Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 33: 😶

ARMELL Meletakkan telefon pintarnya didalam poket blazer yang dipakainya.

"Ariana?." Gumam bibirnya.

Tiba-tiba telefon pintar didalam poket blazernya berdering menandakan ada panggilan yang masuk.

Armell melihat nama Hanif yang tertera diskrin.

"Hanif. Kenapa dia call aku?." Gumamnya.

Setelah berfikir dua tiga kali. Dia menjawab juga panggilan tersebut.

"Assalamualaikum." Sapa Hanif didalam talian.

"Waalaikumsalam." Jawabnya gugup.

"Maaf ganggu awak pagi-pagi ni. Awak free?."

Berkerut dahi Armell apabila Hanif bertanya demikian.

Sekejap. Kenapa dia nak tahu aku free ke tak?. Armell. Dia dah jadi laki orang. Kau kena ingat tu. Ujarnya mengingatkan diri sendiri.

"Hanif, saya sebenarnya..." Belum habis dia mahu mengotakan alasannya.

"Kalau free. Datanglah hospital. Mak nak jumpa awak."

Berkerut dahi Armell mendengarnya.

"Hanif." Armell mengeluh panjang. Sia-sia sahaja kerana lelaki itu telah pun mematikan talian sebelum dia sempat memanggil.

Armell melepaskan keluhan kecil.

"Ada apa Mak nak jumpa aku?." Getus hatinya.

_
MELIHAT Huda keluar dari bilik wad. Nina bergegas masuk kedalam bilik tersebut.

"Along..." Terdengar suara Aini dibalik tirai.

Nina menutup rapat pintu bilik.

"Along ke tu?. Along tolong Mak. Long. Adik turun bawah kejap.."

Nina mengatur langkah perlahan menghampiri katil Aini.

"Kenapa Along ni diam je?."

Aini menyelak langsir yang menghalang pemandangannya.

Nina terkejut apabila Aini tiba-tiba menyelak langsir tersebut.

"Mak cik." Gumamnya. Dia segera mencium tangan Aini.

Namun Aini laju menolaknya, sehingga dia hampir terjatuh.

"Lepas apa kau dah buat pada keluarga aku. Berani kau datang sini." Ujar Aini.

"Makcik. Nina minta maaf... Nina tahu Nina buat salah... Tapi percayalah Makcik. Nina buat semua ni bersebab." Tutur Nina.

"Aku tak nak dengar apa-apa lagi. Cukup-cukuplah berlakon depan aku." Ujar Aini.

Nina meraih lagi tangan Aini.

"Makcik tolong jangan buat Nina macam ni... Nina dah tak ada siapa-siapa. Nina minta maaf Makcik.. Tolong maafkan Nina."

"Nurse! Nurse! Doktor!." Teriak Aini meminta bantuan.

Pintu bilik wad dikuak dari luar.

"Kak Nina." Gumam Huda dimuka pintu.

Dia bergegas menghampiri ibunya dan menarik Nina menjauhi Ibunya.

"Kau buat apa dekat sini hah?." Tengking Huda memarahi Nina.

"Adik.." Panggil Aini. Harus dia akui memang dia marahkan Nina. Tetapi dia tidak suka melihat anaknya kurang ajar terhadap orang yang lebih tua.

"Huda. Tolong maafkan Kak Nina. Kak Nina tahu ini semua salah Kak Nina.. Tolong bagi Kak Nina peluang kedua." Rayu Nina mengalirkan air mata.

"Keluarlah Nina. Tolong bagi kami masa untuk terima semua ni." Ujar Aini.

"Tapi Makcik."

"Nak tapi apa lagi?. Kau patut bersyukur tau.. Sebab kita orang ni masih ada mak, yang boleh tegur bila kita orang buat silap. Kalau kita orang ni macam kau. Mesti dah teruk dah kau ni. Aku dengan abang aku kerjakan!." Ujar Huda geram.

"Adik!. Mak tak ajar anak Mak cakap macam tu dengan orang." Aini bersuara lagi.

Huda terdiam.

Aini memandang Nina.

"Baliklah Nina."

Nina menunduk pasrah. Seraya berpaling keluar dari bilik tersebut.

Aini merasa sebak melihat Nina berpaling pergi. Mana tidaknya. Dia sudah menganggap gadis itu seperti anaknya sendiri. Tetapi apabila memikirkan apa yang telah dilakukan gadis itu. Benar-benar menyakitkan hatinya.

_
ARMELL Mengabaikan nama Tengku Ashraf yang naik diskrin telefon pintarnya. Seraya keluar dari perut kereta.

Setelah menekan butang ditepi pintu lif, dia berdiri menunggu dihadapan pintu lif.

Pintu lif sudah terbuka. Namun dia kaku disitu apabila melihat wajah Nina didalam lif. Sepasang mata itu, tajam merenungnya.

Tidak tahu mengapa. Dia menunduk, takut hendak berbalas tatapan dengan gadis itu. Mungkin juga kerana memikirkan yang gadis itu telah sah menjadi isteri Hanif.

Nina melepasinya. Bahunya pula jadi mangsa langgar Nina. Dia berpaling kebelakang melihat gadis itu. Pelik. Gadis itu tidak menyerangnya seperti kebiasaan. Tidak juga berbangga-bangga atas pernikahan dengan Hanif. Tetapi wajah gadis itu kelihatan sembap, seperti baru lepas menangis. Apa sebenarnya dah berlaku?. Getus hatinya.

_
HANIF Termenung sendiri menghadap tasik yang letaknya tidak jauh dari hospital. Sengaja dia mengambil angin disini, untuk mengelak dari bertemu dengan Armell. Tadi Huda menghubunginya, memberitahu Armell dihospital, melawat ibunya.

Terluka?. Ya, dia terluka dengan keputusan yang dibuat oleh Armell. Sedangkan dia masih berharap yang dia akan memiliki wanita itu lagi.

"Sudahlah tu Hanif. Mungkin dah tiba masanya untuk kau betul-betul lupakan semuanya. Tak lama je lagi Hanif." Tuturnya kepada diri sendiri.

"You dekat sini rupanya!."

Suara yang agak familiar ditelinganya. Dia menoleh kearah datangnya suara.

Ariana tersenyum dan melangkah menghampirinya.

ARIANA Duduk disebelah Hanif.

"Macam mana pernikahan you?. Berjalan lancar?."

"I tak jadi kahwin." Jawab Hanif.

Ariana tersenyum sinis. Dia memang sudah menduganya apabila dia tidak dapat menghubungi lelaki itu dihari perkahwinan lelaki itu semalam.

"I dah agak dah..."

Hanif berkerut dahi mendengarnya.

"Apa yang you agak?."

"You tak jadi kahwin." Ujar Ariana.

Hanif tersenyum kelat. Dia mahu bertanya lebih bagaimana gadis itu boleh mengagaknya. Namun fikirannya sedang tidak mahu menambah beban lain dikepalanya.

Ariana tersenyum. Seraya mendepakan kedua tangannya dan menghirup udara disekelilingnya.

Hanif menggerakkan kepalanya kebelakang, mengelak dari wajahnya terkena tangan Ariana.

Ariana kemudian menurunkan tangannya dan tersenyum memandang tasik.

Hanif berkerut dahi melihat senyuman yang tidak lekang dari bibir gadis itu sejak tadi. Seingatnya kali terakhir dia bertemu gadis itu, minggu lepas. Gadis itu menangis kerana pengumuman yang dibuat oleh Tengku Ashraf dan Armell. Sekejapnya dah move on. Fikirnya.

"You okey?." Tanya Hanif, mencuba untuk bertanya keadaan gadis itu.

Ariana menoleh kearahnya, sambil menunjuk diri sendiri.

"Siapa lagi." Balas Hanif berbasa basi.

Ariana tersenyum lagi.

"Okey." Jawab gadis itu sepatah.

Hanif tersenyum.

"Macam mana you buat?."

"Tutup phone you. Jangan jumpa dia, jangan tengok berita pasal dia, jangan tengok nama dia. Yang paling penting. Jangan fikirkan dia. Semuanya akan okey..." Ujar Ariana.

Hanif terdiam sejenak, menghadam kata-kata Ariana.

"Tapi kenapa you tak buat macam tu dari dulu?." Tanya Hanif.

"Entah..." Balas Ariana sepatah, kemudian tertawa.

Hanif tersenyum melihat gadis itu tertawa.

"Eh.. You tak nak tanya ke macam mana i boleh tahu you ada dekat sini." Ariana tiba-tiba berkata demikian.

Hanif tertawa kecil.

"Kebetulan you nampak i dekat sini. You tegurlah i."

"No." Ariana menggeleng kepalanya sambil membuat mimik muka.

"Habistu?."

"Jawapan yang betul ialah. Instinct." Kata Ariana.

"Instinct?." Hanif berkerut dahi.

"Yes!. Instinct i mengatakan yang you ada dekat sini." Ujar Ariana serius.

Meledak tawa Hanif melihat air muka serius Ariana. Sedangkan dia tahu yang gadis itu bergurau.

Ariana tersenyum.

"Kenapa you gelak?. You tak percaya ke?."

"Percaya." Jawab Hanif sepatah bersama sisa tawanya.

Sebaik kedua mereka berhenti ketawa. Suasana menjadi janggal.

Ariana berdehem perlahan.

"Hanif." Panggilnya.

Hmm... Sahut Hanif bersahaja.

"I akan balik Spain minggu depan."

Hanif tersenyum. Dia tidak terkejut apabila Ariana berkata demikian. Sudah diduganya. Kerana tidak mungkin semudah dilidah untuk kita melupakan orang yang kita cintai.

_
FLASHBACK.

"Kenapa Armell buat semua ni?."

Dia diam. Tidak tahu harus menjawab apa.

"Mell buat semua orang fikir Mell yang bersalah. Kenapa Mell tak cuba pertahankan rumahtangga Mell?." Ujar Aini.

Dia meraih tangan Aini.

"Mak. Mell dah lupakan semuanya. Anggap je lah yang Mell memang tak ada jodoh dengan Hanif. Mell pun dah buat pilihan Mell sendiri. Mell harap Mak dapat maafkan semua silap Mell..." Tuturnya sayu.

"Mell tak salah. Mak yang banyak buat salah pada Mell. Mak salah faham pada Mell." Ujar Aini bercucuran air mata.

"Mak... Janganlah macam ni. Mell tak nak Nina salah faham. Dia kan menantu Mak." Ujarnya.

Aini menggelengkan kepala.

"Dia tak kahwin pun dengan Along." Sampuk Huda.

Terkejut dia mendengarnya.

"Macam mana boleh tak jadi?."

Huda menunduk.

Aini memegang tangannya. Dia kembali memandang Aini.

"Macam mana boleh tak jadi Mak?. Mell dah cakap dah dengan Hanif. Kenapa Hanif?."

"Bukan Hanif yang hentikan."

Terhenti kata-katanya. Kalau bukan Hanif. Siapa?. Nina?. Tetapi mengapa?.

"Aiman."

Aiman?. Terkejut dia mendengar nama Aiman.

End Flashback.

Armell keluar dari perut keretanya.

Kenapa Aiman buat macam tu?. Getus hatinya.

"Mell."

"Abang. Abang buat apa dekat sini?." Gumam Armell terkejut apabila melihat Tengku Ashraf.

"Penting ke sekarang?. Kenapa Mell tak jawab call Abang?. Abang risau Mell tahu tak?." Soal Tengku Ashraf bertalu-talu.

Armell menunduk.

"Sorry. Mell ingat Abang sibuk."

"Sayang... Sesibuk mana pun Abang. Mell yang utama bagi Abang." Tutur Tengku Ashraf lebih tenang.

Armell mendongak kepala, memandang Tengku Ashraf.

"Abang dah jumpa Ariana?."

Tengku Ashraf terkedu apabila Armell bertanya demikian.

"Ar.. Ariana?."

"Yalah... Tadi pagi masa Mell call Abang. Abang sebut nama Ariana. Abang tanya dia pergi mana, abang risaukan dia." Tutur Armell.

"Ouh... Abang ada cakap macam tu ya?." Tengku Ashraf menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.

"Boleh Mell tanya." Pinta Armell memandang Tengku Ashraf.

Tengku Ashraf memandang Armell.

"Siapa Ariana?."

"Kawan Abang."

Flashback.

"Bye Nina."

Dia mengerutkan dahinya. Seraya menghampiri Hanif yang baru habis bercakap ditalian.

"Siapa Nina?."

Hanif berpaling menghadapnya.

"Kawan baik saya. Staf Daddy jugaklah... Sayang kenal."

End Flashback.

Armell pantas menggeleng kepalanya.

"Mell." Tegur Tengku Ashraf.

Dia memandang Tengku Ashraf.

"Mell tak percaya Abang ke?."

Armell terdiam sejenak. Bibirnya perlahan menguntum senyuman. Kepalanya digeleng.

"Tak ada sebab untuk Mell tak percaya Abang."

Tengku Ashraf menghela nafas lega.

"Ini Mell dari mana ni?. Sofea mana?." Tanya Tengku Ashraf.

Armell terdiam. Otaknya ligat mencari jawapan untuk soalan Tengku Ashraf.

"Mell dari hospital. Melawat kawan. Sofea ada dekat rumah Sha."

Tengku Ashraf mengangguk. Armell menghela nafas lega. Kerana sekurang-kurangnya lelaki itu tidak bertanya lebih.

Tengku Ashraf melihat telefon pintarnya.

"Eh sekejap. Dibatalkan. Bila ni?. Tak perasan pun."

Berkerut dahi Armell melihat Tengku Ashraf bercakap sendiri sambil melihat telefon pintarnya.

"Kenapa Abang?. Ada apa-apa tak kena ke?."

Tengku Ashraf memandang Armell.

"Tak ada. Ni. Abang baru perasan. Hanif dia bagitahu yang dia tak jadi kahwin."

Armell terdiam menunduk. Dia sudah mengetahuinya terlebih dahulu.

Tengku Ashraf mendail nombor Hanif. Namun telefon Hanif mati, tidak dapat dihubungi.

"Tak dapat pulak. Tak apalah..." Tengku Ashraf menyimpan telefon pintarnya didalam poket seluar yang dipakainya.

"Peliklah. Dah last minute. Tiba-tiba tak jadi. Abang rasa ada yang tak kena ni." Tengku Ashraf bermonolog sendiri dihadapan Armell.

"Adalah sebabnya tu." Ujar Armell tidak mahu Tengku Ashraf berfikir panjang.

_
NINA Melulu masuk kerumah, terus kebiliknya.

Dum! Bunyi pintu bilik dihempas kuat.

Aiman yang sedang duduk dimeja makan. Tidak mampu berkata apa-apa. Dari semalam dia tidak bertegur sapa dengan kakaknya itu.

Malas dia mahu melayan karenah Nina. Sakit cari sendiri. Dia sudah memberitahu agar tidak keluar menemui sesiapa, apatah lagi Hanif dan keluarganya. Tetapi kakaknya itu degil. Apa yang dia ditegahnya. Itulah yang dibuatnya.

Lepastu balik rumah nak meroyan. Omelnya didalam hati.

Dia bangun dari kerusi dan keluar dari rumah. Tadi dia berjanji mahu bertemu dengan Iqbal.

_
HUDA Mengambil ubat-ubatan Ibunya dan menyerahkan kepada Hanif. Hari ini Aini sudah boleh pulang kerumah.

Lega sedikit rasanya hati Hanif. Apabila ibunya telah beransur pulih.

"Along..."

Hanif menoleh kearah ibunya.

"Along macam mana?."

Hanif berkerut dahi. Dia memandang Huda yang juga memandangnya.

"Okey.. Along okey. Kenapa Mak tanya?. Along nampak tak okey ke?."

Aini menghela nafas panjang.

"Baguslah... Mak risau kalau Along stress." Tutur Aini.

Hanif tersenyum. Seraya menghampiri ibunya.

"Mak..." Tangan Aini diraihnya.

"Mak jangan risau. InsyaAllah... Lepas ni Along akan cuba kawal perasaan Along. Along dah nekad Mak. Along betul-betul nak move on. Along nak fokus kerjaya dan jaga keluarga Along." Tutur Hanif meyakinkan ibunya.

"Sofea?." Tanya Aini.

Huda memandang perubahan pada wajah Abangnya apabila Ibunya tiba-tiba bertanyakan Sofea.

"Mak.. Kan Along kata keluarga Along. Sofea pun termasuk keluarga Along lah... Betul tak Along?."

Hanif tersenyum mengangguk.

TBC.

PS:

* My Broken English (Please DM Me)

_______________________________________Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro