Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 36: Demi Dia.

HANIF Melihat kearah Ariana yang sedang berjalan, datang kearah keretanya. Dahinya berkerut curiga melihat keadaan Ariana yang sepertinya baru habis mengemaskan diri.

Dia menghadap kearah Ariana sebaik sahaja wanita itu masuk kedalam perut keretanya.

"I'm sorry Hanif... I tak perasan call you tadi." Tutur Ariana memandangnya.

Dia mengeluh kecil. Seraya bersandar pada kerusi dan memandang kehadapan.

"Explain."

Ariana menunduk.

"Tengku Ashraf. Dia demam."

Hanif berkerut dahi. Dia memandang kearah Ariana.

"Tapi tak teruk mana pun. I dah kasi dia makan ubat." Ujar Ariana.

Hanif diam. Dia cuba mengingat keadaan Tengku Ashraf dipejabat petang tadi.

Aku tengok okey je petang tadi. Getus hatinya.

"Masa i tengah sibuk bagi dia makan ubat tu lah. You call i." Ujar Ariana lagi.

"Yuna mana?."

"Urm... Yuna dia." Gugup Ariana bersuara.

Hanif memandang Ariana, melihat tangan Ariana yang menggeletar. Membuatkan dia menjadi semakin curiga.

"Dia apa?." Soalnya sengaja mahu membuat Ariana makin gugup.

Ariana mengangkat pandangan memandangnya.

"Dia dah balik."

"Balik?. Jadi tadi you berdua dengan Tengku Ashraf?."

"Hanif. You jangan nak fikir bukan-bukan okey. I masih waras dan i jaga batas i." Tutur Ariana lebih tenang.

Hanif membuang pandangan kearah lain

Tak apa. Kali ini mungkin aku menyerah. Tapi kalau sampai aku tahu yang kau dengan Tengku Ashraf ada hubungan belakang Armell. Aku tak akan duduk diam. Getus hatinya curiga.

"Baguslah kalau you tahu jaga batas you." Ujarnya. Seraya menoleh kearah Ariana.

"So kita nak pergi mana sekarang ni?." Tanya dia lagi.

"Baliklah." Ujar Ariana sambil menarik rambutnya kebelakang tengkuk, mendedahkan lehernya kepada Hanif tanpa sedar.

Hanif terkejut saat melihat dua tanda merah dileher wanita itu. Dia segera memandang kehadapan.

Love bite. Getus hantinya.

Tak. Aku mungkin salah nampak. Getus hatinya lagi.

Perlahan dia memandang lagi kearah tanda dileher Ariana, cuba mengamati tanda tersebut.

Aku tak salah. Itu memang tanda yang baru dibuat.

Hanif mengetap bibir geram.

Tak guna kau kau Tengku Ashraf!. Bentaknya didalam hati.

_
ARDELL Melabuhkan punggung disisi Armell yang sedang sibuk melayani Sofea bermain.

"Yana dengar Abang Hanif tak jadi kahwin. Betul ke?."

Armell terus melayani Sofea. Bukan dia tidak dengar. Tetapi dia malas mahu melayan soalan-soalan yang berkaitan dengan bekas suaminya itu.

"Kak Mell."

Ardell bersuara kesal apabila dia mengabaikan sahaja soalan adiknya itu.

"Manalah Kak Mell tahu..." Balasnya pendek.

"Yalah tu tak tahu. Habis yang Kak Mell jumpa Aiman tu. Tak kan dia tak ada cakap apa-apa."

Armell berkerut dahi. Seraya memandang wajah Ardell.

"Yana. Abang Hanif jadi kahwin atau tak. Tak ada kena mengena pun dengan kita kan.." Ujarnya.

Ardell menyilangkan kedua tangan kedada dan membuang pandangan kearah lain.

"Dahlah... Tak payah cakap pasal orang." Ujar Armell lagi.

Tidak sampai dua minit berlalu. Ardell berkata lagi.

"Kalau betullah apa yang Yana dengar. Memang padanlah dengan muka adik beradik tu!."

Armell segera teringat akan pertemuannya dengan Aiman sebelum ini. Seraya berpaling kembali kearah Ardell.

"Yana yang bagitahu Aiman kan?."

Ardell membalas tatapan kakaknya.

"Bagitahu apa?."

"Jangan pura-pura tak tahu Yana. Kak Mell kan dah kata jangan bagitahu apa-apa dekat Aiman. Yana suka ke Aiman benci kakak dia sendiri?." Soal Armell.

"Memang itu yang Yana nak. Tapi nak buat macam mana. Aiman memang tak akan benci kakak dia. Sebab mereka dua beradik tu memang jenis yang tak ada hati. Tak tahu mana baik, mana buruk. Biasalah hidup tak ada mak bapak." Ujar Ardell kasar.

"Yana!." Teriak Armell kesal dengan bahasa kasar Ardell.

Ardell terdiam.

"Tolong jangan rosakkan hati Yana dengan masalah Kak Mell. Kak Mell tahu Yana sakit hati dengan Aiman. Tapi dengarlah apa akak nak cakap ni baik-baik."

Ardell berkerut dahi.

"Aiman tak macam apa yang Yana fikirkan. Dia dengan kakak dia jauh berbeza." Ujar Armell.

"Apa maksud Kak Mell?."

"Kak Mell tak suruh Yana balik dengan Aiman. Sebab Kak Mell tahu perkara tu akan mendatangkan masalah lagi. Tapi cukuplah sekadar Yana berhenti bercakap buruk pasal dia." Ujar Armell.

Seraya bangun membawa Sofea pergi, meninggalkan Ardell terkebil-kebil disitu memikirkan ucapannya.

_
ARMELL Termenung dibalkoni sambil melihat langit gelap.

Flashback.

"Mell. Kalau Aunty tanya. Mell jangan terasa ya?." Tutur Che' Puan Latifah.

Kalau sudah diminta agar dia tidak terasa. Sudah pasti soalan yang diajukan ini sensitif. Fikirnya.

"Aunty nak tanya apa?."

"Kenapa Mell tergesa-gesa nak berkahwin hujung bulan ni?."

Dia segera menundukkan kepalanya, mendengar soalan tersebut.

"Tak adalah. Aunty faham. Ini perkahwinan kedua Mell. Tapi Mell pun kenalah faham. Inikan perkahwinan pertama Abang Ash."

Halus tutur bicara Che' Puan Latifah. Namun tetap kedengaran sinis ditelinganya.

Dia menghela nafas panjang, sebelum mengangkat kembali pandangannya, memandang wajah wanita yang sudah dia anggap seperti ibu sendiri itu.

"Aunty. Mell minta maaf kalau keputusan yang Mell buat ni macam pentingkan diri sendiri. Mell sebenarnya malu nak dengan orang sekeliling Mell. Yalah... Mell tak sampai setahun lagi bercerai, tapi."

Belum dapat dia menghabiskan bicaranya. Che' Puan Latifah memotongnya dengan berkata.

"Buat apa nak fikir apa orang nak cakap?. Yang penting hati Mell tu. Mell ikhlas ke nak kahwin dengan Abang Ash?."

Berkerut dahinya mendengar soalan Che' Puan Latifah. Apakah wanita itu mencurigainya. Fikirnya.

"Apa maksud Aunty?." Soalnya.

"Mell... Kalau Mell tak nak. Mell boleh tolak je lamaran Abang Ash tu. Soal perkahwinan ni bukan boleh dibawa main." Ujar Che' Puan Latifah.

Dia segera tersenyum.

"Aunty cakap apa ni?. Tak kan lah Mell nak main-main dengan Abang Ash." Ujarnya.

"Aunty cuma cakap je. Manalah tahu kan. Mell sebenarnya terima Abang Ash sebab tak sampai hati nak malukan dia. Yalah... Dia kan melamar Mell dekat khalayak ramai." Ujar Che' Puan Latifah.

Dia segera memegang tangan Che' Puan Latifah.

"Aunty. Semua tu tak ada mengena pun. Mell ikhlas nak kahwin dengan Abang Ash." Tuturnya.

"Baguslah kalau macam tu. Lega Aunty dengar. Tapi tu lah.. Keputusan kamu berdua buat tu. Nampak macam tergesa-gesa sangat. Tapi nak buat macam mana kan?. Semua orang pun dah tahu. Teruskan je lah..." Tutur Che' Puan Latifah penuh makna.

Dia diam.

"Tapi satu Aunty nak minta pada Mell. Tolonglah jaga Abang Ash Mell tu baik-baik. Sayanglah dia sepenuh hati Mell, sebab Aunty tahu dia pun sayangkan Mell sepenuh hati dia." Tutur Che' Puan Latifah lagi.

End Flashback.

"Maafkan Mell Abang. Sebab Mell gunakan Abang." Gumam bibirnya.

Armell menghela nafas panjang.

Tapi Abang.. Walaupun masjid yang akan kita bina ni nanti. Bermula dengan niat yang tak betul. Mell akan cuba perbetulkan. Mell akan cuba jadi isteri yang terbaik untuk Abang. Mell akan cuba untuk cintakan Abang sepenuh hati Mell. Getus hatinya.

_
AIMAN Masuk kedalam rumah. Dapat dilihatnya Nina yang sedang duduk disofa dekat ruang tamu. Nafas dihela kecil. Tanpa menghiraukan Nina yang melihatnya. Dia terus mengatur langkahnya menuju kebilik sendiri.

"Aku nak cakap dengan kau sekejap."

Nina mula bersuara.

Dia berpaling kearah Nina yang sedang memandang kearahnya.

"Nak cakap apa?." Soalnya. Seraya berpaling kembali dan masuk kedalam biliknya.

"Duduklah sini." Ujar Nina.

Dia keluar kembali dari biliknya setelah meletakkan beg dan helmetnya.

"Cakap je lah... Aku dengar." Ujarnya sambil berdiri dekat pintu biliknya.

Nina berdecit geram. Seraya bangun dari sofa dan menghampiri Aiman.

"Aku nak minta maaf dengan kau pasal apa yang aku cakap dekat kau hari tu." Tutur Nina.

Aiman menunduk sebentar, seraya mengukir senyuman memandang kakaknya. Dia manggut-manggut dan berpaling hendak masuk.

"Aiman. Aku minta maaf dengan kau ni." Ujar Nina apabila ucapannya hanya dibalas dengan anggukan begitu sahaja dari Aiman.

Aiman berpaling lagi kearah Nina.

"Tak apalah.. Aku dah maafkan kau dah. Aku tak ambil hati pun." Jawabnya berbasa basi.

Cis... Tak ambil hati konon. Getus Nina dalam hati.

"Kalau kau tak ada apa-apa nak cakap lagi. Aku masuk dulu." Ujar Aiman mendatar.

Melihat Nina diam sahaja. Aiman segera berpaling hendak masuk.

"Bila kau nak pergi Terengganu?."

Aku dah agak dah. Getus Aiman dalam hatinya.

"Aku tanya ni. Kau dengar tak?." Soal Nina lagi seolah menggesanya.

"Kan aku dah kata dengan kau. Aku tak nak sambung belajar." Ujar Aiman tanpa berpaling pun kearah Nina.

Nina mengetap bibir geram. Ikut hatinya mahu dihempuk sahaja kepala adiknya itu, kerana degil.

"Kau kata kau tak ambil hati dengan aku."

Aiman berpaling menghadap Nina.

"Boleh aku tahu apa tujuan kau minta maaf sebenarnya?."

Nina segera bercekak. Hilang sabarnya melihat sikap Aiman yang sudah tidak hormat lagi padanya.

"Kau ni nak apa ya sebenarnya?." Soalnya.

"Kau tu yang nak apa?. Aku dah kata aku tak nak sambung belajar kan. Susah sangat ke kau nak faham aku?." Ujar Aiman.

"Macam mana aku nak faham?. Kau dah banyak berubah Aiman. Kau tak macam Aiman adik aku."

Bergenang air mata Aiman saat mendengarnya. Dia memandang tepat kedalam mata Nina.

"Apa kurangnya kau kak?. Kau pun dah banyak berubah."

Aiman membuang pandangan kearah lain dan mengeringkan butir air mata yang akan keluar dengan ibu jarinya.

"Sorry. Mungkin kau sebenarnya tak berubah pun. Tapi aku yang tak kenal siapa kakak aku." Ujar Aiman lagi.

Nina mengetap bibir geram. Dia tidak suka Aiman berkata demikian terhadapnya, kerana dia merasakan seolah-olah adiknya itu menyebelahi Armell, yang dia anggap sebagai musuh.

"Aiman sudahlah tu... Aku nak kita berdamai. Janganlah pasal orang lain. Kita jadi bermasalah." Tuturnya cuba berlembut.

Aiman menatapnya tajam.

"Kau yang kena sudah kakak!. Tadi kau tanya aku nak apa kan?. Aku nak Nina Akira, kakak aku yang aku tak kenal dulu."

Aiman masuk kedalam bilik dan menutup rapat pintu biliknya.

Kalau ini je cara untuk aku halang perbuatan buruk kau kakak. Aku sanggup korbankan cita-cita aku.

_
ARMELL Termenung didalam keretanya, sambil melihat kearah rumah bekas ibu mertuanya. Baru sebentar tadi bekas ibu mertuanya itu menghubunginya, memberitahu yang dia dan Huda akan ke pasar berdekatan untuk membeli sedikit barang. Dia jadi merasa gelisah. Kerana dia yakin pasti Hanif yang akan mengambil Sofea darinya nanti.

Namun dia menyalahkan bekas ibu mertuanya. Kerana dia tahu. Pasti wanita itu pun tidak tahu yang dia sendiri akan menghantar Sofea hari ini.

Dia kembali teringat layanan dingin Hanif terhadapnya saat kali terakhir dia menemui lelaki itu di hospital. Hari itu pun saat Hanif menghubunginya untuk memintanya datang menemui bekas ibu mertuanya. Dingin sahaja suara itu menyapanya ditalian. Tambah pula apabila Huda memberitahunya yang Hanif sengaja tidak datang ke hospital apabila tahu dia mahu datang melawat bekas ibu mertuanya, semasa itu.

Armell menyandarkan kepalanya pada kerusi

"Ahh... Apa yang aku nak takut sangat ni?. Biarlah kalau dia nak layan aku dingin pun. Itu hak dia kan." Gumamnya dengan mata terpejam.

Armell membuka kembali matanya.

Kejap. Tapi mana boleh macam tu. Dia tak ada sebab nak dingin dengan aku. Buat macam biasa dah lah. Aku dengan dia dah tak ada apa-apa kan. Getus hatinya.

Dia menegakkan kembali tubuhnya.

"Ish... Kalau tak disebabkan si Sufi ni tiba-tiba minta cuti. Jangan haraplah aku nak datang sini, jumpa dia." Gumamnya.

Tapi kenapa aku tak nak jumpa dia?. Getus hatinya pula.

***

HANIF Berkerut dahi apabila melihat Armell yang datang. Dia membuka pagar rumah.

"Maaflah mengganggu awak pagi-pagi ni. Saya datang ni nak hantar Sofea." Tutur Armell dibalik kacamata hitam yang dikenakan..

H

anif hampir sahaja tersenyum apabila mendengar apa yang diucapkan Armell. Mana tidaknya. Kerana sudah jelas-jelas dia memang tahu yang Armell akan datang menghantar Sofea. Ditambah pula melihat Armell dengan kacamata hitam dipagi hari. Cukup untuk membuatkan dia merasa geli hati, melihat tingkah pelik Armell.

Namun dia tahu wanita itu bukanlah sengaja mahu melakukannya. Melainkan hanya untuk menyembunyikan rasa kekok.

Hanif menarik stroller bayi kedalam halaman rumah.

"Masuklah dulu. Mak dengan Huda keluar pergi cari barang." Tuturnya mendatar.

"Eh.. Tak apalah." Laju Armell menolak pelawaannya.

Hanif yang baru mahu berpaling kedalam, memandang kembali wajah Armell yang dilindungi dengan kacamata hitam itu.

Armell segera mecabut kacamata hitamnya untuk menunjukkan reaksi sebenar wajahnya.

"Lagipun kan Mak dengan Huda tak ada dekat rumah. Tak eloklah pula kalau jiran-jiran nampak." Tuturnya gugup.

Hanif memandang sekilas rumah jiran kiri kanannya.

"Apa yang tak eloknya?. Saya bukan ajak awak masuk dalam rumah."

Armell berkerut dahi. Kejap. Tak ajak masuk rumah?. Habistu?. Aku salah dengar ke tadi?. Getus hatinya.

Hanif mendepakan sebelah tangannya, menunjuk kearah bangku dan meja diluar rumah.

"Duduklah dulu. Sementara tunggu Mak. Tak kan awak nak terus balik tak jumpa Mak."

Armell menunduk. Pipinya sudah merah, menahan malu. Macam mana aku boleh lupa ada bangku dengan meja kayu dekat luar. Getus hatinya.

"Urm... Oklah kalau macam tu. Saya tunggu Mak dekat situ."

Namun baru Hanif berpaling. Armell bersuara lagi.

"Tapi"

Hanif berpaling kembali kearah Armell. Kali ini pandangannya tepat kedalam anak mata Armell yang sedang memandangnya juga.

Berdegup kencang jantung Armell saat mata mereka bertentang. Namun Armell cepat-cepat melarikan pandangan kearah lain.

"Mak tak lama dah kan?."  Soalnya gugup.

Hanif tidak menjawab. Dia terus berpaling. Saat itu senyuman perlahan terukir dibibirnya. Entah mengapa. Dia merasa suka apabila melihat Armell gugup bercakapnya. Ia mengingatkannya dengan tempoh awal perkenalan mereka.

Armell berdecit geram apabila Hanif meninggalkannya tanpa jawapan.

Dah ajak aku masuk. Lepastu nak kerek macam tu. Getus hatinya geram.

***

ARMELL Hanya diam sambil memerhati Sofea yang sedang ketawa bermain dengan Hanif dihadapannya.

Terkadang dia tersenyum bersama Sofea yang ketawa dilayan Hanif. Begitu asyik dia memerhatikan dua beranak itu, sehingga dia tidak sedar sejak bila pandangannya beralih dan hanya tertumpu kepada Hanif.

"Jangan pandang lelaki lain macam tu. Awak tu darah manis." Ujar Hanif yang sudah lama menyedari Armell sedang merenungnya.

Armell segera tersedar dari lamunannya.

Hanif memandang kearah Armell.

Armell cepat-cepat membuang pandangan kearah lain.

Tengku Ashraf tak jujur dengan awak. Tapi macam mana caranya saya nak bagitahu dengan awak Armell. Supaya awak tak salah faham dengan saya. Getus hatinya.

Dia segera menunduk saat Armell memandang kembali kearahnya.

"Bakal suami awak. Dia pergi outstation kan?."

Armell berkerut dahi.

"Hmm... Tapi macam mana awak boleh tahu?."

"Saya ni kan staf dia. Tak kan lah saya tak tahu kalau bos saya pergi outstation." Ujar Hanif memandang Armell.

Armell tersenyum.

"Saya lupa yang dia bos awak."

Hanif tersenyum.

"Macam mana awak kenal Tengku Ashraf?. Boleh saya tahu?." Tanya Hanif.

Senyuman segera terlakar dibibir nipis Armell apabila teringatkan masa kecil dia dan Tengku Ashraf. Meskipun dia masih belum mencintai lelaki itu. Namun dengan mengingati kenangan lama bersama lelaki itu, mampu untuk membuatkan dia tersenyum.

"Saya kenal dia sejak kecil. Mummy dengan Daddy berkawan rapat dengan orangtua dia. Dialah kawan saya, Abang saya. Saya tak tahu banyak tentang dia. Tapi apa yang saya tahu. Saya senang bila ada dengan dia. Dan yang paling penting. Saya tahu dia ikhlas sayangkan saya." Tutur Armell tersenyum.

Hanif berdecit geram. Menyesal pula dia meminta Armell bercerita tentang lelaki itu. Dia beralih kembali kearah Sofea.

"Sofea... Tengok tu. Bukan main lebar senyum ibu awak tu bila bercakap pasal Ayah Tengku awak." Tutur Hanif.

Armell tersenyum kelat mendengarnya.

"Kenapa Ayah?." Tanya Armell.

Hanif berpaling kearah Armell.

"Habistu apa? Papa Tengku?."

"Tak adalah. Awakkan bahasakan diri Ayah dengan Sofea. Awak tak kisah ke kalau Sofea panggil awak sama macam dia panggil Tengku Ashraf?." Tutur Armell teliti. Takut-takut kalau Hanif terasa dengan ucapannya.

Hanif tersenyum apabila teringatkan video yang dia lihat di instagram milik Armell. Saat pertama kali Sofea bercakap dan memanggil Tengku Ashraf dengan panggilan 'Ayah'.

"Sofea dah panggil dia ayah pun."

Berkerut dahi Armell mendengarnya.

"Mana awak tahu?."

Hanif terdiam. Seraya memandang Armell.

"Huda kan masih follow ig awak."

Armell terdiam. Dia mulai merasa bersalah. Dia terlupa tentang Huda yang pernah mengikutinya di instagram. Mungkin kerana Huda tiada meng'update' sesuatu. Dia jadi terlupa.

"Saya minta maaf." Tuturnya menunduk.

"Kenapa nak minta maaf?."

"Tengku Ashraf yang bahasakan diri dia dengan panggilan Ayah dekat Sofea." Ujar Armell memberi penjelasan.

Hanif memandang Armell.

"Tapi itu sekali je Sofea panggil Tengku Ashraf ayah. Lepastu saya tak pernah dengar dah."

Hanif tersenyum apabila melihat Armell yang sedaya upaya cuba membuat dia agar tidak terasa.

"Tak perlulah awak nak jelaskan panjang lebar. Saya tak ambil hati pun. Masih dapat jumpa Sofea macam ni pun. Dah cukup dah bagi saya." Ujar Hanif mencubit pipi Sofea.

Armell tersenyum kelat.

Selang berapa detik. Hanif kembali memandang Armell.

"Awak tak ada apa-apa nak pesan dekat saya ke?."

"Pesan apa?." Berkerut dahi Armell tidak mengerti.

"Minggu ni. Mungkin saya akan sibuk menguruskan hal perkahwinan saya. Jadi Sofea akan banyak masa dengan awak. Saya harap awak dapat jaga dia dengan baik..."

Armell hampir tergelak mendengar contoh yang diberikan Hanif. Namun dia cepat-cepat menahan tawanya, dengan menutup mulutnya dengan tangan. Apabila Hanif memandang kearahnya.

Dia berdehem kecil.

"Perlu ke saya pesan pada awak untuk jaga anak awak sendiri dengan baik." Ujarnya.

"Kenapa pula tak?."

"Sebab saya percayakan awak." Ucap Armell tersenyum.

Namun begitu, ucapan Armell itu seolah memberi maksud yang berlainan bagi Hanif.

Mata yang tadi bersinar, mulai berkaca.

"Tengku Ashraf?."

Berkerut dahi Armell apabila Hanif menyebut nama Tengku Ashraf.

"Awak percayakan dia juga?." Tanya Hanif merungkai soalan dibenak Armell.

"Awak tanya apa ni?. Diakan ayah Sofea juga. Mestilah saya percayakan dia." Ujar Armell.

Hanif tersenyum. Seraya berkata.

"Tapi saya tak percayakan dia."

Berkerut dahi Armell.

"Apa alasan awak untuk tak percayakan Sofea dengan dia?." Soal Armell.

"Bukan itu maksud saya." Cepat Hanif menyangkalnya.

Armell semakin tidak mengerti.

"Habistu?."

Hanif membuang pandangan kearah lain.

"Awak kenal Ariana?."

"Ariana?." Armell mengulang kembali nama yang disebut Hanif.

Kejap. Tapi kenapa aku macam pernah dengar nama tu.

Dia teringat saat Tengku Ashraf menghubungi tempoh. Ya. Nama itu yang dia dengar Tengku Ashraf sebut. Tapi siapa Ariana?. Kenapa Hanif tiba-tiba bertanyakan tentang wanita itu kepadanya.

"Awak kenal dia?."

Lamunannya terhenti apabila Hanif bertanya lagi. Seraya memandang Hanif.

"Ariana mana yang awak maksudkan?." Tanya Armell.

"Ariana mana yang awak tahu?." Soalan Armell dibalas dengan soalan juga oleh Hanif.

Armell segera menunduk.

"Tengku Ashraf ada kawan nama Ariana. Tapi saya tak pernah jumpa dia." Ujar Armell.

"Mana awak tahu mereka kawan?."

"Tengku Ashraf bagitahu saya."

"Kawan."

Hanif tertawa sinis. Seraya memandang kearah Sofea.

"Jangan biarkan Tengku Ashraf dekat dengan dia." Ujarnya sambil mengelus pipi Sofea.

Armell berkerut dahi.

Hanif memandang kearah Armell.

"Itu pun kalau awak tak nak perkara yang sama berulang lagi."

"Apa maksud awak?."

Hanif menghela nafas panjang. Seraya berkata.

"Entahlah... Saya pun sebenarnya tak tahu status sebenar hubungan mereka tu. Tapi apa yang saya boleh cakap, hubungan mereka itu bukan sebatas kawan, macam apa yang awak fikir."

Armell terdiam memikirkan ucapan Hanif.

Patutlah Abang Ash risau sangat. Sampai aku call pun. Dia tak perasan nombor aku.

Tapi kenapa dia melamar aku, kalau dia dah ada perempuan lain?. Benaknya.

"Awak fikirlah apa yang saya cakap dengan awak ni. Saya nak masuk dulu. Mak dengan Huda pun dah nak balik rasanya." Ujar Hanif. Seraya bangun dan berpaling hendak masuk.

Sekejap. Tapi kenapa Hanif tiba-tiba bagitahu aku tentang ni. Bodohnya aku. Aku nak ulang lagi kesilapan yang sama, macam mana aku dengan Hanif dulu. Benak Armell.

"Hanif." Dia berteriak memanggil Hanif yang masih belum jauh.

Hanif berpaling kembali kearahnya.

Armell merenung tajam kearah Hanif.

"Saya rasa saya tak perlu fikir pun apa yang awak cakap tadi."

Hanif berkerut dahi.

"Sebab saya percayakan Tengku Ashraf. Dia dah janji dengan saya yang dia tak akan lukakan hati saya dan saya percayakan dia." Ujar Armell.

Hanif tersenyum mendengarnya. Dia kembali menghampiri meja. Tubuhnya dibungkukkan sedikit agar sejajar dengan Armell.

"Saya pun pernah janji yang saya akan selalu ada dengan awak. Dan awak percayakan saya. Tapi apa yang jadi lepastu?. Awak dah lupa ke?. Awak nak ulang lagi kesilapan yang sama?."

Armell terdiam. Matanya tidak berkedip memandang kearah Hanif.

Hanif mengukir senyuman nipis.

"Siapa pun orang tu dihati awak Armell. Jangan pernah letakkan sepenuh kepercayaan awak pada dia." Ujar Hanif.

"Semua orang tak sama Hanif!." Ujar Armell mula meninggikan suaranya.

"Sebab semua orang tak sama. Saya suruh awak jauhkan Tengku Ashraf dari perempuan tu." Ujar Hanif menjarakkan diri dari Armell.

"Hanif. Sebenarnya apa tujuan awak cakap semua ni pada saya?. Awak nak suruh saya berprasangka pada Tengku Ashraf ke?. Awak lupa ke disebabkan prasangka buruk saya pada awak. Hubungan kita hancur." Ujar Armell.

Hanif terdiam.

Armell bingkas berdiri. Matanya merenung tajam wajah Hanif.

"Awak tengah cuba nak pisahkan saya dengan Tengku Ashraf kan?."

Hanif berpaling menghadap Armell.

"Awak cakap apa ni?."

Armell tertawa sinis, seolah memerli Hanif.

"Saya tak sangka. Rupanya awak ni sama je dengan Nina. Sanggup hancurkan hubungan orang lain untuk kepentingan diri awak sendiri."

Hanif tertawa mendengarnya. Sakit rasa hatinya apabila Armell menyamakan dirinya dengan orang yang telah menghancurkan hidupnya.

Dia merenung tajam kedalam mata Armell.

"Apa maksud awak cakap macam tu?. Kenapa awak nak kena samakan saya dengan dia?."

Armell membalas tatapan tajam Hanif.

"Kalau saya tak bagitahu kenapa pun. Awak faham maksud saya kan Hanif?."

Hanif menggepal penumbuknya geram. Pandangannya mencerlung kedalam anak mata Armell.

"Kalau awak rasa saya bagitahu awak ni disebabkan saya cemburu dengan Tengku Ashraf Armell. Awak salah!." Ujar Hanif menekan bicaranya.

"Habis kalau bukan cemburu apa?." Soal Armell.

Hanif tersenyum. Matanya berkaca.

"Saya cuma tak nak Sofea terus tengok Ibu dia menangis untuk lelaki yang sepatutnya menjadi bahu untuk dia dan ibu dia." Ujar Hanif penuh makna.

"Penipu!." Teriak Armell. Air jernih mulai bergenang ditubir matanya.

"Hakikat yang sebenarnya awak tu masih cintakan saya dan awak nak kita bersama! Mengaku je lah!." Ujar Armell lagi.

Hanif tetap diam. Meskipun apa yang dikatakan Armell itu benar. Namun dia tidak mahu mengakuinya. Kerana mengakuinya adalah sama sahaja seperti dia membiarkan maruah lelakinya dipijak.

Armell terdiam seketika, memikirkan apa yang harus dia katakan saat ini untuk membuat Hanif berhenti berharap padanya.

"In your dream Hanif... Awak lupa ke yang saya pernah cakap dengan awak dulu. Jangan ada kesilapan dalam hubungan kita. Sebab saya tak akan anggap awak tersilap, melainkan awak sengaja nak buat kesilapan tu."

Hanif membuang pandangan kearah lain. Air mata yang akan keluar, segera dikeringkan dengan ibu jari Ya. Dia masih ingat ucapan itu.

Dia kembali memandang kearah Armell.

"Saya tahu saya bukan apa-apa kalau nak dibandingkan dengan awak Armell. Tapi walau macam mana pun. Saya tetaplah manusia biasa. Yang akan buat kesilapan. Saya sepatutnya dah sedar masa awak ungkapkan kata tu. Tapi cinta, buatkan saya jadi manusia tak sedar diri." Tutur Hanif sebak.

Armell terdiam memandangnya.

"Tapi itu semua masa lalu Armell. Sebab sekarang saya dah sedar. Saya memang tak mampu nak gapai awak. Masa awak buat keputusan untuk berkahwin dengan Tengku Ashraf. Saya pun dah buat keputusan, untuk tutup pintu hati saya, untuk awak. Mulai dari saat tu. Tak ada lagi insan bernama Armell Adriana dalam hati ni." Ujar Hanif menepuk dadanya dengan tangan sendiri.

Armell terkedu mendengar apa yang baru dikatakan Hanif. Tidak tahu mengapa. Dia merasa sakit setiap kali mendengar ia keluar dari mulut Hanif. Adakah dia sebenarnya yang belum bersedia untuk tidak dicintai lelaki itu.

"Saya buat semua ni untuk Sofea. Jauhkan Tengku Ashraf dari Ariana!. Dan jangan pernah menangis lagi depan Sofea." Ujar Hanif lagi. Seraya berpaling masuk kedalam.

TBC.

PS:

* My Broken English (Please DM Me)

_______________________________________Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro