Bab 40: Sahabat.
ARMELL Menyerahkan Sofea yang sudah tidur, kepada Erni pembantu rumah keluarganya yang berbangsa indonesia.
"Baik-baik. Jangan sampai dia terjaga." Tuturnya memberi pesan.
Erni hanya mengangguk faham dan berpaling, membawa Sofea masuk kedalam rumah.
Armell berpaling kearah Asfira.
"Thank you As. Sorry sebab susahkan kau." Tuturnya.
"Small matter." Ujar Asfira tersenyum.
Armell tersenyum sama.
"Kau tak nak masuk ke?." Tanya Armell.
Asfira laju memberi isyarat tidak mahu dengan tangannya.
"Tak apalah. Aku pun nak balik cepat ni. Letih." Ujar Asfira.
"Yalah... Terima kasih As." Ujar Armell lagi ber'terimakasih'.
"Don't mention it." Ujar Asfira tertawa kecil.
"Ok As. Drive safely." Ujar Armell.
"Okey. Take care." Balas Asfira. Seraya berpaling hendak pergi. Namun langkahnya terhenti apabila teringatkan apa yang dikatakan Hanif tadi.
Kalau awak betul nak tahu. Janji dengan saya yang awak akan dengar cerita saya sampai habis dan lepastu bertanggungjawab.
"Mell" Asfira berpaling kembali menghadap Armell.
Armell mengangkat keningnya memandang Asfira.
Asfira terdiam apabila memandang wajah Armell. Mulutnya terkunci.
"As." Panggil Armell.
Asfira segera tersedar. Dia memandang wajah Armell kosong.
"Kau ada apa-apa nak cakap ke?." Tanya Armell berkerut dahi.
Asfira tersenyum kelat. Lambat-lambat dia menggeleng kepalanya.
"Aku balik dulu. Assalamualaikum." Selepas berkata demikian. Asfira segera melangkah pergi.
Armell berkerut dahi. Pelik melihat sikap Asfira. Malas mahu berfikir panjang. Armell melepaskan keluhan kecil, seraya berpaling masuk kedalam.
_
NINA Terduduk dalam biliknya. Air mata bercucuran jatuh membasahi pipinya.
Surat doktor direnyuknya, seraya melemparnya ketepi katil. Kedua lututnya ditarik rapat kedada, dan kepalanya diletakkan diatas lutut sendiri. Isakannya semakin keras.
_
ARIANA Menjuihkan bibir bawahnya sambil termenung melihat buah mangga didalam pinggan.
Hanif yang dari tadi ralit bermain dengan telefonnya. Mulai perasan apabila melihat buah mangga didala pinggan yang masih tidak terusik. Seraya memandang wajah Ariana dihadapannya.
"Apahal you tak makan buah mangga tu?." Soalnya.
Ariana melepaskan keluhan berat.
"I dah makan dah tadi." Ujar wanita itu.
"Bila pula you makan?. I tengok tak bergerak pun mangga tu." Ujar Hanif.
"Macam mana you nak perasan?. Kalau you sibuk main phone." Ujar Ariana menyindir.
Hanif berdecit geram. Menyesal pula dia tegur.
"You perli i ke?." Tanya dia.
"Tak lah..." Balas Ariana masih dalam nada memerli.
Hanif diam. Seraya menyambung kembali melihat telefonnya.
Tidak hirau akan Hanif yang mahu bermain dengan telefon. Ariana membuang pandangannya ke arah langit yang gelap.
Hanif kembali memandang Ariana. Rasa bersalah pula dia melihat Ariana. Dia meletakkan telefonnya dan memandang wajah Ariana.
"You ni kenapa?." Soalnya lagi.
Ariana memandangnya.
"Tak ada apa. Kenapa?." Soalan Hanif dibalas dengan soalan oleh Ariana.
Hanif mengeluh kecil.
"Kalau ada apa-apa nak luahkan tu. Luahkan je lah. You bukannya ada orang lain pun selain dari i." Ujarnya.
Ariana melepaskan keluhan kecil.
"Tak adalah. Dah berapa hari dah i dekat rumah you. Tapi Yuna tak call i pun lagi." Seloroh Ariana.
"You tak ada cuba call dia?." Tanya Hanif.
Ariana mengangguk.
"Tapi dia tak angkat. I bet my mom yang tak kasi angkat." Kata Ariana.
"Habistu"
Belum sempat Hanif menghabiskan ayatnya.
"Hanif!." Teriak seseorang dihadapan pagar rumah.
Hanif dan Ariana, kedua mereka memandang kearah pagar.
Nina. Getus Hanif dalam hatinya.
"Si.. Siapa tu?." Tanya Ariana berkerut dahi.
Hanif memandang Ariana.
"Ariana. You pergi masuk dalam." Ujarnya.
"Masuk?." Ariana berkerut dahi.
"Ya. Pergi je lah masuk!." Ujar Hanif tegas.
"Fine.." Balas Ariana geram.
MELIHAT Perempuan lain didalam rumah keluarga Hanif. Cukup menyakitkan sakit Nina.
"Hanif. Siapa tu?." Teriak Nina seperti orang tidak siuman.
Ariana yang sudah mahu masuk menoleh kebelakang apabila mendengar soalan Nina. Namun Hanif segera menghalaunya kedalam dengan isyarat tangan.
"Anep. Siapa perempuan tu?. Kenapa dia ada dekat dalam rumah kau?." Teriak Nina lagi.
Hanif berjalan menghampiri pagar.
"Diamlah... Kau tak malu ke datang rumah orang memekik-mekik macam ni?."
Nina mengetap bibir geram apabila Hanif berkata demikian.
"Perasaan malu aku dah lama hilang, bila kau tolak cinta aku Anep." Ujarnya.
Mabuk ke apa perempuan ni?. Gumam Hanif didalam hati.
"Kau datang ni. Nak apa?." Tanya Hanif.
"Jawab aku dulu Anep!. Siapa perempuan tadi?. Kenapa dia ada dekat rumah kau?." Tanya Nina mendesak.
"Eh!. Yang kau nak tahu sangat ni kenapa?. Siapa dia?. Kenapa dia dekat rumah aku?. Tak ada kena mengena pun dengan kau." Ujar Hanif.
Nina mula mengalirkan air mata.
"Kau ni memang tak guna Anep!." Ujarnya.
Hanif berkerut dahi.
"Kita putus tak sampai dua minggu lagi. Kau dah ada pengganti!. Kau kata kau cintakan Armell!. Kenapa kau tak kejar dia?. Kau sebenarnya cuma bencikan aku kan Hanif?!." Tambah Nina lagi dengan air mata bercucuran.
Hanif berdecit geram. Dia melihat sekelilingnya. Tiada jirannya yang berada diluar rumah waktu ini. Seraya membuka pagar dan menarik tangan Nina kasar, memaksa Nina mengekorinya.
"Anep!. Apa benda ni?. Sakitlah!." Ringis Nina mencuba melepaskan tangan.
Hanif tidak menghiraukan Nina. Dia terus membawa Nina. Sampai ditempat dia meletakkan keretanya, dia melepaskan tangan Nina.
"Sakitlah... Kau ni kenapa?." Soal gadis itu menangis, sambil melihat tangannya.
Hanif merenungnya tajam.
"Tadi dekat sana kau cakap apa?." Tanya Hanif.
Nina mendongak memandang wajah Hanif. Tangan kanannya masih memegang tangan kirinya yang digenggam Hanif tadi.
"Aku cuma benci kau. Itu yang kau kata tadi kan?." Soal Hanif menekan bicaranya.
Nina terkebil-kebil memandang Hanif dengan mata berkacanya.
"Kau nak tahu jawapan aku?." Tanya Hanif lagi.
Nina diam. Air mata terus mengalir membasahi pipinya.
"Ya.. Aku cuma bencikan kau Nina. Dan ya. Aku dah tak cintakan Armell. Kalau kau nak tahu. Perempuan dekat dalam tadi tu. Dia bakal isteri aku." Ujar Hanif.
Nina terkedu. Dia jadi semakin sebak. Dapat dia lihat mata Hanif yang penuh kebencian terhadapnya tika ini.
"Ada masalah dengan kau?." Tanya Hanif lagi, sengaja mahu menyakitkan lagi hati Nina.
Nina menunduk. Isakannya makin keras.
"Tapi kenapa dia Anep?. Kau tahu aku cintakan kau kan?."
Hanif merengus kasar. Seraya mencengkam kedua bahu Nina. Memaksa Nina memandangnya.
"Eh kau dengar sini Nina. Asalkan perempuan tu bukan kau. Aku akan terima dia. Kau nak tahu sebab apa?."
Nina memandang Hanif, menanti apa yang mahu dikatakan lelaki itu.
"Aku benci kau!." Ujar Hanif. Seraya melepaskan bahu Nina dan menunjuk kearah kepala Nina dan berkata
"Kau sematkan dalam otak kecil kau ni. Aku Hanif Firdaus. Benci kau! Nina Akira."
Sebaik berkata demikian. Hanif segera berpaling pergi meninggalkan Nina disitu.
***
NINA Melangkah lemah masuk kedalam rumahnya. Apa yang Hanif katakan tadi benar-benar memberi kesan pada hatinya.
"Kau dari mana?."
Soalan dari Aiman, membuatnya sedikit terkejut. Namun dia segera mengawal riak wajahnya.
"Aku keluar kejap ambil angin." Jawabnya bersahaja sambil memandang kearah Aiman yang sedang duduk disofa.
"Ouh..." Balas Aiman.
Baru Nina mahu melangkah lagi.
"Kakak." Panggil Aiman.
Dia memandang kearah Aiman.
'Kau dah buat keputusan dah?." Soal Aiman.
Dia berkerut dahi.
"Keputusan apa?." Tanya dia tidak ingat.
"Ikut aku pergi Terengganu." Ujar Aiman.
Dia terdiam. Entah berapa lama.
"Kakak." Panggil Aiman.
Lamunannya mati. Seraya memandang wajah Aiman.
"Kau dengar tak aku tanya?." Tanya Aiman.
Dia tersenyum.
"Kau pergi dulu. Minggu depan. Hari isnin ke selasa, aku bertolak kesana. Aku ada kerja sikit nak selesaikan." Ujarnya.
BERSINAR Mata Aiman mendengarnya. Dia segera bangun dan menghampiri Nina.
"Betul ke ni kakak?. Kau nak ikut aku?." Tanya dia tidak percaya.
Nina tersenyum mengangguk.
Ya, Allah... Terima kasih Ya, Allah... Akhirnya kau pilih aku kakak. Getus Aiman didalam hatinya.
_
TENGKU Ashraf bercakap dalam telefon dengan sebelah tangannya bercekak pinggang.
"Tak ada jugak?!." Dia bertanya tidak percaya.
"Tak ada Tengku. Saya dah tanya dah orang-orang dekat situ. Mereka kata. Ada sekali hari tu kereta Mazda silver datang. Tapi lepastu dah tak nampak dah." Ujar lelaki ditalian itu.
"Bila tu?." Tanya dia.
"Hari yang sama dengan hari Tengku balik Kl." Ujar lelaki ditalian.
"Hari yang sama?." Tanya dia memastikan.
"Ya Tengku." Jawab lelaki itu.
"Hmm... Tak apalah macam tu. Awak terus je cari. Nanti kalau ada apa-apa. Awak update saya." Ujarnya serius.
"Baik Tengku."
Tengku Ashraf segera mematikan talian. Dahinya berkerut.
"You dah balik kl. Tapi you tak ada dekat kondo. You pun tak ada dekat rumah your mom. And where are you Ariana?."
Argh... Dia merengus kasar.
Dia membuka telefonnya dan mencari Nombor Ariana. Nombor yang sudah sedia diskrin telefon dipandang lama. Tinggal untuk menyentuh ikon panggil sahaja.
Tapi kalau dia jawab. Aku nak cakap apa?. Tak kan aku nak cakap yang aku cari dia?. Getus hatinya.
No! No! No!. Aku tak boleh call dia. Sebab kalau dia tak jawab. Nampak sangat macam aku yang terhegeh-hegeh dekat dia. Getus hatinya lagi.
Dia mendengus kasar. Seraya menghempas punggungnya diatas tilam.
_
ARDELL Berkerut dahi melihat Hani dan Iqbal yang sedang berjalan beriringan. Dia segera menghampiri mereka.
"Hani." Tegurnya.
"Eh.. Ardell." Hani membalas tegurannya.
Dia memandang Iqbal dan Hani bersilih ganti.
"Korang dah getback ke?." Tanya dia.
"Getback?. No way!." Bidas Hani.
Iqbal tertawa kecil.
Ardell berkerut dahi.
"Habistu. You buat apa dekat sini?." Tanya dia kepada Iqbal.
"I datang ni sebenarnya nak jumpa Hani. Nak ucap salam perpisahan." Ujar Iqbal.
Ardell berkerut dahi.
"Dan pada you jugak. Sabtu ni flight i ke Terengganu." Ujar Iqbal lagi.
Ardell manggut-manggut. Lah... Terengganu je pun. Beria lah dia ni. Getusnya mengejek didalam hati.
Dia tiba-tiba teringat Aiman.
Sekejap. Bukan hari tu Hani kata Aiman pun nak pergi sana ke?. Dia pun pergi sekali ke ni?. Getus hatinya gusar.
"Aiman pun akan ke sana juga sabtu ni." Ujar Iqbal yang seperti tahu-tahu sahaja.
Hah!. Kan betul aku kata. Getus Ardell didalam hati.
"Dan dia mungkin tak akan balik kl dah." Ujar Iqbal lagi.
Ardell terkedu. Tak balik kl dah?. Getusnya dalam hati.
"Tak balik kl dah?. Kenapa?." Tanya Hani.
"Dia dengan kakak dia akan pindah terus duduk sana." Ujar Iqbal.
Ardell membisu. Sukar untuk digambarkan apa perasaannya tika ini. Gembira kerana lelaki yang dia benci. Akhirnya pergi jauh darinya. Tapi mengapa perasaan gembira ini tidak menyenangkan hatinya?. (Ahh! Tak reti Author nak menyusun ayat. Siapa nak tolong?. Bolehlah... 😆)
Perasan akan perubahan air muka Ardell. Iqbal segera berkata
"Eh. I ni sibuk-sibuk pula bercerita pasal dia. Bukan ada orang kisah pun kan." Sempat dia melirik kearah Ardell lagi, untuk melihat riak wajah gadis itu.
_
ARMELL Menceritakan kepada Asfira dam Marsha tentang Nina yang datang menemuinya dan mengungutnya.
"Aku pening sekarang ni. Aku tak tahu nak buat apa dah."
"Nak pening apa Mell?. Bagitahu je lah Abang Ash perkara sebenar. Aku rasa lebih baik. Daripada dia tahu dari mulut orang lain." Ujar Marsha.
Armell mengeluh panjang.
"Aku memang nak bagitahu dia Sha. Tapi aku niat nak bagitahu lepas aku nikah nanti. Sebab sekarang ni. Memang tak ada masa. Kau tengoklah kami masing-masing busy. Bila aku free, dia busy. Bila dia free, aku pulak busy." Seloroh Armell
Sedang Armell dan Marsha sibuk berbincang tentang Nina. Asfira disisi lain termenung sendiri. Mengingat perjanjiannya dengan Hanif.
Flashback.
Setelah mengotakan janji seperti yang diminta Hanif.
"Perempuan tadi yang awak nampak tu. Dia memang isteri Tengku Ashraf. Mereka menikah secara rahsia dekat Langkawi, masa Tengku Ashraf pergi outstation baru ni."
Dia tergamam mendengarnya.
"Maksudnya dia orang tu baru je menikah?." Soalnya spontan.
Hanif angguk mengiyakan.
"Habistu dia buat apa dekat rumah kau?." Tanya dia.
"Tengku Ashraf tinggalkan dia dekat Langkawi lepas dapat tahu yang dia bagitahu mak dia pasal pernikahan rahsia mereka." Ujar Hanif.
"Habistu mana Mak dia?." Tanya dia pelik.
"Dah balik Spain tinggalkan dia. Lepas dia buat keputusan untuk kahwin lari dengan Tengku Ashraf." Jawab Hanif.
Dia berkerut dahi.
"Why it's so complicated?." Soalnya.
Hanif mengangguk lagi.
"Saya sebenarnya dah dapat macam agak tentang hubungan mereka." Ujar Hanif.
"Habistu. Kenapa kau tak halang mereka?." Soalnya tidak berpuas hati.
Hanif memandangnya. Namun tidak berkata apa-apa.
Dia memandang Hanif sinis.
"Aku tahu. Kau sebenarnya memang sengaja nak biarkan mereka berkahwin kan. Supaya senang kau nak dapatkan Armell semula." Ujarnya.
"Awak cakap apa ni?. Kan saya kata tadi. Saya agak. Sebab dia memang tak ada bagitahu apa-apa dekat saya. Jadi manalah saya tahu dia ikut Tengku Ashraf pergi Langkawi." Ujar Hanif kesal.
Dia menjeling Hanif dan berpeluk tubuh.
"Yalah tu kau tak tahu. Habistu kenapa dia ada dekat rumah kau?."
Hanif berkerut dahi.
"Fira. Dia datang sini lepas Tengku Ashraf tinggalkan dia. Dan saya pun baru tahu masa tu." Ujar Hanif.
Dia diam, cuba mencerna apa yang dikatakan Hanif.
Nafas kecil dihelanya. Dia memandang kearah Hanif yang diam memandangnya.
"Kau dah cerita semua ke ni?." Tanya dia.
Hanif mengangguk.
Dia bercekak pinggang menghadap Hanif.
"So, Apa tanggungjawab yang aku nak kena laksanakan?." Tanya dia siap-siap. Tidak mahu dikatakan ingin memungkiri janji.
Hanif menghadapnya dan melepaskan keluhan berat.
"Saya minta maaf Fira. Saya tahu awak masih marahkan saya dengan apa yang pernah berlaku dulu." Tutur Hanif.
Ahh... Desis hatinya. Tidak mahu mengingat perkara yang lepas.
"Stop it!." Ujarnya menghentikan bicara Hanif.
"Just bagitahu. Apa yang aku nak kena tanggungjawab?." Tanya dia.
Hanif mengeluh, seraya menundukkan kepala didepannya.
"Saya nak awak bagitahu Mell apa yang saya cerita dekat awak ni." Ujar Hanif.
Membulat matanya terkejut.
"Bagitahu Mell?. Kau gila ke?. Mell dah nak nikah ahad ni!. Kau nak dia menangis lagi ke?!." Dia menyembur Hanif spontan dengan kata-katanya.
"Lebih baik menangis sekarang. Dari dia menangis bila dia dah menikah nanti. Sekurang-kurangnya kalau dia tahu sekarang. Dia masih boleh ubah keputusan dia, kalau dia tak sanggup." Ujar Hanif.
Dia diam tidak merepon. Harus dia akui. Hanif tidak salah. Kerana Armell mungkin akan lebih terluka jika perkara ini dia ketahui setelah sah menjadi isteri.
"Fira..." Hanif memanggilnya sayu.
"Saya tahu saya bukan lelaki yang baik. Awak janganlah risau.. Sebab saya tak berharap pun untuk kembali pada Mell." Tutur Hanif.
Dia mengangkat kepalanya memandang Hanif.
"Ya. Saya mengaku memang saya masih sayangkan dia. Tapi saya ada harga diri Fira. Dia dah tutup peluang untuk saya kembali pada dia. Jujur, sebenarnya saya cuba nak abaikan. Tapi saya tak boleh." Tambah Hanif.
Dia diam. Dapat dia lihat ketulusan Hanif mencintai Armell.
"Saya janji dengan awak. Ini yang terakhir. Lepas ni saya tak akan masuk campur lagi hal dia. Saya cuma nak awak bagitahu dia tentang status Tengku Ashraf. Supaya dia boleh pertimbangkan keputusan dia untuk kahwin dengan lelaki tu." Ujar Hanif lagi.
End Flashback.
"As." Panggil Marsha.
Melihat tiada respon dari Asfira. Armell pula memanggil dengan mengeraskan suara.
"As."
Peha Asfira ditepuk oleh Marsha. Asfira segeratersedar dari lamunannya apabila merasa pehanya dipukul.
Marsha dan Armell berpandangan antara satu sama lain dengan berkerut dahi.
Asfira memandang mereka.
"Kau dengar tak kita orang berbual apa?." Tanya Marsha.
Asfira diam. Dia memandang Marsha kosong. Fikirannya masih memikirkan apa yang Hanif katakan kepadanya.
"Kau okey ke tak ni?." Giliran Armell pula bertanya.
Dia mengalihkan pandangannya kearah Armell.
"Mell. Kalau kau kan?. Kau nak ke kahwin dengan laki orang?."
"Uish... Soalan apa tu?." Sampuk Marsha terkejut.
Armell juga tidak kalah terkejutnya. Namun tetap mengawal riak wajahnya.
Asfira memandang sekilas kearah Marsha. Seraya memegang tangan Armell.
"Tak. Aku tanya betul-betul ni. Kalau kau tahu lelaki yang kau nak kahwin tu laki orang. Kau masih nak kahwin dengan dia ke?." Tanya Asfira lagi.
Marsha berkerut dahi. Dia memandang Armell.
"As... Aku rasa kau pun tahu jawapan aku. Tak akanlah aku tergamak nak buat pafa perempuan lain apa yang aku dah alami." Tutur Armell.
Asfira terdiam. Seraya melepaskan tangan Armell.
"Kenapa kau tanya macam tu?." Tanya Armell.
"Haah... Kenapa?. Kau jatuh cinta dengan laki orang ke?." Soal Marsha celupar.
Armell menjegilkan matanya kepada Marsha.
Asfira menunduk.
"Tak adalah. Aku Saje tanya. Kawan aku. Dia ada masalah tu." Ujar Asfira.
Armell berkerut dahi melihat sikap Asfira.
_
TENGKU Ashraf menumbuk cermin didalam bilik air biliknya sehingga pecah.
Seraya berpaling dari cermin. Bibirnya diketap geram. Darah yang mengalir dekat tangannya dibiarkan menitis diatas lantai jubin bilik air.
TBC.
PS:
* My Broken English (Please DM Me)
____________________________________Comment & Vote Please.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro