Bab 32: Hati Seorang Lelaki.
HANIF Mematikan telefon pintarnya. Tidak mahu ditanya tentang pernikahan tidak jadinya. Dia melangkah keluar dari kedai, setelah membeli makanan untuk adiknya yang sedang menunggu ibunya diwad.
"Anep."
Dia merengus kasar apabila melihat Nina dihadapannya. Dia melangkah laju.
"Anep tunggu!." Nina memegang pergelangan tangannya.
Terkejut kerana Nina masih berani menyentuhnya. Dia berhenti, merentap tangannya dari Nina.
"Kau buat apa dekat sini?. Aku dah kata kan aku tak nak tengok muka kau." Ujarnya tanpa memandang Nina.
Nina cuba mahu meraih tangannya lagi. Namun dia pantas mengelak dan memberi jelingan anaran kepada Nina.
"Anep... Aku minta maaf..." Tutur Nina menunduk.
Hanif diam. Tidak memberi sebarang jawapan. Dia merasakan seperti Nina masih lagi teman yang dia sayangi saat Nina menggunakan 'kau dan aku' sebagai bahasa perantaraan dengannya.
"Aku mengaku salah aku. Aku terdesak untuk miliki cinta kau sampai aku tak sedar yang aku sebenarnya dah hancurkan persahabatan kita.. Aku betul-betul minta maaf Hanif..." Tutur Nina mengalirkan air mata.
Bergenang serta-merta air mata Hanif mendengarnya. Seraya menoleh kearah Nina.
"Kau bukan je hancurkan persahabatn kita Nina!... Tapi kau juga dah hancurkan hati aku kau tahu tak?!." Ujarnya sebak.
Nina menunduk.
"Kau hancurkan kepercayaan aku pada kau!. Aku sakit kerana perbuatan kau!. Aku menderita!. Kau kata kau sahabat aku! Tapi tergamak kau buat aku macam ni kan!. Aku benci kau Nina!.." Tambah Hanif menekan bicaranya.
"Ya, Anep... Aku tahu salah aku. Sebab tu aku datang jumpa kau untuk minta maaf..." Tutur Nina sayu.
Hanif membuang pandangannya kearah lain.
"Kau baliklah Nina. Lepas apa yang kau dah buat. Aku memang dah tak boleh nak tengok muka kau lagi." Ujarnya, seraya melangkah pergi.
"Hanif!." Teriak Nina memanggil namanya.
Dia mengeringkan air ditubir matanya, sambil terus melangkah, mengabaikan panggilan Nina.
"Tolonglah!. Aku sanggup buat apa sahaja. Janji kau maafkan aku." Teriak Nina.
Langkahnya terhenti. Dia kembali berpaling kearah Nina.
Nina segera menghampirinya dengan air mata bercucuran.
"Kalau aku boleh pisahkan kau dengan Armell dulu. Kenapa aku tak boleh pisahkan dia dengan Tengku Ashraf." Tutur Nina.
Berkerut dahi Hanif mendengarnya.
"Kau cakap apa ni?."
"Armell dan Sofea balik kepangkuan kau. Itu yang kau nak kan?."
Air mata yang baru dikeringkan tadi, kembali bergenang.
"Aku akan jumpa Tengku Ashraf dan ceritakan semua pada dia.."
"Lepastu?." Tanya Hanif menguji Nina.
"Dia akan lepaskan Armell dan Armell akan pulang kenpangkuan kau."
Hanif tertawa sinis mendengarnya.
"Apa jaminan kau yang Tengku Ashraf akan lepaskan Armell?."
"Cinta!. Dia cintakan Armell.. Jadi dia akan buat perkara yang sama macam kau buat dulu. Macam mana kau lepaskan Armell dulu. Macam tu juga Tengku Ashraf." Ujar Nina.
Hanif terdiam. Dia memandang tajam wajah Nina.
"Aku lepaskan Armell sebab kau bagitahu aku yang dia dah tak cintakan aku!. Kau bagitahu aku yang dia dah tak bahagia dengan aku!. Jadi aku terpaksa lepaskan dia untuk kebahagiaan dia, bukan sebab cinta aku. Kau faham kan maksud aku?."
"Kalaulah sebab cinta Nina. Aku tak akan lepaskan dia. Sebab aku sayangkan dia..."
Nina terdiam memandang wajah tulus Hanif saat mengungkap kata 'sayang' terhadap Armell.
"Kau ada terfikir tak kenapa Armell terima lamaran Tengku Ashraf?."
Nina diam. Dia tiada jawapan untuk soalan Hanif itu.
"Tak ada apa yang akan berubah Nina. Kalau dulu aku lepaskan dia demi kebahagiaan dia. Macam tu juga sekarang. Aku rela dia bersama dengan lelaki yang dia cinta. Walaupun aku terluka dengan keadaan tu." Tutur Hanif penuh makna.
"Mana kau tahu dia dah tak cintakan kau?." Tanya Nina.
Air mata Hanif jatuh saat Nina bertanya demikian. Sakit rasa hatinya apabila mengenangkannya.
"Dia terima lamaran Tengku Ashraf!. Itu dah cukup untuk jawab soalan kau ni Nina. Sebab dia tak akan buka peluang untuk lelaki lain, kalau dia masih cintakan aku!." Ujar Hanif emosi.
"Habis tu kau?!."
Hanif memandang Nina, tidak mengerti dengan gadis itu.
Nina menyeka air mata dipipinya.
"Kalau kau masih cintakan dia!. Kenapa kau buka peluang untuk aku?." Soal Nina menjegilkan matanya.
Hanif terkedu mendengar. Dia sama sekali tidak menyangka yang Nina akan bertanya demikian.
"Kenapa kau bagi aku harapan yang kau akan lupakan dia?. Kenapa kau bagi harapan yang kau akan bahagiakan aku?. Kalau kau tak tahu aku punca kau bercerai. Selamanya ke kau akan berpura-pura lupakan dia?!. Selamanya ke kau akan berpura-pura cintakan aku?!." Soal Nina bertalu-talu. Dia sudah tidak mampu menyembunyikan lagi perasaannya. Air matanya mengalir keluar.
Hanif diam melihat Nina melepaskan amarah kepadanya.
Nina menundukkan kepala. Seraya menyeka air mata dipipinya.
"Aku tahu aku yang bersalah dalam hal ni Hanif... Tapi aku buat salah ni, kerana kau!. Kau yang mulakan!. Kau bagi harapan pada aku!. Dulu masa mak ayah aku meninggal. Kau datang hulurkan tangan pada aku. Kau bagi aku kasih sayang yang sepatutnya aku dapat dari mak ayah aku. Lepastu bila aku dah mula sayang kau. Kau pergi tinggalkan aku.. Yang paling sakit Hanif. Kau kahwin dengan dia!. Lepastu kau kenalkan dia dengan aku?. Kau langsung tak fikir perasaan aku!..." Ujar Nina bercucuran air mata.
Hanif terkedu mendengar luahan Nina. Dia tidak menyangka yang gadis itu sudah menyimpan perasaan yang begitu lama terhadapnya.
Melihat Hanif kaku, tanpa jawapan. Nina mencengkap kedua sisi bahu lelaki itu.
"Kau jawab aku Hanif!. Macam mana aku nak pujuk hati aku ni... Kau yang bagi harapan dekat aku. Lepastu kau juga yang musnahkan harapan tu!." Desak Nina sambil menggoncang tubuh kaku Hanif.
Hanif segera tersedar. Dia melepaskan bahunya dari cengkaman Nina.
"Cukup Nina!." Tengkingnya.
Nina terdiam memandangnya.
"Kau tak payah nak pusing cerita macam aku yang salah. Aku tak pernah bagi harapan pada kau sebelum aku kenal Armell. Aku anggap kau sebagai sahabat. Aku hulur tangan sebagai seorang sahabat. Tapi kau yang salah faham!. Itu bukan masalah aku!." Ujarnya. Seraya berpaling pergi meninggalkan Nina.
_
HANIF Menghampiri Huda yang sedang duduk didekat katil ibu mereka.
"Mak dah sedar?."
Huda yang sedang leka, menoleh kearah Hanif.
"Along. Lamanya... Along beli makanan. Along pergi mana?."
Hanif meletakkan makanan yang dibelinya diatas meja. Seraya berjalan menuju ke sofa, melabuhkan punggung dan bersandar. Kepalanya diurut dengan tangan sendiri.
Episod lama, belum lagi habis. Sudah ada episod baru. Dia benar-benar merasa kusut.
Huda berkerut dahi apabila melihat air muka Abangnya itu. Dia bangun dan menghampiri Hanif.
"Along okey tak ni?."
Hanif menegakkan tubuhnya. Air ditubir matanya dikeringkan dengan ibu jari.
"Along menangis?." Gumam Huda dengan dahi berkerut.
Hanif menoleh kearah adiknya. Namun tidak berkata apa-apa.
"Along jumpa siapa tadi?." Tanya Huda yang seperti tahu-tahu sahaja apa yang disembunyikan Hanif.
Hanif menghela nafas panjang mendengar soalan Adiknya.
"Kak Nina."
Berkerut dahi Huda.
"Dia datang minta maaf." Ujar Hanif.
"Minta maaf?."
Hanif angguk mengiyakan soalan Adiknya.
"Lepas apa yang dia dah buat pada keluarga kita. Berani dia datang sini kan..." Ujar Huda tidak berpuas hati.
"Dia kata dia sanggup buat apa sahaja, janji Along maafkan dia." Ujar Hanif lagi.
Huda terdiam, berfikir sejenak.
"Along percayakan dia?."
Hanif memandang wajah Huda. Lambat-lambat dia menggeleng kepalanya.
Huda menghela nafas lega.
"Lega adik dengar."
Hanif berkerut dahi, meminta penjelasan dengan adiknya.
"Sebenarnya Along. Adik dah lama dah, tak percaya dekat Kak Nina." Ujar Huda.
"Tak percaya?. Sebab apa?. Along tengok adik okey je dengan dia."
Huda terdiam.
Flashback.
"Kak Nina. Akak nak buat apa?." Tanya dia.
Nina terus keluar dari rumah tanpa menghiraukannya.
"Ish..." Bentaknya. Jujurnya dia malas mahu berhadapan dengan Armell.
Namun melihat Nina melulu keluar, seperti mahu menyerang Armell. Dia merasa dia perlu juga keluar untuk mengelak sesuatu yang tidak di ingini berlaku.
"Kak Nina!." Laungnya dari depan pintu rumah.
Nina menoleh kearahnya sekilas.
Dia menyarung selipar jepun dan melangkah laju menuju kearah pagar. Seraya membuka selak kunci pintu pagar.
"Huda!." Nina memarahinya kerana tindakannya membuka pintu pagar.
Dia mengabaikan Nina. Dia yang masih tidak berpuas hati dengan Armell tika itu. Terus berhadapan dengan Armell
"Ada apa Kak Mell datang sini?."
"Entah!. Siap bawa budak kecik ni lagi. Kau nak menagih simpati ke apa?." Sampuk Nina menunjal bahu kecil Sofea.
Membulat matanya melihat apa yang dilakukan Nina.
"Kak Nina." Spontan dia bersuara. Ya, memang dia marah kepada Armell. Namun itu tidak bermakna dia suka dengan sikap Nina yang berkasar terhadap anak buahnya.
Armell menghulur Sofea kepadanya. Tidak berfikir apa. Dia segera mengambil Sofea dari tangan bekas kakak iparnya itu.
"Eh apa benda ni?." Nina cuba menghalang dia dari mengambil Sofea dari tangan Armell.
Dia berkerut dahi, semakin tidak mengerti dengan sikap pelik Nina. Namun dia tetap juga mengambil Sofea dari tangan Armell.
"Huda apa ni?. Bagi balik anak dia!." Ujar Nina cuba menarik Sofea secara kasar darinya.
Dia membawa Sofea jauh dari Nina.
"Apa Kak Nina ni?."
Nina menggepal tangan geram dan berpaling kearah Armell. Seraya menolak kasar bahu Armell.
"Eh.. Apa tujuan sebenar kau datang sini hah?."
Dia berkerut dahi melihat sisi lain Nina yang belum pernah dilihatnya sebelum ini.
Armell tersenyum memandang Nina.
"Saya pun tak nak datang sini. Tapi Mak yang telefon suruh saya datang. Saya datang pun untuk hantar Sofea je... Awak tak payahlah risau. Sebab saya bukan jenis yang suka kacau hak orang. Awak pun tak macam tu kan... Jadi baik-baiklah dengan Sofea. Sebab Hanif hak dia. Awak pula bakal mak tiri dia." Ujar Armell.
Dia diam mendengarnya.
Rampas hak orang?. Apa maksud Kak Mell?. Getus hatinya.
Armell beralih kepadanya dan menghulurkan beg Sofea kepadanya.
"Ini beg Sofea. Nanti petang Kak Mell suruh pembantu Kak Mell datang ambik Sofea." Ujar Armell.
Dia mengangguk faham.
"Nanti kirim salam Mak. Kak Mell balik dulu. Assalamualaikum..."
Sebaik Armell pergi. Nina menarik lengannya.
"Apa Huda buat ni hah?." Marah Nina.
"Kak Nina ni kenapa?."
"Tadi dekat dalam bukan main lagi. Ni yang Huda ambik budak ni dah kenapa?." Ujar Nina menunjal lagi bahu Sofea.
Dia menapak kebelakang, menjauhi Nina. Kesal dia melihat sikap Nina yang seolah membenci anak saudaranya.
"Apa Kak Nina ni?. Janganlah tunjal-tunjal dia. Bukan salah dia pun!." Ujarnya sambil menggosok perlahan bahu Sofea.
"Huda!. Huda lupa ke apa yang dah jadi dekat Along sebelum ni?. Budak ni. Sebab budak ni lah Along dua bulan dekat hospital." Ujar Nina, menunjuk kepada Sofea.
"Kak Nina. Sofea tak ingat dan tak tahu pun apa yang jadi. Yang salah ibu dia. Tak payahlah libatkan Sofea. Lagipun dengan keadaan Along sekarang ni. Huda rasa lebih baik Sofea ada dengan dia." Ujarnya.
"Macam tu je Huda berubah hati?. Tadi dekat dalam bukan main lagi salahkan budak ni. Kata dia penyebab Along masuk hospital."
"Akak. Huda tak salahkan Sofea pun. Huda salahkan Kak Mell. Huda cakap macam tu pun tadi. Sebab Huda tak terfikir yang Kak Mell akan datang bawa anak dia lagi, lepas Along halau mereka hari tu." Ujarnya.
Nina merengus kasar sambil memegang kepala sendiri.
"Tak boleh!. Kak Nina tak izinkan budak ni jumpa Along." Ujar Nina menuding jari kearah Sofea.
Dia semakin menjauh apabila Nina bertindak mahu merampas Sofea darinya.
"Kak Nina!." Tengkingnya.
Nina terkedu memandangnya.
"Jangan selfish boleh tak?. Nak cemburu pun berpada-padalah... Inikan anak Along." Ujarnya tegas. Seraya melangkah pergi membawa Sofea masuk kedalam.
End Flashback.
"Kenapa baru sekarang?. Kenapa adik tak pernah cerita dekat Along sebelum ni?." Tanya Hanif.
"Sebab kita semua dah kenal siapa Kak Nina tu. Adik tak cerita pada Along sebelum ni. Sebab Adik kesian dekat Along. Adik tak nak tambah serabut dekat kepala Along." Ujar Huda.
Hanif diam. Seraya menundukkan kepalanya.
"Jadi apa plan Along lepas ni?." Tanya Huda.
"Along tak tahu."
"Adik... Along..."
Hanif dan Huda. Keduanya menoleh kearah katil ibunya.
"Mak." Gumam mereka.
_
AIMAN Keluar dari biliknya. Dia ternampak Nina yang baru pulang.
"Kau dari mana?." Soalnya menghampiri kakaknya itu.
Air jernih mengalir keluar dari kelopak mata Nina. Seraya meletakkan kepalanya dibahu Aiman.
"Aiman..."
Aiman terkedu apabila Nina menangis dibahunya.
"Aku nak kena buat apa sekarang?." Tanya Nina didalam tangis.
Aiman dapat merasakan yang Nina keluar lagi menemui Hanif. Dia segera mengundur kebelakang, seraya memegang kedua sisi bahu kakaknya itu.
"Kau pergi jumpa dia lagi kan kakak?."
Nina diam menunduk. Isak tangisnya menjawab soalan Aiman.
"Jawab aku kak?. Kau jumpa dia lagi ke?." Tanya Aiman mendesaknya lagi.
Dia angguk memandang Aiman.
Aiman terdiam. Dia sudah menduganya, apabila dia melihat keadaan Nina saat masuk tadi. Seraya melepaskan bahu kakaknya.
"Kenapa kau tak dengar cakap aku kakak?." Soalnya kesal.
Nina terus menangis, mengabaikan soalanya.
Aiman memandang tajam wajah kakaknya.
"Jawab aku kak!. Kenapa kau tak dengar cakap aku?!. Kan aku dah cakap dengan kau. Jangan jumpa dia. Kenapa kau degil?!. Kau tengok macam mana keadaan kau sekarang!." Tengking Aiman memarahi Nina.
Nina mengangkat kepalanya, membalas tatapan tajam Aiman.
"Ini semua salah kau tahu tak!." Tengkingnya.
Aiman berkerut dahi memandangnya.
"Kalau kau tak kacau masa nikah semalam. Aku dah sah pun jadi isteri dia!. Kau memang adik tak guna!. Dah macam-macam aku buat untuk kau. Tapi ini yang kau balas pada aku!." Tengking Nina lagi.
Aiman menggepal penumbuknya geram. Dia menghampiri Nina dan mencengkam kedua sisi bahu kakaknya itu.
"Kau cakap apa kakak?. Aku adik tak guna?." Tanya Aiman menekan bicaranya.
Nina melepaskan diri dari cengkamannya.
"Ya!. Kau memang adik tak guna!. Aku menyesal sebab jaga kau selama ni!. Aku menyesal ada adik macam kau!." Ujar Nina menjegilkan matanya.
Aiman tidak mampu menahan air matanya dari keluar Nina berkata demikian.
"Kau memang tak akan nampak ke apa yang aku buat untuk kau kak?." Tanya Aiman sebak.
"Kau bagitahu semua orang aku dah tak suci, sebab kena rogol dengan kau!. Itu ke yang kau buat untuk aku?. Kau ingat aku ni tak ada muka ke Aiman?." Ujar Nina melepaskan amarahnya.
Aiman menunduk. Dia tahu silapnya kerana mengatakan sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu. Namun dia tiada pilihan lain ketika itu. Apa yang dia fikirkan ketika itu, dia mahu menyelamatkan kakaknya dari menjadi mangsa dendam Hanif, sekaligus tidak mahu membuka aib kakaknya.
"Kau ingat aku enjoy ke bila aku cakap macam tu kak?. Aku pun ada air muka kak.. Tapi aku tolak tepi semua tu. Sebab aku tak nak kau jadi hamba pada cinta bodoh kau tu!." Ujarnya mengalir deras.
"Aku buat semua ni untuk kau kak!. Sebab aku tahu Abang Anep tak cintakan kau!. Dia berdendam dengan kau sebab kau hancurkan rumahtangga dia!." Tambahnya lagi.
"Aku tak kisah semua tu Aiman!." Tengking Nina, membuatkan dia terdiam.
"Aku cuma nak kahwin dengan dia!. Kau faham tak?!." Tambah Nina lagi.
Aiman terdiam. Melihat mata Nina ketika ini. Dia kini sedar yang mata kakaknya itu sudah tertutup habis dengan rasa cinta kepada Hanif.
Dia segera berpaling dan masuk kedalam biliknya.
_
HANIF Memandang lama nombor telefon Armell di kontak kenalan dalam telefon pintarnya.
Flashback.
"Along boleh tolong Mak?." Tanya Aini.
Dia berkerut dahi. Seraya menggenggam tangan Ibunya.
"Tolong apa Mak?."
"Tolong bawa Armell jumpa Mak."
Berkerut terus dahinya apabila mendengar permintaan Aini.
"Kenapa Mak nak jumpa dia?."
"Mak nak minta maaf pada dia." Tutur Aini.
"Mak... Kenapa pula Mak nak kena minta maaf pada dia?."
"Along.. Mak dah salah faham dekat dia selama ni. Mak salahkan dia. Mak tuduh dia punca Along menderita. Sedangkan dia yang banyak makan hati. Berkorban untuk kebahagiaan orang lain. Walaupun dia sendiri terluka. Dia nampakkan diri dia teruk dimata semua." Tutur Aini.
Bergenang air matanya saat mendengar ucapan ibunya. Tidak dinafikan memang Armell banyak berkorban. Ini semua silapnya. Andaikan sahaja dia lebih percayakan Armell. Sudah tentu ini semua tidak akan terjadi. Namun kesedaran ketika ini sudah tiada makna lagi baginya. Kerana Armell telah pun membuat pilihannya sendiri.
Dia tidak mahu mengganggu Armell. Kalau boleh dia mahu berhenti dahulu bertemu Sofea sehingga Armell sah menjadi isteri Tengku Ashraf. Dia tidak mahu Armell salah faham terhadapnya.
"Mak.. Along rasa Mak tak perlu buat semua tu. Along yakin. Mell mesti faham. Lagipun"
"Along..." Meleret Aini memanggilnya.
"Tolonglah... Mak tak tahu bila lagi Mak boleh jumpa dia minta maaf." Tambah Aini.
Dia terdiam.
Aini memegang tangannya.
"Tolong Mak..."
End Flashback.
Tanpa sedar ada butiran jernih ditubir matanya.
"Mak... Mak tak kesian ke dengan Along..." Gumamnya sendiri.
_
TENGKU Ashraf sudah seperti orang tidak siuman didalam biliknya. Dia terus mendail nombor Ariana. Meskipun tidak dijawab.
"Ariana please... Jangan buat i macam ni." Gumamnya.
Lagi-lagi dia mendengar suara operator ditalian. Dia melempar telefon pintarnya itu keatas tilam.
"Argh!.. Ariana!." Teriaknya geram.
Tiba-tiba telefon pintarnya berdering, menandakan ada panggilan masuk. Dia bergegas mengambil telefon pintarnya dan menjawabnya tanpa melihat nama 'Armell' yang tertera diskrin telefon.
"Hello Ariana. You pergi mana?. Kenapa you buat i macam ni?. You tahu tak i risau." Ujarnya melepaskan amarahnya kepada Armell tanpa sedar.
"Abang. Ini Mell.."
Berkerut dahi Tengku Ashraf mendengar suara itu.
"Mell?." Gumamnya. Seraya melihat nama diskrin telefon pintarnya.
"Sorry kacau Abang. Nanti Mell call Abang lagi."
Ttutt... Ttutt.... Talian dimatikan serta-merta.
Tengku Ashraf meraup wajahnya dengan kedua tangannya.
"Ashraf Iskandar!. Apa kau buat ni?." Ujarnya memarahi diri sendiri.
TBC.
PS:
* My Broken English (Please DM Me)
_______________________________________Comment & Vote Please.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro