Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 27: ✌

AIMAN Keluar dari biliknya lengkap dengan beg sandangnya. Dia kedapur membuka tudung saji.

"Nasi goreng." Gumamnya teruja. Dia segera mencapai pinggan yang disediakan diatas meja.

Namun kerja menciduk nasi kedalam pinggannya terbantut, apabila dia terpandang plastik ubat pil didalam plastik. Berkerut dahinya. Dia mencapai plastik tersebut untuk membaca label ubat.

Ini bukan ubat demam ni. Getus hatinya.

"Habis tu ubat apa?." Gumam bibirnya.

"Man."

Terhenjut bahunya kerana terkejut apabila Nina tiba-tiba menyapanya dari belakang.

Nina memandangnya. Pandangan Nina turun ketangannya yang sedang memegang plastik ubat.

"Mana kau dapat ni?." Nina merampas plastik ubat tersebut dari tangannya.

"Aku nampak atas meja. Ubat siapa tu?." Tanya Aiman.

"Kawan aku punya. Dia minta tolong aku belikan semalam. Tapi aku lupa nak bagi dekat dia." Ujar Nina.

Aiman manggut-manggut. Tidak mengambil pusing. Dia meneruskan kerja menciduk nasi kedalam pinggannya yang terbantut tadi.

_
ARDELL Termenung sendiri duduk di cafe kolejnya. Tiba-tiba fikirannya melayang teringat apa yang Iqbal beritahunya dua hari lepas.

Aiman tak macam apa yang i cerita dekat you.

Dan dia mungkin tak macam apa yang you cerita. Sebab Aiman yang i kenal. Dia seorang yang baik dan tak pernah balas kejahatan orang pada dia.

I harap you pertimbangkan apa yang i cakap ni, sebelum terlambat.

"Sebelum terlambat?. Apa maksud dia?." Gumamnya sendiri.

"Dia cuba bagitahu kau yang Aiman akan Terengganu minggu depan." Ujar Hani.

Ardell berkerut dahi melihat Hani duduk dihadapannya.

"Hani." Gumamnya.

Hani memandangnya tajam.

"Kenapa?. Tak boleh ke aku nak duduk sini?." Tanya Hani serius.

"Bukan macam tu maksud aku."

"Habistu apa maksud kau?." Tanya Hani masih serius.

"Kau dah tak marahkan aku ke?." Tanya Ardell.

Hani terdiam seketika.

"Ya. Memang aku marah dekat kau. Sebab kau tak cuba pun jelaskan pada aku yang kau tak bersalah." Ujar Hani.

Ardell diam. Seraya menunduk

"Iqbal dah cerita semua dekat aku."

Berkerut dahinya mendengar nama Iqbal.

Melihat air muka terkejut Ardell. Hani segera berkata.

"Ya. Itu semua kerja dia. Dia dah mengaku dengan aku. Dia memang sengaja nak aku bergaduh dengan kau, untuk mudahkan kerja dia, nak kenakan kau." Ujar Hani.

Ardell semakin bingung, tidak mengerti.

"Macam ni. Senang kata. Iqbal tak suka kau rapat dengan Aiman sebelum ni. Sebab tu dia buat macam tu." Ujar Hani lagi.

"Kejap aku tak faham. Tapi kenapa?." Tanya Ardell.

"I don't know. Aku rasa kau kena tanya benda ni dekat dia sendiri atau Aiman." Ujar Hani.

Ardell terkebil-kebil mendengar jawapan Hani.

_
ARIANA Tersenyum melihat potret gambar dia bersama dengan Tengku Ashraf sewaktu awal-awal perkenalan mereka di Spain dulu.

Flashback.

Dia duduk sendiri sambil termenung melihat tasik dihadapannya.

"Hey babe... Termenung apa tu?." Sergah Tengku Ashraf mengejutkannya.

Dia menjeling sekilas Tengku Ashraf dan kembali memandang kehadapan.

Tengku Ashraf duduk disisinya.

"Tengok masa depan ke?." Tanya Tengku Ashraf.

Soalan Tengku Ashraf dibiarkan tanpa jawapan. Fikirannya sedang serabut memikirkan tentang masalahnya dan ibunya.

"Dekat masa depan you tu. Ada i tak?." Tanya Tengku Ashraf lagi cuba menghiburnya.

Dia tetap berdiam. Bukannya dia tidak merasa terhibur. Namun masalah yang ditanggungnya, membuatkan bibirnya sukar untuk tersenyum..

"You panggil i apa dekat sana?. Still Tengku Ashraf or dah bertukar Babe?."

Dia tersenyum saat mendengarnya. Seraya menoleh kearah Tengku Ashraf.

"Tengku Ashraf Iskandar...." Selorohnya panjang.

"Yes.. Ariana Lynn David." Jawab Tengku Ashraf meniru gayanya.

"You ni kan..." Dia menjeling Tengku Ashraf. Seraya memandang kembali kehadapan.

Tengku Ashraf tiba-tiba menarik rapat bahunya kearah Tengku Ashraf.

"You kenapa ni?." Tanya Tengku Ashraf serius dan lebih prihatin.

Air matanya segera mengalir saat Tengki Ashraf bertanya demikian. Dia tidak dapat menyembunyikan lagi kesedihannya ketika itu. Seraya terus menangis semahunya dan menceritakan semua masalahnya kepada Tengku Ashraf.

Tengku Ashraf mengusap kepalanya perlahan sambil memberinya kata-kata semangat.

End Flashback.

"I miss you so much... Tengku Ashraf." Gumam bibirnya tanpa sedar.

Menyedari ada air mata yang membasahi pipinya. Ariana segera mengusapnya.

_
ASFIRA Keluar dari bank, berjalan menuju kearah keretanya.

Namun melihat sebuah superbike berwarna hitam yang menghalang keretanya untuk keluar, membuatkan dia merasa panas hati.

"Ini suberbike siapa ni?. Tak ada tempat lain ke nak parking motor." Omelnya

Dia melihat jam di pergelangan tangannya. Seraya bercekak pinggang.

"Okey aku bagi masa lima minit. Aku tunggu." Gumamnya sendiri.

Lima minit telah berlalu. Dahinya mula berpeluh. Asfira melihat jam ditangannya.

"Lima minit dah. Nampaknya tuan kau ni memang cari pasal." Ujarnya geram.

"Ya, Allah... Ya Tuhanku... Maafkan saya Cik."

Asfira memandang lelaki yang lengkap memakai suit rider itu.

"Cik dah lama ke tunggu?." Tanya lelaki itu kepadanya.

Asfira membuang pandangan kearah lain.

"It's ok. Tolong tepikan motor awak ni segera." Ujarnya.

"Baik Cik. Minta maaf ya Cik.." Ujar lelaki tersebut.

"Haih... Budak-budak zaman sekarang." Getus Asfira perlahan.

***

ASFIRA Melangkah masuk kedalam rumah keluarganya.

"Assalamualaikum..." Ucapnya.

"Waalaikumsalam..."

Asfira tersenyum melihat Tan Seri Daud dan Puan Seri Sarimah. Teman karib orangtuanya. Dia tidak merasa pelik kerana pasangan suami isteri itu memang sering bertandang kerumah keluarganya. Namun apa yang menjadi tanda tanya ialah siapa seorang lagi lelaki yang duduk membelakanginya itu.

Asfira berjalan menghampiri mereka. Bersalaman dengan Tan Seri Daud dan Puan Seri Sarimah.

"As. Kenalkan anak bongsu Aunty. Ikmal namanya. Baru balik dari Mesir." Ujar Puan Seri Sarimah.

Asfira menoleh kebelakang untuk melihat lelaki yang sempat menjadi tanda tanya didalam otaknya tadi.

"Awak?." Spontan Asfira menuding jari kewajah Ikmal kerana terkejut.

"As kenal ke?." Tanya Puan Seri Sarimah menyampuk.

Asfira menoleh kearah Puan Seri Sarimah. Dia tersenyum kelat.

***

ASFIRA Memeluk tubuh, membelakangi Ikmal.

Ikmal tersenyum melihatnya. Dia berjalan menghampiri Asfira.

"Saya betul-betul minta maaf pasal tadi. Saya ingat nak sekejap. Tapi terlama pulak." Tutur Ikmal.

Asfira menoleh kearah Ikmal.

"Sudahlah. Tak payah mention lagi pasal tu. Saya dah maafkan awak dah." Ujar Asfira.

Ikmal menunduk tersenyum.

"Terima kasih..." Ucap Ikmal.

Asfira menjeling Ikmal. Serabut pula dia melihat Ikmal yang tidak habis menayang gigi kepadanya.

"Kalau macam tu kita bolehlah ke topik seterusnya." Ujar Ikmal tiba-tiba.

Asfira berkerut dahi memandang Ikmal.

Ikmal tersenyum lagi.

"Nama saya Ikmal. Lulusan Universiti Al-Azhar Mesir. Berusia 30 tahun. Assalamualaikum bakal Zaujah Ana."

Asfira senyum buat-buat memandang wajah Ikmal yang asyik tersengih itu.

"Maaf. Saya tak faham bahasa Mesir." Ujar Asfira.

Ikmal tertawa kecil.

Asfira merengus kasar. Kesal dengan sikap Ikmal. Dia berpaling dan melangkah masuk kedalam.

_
MARSHA Tidak dapat menahan air matanya apabila melihat wajah Saiful tunangnya.

Saiful tersenyum memandangnya. Seraya berjalan menghampirinya.

Marsha menunduk sambil menyeka air matanya.

Saiful memegang pipinya dan mengusap air mata dipipinya.

"Hey... Sayang apa ni?. You kata tak nak nangis." Tutur Saiful cuba mengangkat wajah Marsha dengan tangannya.

Marsha menumbuk lengan lelaki itu.

"Janganlah... I bencilah you ni..." Ujar Marsha sambil mengusap air matanya.

"Kalau benci. I nak balik German balik lah..." Ujar Saiful sengaja mahu menyakat Marsha.

Marsha menarik lengan lelaki itu, menahannya.

Saiful tersenyum. Seraya menarik Marsha kedalam dakapannya.

"Shh... Don't cry. I miss you so much." Tutur Saiful mengucup ubun-ubun Marsha.

Marsha menolak Saiful dan memandang wajah lelaki itu.

"Why?." Tanya Saiful tidak mengerti.

"Islamkan?. Kita belum kahwin. Ingat!." Ujar Marsha.

Saiful tersenyum. Seraya meraih kedua tangan Marsha.

"Okey. Jom kita kahwin..." Kata Saiful.

Marsha tertawa. Seraya memeluk lengan Saiful.

"Jom." Katanya.

_
AIMAN Masuk kedalam rumah.

"Assalamualaikum..." Ucapnya sambil meletakkan kasutnya dibelakang pintu.

"Kakak!." Laungnya memanggil Nina.

Dia segera kedapur untuk mencari Nina. Namun Nina tiada didapur. Dia berkerut dahi dan kembali keruang tamu. Matanya memandang kearah pintu bilik kakaknya yang tertutup rapat.

"Tak kan tidur lagi." Getusnya perlahan. Dia segera menghampiri pintu bilik kakaknya dan mengetuk pintu bilik tersebut.

"Kakak!." Panggilnya. Namun tiada jawapan dari kakaknya.

"Kakak!." Panggilnya lagi. Seperti sebelumnya, tetap tiada jawapan.

Aiman mula merasa tidak sedap hati. Dia mengambil kunci bilik yang tergantung dipaku atas pintu

"Kakak. Aku buka tau." Ujarnya sebelum membuka pintu bilik kakaknya menggunakan kunci.

Pintu bilik dikuak perlahan. Dia melihat Nina sedang berbaring diatas katil membelakangi pintu.

"Kakak..." Panggilnya sambil berjalan menghampiri Nina.

Dia memegang bahu Nina dan menarik tubuh itu terlentang. Mata Nina tertutup rapat, wajah Nina kelihatan pucat.

"Pucat." Gumamnya.

Dia mulai merasa cemas. Dan tanpa berfikir panjang. Dia segera mencapai kunci kereta milik Nina dan mencempung tubuh kakaknya yang tidak sedarkan diri itu.

_
ARIANA Berjalan menghampiri Hanif yang sedang sibuk bekerja.

"Hye.. Busy nampak..."

Tegurannya mengejutkan Hanif.

Hanif menoleh kearahnya.

"Ariana. You buat apa dekat sini." Spontan Hanif bertanya terkejut.

Ariana tersenyum.

Hanif menggeleng-geleng kepalanya.

"Soalan apa i bagi ni. Sorry... Sorry... Sorry.... You nak jumpa Tengku Ashraf kan... Dia ada dekat bilik." Ujar Hanif.

Ariana tertawa melihat Hanif yang menggelabah.

Hanif berkerut dahi melihat Ariana ketawa.

"Kenapa you ketawa?." Tanya dia.

"You tu. I datang nak jumpa you lah." Ujar Ariana dengam sisa tawanya.

"Jumpa i?." Tambah berkerut dahi Hanif mendengarnya.

Ariana angguk mengiyakan.

"Ada apa you nak jumpa i?." Tanya Hanif.

"Nak ajak you lunch." Ujar Ariana bersahaja.

"Hey babe..."

Hanif dan Ariana. Keduanya menoleh kearah Tengku Ashraf yang sedang berjalan kearah mereka.

Ariana tersenyum memandang Tengku Ashraf.

"Hye..." Dia melambai kearah Tengku Ashraf.

"Tiba-tiba je muncul. Kenapa tak bagitahu dulu nak datang?." Tanya Tengku Ashraf.

"Kenapa tak boleh ke?." Tanya Ariana semula.

"I tak kata pun tak boleh. Cuma kan sedih kalau you datang i tak ada dekat office." Ujar Tengku Ashraf.

"It's ok. I dah biasa dah kena macam tu. Anyway i didn't come to see you." Ujar Ariana tersenyum.

Berkerut dahi Tengku Ashraf memandang Ariana.

Hanif tersenyum melihat perubahan air muka Tengku Ashraf. Seraya tunduk memandang meja.

Tengku Ashraf menoleh kearah Hanif sekilas.

"Habis you nak jumpa siapa?." Tanya Tengku Ashraf.

Ariana menyilangkan kedua tangannya kedada, sambil menggerakkan sebelah keningnya.

"Hanif?." Tebak Tengku Ashraf sambil memandang Hanif.

Ariana mengangguk perlahan.

"Kejap. Tapi sejak bila korang."

Belum sempat Tengku Ashraf menghabiskan soalannya.

"Sejak you jadikan dia orang tengah, setiap kali you nak mengelak dari jumpa i." Ujar Ariana.

Berubah air muka Tengku Ashraf mendengar jawapan Ariana.

"Eh mana ada macam tu."

Ariana tertawa melihat air muka serba salah Tengku Ashraf.

"Tak adalah. I gurau je. Hari tu kereta i rosak. Kebetulan Hanif lalu. Dia yang tolong i, sebab i kan kawan you. Start dari situ kami mula berkawan." Ujar Ariana.

"Huh... Lega i dengar." Ujar Tengku Ashraf mengusap dadanya.

Ariana dan Hanif hanya tersenyum.

"Eh... Tapi you kena jaga-jaga. Kawan je, jangan lebih-lebih. Hanif ni darah manis..." Ujar Tengku Ashraf mengusik Hanif.

"Apa kurangnya you?." Balas Ariana.

"Eh... I category lain." Balas Tengku Ashraf.

Telefon Tengku Ashraf tiba-tiba berdering didalam poket seluarnya.

"Sekejap eah..." Katanya. Seraya mengeluarkan telefon pintar dari poketnya.

'Armell' Nama tertera di skrin telefon pintar Tengku Ashraf.

"Armell." Gumamnya perlahan.

Berubah air muka Hanif dan juga Ariana.

"See... Baru cakap." Ujar Ariana.

Tengku Ashraf tersenyum.

"Eh.. Korang teruskan. I nak jawab call." Ujar Tengku Ashraf dan berpaling pergi.

Ariana mengeluh kecil melihat Tengku Ashraf masuk kedalam bilik pejabatnya kembali. Seraya menoleh kearah Hanif yang sudah bergenang air matanya.

"Hanif."

Hanif menghela nafas panjang dan kembali memandang komputer dihadapannya.

"Hmm..." Sahutnya berpura-pura sibuk.

"You tak jealous ke?." Tanya Ariana.

Hanif berhenti menaip. Dia kemudian tertawa. Seraya menoleh kearah Ariana.

"Macam mana pula dengan you?. You tak jealous ke?." Balasnya.

Berubah air muka Ariana mendengar soalan Hanif.

"Kenapa pula nak jealous?. A.. I de..ngan Tengku Ashraf kan cuma kawan." Ujar Ariana gugup.

Hanif tertawa, sambil itu dia mengeringkan air ditubir matanya.

"Kenapa you gagap?." Tanya dia kepada Ariana.

Ariana terkebil-kebil apabila Hanif bertanya demikian.

"Ma.. Mana ada i gagap." Ujarnya cuba menafikan.

Hanif menggeleng-geleng perlahan kepalanya. Seraya mengunci fail kerjanya di komputer.

"Sudahlah Ariana. Tak perlu nak menafikan. I boleh nampak perubahan muka you. I tahu you jealous." Ujar Hanif. Seraya bangun dari tempat duduknya.

"You pun sama!. I pun nampaklah muka you berubah masa Tengku Ashraf sebut nama bekas isteri you tadi." Ujar Ariana cuba mahu mengaitkan Hanif lagi.

"See. You dah mengaku pun." Ujar Hanif menuding jari kearah Ariana.

Seraya bercekak pinggang.

"Ariana. Normal untuk i jealous, sebab kami pernah jadi suami isteri dulu. Tapi you?."

Ariana segera menutup kedua belah telinganya dengan tangan.

"Bla... Bla... Bla... I tak dengar apa you cakap." Ujar Ariana menjelir lidah kepada Hanif.

Hanif tersenyum melihatnya. Seraya melangkah melepasi Ariana.

"You nak pergi mana?." Tanya Ariana apabila melihatnya pergi.

"Makan." Jawab Hanif tanpa menoleh kearah Ariana.

***

HANIF Memandang Ariana yang sedang menikmati hidangan dihadapannya.

"Ariana." Panggilnya.

"Hmm..." Sahut Ariana tanpa memandangnya.

"Maaf kalau i tanya." Ujar Hanif siap-siap sebelum bertanya.

"Tanya je lah.." Balas Ariana terus makan.

"You ni tak ada kawan lain ke selain dari Tengku Ashraf?." Tanya Hanif.

"You." Jawab Ariana bersahaja.

"Selain i?." Tanya Hanif.

Ariana memandang Hanif.

"Hanif. I dari kecil memang tak ada kawan. Tak ramai yang nak kawan dengan i. Lagipun my mom tak kasi i berkawan dengan orang sembarangan. Ini i kawan dengan you pun. My mom tak tahu." Ujarnya.

"Kalau dia tahu?." Tanya Hanif.

"Matilah i dan matilah you." Ujar Ariana.

"Maksud you?." Tanya Hanif lagi.

"Nanti dia akan datang dekat you dan membebel. Cakap you nak rosakkan masa depan anak dia... Whatever... Ergh... Stress i memikirkannya." Seloroh Ariana sambil mengunyah makanan.

Hanif berkerut dahi.

"Tengku Ashraf?." Tanya Hanif ingin tahu.

"Sama je... Cuma dia tu degil. Banyak kali kena marah dengan my mom. Tapi tetap je berkawan dengan i. Kadang-kadang depan my mom dia tarik tangan i pergi." Ujar Ariana.

Hanif manggut-manggut. Jujur dia mahu mengetahui lebih. Namun apa pula kata Ariana nanti.

"Hmm... Patutlah you sayang sangat dekat dia." Gumamnya.

"You cakap apa?." Tanya Ariana.

Hanif tersenyum. Nasib baik gadis itu tidak mendengarnya.

"Tak ada apa." Balasnya. Seraya memasukkan sesudu nasi kedalam mulutnya.

Telefon pintar Hanif diatas meja berdering, menandakan ada panggilan masuk.

Ariana memandang Hanif.

Hanif pula berkerut dahi apabila melihat nama 'Aiman' naik tertera di skrin. Seraya meletakkan sudunya dan menjawab panggilan tersebut.

Assalamualaikum Abang Anep. Aiman.

"Waalaikumsalam Man. Ada apa call Abang ni?." Tanya dia.

Abang Anep. Kakak kena tahan wad. Aiman.

Berubah air muka Hanif mendengarnya.

"Kenapa?." Tanya dia.

TBC.

Sis Eja:

* Sengaja Author selitkan beberapa scene untuk watak2 yang ada dalam story. Asyik Armell, Hanif, Nina & Tengku Ashraf je. Kalau Author jadi readers, nak jugak tahu apa citer yang lain. Dia orang ni tak ada life ke?. Asyik enter frame dalam story watak2 utama je. So Author bagilah sikit. Memandangkan  'JAUH DARI CINTA' Dah semakin hampir pada kemuncaknya.

PS:

* My Broken English (Please DM Me)

_______________________________________Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro