Bab 23: 🤔
HANIF Terkejut apabila seorang wanita tiba-tiba berdiri dihadapan keretanya. Tangannya menekan hon dan kakinya pantas memijak brek.
"Astaghfirullahaladzim... Apa hal dengan dia ni." Gumamnya.
Wanita itu menutup wajah dengan tangan. Seraya duduk melutut dihadapan keretanya.
Berkerut dahi Hanif melihatnya. Dia segera melepas tali pinggang keledarnya dan keluar dari keretanya.
"Cik. Cik okey ke?." Tanya dia menghampiri wanita itu.
Wanita tersebut mengangkat kepala memandangnya.
"Cik Ariana." Gumamnya terkejut.
Seraya melihat sekelilingnya.
"Cik Ariana dengan siapa dekat sini?. Mana kereta Cik Ariana?." Ajunya bertalu-talu.
ARIANA Menggelengkan kepalanya. Air mata terus mengalir membasahi pipinya. Dia tidak hirau lagi kalau ada yang melihat keadaannya itu.
HANIF Berkerut dahi. Dia baru tersedar yang wanita itu sedang menangis. Hanif melihat kearah kereta lain yang sedang menunggu dibelakang keretanya.
"Tak apalah. Kalau macam tu biar saya tumpangkan Cik Ariana." Ujarnya. Seraya menghulurkan tangan kepada Ariana.
Namun Ariana hanya menundukkan kepalanya, tanpa memberi sebarang jawapan.
Bunyi hon kereta mengejutkan Hanif. Dia mengeluh kecil. Seraya bergegas membungkuk, membantu Ariana bangun dan membawa wanita itu masuk kedalam keretanya ditempat duduk sebelah pemandu.
***
HANIF Menoleh sekilas kearah Ariana yang tidak henti-henti menangis dari tadi.
Aduhai... Nak buat apa ni?. Nak call Tengku Ashraf ke?. Benaknya.
Hanif berdehem kecil cuba menarik tumpuan Ariana yang langsung tidak memandangnya dari tadi.
Nampaknya usaha Hanif tidak sia-sia. Ariana menoleh kearahnya. Namun sekadar merenung. Tidak berkata apa-apa.
Hanif berkerut dahi dan mula merasa tidak selesa apabila Ariana merenungnya lama.
Sedar Hanif merasa tidak selesa dengan renungannya. Ariana segera mengalihkan pandangannya kehadapan.
"Sorry susahkan you." Kata Ariana sambil menyeka air mata dipipinya.
Hanif menoleh sekilas kearah Ariana. Dia merasa sedikit lega apabila mendengar wanita itu bersuara.
Berapa detik kemudian. Hanif kembali bertanya.
"Cik Ariana nak saya hantar ke mana ni?."
"Kenapa?. You tak selesa ke i ada dalam kereta you?." Balas Ariana.
Berkerut dahi Hanif mendengarnya.
"Eh.. Cik Ariana jangan salah faham. Maksud saya"
Belum sempat Hanif menghabiskan ayatnya.
"Don't worry. I bergurau je." Kata Ariana.
Hanif tersenyum kelat.
Suasana kembali sepi. Hanif terus memandu keretanya tanpa tahu kemana hala tujunya.
Tidak lama kemudian. Ariana kembali menangis. Namun kali ini tangisnya lebih keras.
Hanif merasa tidak senang melihat keadaan Ariana. Dia membawa keretanya kebahu jalan.
Tangis Ariana terhenti. Seraya menoleh kearah Hanif.
Hanif menoleh kearah Ariana.
"Maaf kalau saya macam menyibuk. Saya cuba untuk tak bertanya. Tapi tengok keadaan Cik Ariana. Saya rasa saya perlu tanya. Apa sebenarnya yang dah jadi?. Kenapa Cik Ariana macam ni?."
Ariana memandang lama wajah Hanif.
"Ceritalah... Mana tahu saya boleh tolong." Tutur Hanif.
Mimik muka Ariana berubah. Dia kembali menangis.
Hanif mengeluh kecil.
"Cik Ariana... Janganlah macam ni. Menangis tak akan dapat selesaikan masalah." Ujar Hanif cuba memujuk.
Namun Ariana tidak menghiraukan Hanif. Dia terus menangis sendiri.
Hanif mengeluh panjang. Seraya bersandar pada kerusi.
Aduhai... Aku dah tak ada pilihan lain nampaknya. Getus hatinya.
Hanif mengambil telefon pintarnya.
Ariana berhenti menangis dan memerhatikan Hanif.
"You nak buat apa?." Tanya Ariana.
Hanif menoleh kearah Ariana.
"Saya nak call Tengku Ashraf." Jawab Hanif.
"Nak buat apa call dia?." Tanya Ariana tidak berpuas hati.
"Untuk pujuk Cik Ariana. Dia kan rapat dengan Cik Ariana." Ujar Hanif. Seraya meletakkan telefon pintarnya ke telinga.
Sedang Hanif menunggu panggilannya tersambung. Ariana mengambil telefon dari tangannya dan mematikan talian yang belum pun tersambung.
Berkerut dahi Hanif melihat sikap Ariana.
"Cik Ariana!." Dia meninggikan suara.
"Awak ni kenapa sebenarnya?!. Awak tahu tak sekarang dah pukul berapa?! Saya pun nak kena balik tidur. Esok saya nak kerja." Ujar Hanif tegas.
Mimik muka Ariana menunjukkan yang dia mahu menangis lagi.
Hanif merengus kasar. Dia menyandarkan kepalanya dekat kerusi dan mengurut dahinya dengan tangan.
Ya, Allah... Ujian apalah ni?. Getus hati Hanif.
Hanif terkejut apabila mendengar pintu kereta dibuka. Dia membuka matanya dan menoleh kearah Ariana yang mahu keluar.
"Cik Ariana.."
Hanya sempat memanggil nama. Ariana sudah keluar dan menutup pintu kereta.
"Ya, Allah... Apa masalah dia ni eah sebenarnya?." Gumam Hanif geram. Seraya mengeluh kecil.
Kalau tak kerana rasa kasihan. Sudah pasti dia abaikan sahaja wanita itu. Namun Hanif bukanlah manusia semacam itu. Dia keluar juga dari perut keretanya dan mengejar langkah Ariana.
"Cik Ariana. Janganlah macam ni." Katanya menghalang jalan Ariana.
Ariana memandangnya.
"You baliklah... Tak perlu rasa bersalah... Anggap je i tak jatuh depan kereta you tadi. I boleh balik sendiri.." Ujar Ariana.
"Saya tahu Cik Ariana boleh balik sendiri. Tapi Cik Ariana. Ini kan dah malam. Lagipun tak selamat kalau perempuan jalan sendiri malam-malam." Ujar Hanif.
Ariana menyilangkan kedua tangannya kedada.
"Biarlah... Yang penting tak susahkan orang." Ujar Ariana.
"Cik Ariana..." Panggil Hanif meleret.
Ariana memandang kearah Hanif.
"Saya tahu Cik Ariana terasa sebab saya tinggi suara tadi. Okey... Saya mengaku saya salah. Saya minta maaf. Tapi bagilah saya hantar Cik Ariana balik." Ujar Hanif.
Ariana mengangkat sebelah keningnya memandang Hanif.
"Cik Ariana jangan risau. Saya ni kan staf Ashraf Holding's. Apa-apa hal saya buat nanti. Report je dekat company saya." Ujar Hanif siap-siap apabila melihat Ariana mengangkat sebelah kening terhadapnya.
Ariana tersenyum melihat cara Hanif bertutur. Dia dapat melihat ketulusan pada kata-kata Hanif. Walaupun dia tidak mengenali lelaki itu. Seraya menghela nafas panjang.
"Okey. You boleh hantar i balik. Tapi dengan syarat." Ujar Ariana.
Hanif memandang wajah Ariana.
"Syarat?."
"I nak menangis kuat-kuat dalam kereta you dan you tak boleh marah." Ujar Arina.
"Okey. Tapi sebelum Cik Ariana nak menangis, bagi alamat dulu. Senang saya nak cari rumah Cik Ariana nanti." Ujar Hanif.
Ariana tertawa kecil.
Hanif pula tersenyum kelat, melihat sikap Ariana.
_
AIMAN Membantu Ardell membuka helmet dikepala Ardell.
Ardell menundukkan kepala, namun tidak berpaling dari Aiman.
"Awak okey ke?." Tanya Aiman.
Dia mengangguk perlahan.
Aiman manggut-manggut.
"Baguslah.. Awak pergilah masuk. Saya tunggu sini sampai awak masuk." Ujar Aiman.
Ardell segera berpaling, tanpa memandang pun wajah Aiman.
***
ARDELL Menutup pintu rumah dan menguncinya kembali.
Flashback.
Dia berkerut dahi apabila Iqbal tiba-tiba menghentikan kereta ditepi semak. Seraya menoleh kearah Iqbal.
"Kenapa you berhenti?." Tanya dia.
Iqbal membuka radio dan menguatkan volume suara.
Dia mula merasa tidak sedap hati apabila melihat tingkah Iqbal. Dia melihat ke luar tingkap. Hutan dan semak samun. Hanya itu yang dilihatnya.
"You tengok apa?." Bisik Iqbal.
Merinding tegak bulu romanya apabila melihat wajah Iqbal yang begitu hampir dengannya.
"Kenapa pandang i macam tu?. Handsome sangat ke muka i ni?." Soal Iqbal tersenyum kepadanya.
Dia menelan air liurnya. Matanya tidak berkedip memandang Iqbal.
"Iqbal. Kenapa you dekat sangat dengan i ni?." Dia cuba berlagak tenang. Tangan kanannya perlahan dibawa kebelakang, mencari tempat untuk membuka pintu.
Iqbal menyeringai, menjeling kearah bibirnya.
Dia sedikit menjarakkan kepalanya kebelakang, saat wajah Iqbal semakin merapati wajahnya. Tangannya sudah bersedia untuk membuka pintu.
Saat melihat Iqbal memiringkan kepala mahu mencium bibirnya. Dia menghantukkan kepalanya kuat ke wajah Iqbal.
Ahh... Raung Iqbal sambil memegang wajahnya.
Kesempatan itu digunakan untuk dia segera keluar dari kereta.
"Ardell!." Teriak Iqbal memanggilnya.
Dia berlari laju. Jantungnya berdegup kencang apabila melihat Iqbal mengejarnya dibelakang.
"Ardell. You nak lari mana?." Teriak Iqbal sambil mengejarnya.
Mendengar suara Iqbal semakin jauh. Dia berpaling lagi kebelakang. Ada sedikit lega apabila dia tidak melihat Iqbal.
Sejurus dia memandang kehadapan. Dia melanggar dada seseorang dihadapannya, dia hampir sahaja terjatuh. Namun orang tersebut memegang kuat kedua sisi bahunya, menahan dia dari terjatuh.
"Aiman." Gumamnya saat melihat wajah orang yang dilanggarnya itu.
"Awak okey?." Tanya Aiman yang seperti tahu-tahu sahaja.
Lidahnya kelu. Dia takut untuk meminta bantuan Aiman. Namun dia lebih takutkan Iqbal yang mengejarnya dibelakang.
"Ardell!."
Dia berpaling kebelakang apabila mendengar suara Iqbal memanggilnya.
Aiman menekup mulutnya dan menariknya masuk kedalam semak.
Aiman jatuh terbaring diatas tanah, sedang dia pula jatuh menghempap tubuh Aiman.
Matanya membulat terkejut apabila melihat Aiman dibawahnya. Dia segera ingin bangun. Namun Aiman memeluk pinggangnya erat dengan sebelah tangan lagi menekup mulutnya.
"Jangan bergerak kalau awak tak nak dia nampak." Ujar Aiman.
"Ardell... You nak lari mana?."
Dia menelan air liurnya apabila mendengar suara Iqbal yang begitu hampir.
End Flashback.
"Lewat balik."
Lamunanya mati saat melihat Datin Hasnah berdiri tegak dihadapannya.
"Mummy." Gumamnya terkejut.
"Pergi mana?." Tanya Datin Hasnah.
Dia menghela nafas panjang. Mujur lampu tertutup. Kalau tidak, sudah pasti kelihatan bajunya yang kotor kerana jatuh didalam semak tadi.
"Kan Yana dah whatsapp tadi." Katanya
Datin Hasnah merenungnya tanpa berkata apa-apa.
"Okey... Sorry. Yana terlambat sikit. Lain kali Yana tak buat lagi." Ujarnya mengangkat sebelah tangan seolah berikrar.
Datin Hasnah tetap berdiam memandangnya.
Dia memegang tangan Datin Hasnah.
"Dah... Janganlah marah lagi. Yana penat ni. Yana naik dulu okey Mummy?. Good night..." Katanya. Seraya berlalu melepasi Datin Hasnah.
***
ARDELL Mengeringkan rambutnya dengan tuala. Dia berjalan menuju ke meja soleknya.
Dia terpandang kesan merah pada lehernya.
Flashback.
Ouch... Dia meringis kesakitan apabila jari Aiman melanggar luka pada lehernya itu saat mahu memakaikannya helmet.
Aiman berkerut dahi memandangnya.
Dia segera menutup luka dilehernya itu dengan tangan, saat Aiman mahu melihat.
Namun Aiman memaksa, mengalihkan tangannya.
"Bila kena ni?." Tanya Aiman menyentuh luka yang masih mengalir darah tersebut.
Dia mengeluh kecil.
Tanpa memberi apa-apa isyarat. Aiman segera menghisap luka itu.
Dia pantas menolak kepala Aiman.
"Awak buat apa ni?." Gumamnya terkejut.
Aiman meludah ketanah dan memandang kearahnya.
"Luka awak besar tu. Saya nak hentikan darah awak je.." Ujar Aiman tegas.
Dia diam.
Aiman memegang kedua sisi bahunya dan kembali menghisap luka di lehernya.
Dia kaku membiarkan Aiman menghisap darahnya (Aiman Drakula 😜).
Berhenti menghisap lehernya. Aiman menutup luka tersebut dengan ibu jari dan meludah darahnya ketanah. Aiman kemudian mengambil plaster dalam beg sandang dan melekatkan pada tempat lukanya.
End Flashback.
Dia menggeleng-geleng kepalanya.
Ya, Allah.. Yana kenapa kau biarkan dia buat macam tu. Getus hatinya.
_
ARMELL Terkejut apabila melihat Nina dihadapannya.
"Apa sebenarnya yang kau cuba buat Armell?."
Berkerut dahi Armell mendengarnya.
"Awak cakap apa ni Nina?. Saya tak faham." Tanya dia tidak mengerti.
"Kenapa kau jumpa Mak cik Aini dekat luar?. Apa tujuan kau?. "
Armell menunduk sambil mengurut perlahan dahinya.
"Tak kan saya nak jumpa Mak pun tak boleh. Lagipun dia kan Nenek kepada anak saya. Salah ke saya berbaik dengan dia?." Ujar Armell.
"Kau tak payah nak berdalih macam kau ni suci sangatlah... Kau ingat aku tak tahu ke hati busuk kau tu. Kau nak racun fikiran keluarga Hanif kan?. Kau cuba nak rampas dia dari aku kan?.." Tuduh Nina.
Armell mengeluh kecil. Seraya mengecilkan matanya memandang Nina.
"Nina. Saya sebenarnya nak kena jumpa orang ni. Tolonglah... Kalau awak datang jumpa saya semata-mata nak tuduh saya yang bukan-bukan. Lebih baik awak baliklah..." Ujarnya. Seraya melangkah mahu pergi.
Namun Nina menahannya dengan tangan. Armell memutarkan bebola matanya kesal. Seraya memandang Nina.
"Kau tahu aku sanggup buat apa sahaja untuk Hanif kan?." Ujar Nina mencengkam lengan Armell kuat.
Armell berkerut dahi memandang Nina.
"Aku tak nak nampak kau berjumpa dengan Hanif ataupun keluarga dia. Kalau kau berani. Cubalah buat." Ujar Nina. Seraya melepaskan bahu Armell dan berlalu melepasi Armell.
Armell tercengang. Seraya berpaling kearah Nina yang melangkah pergi.
"Tak faham betul aku." Gumamnya sendiri.
_
AIMAN Melangkah laju menuju kebilik hostel dia dan Iqbal.
Sebaik membuka pintu. Dia melihat Iqbal sedang duduk diatas katil sambil bermain dengan telefon pintarnya.
"Aikk... Aku ingat kau dah tak nak balik sini." Perli Iqbal.
Aiman menggepal penumbuknya geram. Dia melulu kearah Iqbal dan menarik kolar baju yang dipakai Iqbal.
Iqbal terbangun dari duduknya apabila Aiman menarik kolar bajunya.
Aiman menolak tubuh Iqbal kedinding. Seraya menahan dada Iqbal dengan lengannya.
"Kalau ikutkan hati aku ni. Memang aku tak nak balik sini. Tapi lepas apa kau buat pada Ardell semalam. Aku terpanggil untuk datang sini bagi kau pelajaran." Ujar Aiman.
Iqbal tersenyum sinis.
"Ouh.. Jadi kau hero dia semalam.. Itu aku pelik. Macam mana dia boleh tiba-tiba hilang."
Aiman menekan kuat dada Iqbal, kerana geram dengan ucapan Iqbal.
"Aku tak faham betul dengan kau ni. Yang kau nak setia sangat dengan dia kenapa?. Kau lupa ke apa yang dia dah cakap dekat kau?. Yang paling sakitnya... Dia lebih percayakan aku dari kau. Kau tak ingat ke?" Ujar Iqbal.
Aiman segera melepaskan Iqbal. Seraya melabuhkan punggungnya diatas katil.
Iqbal tertawa sinis sambil mengurut dadanya perlahan.
"Kau sahabat aku Iqbal. Kenapa kau tikam belakang aku?."
Tawa Iqbal terhenti. Seraya duduk dikerusi berhadapan dengan Aiman.
"Macam ni lah. Biar aku cerita dekat kau kenapa aku macam ni." Ujar Iqbal serius.
Aiman memandang wajah Iqbal.
"Aku tak suka Ardell."
Berkerut dahi Aiman mendengar ucapan Iqbal.
"Dan aku bertambah tak suka pada dia, bila dia bercinta dengan kau. Lagak dia macam dia sayang gila dekat kau. Tapi sebenarnya" Air jernih perlahan keluar membasahi pipi Iqbal saat menuturkannya.
Aiman bingung melihat Iqbal mengalirkan air mata.
_
ARMELL Termenung sendiri.
Flashback.
Dia menghela nafas panjang setelah menceritakan semuanya pada Asfira.
"Mell.."
"Sampai bila kau nak biarkan lamaran Abang Ash tu tergantung?."
Dia terdiam mendengar soalan Asfira itu.
"Tak adalah... Kau pun dah selesaikan semuanya dengan Hanif kan. Jadi aku rasa dah tak ada apa-apa masalah lagi kot..." Ujar Asfira.
Dia menunduk.
"Aku takut As..." Gumamnya.
"Apa sebenarnya yang kau takutkan?" Tanya Asfira.
"Aku takut aku tak boleh bagi hati aku ni untuk dia."
"Mell... Ini bukan sahaja tentang diri kau... Ini juga tentang Abang Ash. Dia dah lama tunggu kau. Kau kena fikir tu." Ujar Asfira.
Dia terdiam.
End Flashback.
Armell menghela nafas panjang.
Flashback.
"Tapi Mell... Kau tak rasa ke semua ni tak adil untuk Hanif?."
"Maksud kau?." Tanya dia.
"Maksud aku Hanif sepatutnya tahu cerita sebenar. Ini bukan masalah dia akan bersama dengan kau semula atau tak. Tapi ini masalah dia akan bina hidup dengan Nina. Perempuan yang musnahkan rumahtangga dia." Ujar Marsha.
Dia membuang pandangan kearah lain.
"Aku tak ada pilihan lain Sha. Mereka dah nak berkahwin. Aku tak nak jadi macam perempuan tu." Ujarnya.
"Armell kau kena fikir. Ini bukan tentang kau je... Tapi ini tentang Hanif juga." Ujar Marsha.
Dia terdiam.
End Flashback.
Armell melepaskan keluhan kecil.
Apa yang sepatutnya aku buat sekarang?. Benaknya.
TBC.
PS:
* My Broken English (Please DM Me)
_______________________________________Comment & Vote Please.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro