saya nak cakap dengan awak sekejap." Katanya kepada Hanif.
HANIF Memandang kearah Ariana yang berada disisinya.
Ariana memegang lengan baju Hanif, seolah tidak mengizinkan Hanif pergi.
"Sekejap je." Ujar Tengku Ashraf.
Hanif memandang kearah Tengku Ashraf kembali. Lambat-lambat dia mengangguk. Seraya memandang kearah Ariana.
"You tunggu sini. Sekejap je." Ujarnya.
HANIF Melihat kearah Ariana yang sedang melihat dia dan Tengku Ashraf dari jauh.
"Hanif."
Dia segera memandang kearah Tengku Ashraf, apabila lelaki itu memanggil namanya
"Bekas isteri awak. Adakah Armell orangnya?." Tanya Tengku Ashraf.
Hanif terkedu mendengar soalan dari Tengku Ashraf. Namun dia tidak merasa pelik kalau Tengku Ashraf tiba-tiba bertanya demikian. Kerana lelaki itu pasti melihat dia dan Armell tadi. Tambah pula dia memanggil Dato' Rashid dengan panggilan 'Daddy'.
"Saya tanya awak ni Hanif. Adakah Armell orangnya?." Tanya Tengku Ashraf lagi
Hanif menundukkan kepalanya sebentar sebelum menjawab.
"Ya. Dialah orangnya. Bekas isteri saya."
TENGKU Ashraf mengetap bibir geram.
"Masa saya tanya awak sebelum ni. Awak kenal dia ke tak?. Kenapa awak jawab tak kenal?." Soalnya.
Belum Hanif membuka mulut menjawab, dia berkata lagi.
"Kenapa awak dengan dia tipu saya?!."
HANIF Melepaskan keluhan berat.
"Bukan kami sengaja nak menipu. Tapi keadaan masa tu tak mengizinkan untuk kami bercakap jujur." Ujarnya.
"Keadaan tak mengizinkan untuk bercakap jujur?." Sinis Tengku Ashraf mengulang ayatnya.
Hanif mengangguk.
"Awak tahu Hanif?. Awak dengan dia tak sepatutnya bercerai!." Ujar Tengku Ashraf.
Hanif berkerut dahi, tidak mengerti dengan apa yang diucapkan Tengku Ashraf.
"Sebab korang berdua sesuai sangat!. Dua-dua penipu!." Ujar Tengku Ashraf kasar.
"Tengku!."
Hanif meninggikan suaranya. Tidak suka apabila Tengku Ashraf berkata demikian.
"Apa? Salah ke saya cakap?." Soal Tengku Ashraf lagi.
Hanif melepaskan keluhan kecil. Hatinya sedang tidak ingin untuk berbalah dengan Tengku Ashraf sekarang. Kepalanya masih serabut memikirkan apa yang sedang terjadi. Dengan Sofea yang masih tidak dia ketahui keadaannya.
"Saya minta maaf. Saya mengaku salah saya." Tuturnya.
TENGKU Ashraf tertawa sinis.
"Minta maaf." Desisnya.
Dia memandang tajam wajah Hanif.
"Hanif. Awak tengok perempuan dekat sana tu." Ujarnya memberi isyarat mata kearah Ariana.
Hanif memandang kearah Ariana.
"Hati dia terluka Hanif." Ujar Tengku Ashraf.
HANIF Kembali memandang Tengku Ashraf. Dapat dia lihat mata berkaca lelaki itu.
"Saya pun terluka." Ujar lelaki itu lagi sambil memandangnya.
Hanif diam. Dia tidak tahu harus membalas apa.
"Puas hati awak dan Armell dapat buat kami macam ni?." Soal Tengku Ashraf sayu.
"Tengku."
Dia bersuara untuk menghentikan bicara lelaki itu. Jujur dia tidak suka apabila Tengku Ashraf terus membuat tuduhan kepada dia dan Armell dan bercakap seperti hanya dia dan Armell sahaja yang bersalah.
"Kenapa?. Awak nak marah saya sebab saya cakap macam tu?." Tanya Tengku Ashraf lagi.
"Tengku. Tolonglah bertimbang rasa dengan keadaan saya sekarang. Anak saya kena culik dan tak balik lagi. Armell pula tengah tak sedar dekat atas tu. Kita bincang pasal perkara ni lain kali boleh?." Ujar Hanif.
Tengku Ashraf tersenyum sinis.
"Awak risaukan Armell dan anak awak. Habis saya dengan Ariana macam mana?." Tanya Tengku Ashraf seperti tidak menghiraukan permintaan Hanif.
Hanif merengus kasar. Seraya memandang tajam wajah Tengku Ashraf.
"Macam mana apa lagi Tengku?. Tengku dah pun pilih Armell dari dia." Ujar Hanif geram.
"Hanif!." Tengku Ashraf meninggikan suaranya.
Hanif mengeluh kecil. Sudah dia katakan, dia tidak mahu berbincang sekarang. Kerana dia tahu berbincang tentang hal ini sekarang hanya akan menyakitkan hati mereka.
"Tengku. Saya dah kata tadi. Kita bincang perkara ni lain kali." Tutur Hanif lagi.
Tengku Ashraf diam.
"Saya minta diri dulu." Pinta Hanif. Seraya berjalan, menuju kearah Ariana.
TENGKU Ashraf mengetap bibir geram. Dia turut melangkah, menuju kearah Ariana.
Pergelangan tangan Ariana disambarnya.
MEMBULAT Mata Hanif terkejut. Dia cuba mahu menarik Ariana dari tangan Tengku Ashraf. Namun Tengku Ashraf segera menarik Ariana jauh darinya.
"What are you doing Tengku Ashraf?." Soalnya.
TENGKU Ashraf tersenyum sinis memandang Hanif. Seraya memandang kearah Ariana yang juga sedang memandangnya. Senyuman terukir dibibirnya, melihat wajah terkejut Ariana.
"I'll prove it. I tak nak jadi loser macam dia." Ujarnya kepada Ariana.
Seraya menarik tangan Ariana menuju ketempat ramai orang.
"Perhatian semua." Teriaknya dihadapan semua orang
ARIANA Menarik lengan baju Tengku Ashraf menggunakan tangan kanannya yang tidak dipegang oleh Tengku Ashraf.
"Tengku Ashraf. You tak perlu buat macam ni." Bisiknya ditelinga lelaki itu.
Tengku Ashraf memandang kearah Ariana.
"No. I've to do this." Ujar lelaki itu sambil menggenggam erat tangannya.
TENGKU Ashraf kembali memandang kehadapan.
Semua mata dilihat, terarah kepadanya dan Ariana. Masing-masing terkunci mulut, mungkin merasa penasaran apabila melihat bakal pengantin lelaki memegang tangan wanita lain, sedangkan bakal pengantin perempuan pula diatas pingsan dan juga didukung lelaki lain tadi.
Dia tersenyum. Seraya berkata dengan suara kuat.
"Saya nak buat pengakuan pada semua yang ada disini."
"Perempuan disisi saya sekarang ini. Dia ialah belahan jiwa saya."
ARIANA Menyorokkan wajahnya dibelakang bahu Tengku Ashraf, kerana merasa malu.
TENGKU Ashraf tersenyum. Seraya menarik Ariana dan menghadapkan wanita itu kepadanya.
Ariana berkerut dahi, memandangnya.
"Tengku Ashraf."
"Biy. Call me biy." Ujarnya kepada Ariana.
Ariana menunduk malu.
Tengku Ashraf tersenyum. Seraya menghadap kehadapan, sambil tangannya memeluk bahu Ariana.
"Dia isteri dia. Nama dia Ariana Lynn." Ujarnya.
Melopong semua yang berada disitu.
ASFIRA Dan Marsha berpandangan antara satu sama lain. Tidak percaya dengan apa yang sedang dilakukan Tengku Ashraf.
Hanif turut tergamam tidak percaya dengan apa yang Tengku Ashraf lakukan.
"Geramnya aku dengan dia ni." Getus Asfira mengetap bibir. Seraya hendak pergi.
Marsha segera memegang lengan Asfira.
"As. Jangan." Ujar Marsha.
Asfira memandang Marsha.
"Aku tak boleh diam Sha. Dia tengah malukan Uncle dengan Aunty." Ujar Asfira.
"Jangan As. Kau akan lebih memalukan Uncle dengan Aunty." Ujar Marsha.
TENGKU Ashraf memandang kearah Hanif yang juga sedang memandangnya tidak percaya.
Dia kembali memandang kehadapan. Bibirnya menguntum senyuman. Puas, dapat melihat air muka Hanif sekarang.
"Dan untuk Armell pula. Abang minta maaf. Abang tak boleh tolong Armell. Carilah lelaki lain untuk bantu Mell move on dari bekas suami Mell. Abang dah tak sanggup nak sakitkan hati isteri Abang." Ujarnya.
HANIF Mengetap bibir geram. Dia menuju kearah Tengku Ashraf. Kolar baju melayu yang dipakai Tengku Ashraf ditariknya.
"Kau memang dah melampau Tengku Ashraf!." Tengkingnya.
TENGKU Ashraf tersenyum puas, memandang wajah Hanif.
"Hanif.."
HANIF Segera melepas kolar baju Tengku Ashraf kerana terkejut mendengar suara Dato' Rashid.
TBC.
PS:
* My Broken English (Please DM Me)
____________________________________Comment & Vote Please.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro