Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 26: Tiada Jodoh?.

HANIF Melangkah lemah menuju kearah rumahnya. Masih terngiang-ngiang ditelinganya apa yang di ucapkan Armell tadi.

Kerana terlalu asyik memikirkannya, sehingga dia hampir tidak melihat Nina yang sedang berdiri dihadapan pintu rumah menunggunya.

Perih, sakit rasa hatinya apabila melihat wajah Nina. Ingin sahaja dia menghamburkan amarahnya tika itu juga. Namun tidak tahu mengapa, dia merasa kalau ini bukanlah masa yang sesuai.

Bagaimana pun dia tidak bisa menyembunyikan rasa bencinya terhadap Nina. Dia memandang kearah lain dan melangkah perlahan melepasi Nina.

"Abang.."

Langkahnya terhenti apabila mendengar panggilan Nina. Seraya berpaling kebelakang.

"Abang pergi mana?. Petang baru balik." Soal Nina.

Hanif menundukkan kepalanya.

"Kan Abang dah bagitahu. Abang pergi jumpa kawan." Ujarnya.

Nina tersenyum sinis.

"Jumpa kawan ke jumpa janda Abang?."

Hanif laju mengangkat pandangannya. Matanya merenung tajam sepasang mata milik Nina.

Nina berkerut dahi. Dia jadi terkebil-kebil apabila melihat pandangan tajam Hanif.

"Eh.. Ayah dah balik..."

Hanif segera menoleh kearah Huda yang sedang berjalan kearahnya dengan mendukung Sofea. Seraya tersenyum dan mengambil Sofea dari tangan Huda.

Pipi Sofea dikucupnya berkali-kali. Air matanya bergenang tidak semena-mena. Seraya menatap lama wajah Sofea.

Huda berkerut dahi melihat Hanif.

"Along menangis ke?." Tegur Huda.

Hanif memandang Huda. Seraya mengeringkan air mata ditubir matanya dan tersenyum.

"Tak lah." Ujarnya. Seraya melangkah kedalam.

NINA Terdiam disitu.

Dia pergi mana sebenarnya?. Fikirnya.

"Nina..." Suara Aini memanggilnya, mematikan lamunannya.

"Ya, Mak cik..." Sahutnya. Seraya cepat-cepat masuk kedalam.

_
MARSHA Mengeluh kecil. Seraya memandang Asfira.

"Mell cakap apa?." Tanya Asfira.

"Mell kata kalau kita masih anggap diri kita ni sahabat dia. Tolong bagi dia masa untuk sendiri." Ujar Marsha.

Asfira merengus kasar. Seraya melabuhkan punggungnya disofa.

"Ini semua kau punya pasal." Ujar Asfira.

Marsha melotot tajam kearah Asfira.

Asfira memandangnya kembali.

"Apa?. Betullah aku cakap. Memang salah kau pun. Tengok sekarang cerita jadi makin complicated." Ujar Asfira.

Marsha menjeling Asfira dan menggeleng-geleng kepalanya. Malas mahu melayan Asfira, dia melangkah pergi kedapur rumahnya.

_
SEBAIK Sufi pergi. Armell menarik grill besi rumahnya, mahu menutupnya. Namun belum sempat dia mahu menutupnya.

"Armell!.."

Hanif menahan grill besi tersebut dengan tangan.

Armell melepaskan grill besi tersebut dan berpaling hendak masuk kedalam. Namun Hanif memegang lengannya.

"Armell tunggu."

Air mata Armell mulai bergenang dikelopak matanya. Seraya melepaskan tangannya dan berpaling kembali kearah Hanif.

"Kenapa awak datang sini Hanif?." Tanya dia tanpa memandang wajah Hanif.

"Saya minta maaf. Saya tahu saya tak sepatutnya buat macam ni." Ujar Hanif.

"Kalau dah tahu tak patut buat. Kenapa buat?." Armell memandang Hanif dengan mata berkaca.

Hanif merenung kedalam sepasang mata milik Armell.

"Sebab saya perlukan jawapan dari awak Armell." Ujar Hanif.

"Jawapan apa lagi yang awak nak?." Tanya Armell.

"Apa maksud awak tadi, bila awak kata dah terlambat?. Sedangkan awak belum terima lamaran Tengku Ashraf dan saya pun belum berkahwin dengan Nina. " Tanya Hanif penasaran.

Armell menghela nafas panjang.

"Hanif. Kalau awak cakap semua ni sebelum awak bertunang dengan Nina. Saya mungkin boleh pertimbangkan lagi. Tapi sekarang semuanya dah berubah. Bagi Nina awak sekarang adalah milik dia. Itulah maksud saya." Ujar Armell bergenang air mata.

"Armell!." Bentak Hanif.

"Saya bukan milik sesiapa!." Ujar Hanif tegas.

Air mata Armell mengalir keluar dari tubir mata.

"Ya memang awak bukan milik sesiapa!. Tapi bagi saya dulu awak adalah milik saya, sebab tu sampai sekarang saya rasa sakit Hanif!.. Tapi saya beruntung Hanif sebab saya masih ada keluarga dan kawan-kawan yang banyak membantu saya. Tapi Nina?. Awaklah kawan dia, awak keluarga dia dan awaklah harapan dia. Mana dia nak pergi kalau awak balik pada saya?." Tutur Armell dengan air mata bercucuran.

Hanif menunduk. Air matanya mengalir membasahi pipinya. Harus diakuinya. Nina memang tidak memiliki sesiapa selain dari Aiman, dirinya dan keluarganya.

"Tapi dia tetap salah Armell. Dia musnahkan kebahagiaan kita ." Tuturnya sebak.

"Tapi kita pun bersalah dalam hal ni. Kita yang bagi dia peluang untuk buat semua tu." Ujar Armell.

Hanif menggeleng-geleng kepalanya menidakkan kata-kata Armell.

"Tak Armell... Walau macam mana pun. Pada saya dia tetap salah. Dia puncanya. Dia ambil kesempatan diatas kelemahan kita." Ujar Hanif.

"Dia buat sebab dia sayangkan awak Hanif." Ujar Armell.

"Kalau dia sayangkan saya. Dia tak akan musnahkan kebahagiaan saya..." Ujar Hanif.

Armell mengeluh panjang.

"Hanif sudahlah tu. Anggap je lah kita memang dah tak ada jodoh. Lagipun saya tak nak kecewakan Tengku Ashraf." Ujar Armell.

Hanif terhenti seketika. Dia menatap Armell.

"Saya faham kalau awak tak nak balik dengan saya. Tapi kenapa awak nak kena berkahwin dengan lelaki yang awak tak cinta?." Tanya dia.

"Hanif tu bukan urusan awak. Kita hanya berkongsi anak yang sama. Tapi kita bukan siapa-siapa lagi." Ujar Armell.

Hanif tertawa kesal.

"Jadi itu pilihan awak?." Tanya Hanif.

Armell mengangguk perlahan.

"Okey... Awak boleh pilih dengan siapa awak nak kahwin. Ini bermakna saya pun boleh berkahwin dengan siapa saya nak kan." Ujar Hanif.

Armell terdiam.

Hanif manggut-manggut sambil menyeka air mata dipipinya. Seraya berpaling pergi.

Armell terduduk disitu melihat Hanif pergi meninggalkannya. Air matanya mengalir deras.

***

TIBA Didekat keretanya. Hanif meletakkan kepalanya dekat keretanya yang masih berkunci. Air matanya terus mengalir deras. Sukar rasanya untuk dia menerima alasan Armell.

"Kenapa kau buat aku macam ni Nina?." Gumamnya mengenangkan Nina yang dia anggap sahabat. Namun menghancurkan rumahtangganya.

Dia mengangkat kepalanya dan menyeka air mata dipipinya. Seraya membuka kunci keretanya dengan alat kawalan ditangannya. Namun baru sahaja dia mahu membuka pintu kereta.

"Hanif!." Suara Armell memanggil namanya.

Dia segera berpaling kebelakang melihat Armell bersama Sofea. Air matanya kembali bergenang saat melihat sosok Armell yang sedang berlinangan air mata memandangnya.

Armell berjalan menghampirinya dan menyerahkan Sofea kepadanya.

Hanif mengambil Sofea dari tangan bekas isterinya itu. Seraya memandang Armell meminta penjelasan.

"Saya minta maaf Hanif. Saya tahu kita bukan lagi siapa-siapa selain hanya dari berkongsi anak. Tapi saya nak minta tolong pada awak." Ujar Armell.

Dia berkerut dahi tidak mengerti.

"Tolong jangan bagitahu Nina yang awak dah tahu cerita sebenarnya." Ujar Armell tanpa memandangnya.

"Kenapa?. Awak takut dia akan apa-apakan awak dan anak kita?." Tanya dia.

Armell mendongak kepala memandangnya dengan mata berkaca.

Dia menatap kedalam anak mata Armell.

"Armell... Sebelum ni saya pernah janji dengan awak yang saya akan selalu ada dengan awak Armell. Tapi saya tak kotakan janji tu. Untuk kali yang kedua ni Armell. Saya berjanji lagi dengan awak yang saya akan selalu ada dengan awak dan anak kita. Awak cuma perlu bagi saya satu lagi peluang Armell.. Kita nikah semula." Tuturnya.

Armell menunduk, air matanya mengalir deras.

"Kita dah terlambat Hanif. Banyak hati yang akan terluka kalau kita nikah semula." Ujar Armell.

"Habis macam mana dengan hati kita?." Tanya Hanif.

Armell mendongak memandang Hanif.

"Hati kita memang dah terluka dari awal Hanif." Ujar Armell. Seraya menundukkan kepala.

Hanif tidak mampu berkata apa-apa apabila mendengarnya.

"Kalau awak sayangkan saya dan sayangkan anak kita. Tolong janji dengan saya Hanif , yang awak akan teruskan perkahwinan awak dengan Nina dan tak akan pernah bagitahu Nina tentang perkara ni." Tambah Armell lagi.

Air mata Hanif jatuh lagi saat mendengarnya.

Armell mendongak kepalanya, memandang Hanif.

"Saya minta maaf Hanif... Saya bukan beri alasan semata-mata. Tapi kita memang dah terlambat. Saya terpaksa kuburkan cinta kita dengan cerita sebenarnya. Awak kena maafkan Nina dan terima dia seadanya." Tutur Armell sebak.

Hanif membuang pandangan kearah lain. Seraya menyeka air matanya yang mengalir sehingga dekat hidungnya.

"Saya tak boleh nak cakap apa lagi Armell. Kalau itu yang awak nak." Ujar Hanif sebak.

"Saya hormat keputusan awak." Tuturnya. Seraya mengukir senyuman memandang Armell.

Bibir Armell menguntum senyuman. Air matanya mengalir deras.

"Thank you Hanif..." Tutur Armell berjurai air mata.

Hanif tertawa didalam tangisnya. Seraya mengucup lama kepala Sofea yang sudah terlelap dibahunya.

"Sofea adalah batu nisannya." Ujar Hanif.

Berkerut dahi Armell mendengarnya.

"Apa maksud awak?." Tanya Armell sambil mengelap hingus dengan tangannya.

Hanif tersenyum. Seraya menyerahkan Sofea kepada Armell.

"Maksud saya Sofea adalah batu nisan untuk kubur cinta kita. Nanti bila cinta kita dah terkubur, Sofea akan tetap ada, menandakan yang cinta kita pernah hidup dulu." Tutur Hanif penuh makna.

Armell tertawa kecil. Dia manggut-manggut. Baru mengerti dengan apa yang dimaksudkan Hanif.

Hanif tersenyum. Perit rasanya melihat senyuman Armell tika ini.

"Oklah... Saya balik dulu. Assalamualaikum... Jaga batu nisan tu." Ujar Hanif sempat bergurau sebelum dia masuk kedalam keretanya.

Armell hanya tersenyum sambil menjawab perlahan salam Hanif.

"Waalaikumsalam..."

_
ARIANA Melabuhkan punggungnya disisi Hanif.

"You dah buat apa yang i suruh?." Tanya Ariana.

Hanif menunduk. Kepalanya diangguk perlahan.

"Habis apa jawapan dia?." Tanya Ariana.

Hanif mendongak keatas.

"Dia tak nak balik dengan i Ariana." Tuturnya sebak.

Ariana menghela nafas panjang mendengarnya.

"Apa alasan dia?." Tanya Ariana.

Hanif menoleh kearah Ariana.

"Dia kata banyak hati yang akan terluka kalau i dengan dia balik semula." Ujar Hanif.

"Habis hati dia? Hati you?. Macam mana?." Tanya Ariana bertalu-talu.

"Itulah yang cakap dekat dia. Tapi dia kata hati i dengan dia memang dah terluka dari awal." Ujar Hanif.

Ariana manggut-manggut. Seraya memandang kehadapan.

HANIF Terdiam. Seraya menoleh kearah Ariana. Dia teringat tentang kemesraan Tengku Ashraf dan Ariana.

"Ariana."

Ariana menoleh kearahnya.

"I rasa you dah tahu banyak pasal i. Walaupun kita baru je jadi kawan." Ujar Hanif.

Ariana tertawa mendengarnya.

"Kenapa you menyesal ke cerita semua masalah you dekat i?." Tanya Ariana.

Hanif menunduk tersenyum.

"Sikitlah..." Ujarnya memandang Ariana.

Ariana membesarkan matanya. Seraya manggut-manggut.

"Okey faham. It means you nak i pergilah kan."

Hanif menggelengkan kepalanya.

"Tak fair kalau you pergi sekarang." Ujarnya.

Berkerut dahi Ariana memandang wajah Hanif.

Hanif tersenyum.

"Okey. Sekarang i pulak nak tanya you. You kena jawab dengan jujur." Ujar Hanif.

Ariana tertawa lagi.

"Ouh... I dah faham... You sengaja cakap macam tadi sebab nak korek rahsia i kan." Ujar Ariana.

Hanif mengangguk kepalanya tanpa merasa bersalah.

"Okey.. Tanyalah." Kata Ariana yakin.

Hanif terdiam seketika.

"Apa perasaan you bila Tengku Ashraf melamar bekas isteri i hari tu?."

Ariana terkedu mendengar soalan Hanif. Dia langsung tidak terfikir yang Hanif akan menanyakan soalan tersebut.

"Jawablah..." Ujar Hanif memandangnya.

Ariana memandang Hanif.

"Per.. Per..rasaan apa?. " Tanya Ariana gugup.

"Mana i tahu. You lah. Apa perasaan you masa tu?. Sedih ke gembira ke atau tak rasa apa-apa." Ujar Hanif.

Ariana berpura-pura ketawa.

"As a friend. I mestilah tumpang gembira sebab dia berjaya melamar wanita yang dia cintai." Ujar Ariana. Seraya menunduk bermain dengan tangannya sendiri.

Hanif memandang Ariana lama.

"As a friend?." Tanya dia.

Ariana mengangguk tanpa memandang Hanif.

Hanif berkerut dahi melihat cara Ariana.

"You macam tak jujur je." Tebak Hanif sengaja mahu menguji Ariana.

Ariana laju memandang wajah Hanif.

"Kenapa pulak?."

Hanif menghela nafas panjang. Seraya memandang kehadapan.

"Entah..." Katanya.


_
ARMELL Memegang pipinya terkejut apabila Nina tiba-tiba menamparnya.

"Kenapa dengan awak ni Nina?." Tanya dia terkejut. Dia melihat ke kiri dan kanannya kalau-kalau ada yang melihat.

"Kau jangan nak pura-pura bodohlah... Aku tahu. Kau jumpa Hanif kan semalam?."

Armell menelan air liurnya.

Macam mana dia boleh tahu ni?. Benaknya.

"Kenapa kau diam?. Betullah kan apa aku cakap..." Ujar Nina menolak bahunya.

Armell mengeluh kecil. Mendengar ucapan Nina, dia sudah yang Nina sekadar menebak sahaja.

"Awak ni kan Nina. Suka-suka hati je nak tampar saya. Macam mana kalau saya kata saya tak ada jumpa Hanif pun semalam. Awak kasi saya balas balik?." Ujarnya berani.

"Habis tu dia jumpa siapa?. Dia mana ada kawan lain selain dari aku." Ujar Nina bercekak pinggang.

Armell memutarkan bebola matanya, merasa jengkel dengan sikap Nina.

"Nina. Masa saya dengan dia dulu pun.. Saya tak pernah tahu dia ada kawan baik. Nama Nina." Ujar Armell dengan menekan perkataan 'baik'.

Nina mencengkam kedua bahu Armell.

"Kau jangan nak samakan aku dengan kau. Kita tak sama langsung!." Ujar Nina mengetap bibir.

Armell melepaskan bahunya dari cengkaman Nina.

"Stop it Nina!." Ujarnya tegas. Seraya menatap tajam wajah Nina.

"Memang saya tak sama macam awak. Dan saya tak pernah berangan pun nak jadi macam awak." Ujarnya lagi.

Nina mengetap bibir. Tidak perlu dijelaskan. Dia sudah tahu Armell memerlinya. Tangannya segera diangkat lagi mahu menampar Armell lagi. Namun kali ini tangannya dapat disambar oleh Armell.

Armell tertawa sinis. Seraya melepaskan tangan Nina.

"Awak tahu apa masalah awak ni sebenarnya?." Tanya Armell menjegilkan biji mata.

Nina diam menunggu apa yang mahu dikatakan Armell.

"Masalah awak ni. Awak takut dengan bayang-bayang awak sendiri!. Awak fikir semua orang sama macam awak!. Sanggup rampas hak orang lain untuk kepuasan diri sendiri!." Ujar Armell berang.

Seraya menjeling Nina dan melangkah pergi, sambil menolak kereta sorong Sofea.

NINA Membentak sendiri sambil menatap tajam sosok Armell yang pergi meninggalkannya.

_
ARDELL Terkejut apabila melihat Iqbal dihadapan matanya. Dia segera berpaling ingin pergi. Namun Iqbal memegang lengannya dan berkata.

"Ardell i nak minta maaf."

Ardell segera berpaling kearah Iqbal apabila mendengarnya.

Iqbal melepaskan tangannya dan menunduk.

"I tahu i melampau... Tapi percayalah... I betul-betul menyesal dengan apa yang i dah buat." Tutur Iqbal. Seraya mengangkat kepalanya memandang Ardell.

Ardell memutarkan bebola matanya, untuk menunjukkan rasa kesalnya kepada Iqbal.

"Kau tahu?. Apa yang kau buat betul-betul bagi kesan dekat diri aku. Aku takut sangat kau tahu tak?!." Ujar Ardell geram.

"Ardell i tahu..." Iqbal cuba meraih tangan Ardell. Namun Ardell mengelak dari disentuhnya.

"Jangan sentuh aku!. Kalau kau betul menyesal. Tolong jangan tunjuk lagi muka kau depan aku!." Ujar Ardell.

Iqbal menunduk kembali.

"Okey... Tapi sebelum tu i nak clear kan semua dengan you." Ujar Iqbal lagi.

Ardell memandang wajah Iqbal meminta penjelasan

"Aiman tak macam apa yang i cerita dekat you." Ujar Iqbal.

Ardell berkerut dahi tidak mengerti.

Iqbal memandang wajah Ardell untuk melihat reaksi wajah gadis itu.

Ardell memandang kearah lain, seperti tidak mahu mengambil tahu.

"Dan dia mungkin tak macam apa yang you cerita. Sebab Aiman yang i kenal. Dia seorang yang baik dan tak pernah balas kejahatan orang pada dia." Ujar Iqbal lagi.

Ardell hanya diam tidak memberi sebarang respon.

"I harap you pertimbangkan apa yang i cakap ni, sebelum terlambat." Ujar Iqbal.

TBC.

PS:

* My Broken English (Please DM Me)

_______________________________________Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro