Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 29: Jalan Lain.

HANIF Menangis semahunya.

Ariana memegang bahunya, cuba memintanya untuk mengangkat kepala.

"Hanif. You kenapa ni?. Apa dah jadi?." Tanya Ariana.

Hanif mengangkat kepalanya memandang Ariana.

"I dah terus terang dengan Nina dan i dah putuskan pertunangan kami." Ujarnya sebak.

Melopong mulut Ariana mendengarnya.

"What?." Spontan Ariana bertanya.

Bunyi telefon pintar Ariana, mematikan suasana. Ariana segera membuka telefon pintarnya untuk melihat pesanan yang dihantar kepadanya.

Hanif memandang wajah Ariana yang perlahan berubah apabila melihat telefon pintarnya. Hanif menyeka air matanya.

"Kenapa?." Tanya dia.

Ariana menutup telefon pintarnya.

"Kita dah terlambat." Gumam Ariana, memandang Hanif.

Berkerut dahi Hanif mendengarnya.

"Apa maksud you?." Tanya Hanif.

"Tengku Ashraf dan Armell baru je buat pengumuman yang mereka akan bertunang dan berkahwin, hujung bulan ni." Ujar Ariana.

Hanif tidak mampu berkata apa-apa. Dia bingkas bangun dari tempat duduknya.

"You nak pergi mana?." Tanya Ariana dengan mata berkaca.

"I nak balik." Jawab Hanif tanpa memandang Ariana.

"Habis i macam mana?." Tanya Ariana.

"Macam mana apa?." Tanya Hanif.

"I cintakan Tengku Ashraf." Ujar Ariana berterus terang.

Hanif menoleh kearah Ariana.

"Tapi dia tak cintakan you." Ujar Hanif.

Jatuh air mata Ariana mendengarnya.

"Macam you cakap Ariana. Kita dah terlambat. I minta maaf, i tak boleh nak tolong you dalam keadaan i pun macam ni." Ujar Hanif. Seraya melangkah pergi meninggalkan Ariana sendiri.

_
ARMELL Membisu sambil membuang pandangan ke luar.

"Mell.."

Suara Tengku Ashraf mematikan lamunan Armell. Dia menoleh kearah Tengku Ashraf.

"Mell okey tak?." Tanya Tengku Ashraf.

Armell mengukir senyuman. Seraya mengangguk perlahan.

Tengku Ashraf tersenyum.

"Terima kasih sayang.. Dah lama Abang tunggu saat ni..." Tutur Tengku Ashraf.

Armell jadi serba salah melihat ketulusan Tengku Ashraf. Seraya kembali membuang pandangannya ke luar tingkap kereta.

Maafkan Mell Abang. Kalau boleh memang Mell tak nak gunakan Abang. Tapi Mell dah tak ada pilihan lain. Mell takut Hanif berubah fikiran. Getus hatinya.

_
AIMAN Membetulkan letak topi diatas kepalanya, seraya melabuhkan punggungnya dibangku.

"Kau pergi mana kak?." Gumamnya sendiri.

Pagi tadi saat dia tiba di hospital. Misi memberitahunya yang Nina sudah keluar. Dia segera pulang kerumah. Namun Nina tiada rumah. Telefon Nina, juga dimatikan.

"Aiman."

Lamunannya terhenti. Aiman mendongak kepalanya untuk melihat sosok yang berdiri dihadapannya itu.

"Ardell." Gumamnya. Dia bingkas berdiri.

"Awak buat apa dekat sini?." Tanya dia.

"Saya cari awak." Jawab Ardell.

Berkerut dahi Aiman.

"Cari saya?. Kenapa?." Tanya dia.

Ardell menunduk.

"Kita pergi minum jom. Saya ada perkara nak cakap dengan awak." Tutur Ardell.

"Penting ke?." Tanya Aiman.

Soalan Aiman, membuatkan Ardell mendongak memandangnya.

"Tak apalah kalau awak tak nak." Ujar Ardell. Seraya berpaling ingin pergi.

Aiman jadi serba salah.

"Ardell." Panggilnya.

Ardell menoleh kembali kearahnya.

"Saya pun ada perkara nak cakap dengan awak. Tapi tu lah... Saya nak kena cari kakak saya ni." Ujar Aiman.

Berkerut dahi Ardell mendengarnya.

"Cari kakak awak?. Dia pergi mana?." Tanya Ardell spontan.

"Aduhh..." Gumam Aiman sambil mengetap bibirnya. Dia tersilap cakap.

Otak Aiman mula bekerja, mencari jawapan untuk soalan Ardell. Dia terpandang telefon pintarnya.

"Phone." Dia menunjuk telefon pintarnya kepada Ardell. Seraya tersenyum.

Berkerut dahi Ardell.

"Phone?."

"Phone kakak saya hilang. Jadi dia minta tolong saya carikan phone dia. Tapi tak apalah phone je pun... Jom kita pergi minum. Tadi awak kata ada benda nak cakap dengan saya kan..." Ujar Aiman, seraya melangkah mendahului Ardell.

Ardell yang masih terpinga-pinga, mengekori Aiman dari belakang.

***

EHEMM... Aiman berdehem, cuba menarik perhatian Ardell yang kelihatannya malu untuk memulakan bicara.

Ardell perlahan menoleh, memandang Aiman.

"Awak kata tadi. Ada benda nak cakap dengan saya. Awak nak cakap apa?." Tanya Aiman.

Ardell mengeluh kecil.

"Urm... Macam nak mula eah?." Omel Ardell sambil menggaru-garu keningnya yang tidak gatal.

Aiman berkerut dahi melihat Ardell.

Ardell memandang sekilas wajah Aiman yang sedang menunggunya untuk membuka mulut.

"Okey macam ni. Saya nak minta maaf dengan awak." Ujar Ardell.

Tambah berkerut dahi Aiman mendengarnya.

Ardell menunduk.

"Kak Mell baru bagitahu saya yang awak tak tahu apa-apa pun tentang masalah Kak Mell dengan kakak awak. Awak cuma kebetulan je kenal saya." Ujar Ardell lagi.

Berubah air muka Aiman mendengarnya. Jujur dia merasa kecewa dan malu dengan apa yang telah dilakukan kakaknya.

Melihat tiada respon dari Aiman. Ardell berkata lagi.

"Jadi saya harap. Awak dapat maafkan saya. Yalah... Saya tuduh awak macam-macam."

"Awak tahu apa masalah mereka sebenarnya." Tanya Aiman tanpa memandang pun wajah Ardell.

Ardell terdiam. Dia teringat pesanan Armell padanya.

Jumpa dia. Minta maaf dan akhiri semuanya dengan baik. Cakap yang Yana dah tahu dia tak salah. Jangan buka mulut langsung tentang kakak dia.

Aiman memandang wajah Ardell, seolah meminta jawapan segera.

"Mustahil kalau saya cakap saya tak tahu. Tapi Kak Mell tak kasi saya cerita apa-apa pada awak." Ujar Ardell.

Aiman menunduk kembali. Seraya mengeluarkan duit dari wallet-nya dan diletakkan diatas meja.

"Tak apalah kalau macam tu. Saya gerak dulu." Ujar Aiman, seraya bangun dari kerusi dan berpaling ingin pergi.

Ardell bingkas berdiri.

"Aiman." Panggilnya.

Aiman berpaling kembali menghadap Ardell.

"Kak Mell memang tak kasi saya bagitahu awak. Tapi saya tetap nak bagitahu awak." Ujar Ardell.

Aiman diam, menunggu apa yang mahu dikatakan Ardell.

"Tunang kakak awak sekarang adalah bekas abang ipar saya. Kakak awak tu perampas!. Dia yang musnahkan rumahtangga Kak Mell. Dia yang buat Kak Mell menderita selama ni. Saya benci dia!." Ujar Ardell.

Aiman menundukkan kepalanya. Sakit rasanya apabila dia terpaksa mendengar wanita yang dia sayangi, menghina kakaknya sendiri. Meski pun ianya benar. Tapi sukar untuk dia menerimanya.

"Ardell." Aiman mengangkat kepalanya kembali dan memandang Ardell

"Teruslah beranggapan yang saya sama macam kakak saya. Sebab tak mungkin saya sebelahkan orang lain. Saya yakin kakak saya ada sebab kenapa dia buat macam tu." Ujarnya.

Ardell menggepal penumbuk geram. Sakit rasa hatinya apabila lelaki yang dia sayang, memilih untuk menyebelahi orang yang telah membuat kakaknya menderita.

"Saya dah agak dah!. Awak sama je dengan kakak awak!. Tak ada gunanya saya datang jumpa awak, minta maaf!." Ujar Ardell geram.

Aiman diam, sambil menatap tajam kedalam mata Ardell yang sedang marah.

Ardell mengambil beg tangannya dan berlalu melepasi Aiman, sempat juga dia melanggar kuat bahu Aiman dengan bahunya.

Melihat Ardell keluar. Aiman melepaskan keluhan berat. Seraya memegang kepalanya sendiri dan kembali duduk di kerusi.

_
HUDA Tidak senang duduk. Dia berjalan ke depan dan ke belakang. Kerana risau memikirkan Abangnya yang tidak pulang semalaman. Tidak cukup itu, telefon Abangnya juga mati.

"Mak. Mana Along ni?. Adik risaulah..." Ujarnya.

"Adik ni. Kan semalam Along kata dia nak pergi tengok Kak Nina dekat hospital. Dia tidur sana lah agaknya tu." Ujar Aini.

"Tapi Mak. Aiman baru je telefon adik bagitahu yang Kak Nina dah keluar hospital." Ujar Huda.

"Dah tu?. Telefon lah Kak Nina." Ujar Aini.

"Dah call dah. Tapi Kak Nina pun tak jawab. Aiman pun tengah risau tu. Dia kata Kak Nina keluar tak bagitahu dia, lepastu Kak Nina pun tak ada dekat rumah, call pun Kak Nina tak jawab." Ujar Huda.

"Tak payah cari dia." Sampuk Hanif.

Huda dan Aini terkejut apabila melihat Hanif yang tiba-tiba muncul.

"Along." Gumam Huda. Dia segera menghampiri Abangnya.

"Along pergi mana?. Kenapa Along tutup phone?. Kak Nina macam mana?. Kenapa pulak tak payah cari dia?." Bertalu-talu soalan diajukan oleh Huda.

"Along dah putuskan pertunangan dengan dia. Along tak nak kahwin dengan dia." Ujar Hanif.

"Hah?." Melopong mulut Huda terkejut.

Aini memegang dadanya yang terasa sakit tiba-tiba.

"Surprise!."

Nina melulu kearah Aini, sambil membawa kotak kek ditangannya.

"Mak cik.. Nina dah sihat." Nina memeluk Aini.

Hanif berkerut dahi apabila melihat Nina.

"Sorry lah... Kita orang tak ada niat nak kenakan Mak cik. Plan nak kenakan Huda je. Sekali mak cik pun terkejut. Kan Abang kan?." Ujar Nina, memandang kearah Hanif.

Hanif memandang wajah Aini yang penuh harapan. Seraya tersenyum dan mengiyakan kata-kata Nina.

Aini mengalirkan air mata. Seraya memukul bahu Nina.

"Bertuah punya budak. Terkejut mak cik tahu tak?." Ujar Aini.

Huda berkerut dahi. Dia dapat merasa sesuatu yang tidak kena dari air muka Abangnya.

_
AIMAN Bergegas masuk kedalam rumah apabila melihat kasut kakaknya dihadapan pintu.

Melihat Nina sedang makan dekat meja makan. Dia segera menghampiri meja makan.

"Kakak. Kau pergi mana?. Kau tahu tak merata aku cari kau.." Ujar Aiman.

"Aku tak suruh pun kau cari aku." Balas Nina.

Aiman terdiam seketika. Dia kemudian bertanya lagi.

"Kenapa kau discharge tak bagitahu aku?."

Nina menjeling Aiman.

"Penting ke?."

"Pentinglah!. Kau kan kakak aku. Lepastu kalau terus balik rumah tak apa. Ini aku cari dekat rumah tak ada. Call pun tak jawab." Bebel Aiman.

Nina menoleh kearah Aiman. Matanya merenung tajam wajah Aiman.

"Kau ni kenapa eah?." Tanya Nina.

Aiman melepaskan keluhan kecil.

"Aku cuma risaukan kau. Kau kan tak sihat." Ujar Aiman.

"Tak payah sibuk nak risaukan aku lah. Kau sebenarnya lagi suka kan kalau aku tak ada!." Ujar Nina kasar.

Berkerut dahi Aiman.

"Kau cakap apa ni?. Tak kan lah sampai macam tu sekali kau fikir aku." Ujar Aiman.

"Yalah... Kalau aku tak ada. Senanglah kau nak menggatal dengan adik perempuan tak guna tu kan!." Ujar Nina.

Bergenang air mata Aiman mendengarnya.

"Eh.. Kakak. Kalau aku nak menggatal dengan dia. Aku tak perlu tunggu kau tak ada pun. Sebab dah memang jelas sekarang. Semua ni salah kau kan!." Ujar Aiman.

Nina bangun dari kerusi, menghadap Aiman.

"Jadi sekarang kau nak salahkan aku lah?!." Ujar Nina meninggikan suaranya.

Aiman membuang pandangannya kearah lain. Cuba menahan air matanya dari jatuh.

"Kalau aku tak salahkan kau pun. Kau tetap salah kan!." Ujarnya.

"Okey!. Sekarang kau kemas semua barang-barang kau!. Berambus keluar dari rumah aku!." Tengking Nina.

Aiman laju menoleh kearah kakaknya.

"Tunggu apa?. Aku jahat kan!. Keluarlah!." Tengking Nina lagi.

Air mata yang ditahan-tahan Aiman, tumpah juga membasahi pipinya. Mengenangkan Nina yang baru keluar dari hospital. Dia segera meraih tangan kakaknya itu.

"Kakak aku minta maaf. Aku tahu aku salah. Tolong jangan halau aku. Aku tak ada siapa-siapa selain kau... Aku janji aku tak akan cakap lagi pasal ni." Tutur Aiman mencium tangan kakaknya.

_
HUDA Menghampiri Hanif yang sedang duduk termenung diluar.

"Along..." Sapanya sambil melabuhkan punggung disisi Abangnya..

Hanif tersenyum sekilas memandang Huda.

Huda memandang ke langit, persis seperti apa yang sedang dilakukan Hanif.

"Along..."

"Hmm..." Sahut Hanif.

"Along ada benda nak bagitahu adik ke?." Tanya Huda.

Hanif menoleh kearah Huda.

"Benda apa?." Tanya Hanif.

"Benda yang sepatutnya Along bagitahu." Ujar Huda.

"Tak ada." Jawab Hanif.

"Along tipukan?!." Ujar Huda cuba mengorek rahsia Abangnya.

"Tipu apa?." Tanya Hanif masih berpura tidak mengerti.

"Adik tahu. Along sebenarnya memang tak nak kahwin dengan Kak Nina kan." Ujar Huda lagi.

Hanif tersenyum. Seraya kembali memandang langit.

"Adik cakap apa ni?."

"Along. Berhentilah seksa diri sendiri. Dari riak muka Along tadi pun. Adik tahu Along tak jangka yang Kak Nina datang kan!.." Ujar Huda lagi

Hanif tersenyum.

"Merepek je adik ni. Mana ada macam tu. Memang kita orang plan pun nak kenakan adik." Ujar Hanif.

Huda menggeleng kepalanya.

"Adik tak percaya." Kata Huda.

"Suka hati adik lah nak percaya ke tak." Balas Hanif bersahaja.

_
TENGKU Ashraf termenung, sambil merenung gambarnya bersama Ariana.

Flashback.

"Ash.. Kenapa nak buat tak bagitahu Bonda dulu?." Tanya Che' Puan Latifah sambil mengekorinya.

Dia menoleh kearah Bondanya.

"Bonda. Kalau Ash bagitahu Bonda dulu. Bonda tak akan izinkan pun kan." Ujarnya.

"Mestilah... Ash satu-satunya anak Bonda. Tak kan nak buat majlis kecil-kecil je." Ujar Che' Puan Latifah.

"Bonda. Mell yang minta macam tu. Lagipun Ash kesian dekat Mell. Dia mesti malu kalau kita buat besar-besaran." Ujarnya.

"Kenapa pulak nak malu?." Tanya Che' Puan Latifah tidak mengerti.

Dia memegang kedua sisi bahu Bondanya.

"Bonda. Inikan pernikahan kedua dia. Dia tak sampai setahun lagi bercerai Bonda." Tuturnya.

Che' Puan Latifah menyilangkan kedua tangannya kedada.

"Hmm... Jangan-jangan dia cuma gunakan Ash je untuk dia lupakan bekas suami dia." Ujar Che' Puan Latifah.

"Bonda. Apa cakap macam tu?. Bonda kan baik dengan Mell. Bonda kenal dia. Tak kan lah dia nak buat macam tu." Ujarnya.

"Memanglah. Tapi kalau dah jadi macam ni. Bonda nak fikir apa lagi. Kalau dia fikir malu dia. Habis Bonda ni macam mana?. Tak malu?." Ujar Che' Puan Latifah.

End Flashback.

Lamunannya terhenti apabila telefon pintarnya berbunyi, menandakan ada pesanan yang masuk.

I'm going back to Spain. Next week.. Ariana.

"What?." Gumamnya terkejut.

Dia segera bangun dari tempat duduknya dan mengambil jaket kulitnya didalam almari, sebelum bergegas keluar dari bilik.

TBC.

PS:

* My Broken English (Please DM Me)

_______________________________________Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro