Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 31: Hari Nikah.

HANIF Melihat dirinya yang sudah lengkap berbaju melayu putih dengan sampin dan songkok hitam.

Flashback.

"Aku terima nikahnya Armell Adriana Binti Abdul Rashid dengan maskahwinnya seutas rantai emas."

Dato' Rashid melihat ke kiri dan kanan meminta persetujuan dari saksi.

Dengan sekali lafaz. Kini dia sah menjadi suami kepada Armell Adriana. Wanita yang berjaya mencuri hatinya.

Saya serahkan jiwa saya pada awak Armell Adriana. Getus hatinya sambil tersenyum memandang Armell.

End Flashback.

"Sampai hati awak Armell..." Gumam bibirnya.

"Along.."

Dia pantas mengesat air ditubir matanya. Apabila Huda tiba-tiba muncul dibelakangnya.

"Adik." Gumamnya. Dia mengambil jam tangan dihadapannya, berpura-pura sedang sibuk bersiap.

Huda berjalan menghampirinya.

"Along okey tak ni?." Tanya Huda.

Dia tersenyum mendengar soalan adiknya.

"Dia dah mula lagi." Katanya tersenyum.

"Hmm..." Huda memutarkan bebola matanya kesal.

"Along okeylah..." Jawab Hanif tersenyum.

Huda manggut-manggut.

"Baguslah kalau okey. Ni hah... Mak suruh Along cepat sikit." Ujar Huda.

"Okey." Balas Hanif sepatah.

Kesal dengan sikap Hanif. Huda berpaling dan melangkah keluar dari bilik Hanif.

Senyuman palsu yang dibuatnya tadi kembali hilang apabila Huda keluar dari bilik.

"Terima kasih sebab faham Along, Adik. Tapi Along minta maaf sebab tak bagitahu adik. Along cuma tak nak Mak dengan adik susah hati lagi."

Cukuplah dengan penceraian Along, yang dah bagi tamparan hebat buat Mak dengan adik. Tambahnya didalam hati.

_
AIMAN Menghampiri Hanif yang sedang melihat telefon pintarnya dekat salah satu tiang masjid.

"Abang Hanif." Sapanya.

Hanif menoleh kearah Aiman.

"Man nak cakap sikit boleh?." Tutur Aiman meminta izin.

Hanif menyimpan telefon pintarnya didalam poket dan memandang Aiman.

"Nak cakap apa?." Tanya Hanif memandang Aiman.

Aiman menundukkan kepalanya dihadapan Hanif.

"Kenapa Abang teruskan juga perkahwinan ni?."

Hanif tersenyum mendengar soalan Aiman. Seraya menghela nafas panjang dan memandang kearah lain.

"Kakak Man." Ujarnya.

Aiman berkerut dahi. Dia mengangkat kepalanya memandang wajah Hanif, meminta penjelasan.

Hanif kembali memandang wajah Aiman.

"Dia yang nak sangat kahwin dengan Abang."

"Habis tu?. Tak kan Abang ikutkan je." Tanya Aiman tidak mengerti.

Hanif tersenyum lagi.

Flashback.

"Eh perempuan jenis apa hah kau ni?. Aku tak fahamlah apa yang buat kau nak sangat kahwin dengan aku." Ujarnya kasar.

"Tak ada sebab lain Abang. Sayang cintakan Abang. Itu je sebabnya." Tutur Nina tetap menunduk.

Dia memandang sinis Nina. Benci melihat Nina menunduk, seolah-olah naif.

"Kau betul nak kahwin dengan aku Nina?." Tanya dia.

Nina mendongak memandangnya.

"Abang. Sayang janji sayang akan berubah"

"Jawab soalan aku!." Herdiknya, membuatkan Nina terdiam.

"Kau betul nak kahwin dengan aku?!."

Nina menunduk kembali.

"Betul nak." Jawab Nina.

"Kau tahu aku benci kau kan?!." Tanya dia bergenang air mata.

Nina mengangguk perlahan.

"Jadi kau pandai-pandai lah bawa diri. Hiduplah kau sebagai isteri yang tak di iktiraf" Ujarnya.

End Flashback.

Aiman kembali menunduk. Hatinya sakit apabila mendengar pengakuan Hanif.

"Dia sanggup jadi isteri yang tak di iktiraf. Asalkan dia dapat kahwin dengan Abang." Ujar Hanif dengan mata berkaca.

Aiman mengetap bibirnya geram.

"Abang Man rasa Abang tak perlu paksa diri Abang untuk kahwin dengan kakak." Ujarnya.

Hanif mengeringkan air jernih ditubir matanya dengan ibu jari.

"Dah terlambat Aiman." Ujarnya. Seraya melangkah pergi meninggalkan Aiman.

Aiman mengangkat kepalanya, melihat sosok Hanif yang pergi meninggalkannya.

Kenapa kau bodoh sangat kak. Lelaki ni tak cintakan kau pun. Getus hatinya.

_
HANIF Mengambil Sofea dari tangan Sufi.

"Mana Puan Armell?." Tanya Hanif.

Sufi tersenyum.

"Puan Armell sibuk. Dia mungkin tak dapat datang." Ujar Sufi.

Hanif memandang Sufi.

"Tak apalah... Lagi bagus kalau dia tak datang." Ujarnya penuh makna.

_
KADI Wali hakim, menghulur tangan untuk berjabat dengan Hanif.

Bergenang air mata Hanif apabila melihatnya. Kenangan bersama Armell kembali menjengah ingatannya.

"Hanif." Panggil Aini lembut.

Hanif segera tersedar dari lamunannya. Seraya meminta maaf kepada kadi.

Disisi lain. Aiman mendengus perlahan.

Hanif menghela nafas panjang sebelum menyambut huluran tangan kadi.

"Hanif Firdaus Bin Abdul Ghani."

"Saya." Sahut Hanif dengan mata berkaca.

"Aku nikahkan engkau dan aku kahwinkan engkau dengan Nina Akira Binti Sulaiman yang berwakil walikan aku dengan mas kahwinnya sebentuk cincin emas."

AIMAN Dapat melihat ada air ditubir mata Hanif. Dia mengerling kearah Nina yang sedang tersenyum bahagia, menunggu detik bergelar isteri kepada Hanif.

Dia sanggup jadi isteri yang tak di iktiraf. Asalkan dia dapat kahwin dengan Abang.

Kata-kata Hanif diluar tadi menerjah kembali kotak ingatannya.

"Aku terima nikahnya Nina Akira"

"Nanti!." Aiman memegang tangan Kadi.

HANIF Terhenti ucapannya. Dia memandang kearah Aiman.

Nina pula berkerut dahi melihat Aiman.

Semua mata sudah terarah kepada Aiman. Aiman bingkas berdiri.

"Saya minta maaf. Pernikahan ni tak boleh diteruskan." Ujar Aiman.

"Aiman!." Nina bersuara tegas. Matanya tajam merenung wajah Aiman.

Aiman melihat kearah Nina. Dia segera menghampiri kakaknya itu.

"Kakak jom kita balik." Katanya mahu menarik tangan Nina.

Namun Nina menarik tangannya dari genggaman Aiman.

"Kau ni kenapa?." Soalnya sakit hati.

Aiman segera melutut disisi Nina.

"Kakak tolong ikut aku. Aku tak nak malukan kau..." Ujar Aiman berbisik.

"Man... Kenapa ni?." Tanya Aini lembut.

Aiman memandang Nina yang sedang melototnya tajam.

"Kakak ikut aku balik sekarang atau aku bagitahu semua orang apa yang kau dah buat." Bisik Aiman ditelinganya.

Nina mengetap bibirnya geram.

"Cubalah buat kalau kau berani." Ujarnya.

"Kakak tolonglah..." Rayu Aiman masih cuba memujuk kakaknya.

"Aku tak nak!." Jawab Nina berkeras.

Aiman mengetap bibirnya geram, melihat sikap keras kepala Nina. Dia bingkas berdiri dan berkata.

"Maafkan saya semua. Saya nak bagitahu yang sebenarnya kakak saya dah tak suci."

"Aiman." Kali ini Hanif pula bersuara.

Nina diam, menunggu apa lagi yang mahu dikatakan adiknya.

Air jernih mulai bergenang dikelopak mata Aiman. Dia memandang kearah kakaknya.

"Saya yang perkosa dia."

"Apa?."

Terkejut besar semua yang berada didalam masjid itu.

Aiman menundukkan kepalanya. Air mata jatuh membasahi pipinya.

"Kalau boleh saya tak nak bagitahu. Tapi saya rasa bersalah pada keluarga Abang Hanif." Ujarnya lagi.

Nina bingkas berdiri.

"Dia tipu!. Dia tak per"

Nina terdiam saat Aini menampar wajah Aiman.

"Mak cik." Gumam Nina terkejut apabila melihat Aiman ditampar.

Aiman terpaling. Tangannya memegang pipi yang baru sahaja ditampar.

"Adik jenis apa kau ni?." Teriak Aini emosi.

"Mak." Hanif bingkas berdiri dan menghampiri ibunya.

"Aiman.." Nina cuba memegang lengan adiknya. Namun Aini menarik tangannya dari memegang Aiman.

Aiman mengangkat kepalanya memandang wajah Aini. Air matanya mengalir deras.

"Saya minta maaf mak cik." Tuturnya. Seraya menyambar tangan Nina dan menarik Nina keluar dari masjid.

"Tak guna punya budak!" Gumam Aini mahu mengejar langkah Aiman. Namun Hanif menghalangnya.

"Mak jangan." Ujar Hanif. Seraya menarik ibunya ke tepi.

Huda turut menghampiri ibu dan abangnya.

Aini melepaskan tangannya yang dipegang Hanif.

"Along. Tak kan Along nak biarkan Nina dengan budak tak guna tu lagi?." Ujar Aini.

Hanif menunduk sambil menggeleng-geleng kepalanya.

"Mak. Aiman tahu apa yang dia buat..." Ujar Hanif.

Berkerut dahi Aini mendengarnya.

"Apa maksud Along ni?." Tanya Aini salah faham.

Hanif mulai mengalirkan air mata.

"Semua ni salah Along.. Aiman cuma nak selamatkan kakak dia dari berkahwin dengan Along." Tutur Hanif.

"Maksud Along? Along yang"

Hanif pantas menggeleng kepalanya, tidak mahu Ibunya salah sangka.

"Along bagitahu Aiman yang Nina cuma akan jadi isteri atas kertas Along. Sebab Along benci dia Mak." Ujar Hanif.

"Maksud Along?." Sampuk Huda yang turut mendengarnya.

Hanif kembali menundukkan kepalanya.

"Dia.."

Dada Aini mula terasa sakit. Namun dia tetap berdiri menanti apa yang mahu dikatakan anaknya itu.

Hanif terdiam. Rasa sebak menguasainya apabila mengenangkan apa yang telah dilakukan Nina.

"Dia apa Along?." Desak Huda ingin tahu.

"Dia punca Along bercerai dengan Armell dulu dan dia juga penyebab Armell bawa Sofea pergi dari Along sebelum ni." Ujar Hanif menahan rasa sebak.

Aini tidak mampu berkata apa-apa lagi. Dia memegang dadanya. Pandangannya mulai kelabu. Seraya jatuh terbaring.

"Mak!." Gumam Huda dan Hanif serentak.

***

AIMAN Melepaskan tangan Nina sebaik sahaja keluar dari masjid.

"Kau ni kenapa hah?." Tengking Nina.

Aiman diam, menunduk.

"Kau bodoh eah?." Tanya Nina menunjal kepala Aiman.

"Apahal kau cakap macam tu tadi?. Kau sengaja nak rosakkan majlis ni kan?." Ujar Nina menunjal lagi kepala Aiman.

Aiman mengangkat kepalanya. Matanya melotot tajam wajah Nina.

"Pilihan apa yang aku ada kak?. Kau tak nak dengar cakap aku." Ujar Aiman.

"Kenapa aku nak kena dengar cakap kau?. Kau tahu aku cintakan dia kan?!. Kenapa kau nak halang pernikahan kami?." Ujar Nina geram.

"Sebab dia tak cintakan kau kak!." Ujar Aiman.

Nina terdiam.

"Dia cuma cintakan Kak Mell." Tutur Aiman lebih tenang.

"Dan yang paling sakit.. Dia bencikan kau kak!." Ujar Aiman mengalirkan air mata.

Melihat Nina diam. Aiman segera meraih kedua tangan kakaknya itu.

"Tolonglah kak... Aku tak nak kau jadi hamba pada cinta." Ujar Aiman lagi.

Bergenang air mata Nina mendengarnya.

Aiman melepaskan tangan Nina apabila melihat Hanif keluar dari masjid menggendong Aini.

Dia dan Nina segera menghampiri Hanif.

"Abang kenapa ni?. Mak kenapa?." Tanya Nina menahan jalan Hanif.

Hanif memandang tajam wajah Nina.

"Nina kau dengar sini!."

Nina memandang wajah Hanif.

"Aku dah bagitahu mak aku perkara sebenar. Jadi aku dah selesai dengan kau. Mulai dari hari ni. Kau jangan tunjuk lagi muka kau depan aku!." Ujar Hanif seraya berlalu pergi membawa ibunya.

Nina tidak mampu berkata apa-apa. Dia terduduk disitu. Air matanya meluncur laju membasahi pipinya.

_
ARMELL Bergegas ke hospital apabila Huda menghubunginya untuk kesana. Apabila ditanya mengapa. Huda telah pun mematikan talian. Dia cuba menghubungi Huda lagi. Namun Huda tidak menjawabnya.

***

AINI Dimasukkan kedalam wad kecemasan.

Hanif melangkah lemah menghampiri Huda yang kelihatan sedang risau sambil menggendong Sofea.

"Adik." Panggilnya.

Dia menghulur tangannya, meminta Sofea dari Huda.

Huda menyerahkan Sofea kepada Abangnya.

"Along. Mak macam mana?." Tanya Huda.

"Mak dalam wad kecemasan. Dia orang tengah periksa Mak." Ujar Hanif.

"Ya, Allah... Harap-haraplah Mak tak ada apa-apa." Ujar Huda risau, namun tetap cuba untuk bertenang.

Hanif mengangguk setuju dengan adiknya.

"Huda!."

Hanif yang baru sahaja mahu melabuhkan punggungnya, berkerut dahi apabila melihat Armell.

"Adik call Kak Mell?." Tanya dia kepada Huda.

Huda mengangguk kepalanya. Seraya menoleh kearah Armell yang sudah hampir dengannya.

ARMELL Merasa lega apabila melihat Hanif dan Sofea dalam keadaan baik. Dia segera meraih tangan Huda.

"Huda. Kenapa ni?." Tanya Armell.

"Mak Kak Mell." Ujar Huda.

Hanif terkejut apabila Huda menyebut ibu mereka.

Berkerut dahi Armell. Dia memandang sekilas kearah Hanif.

"Kenapa dengan Mak?." Tanya Armell kepada Huda.

"Mak..."

".. Mak okey... Cuma letih sikit je." Potong Hanif sebelum sempat Huda memberitahu apa-apa kepada Armell.

Huda memandang kearah Hanif.

"Adik sini kejap." Hanif menarik tangan Huda menjauh dari Armell.

Armell hanya diam memerhatikan tingkah Hanif.

"Apa sebenarnya yang adik cuba buat ni?." Soal Hanif memarahi Huda.

Huda berkerut dahi.

"Apa yang adik buat?."

"Adik. Along rasa Kak Mell tak perlu tahu pun lah pasal Mak. Mak bukannya mertua dia lagi." Ujar Hanif.

Huda menghela nafas panjang.

"Along. Adik panggil Kak Mell datang sini pun untuk ambik Sofea, bukan untuk tengok Mak. Tapi dah Kak Mell tanya. Adik nak jawab lah.." Ujar Huda.

Hanif berkerut dahi.

"Ambik Sofea?."

"Habis nak suruh Kak Nina yang jaga Sofea?." Ujar Huda kesal.

Hanif terdiam.

"Kita kan nak kena tunggu Mak dekat hospital. Habistu siapa nak tengok Sofea." Ujar Huda lagi.

Hanif terdiam seketika. Dia kemudian menuding jari kearah Huda.

"Along tak nak adik cerita apa-apa yang jadi tadi dekat Kak Mell eah." Ujar Hanif.

"Huda." Celah Armell yang entah bila sudah berada dibelakang Huda.

Huda berpaling menghadap Armell.

"Everything ok?." Tanya Armell.

Huda memandang kearah Hanif.

Hanif cepat-cepat berpaling kearah lain.

Huda kembali memandang Armell.

"Okey." Jawab Huda tersenyum.

Armell diam, dia mengerling kearah Hanif yang tidak pun memandang kearahnya. Ada rasa sakit didalam hatinya dengan sikap Hanif.

Huda yang melihat Armell dan Hanif. Segera meraih tangan Armell.

"Minta maaflah Kak Mell. Huda tak ada nombor telefon Kak Sufi. Jadi Huda call Kak Mell. Nak minta Kak Mell ambil Sofea. Kami nak kena tunggu Mak dekat hospital. Jadi tak ada siapa nak tengok kan Sofea." Tutur Huda.

Armell kembali memandang Huda. Seraya tersenyum.

"Okey.." Jawabnya sepatah.

Hanif yang mendengarnya, segera menyerahkan Sofea kepada Huda.

"Along naik atas dulu." Ujar Hanif. Seraya berpaling pergi tanpa memandang pun kearah Armell yang sedang memandangnya.

_
ARMELL Termenung melihat wajahnya dicermin.

Kenapa dengan Hanif?.

Kenapa dia macam nak jauhkan diri dari aku?.

Ahh...

Dia berpaling membelakangi cermin.

Kenapa dengan aku ni?. Kenapa pulak aku nak fikir apa pandangan Hanif pada aku?. Baguslah kalau dia jauh diri dari aku. Jadi senang untuk aku lupakan dia.

TBC.

PS:

* My Broken English (Please DM Me)

_______________________________________Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro