Bab 34: Mulut Kata Lain, Hati Kata Lain.
HANIF Masuk kedalam perut kereta Mazda CX 3 berwarna kelabu milik Ariana.
"Good morning.." Sapa Ariana.
"Morning." Balas Hanif tersenyum.
"Are you ready?." Tanya Ariana.
"Ready apanya?. You nak bawa i pergi mana pun i tak tahu." Ujar Hanif.
Ariana tersenyum.
"It's ok. Kejap lagi you tahu juga." Kata Ariana.
Hanif ikutkan sahaja. Seraya memakai tali pinggang keledar.
***
"HANIF... Hanif..."
Hanif membuka matanya apabila mendengar seseorang memanggil-manggil namanya.
"Wake up. Kita dah sampai."
Dia melihat sekelilingnya dengan mata terkebil-kebil. Dia melihat ada papan tanda Taman Rimba Kiara.
"Kita buat apa dekat sini?."
"Release tension."
Dia menoleh kearah Ariana dengan dahi berkerut.
"Jom lah..." Ajak Ariana. Seraya keluar dari kereta.
_
AIMAN Menghirup milo panas dihadapannya.
"Man. Kau kata lepas majlis nikah kakak kau. Kau nak terus ke Terengganu. Ini majlis kakak kau tak jadi. Kau jadi ke tak nak pergi sana?." Soal Iqbal.
Aiman terdiam. Dia teringat kata-kata kakaknya.
Ya!. Kau memang kau adik tak guna!. Aku menyesal sebab jaga kau selama ni!. Aku menyesal ada adik macam kau!.
"Aiman.."
"Aiman."
Aiman segera tersedar dari lamunannya apabila Iqbal memetik jari dihadapan mukanya. Dia memandang Iqbal.
"Kau dengar tak aku cakap apa?." Tanya Iqbal.
"Entahlah..." Seloroh Aiman panjang.
"Kau jangan main-main Man. Kau dah janji dengan aku kita nak pergi sama-sama kan." Ujar Iqbal.
Aiman jadi serba salah apabila Iqbal berkata demikian. Namun dia juga tidak sampai hati sebenarnya untuk meninggalkan Nina dalam keadaan kakaknya itu sekarang.
"Tengoklah macam mana. Nanti apa-apa aku update kau." Ujar Aiman.
Dia menghirup lagi milo didalam cawannya.
"Aiman..."
Aiman mengangkat kepalanya, melihat wanita yang memanggil namanya.
Iqbal turut menoleh kearah wanita yang menyapa temannya itu.
Aiman segera berdiri.
"Kak Mell."
***
AIMAN Tunduk memandang meja. Dia merasa bersalah terhadap Armell apabila mengenangkan apa yang telah dilakukan kakaknya terhadap Armell.
"Kak Mell dengar. Aiman yang hentikan majlis kakak Aiman. Betul ke?." Soal Armell.
Aiman mengangguk perlahan.
Armell berkerut dahi.
"Boleh Kak Mell tahu kenapa Aiman buat macam tu?."
Aiman mengangkat pandangannya, memandang Armell.
"Saya dah tahu semuanya Kak Mell."
Berkerut dahi Armell. Dah tahu semuanya?. Tahu apa?. Soal Armell dibenaknya.
"Saya dah tahu apa yang kakak saya buat pada Kak Mell dengan Abang Hanif." Ujar Aiman dengan rasa bersalah.
Armell jadi serba salah mendengarnya. Dia tidak sampai hati melihat Aiman merasa bersalah terhadapnya.
"Aiman... Aiman sebenarnya dah salah faham ni." Ujar Armell cuba mahu menghilangkan rasa bersalah Aiman.
"Kak Mell. Tak perlu lagi rasanya Kak Mell putar belit cerita. Kakak saya pun dah mengaku." Ujar Aiman, yang sepertinya tidak mahu ditipu lagi.
Armell segera menundukkan kepalanya.
"Siapa bagitahu Aiman?. Yana ke?." Tanya dia.
Aiman terdiam sejenak.
"Yana memang ada bagitahu. Tapi masa dia bagitahu tu. Saya dah tahu dulu dari Abang Hanif."
Berkerut dahi Armell mendengar nama Hanif.
"Abang Hanif?."
Aiman mengangguk
"Abang Hanif hilang sabar. Dia tak tahan bila kakak saya bagitahu saya yang Kak Mell perangkap dia kahwin dengan Kak Mell."
Armell tergamam mendengarnya. Sebegitu sekali Nina sanggup mengatanya.
Aiman kembali menunduk.
"Dan apa yang membuatkan Abang Hanif lagi marah. Bila kakak saya kata Sofea tu bukan anak kandung Abang Hanif dengan Kak Mell."
Armell terdiam. Dia tidak tahu harus berkata apa. Dia tidak menyangka Nina sebegitu sekali... Sehingga sanggup menafikan Hanif sebagai bapa kandung Sofea.
"Masa tu juga Abang Hanif putuskan pertunangan..." Ujar Aiman.
"Abang Hanif ada kata yang dia sebenarnya sedang cuba untuk tunaikan permintaan Kak Mell. Teruskan perkahwinan dan maafkan kakak saya. Tapi apa yang kakak saya buat masa tu. Buatkan dia sedar yang kakak saya memang tak layak untuk dimaafkan." Tutur Aiman sayu.
Armell jadi serba salah apabila melihat Aiman terpaksa membuka mulut bercerita tentang orang yang dia sayangi.
"Aiman..." Armell bersuara cuba menghentikan Aiman dari terus bercerita.
"Tapi semuanya tak berakhir disitu. Kakak saya datang lagi merayu dekat Abang Hanif. Dan akhirnya Abang Hanif setuju untuk jadikan dia isteri." Ujar Aiman menunduk.
Armell berkerut dahi.
Aiman kembali mengangkat kepalanya.
"Tapi isteri yang tak di iktiraf." Tambah Aiman lagi. Kali ini air jernih bertakung dikelopak matanya.
Armell terkedu mendengarnya.
Aiman segera menunduk, mengeringkan air dikelopak matanya dengan ibu jari.
"Kakak saya memang tak kisah. Sebab dia cintakan Abang Hanif. Tapi saya kisah." Tutur Aiman sebak.
"Sebab itulah saya hentikan majlis tu."
Armell terdiam. Dia tidak tahu harus berkata apa. Dia jadi kasihan melihat keadaan Aiman yang tersepit diantara rasa benci dengan sikap Nina dan rasa kasihnya pada seorang insan yang bergelar kakak.
"Kak Mell." Panggil Aiman.
Armell memandang wajah Aiman.
"Saya rasa semua yang dah jadi ni, ada hikmahnya." Ujar Aiman.
Armell diam. Tidak menafikan, namun tidak juga mengiyakan.
"Mungkin ini masa yang paling sesuai untuk Kak Mell perbaiki semula hubungan Kak Mell dengan Abang Hanif." Tutur Aiman lagi.
Armell tersenyum mendengarnya.
"Aiman... Kak Mell bertanya, bukan sebab Kak Mell masih berharap untuk kembali pada Abang Hanif." Tutur Armell.
Aiman memandang mata Armell. Meminta penjelasan.
"Kak Mell mula-mula fikir Aiman buat semua ni untuk Kak Mell. Jadi Kak Mell nak jumpa Aiman. Kak Mell nak tegur Aiman, supaya tak lupa jasa kakak. Tapi rupanya Kak Mell salah. Sebab Aiman tetaplah Aiman yang Kak Mell kenal. Sanggup buat apa sahaja yang Aiman rasa benda tu baik untuk kakak Aiman. Walaupun... Perkara tu boleh buat dia marah." Tutur Armell.
Aiman terdiam menunduk.
Armell menghela nafas panjang.
"Aiman." Panggilnya.
Aiman mengangkat pandangan memandangnya.
"Kak Mell nak terus terang pada Aiman. Kak Mell dah nak kahwin hujung bulan ni. Dan sejujurnya Kak Mell cakap. Kak Mell dah tak ada apa-apa perasaan pada Abang Hanif." Tutur Armell.
"Tapi Kak Mell buat keputusan tu, masa Abang Hanif akan berkahwin dengan kakak saya kan?." Soal Aiman. Tidak yakin dengan apa yang baru dikatakan Armell.
Armell tersenyum mendengarnya.
"Memang. Tapi semua tu kebetulan. Tak ada kena mengena dengan Abang Hanif. Sama ada dia kahwin dengan kakak Aiman atau tak. Kak Mell tetap akan berkahwin dengan lelaki pilihan Kak Mell. Hati Kak Mell ni memang dah tertutup untuk Abang Hanif." Tutur Armell.
Aiman berkerut dahi.
"Habis tu Abang Hanif?. Sofea?."
Armell terdiam mendengar soalan Aiman.
"Kak Mell..." Panggil Aiman.
Armell memandang mata Aiman.
"Saya tanya ni... Kalau Kak Mell kahwin. Macam mana Abang Hanif dengan Sofea?." Aiman mengulang soalannya.
"Buat masa Sofea masih kecil ni. Dia banyak bergantung pada Kak Mell. Mungkin dia dah besar sikit nanti. Kak Mell akan bergilir dengan Abang Hanif." Tutur Armell gugup.
Aiman menunduk. Dari air muka Armell. Dia langsung tidak percaya yang wanita itu sudah tiada hati pada abang ipar tak jadinya itu.
"Betul ke Kak Mell dah tak ada perasaan pada Abang Hanif?."
Armell terkedu mendengar soalan Aiman. Namun dia segera mengukir senyuman dan mengangguk untuk menyembunyikan rasa gugupnya.
_
HABIS Lumba berbasikal dengan Ariana. Dia membelikan aiskrim untuk dirinya dan Ariana.
"Nah..." Dia menghulurkan aiskrim cornetto berperisa coklat kepada Ariana.
"Baru je bakal kalori. Tambah kalori lagi." Rungut Ariana.
Hanif menunjukkan riak muka menyampah.
"Nak ke tak nak?. Kalau tak nak. I makan dua dua." Ujarnya.
Ariana segera mengambil aiskrim tersebut dari tangannya.
"Dah belikan... Mestilah nak." Ujar Ariana menjelingnya.
Hanif tersenyum. Tak puas hatilah tu aku kalahkan dia. Itulah. Siapa suruh yakin sangat. Getus hatinya.
Seraya melangkah kehadapan, mengikut trek.
Flashback.
Dia melihat Armell yang sudah siap duduk diatas basikal.
"Sayang... Awak betul ke nak lumba dengan saya ni?." Soalnya.
Armell mengangguk laju.
"Kenapa?. Awak takut ke?." Soal Armell dalam nada mengejek.
Dia tersenyum melihat keyakinan Armell.
"Come on. Ini Hanif lah..." Katanya percaya diri.
"Buktikan." Ujar Armell dengan mimik muka mengejeknya.
Dia segera bangun dari bangku dan berjalan menuju kearah basikal disebelah basikal Armell.
"Okey. Saya buktikan.. Tapi janji. Kalau kalah, jangan nangis eah..." Ujarnya mengusik Armell.
Namun ianya tidak memberi kesan pada Armell.
"Sayang.. Awak patut cakap macam tu dekat diri awak sendiri tau." Ujar Armell.
Dia tersenyum. Dia duduk diatas basikal dan sudah siap untuk membuktikan pada Armell.
"Okey... Ready..." Katanya.
Armell mengangguk yakin.
Mereka pun mula mengayuh basikal, berpusing taman, mengikut trek.
Dia tersenyum melihat Armell yang kelihatan bangga, mengejeknya yang berada dibelakang.
Tunggu sayang... Getus hatinya.
Saat mereka sudah hampir tiba digaris penamat. Dia melajukan kayuhannya. Tidak perlu mengambil masa lama, basikalnya memecut basikal Armell dan dia pun tiba digaris penamat.
Dia turun dari basikal dan mengangkat kedua tangannya keatas kepala.
"Juaranya ialah Encik Hanif Firdaus." Soraknya, sengaja mahu menyakitkan hati Armell yang sedang
Armell turun dari basikal, membuka topi keledar dan melempar ketanah.
"Awak main tipu!. Saya tak nak kawan awak." Armell menjelingnya dan berpaling pergi.
Dia tersenyum. Sudah dia duga. Tetapi itulah yang dia mahukan.
"Sayang!." Panggilnya.
Dia mengejar langkah Armell.
"Come on sayang... Kata tak nak nangis..." Laungnya.
Armell terus melangkah tanpa mempedulikannya.
Dia berjaya meraih tangan Armell.
"Sayang..."
Armell berpaling kearahnya, namun tidak memandangnya.
"Come on sayang. Tak payahlah serius sangat. It's just a game..." Tuturnya cuba memujuk Armell.
"No!. Bagi awak memang macam tu. Tapi bagi saya tak!." Armell melepaskan tangan dan berpaling lagi ingin pergi.
Dia segera memeluk pinggang wanita itu dari belakang.
"Sayang..." Bisiknya ditelinga Armell. Malu?. Memanglah malu. Tapi nak buat macam mana. Kerana isterinya itu harus segera dipujuk.
Arme yang terkejut dengan tindakannya, berteriak kecil.
"Hanif!."
Armell mengetap bibir geram.
"Apa awak buat ni?. Lepaslah... Orang tengok!. Malulah sikit.." Ujar Armell.
"Saya tak akan lepaskan... Selagi awak tak kata awak maafkan saya." Ujarnya.
"Hanif please..." Rayu Armell.
Namun dia tidak menghiraukannya kerana dia tahu Armell akan segera mengalah kerana malu.
"Fine!. Saya maafkan awak!." Ujar Armell geram.
Dia tersenyum. Seraya melepaskan pelukannya dan mengusap kepala Armell.
"Macam ni lah isteri saya."
Armell mengetap bibir, geram dengan sikapnya.
"Muncung tu simpan. Saya cium awak dekat sini karang..." Ujarnya mengusik Armell lagi.
"Hanif..." Bentak Armell memukul dadanya.
"Aduh..." Ringisnya mengada.
Armell menjelingnya.
Sedar akan silapnya mengusik Armell dikhalayak umum. Dia segera meraih tangan wanita itu.
"I'm sorry ok sayang. Saya janji tak buat lagi..." Tuturnya.
Armell menoleh kearahnya.
"Tapi kalau saya ingat." Tambahnya tersengih.
Armell menumbuk dadanya dan segera berpaling.
End Flashback.
Hanif tersenyum sendiri mengingatnya.
Ariana yang melihatnya berkerut dahi.
"Kenapa you senyum sorang-sorang?."
Hanif menoleh kearah Ariana.
"Tak ada apa. Saje senyum. Tak boleh ke?."
Ariana menjilat aiskrim ditangannya sendiri.
"I tahu. You mesti teringat yang you kalahkan i tadi kan..." Ujar Ariana.
Hanif tertawa kecil.
"Serius ahh tak habis lagi ke?." Katanya mengejek.
"You lah... Tak puas lagi gelakkan i kan?." Ujar Ariana.
Hanif menggeleng-geleng. Perempuan.. Perempuan... Confident tinggi. Bila kalah tak puas hati. Getus hatinya.
"No lah.. Mana ada i gelakkan you." Jawab Hanif tersenyum.
Ariana memandang Hanif. Dia tersenyum apabila melihat comot aiskrim ditepi mulut Hanif.
"You ni macam budak-budaklah... Makan pun comot..." Ujar Ariana.
Hanif berkerut dahi. Malunya..
Dia segera mengambil tisu dan membersihkan comot ditepi mulutnya.
"Patutlah Armell ceraikan you." Tambah Ariana dalam nada bergurau.
Terhenti terus langkah Hanif.
"Amboi... Gurau kasar nampak." Ujarnya.
"Apa?. Tak betul apa i cakap?." Balas Ariana.
Hanif menggelengkan kepalanya. Tak sensitif langsung dia ni. Cuba kalau aku yang mention nama Tengku Ashraf. Getus hatinya.
"Mestilah tak betul!. Armell tak pernah ceraikan i okey. I yang ceraikan dia." Ujar Hanif cuba beriak tidak peduli.
"Tapi you still sayangkan dia kan..."
Hanif menghela nafas panjang. Dia memandang mata Ariana.
"Buat apa nak sayang dekat orang yang dah tak sayangkan kita.." Ujarnya penuh makna.
Ariana terdiam.
Hanif merapatkan wajahnya dengan wajah Ariana.
"Betul tak?."
"Ariana!."
Terkejut kerana Ariana disergah. Hanif segera menjarakkan dirinya dari Ariana. Begitu juga Ariana.
Sejak bila Tengku Ashraf disitu. Mereka pun tidak perasan. Tengku Ashraf kini sedang merenung tajam kearah Hanif dan Ariana.
Ariana menepis rasa gementarnya dan bertanya.
"Tengku Ashraf. You buat apa dekat sini?."
Tengku Ashraf memandang tajam mata Ariana.
"I yang patut tanya you. You buat apa dekat sini?. I call you, you tak jawab. I cari you dekat rumah your mom. Orang gaji kata you tak sihat. Tapi you keluar jumpa lelaki lain. Sihat pulak." Ujar Tengku Ashraf dalam nada marah.
Ariana menunduk.
"I baru sihat.. Bosan duduk rumah.. Itu yang I ajak Hanif keluar." Tutur Ariana.
Tengku Ashraf memandang sekilas wajah Hanif yang sedang melihatnya. Dia mendengus kasar. Seraya memegang pergelangan tangan Ariana, mahu mengajak Ariana bercakap ditempat lain.
"We need to talk."
Namun Ariana menarik tangannya dari genggaman Tengku Ashraf.
"Tak nak!."
Tengku Ashraf memandang sekilas Hanif yang sedang memerhatinya. Seraya beralih pada Ariana.
"Ariana please... I nak cakap dengan you." Tuturnya merayu. Dia kembali mahu meraih kembali tangan Ariana lagi. Namun Ariana laju mengelak dan berlindung dibelakang Hanif.
"I tak ada apa nak cakap dengan you." Kata Ariana.
Sakit rasa hati Tengku Ashraf apabila melihat Ariana berdiri dibelakang Hanif. Seolah meminta Hanif melindunginya.
Namun dia tidak peduli. Dia memegang juga tangan Ariana, mahu memaksa Ariana mengikutnya. Namun Hanif tiba-tiba memegang tangan Ariana, menghalang dari Tengku Ashraf menarik wanita itu.
Melihat Hanif memegang tangan Ariana. Tengku Ashraf mengangkat pandangannya, memandang wajah Hanif.
"Saya minta maaf Tengku. Saya bukan nak masuk campur urusan Tengku dengan Ariana. Tapi Ariana tak nak ikut Tengku. Lagipun... Ariana tengah berjalan dengan saya." Tutur Hanif.
"Hanif. Awak tak jadi kahwin kan... Kenapa awak tak masuk office?."
Hanif terdiam apabila Tengku Ashraf tiba-tiba bertanya demikian.
"Tak payah campurkan urusan kerja dengan pribadi." Sampuk Ariana.
Hanif menoleh kearah Ariana yang membelanya, tanpa dipinta.
Tengku Ashraf menuding jari ke wajah Ariana.
"Shut up Ariana!. Jangan-jangan you ni punca Hanif tak jadi kahwin." Ujar Tengku Ashraf.
Hanif terkejut dengan tuduhan Tengku Ashraf terhadap Ariana.
"Tengku." Dia bersuara memanggil Tengku Ashraf.
"Ariana tak ada kena mengena dengan pernikahan tak jadi saya." Ujarnya.
Tengku Ashraf tertawa sinis. Dia menjeling sekilas tangan Ariana yang masih memegang lengan Hanif.
"Jangan tipulah Hanif. Tengok awak dengan Ariana sekarang je. Orang dah boleh agak." Ujar Tengku Ashraf.
Hanif berkerut dahi. Tidak mengerti dengan sikap Tengku Ashraf
"Okey. Saya tak kisah sebab apa awak tak jadi kahwin. Tapi saya nak tahu. Kenapa Ariana?. Awak dah tak ada perempuan lain ke?." Soal Tengku Ashraf.
Hanif semakin tidak mengerti. Sikap Tengku Ashraf menunjukkan yang lelaki itu sedang cemburu dengannya yang rapat dengan Ariana. Tetapi mengapa?. Bukankah dia mencintai Armell?. Getus hati Hanif.
"Kenapa kalau Ariana?. Dia belum berpunya kan..." Ujar Hanif sengaja mahu menguji Tengku Ashraf.
Tengku Ashraf mendengus kasar. Seraya menyambar kembali tangan Ariana.
"No!. She's mine." Ujarnya.
Terkejut Hanif mendengarnya.
"Ariana jom ikut i." Tengku Ashraf menarik tangan Ariana, mahu memaksa Ariana mengikutnya.
"Tak nak..." Ariana meronta minta dilepaskan.
Hanif segera memegang tangan Ariana dan menariknya, sehingga terlepas dari genggaman Tengku Ashraf.
Tengku Ashraf tergamam dengan apa yang dilakukan Hanif.
Hanif memeluk bahu Ariana.
"I'm sorry Tengku. Ariana sekarang kekasih saya. Kami akan berkahwin sebelum dia balik ke Spain."
Membulat mata Ariana mendengar pengakuan Hanif. Dia dapat melihat api cemburu dimata Hanif. Namun dia tidak tahu untuk siapa.
Tengku Ashraf tertawa sinis. Seraya menghampiri Hanif.
"Aku rasa kau tak tahu lagi Hanif. Perempuan yang kau nak kahwin ni. Hati dia ada pada aku." Ujar Tengku Ashraf dengan bahasa kasar.
Bergenang serta merta air dikelopak mata Ariana mendengarnya.
"Silap-silap. Dia nak kahwin dengan kau pun, disebabkan dia kecewa dengan aku." Ujar Tengku Ashraf lagi.
Satu tamparan menyinggah dipipi Tengku Ashraf.
"Ariana.." Hanif segera menarik Ariana kebelakangnya. Dia kemudian memandang Tengku Ashraf.
"Maaf Tengku. Mungkin betul apa yang Tengku cakap. Hati dia ada pada Tengku sekarang. Tapi tak apa... Saya tak kisah pun.. Sebab selagi diri dia bersama dengan saya. Saya akan berusaha untuk dapatkan hati dia." Tutur Hanif sengaja mahu memancing amarah Tengku Ashraf.
Hanif menoleh kearah Ariana.
"Jom.." Hanif memegang tangan Ariana dan berlalu melepasi Tengku Ashraf.
Tengku Ashraf mendengus kasar.
"Urm... Tengku." Hanif tiba-tiba berhenti dan memanggil Tengku Ashraf.
Tengku Ashraf menoleh ketepi, namun tidak berpaling menghadap Hanif.
"Cukuplah dengan hati Ariana. Sebab ada hati yang lebih penting untuk Tengku jaga." Ujar Hanif penuh makna. Seraya melangkah pergi bersama Ariana.
TBC.
PS:
* My Broken English (Please DM Me)
_______________________________________Comment & Vote Please.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro