Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 21: Korban Perasaan.

AINI Bercekak pinggang sambil memandang kearah pintu bilik Hanif.

"Mana budak ni?. Dari tadi panggil, buat tak tahu je." Getusnya sendiri.

Selesai menyiapkan makanan diatas meja makan. Aini berjalan menuju kebilik Hanif.

"Hanif."

Panggilnya sambil mengetuk daun pintu bilik. Namun tidak kedengaran sebarang sahutan atau tanda-tanda yang Hanif akan keluar.

Aini mula merasa risau. Namun dia masih cuba mengetuk untuk kali kedua dan ketiga. Tapi hasilnya tetap sama.

Aini tidak menunggu lagi. Tombol pintu bilik dipulas dan daun pintu ditolak laju. Matanya melilau ke serata bilik.

"Along!." Teriaknya terkejut apabila melihat Hanif terbaring ditepi katil.

Aini bergegas menghampiri anaknya itu.

"Ya, Allah... Ya, Tuhanku... Along... Kenapa ni nakk?." Tanya Aini risau.

Seluruh tubuh Hanif menggeletar dan suhu badannya juga panas.

"Mak..." Gumam Hanif tak terdengar.

AIR Mata Hanif mengalir keluar saat memandang wajah Ibunya. Tangan Aini digenggamnya kuat.

"Along rindukan Sofea Mak... Along nak Sofea.."

Aini tidak dapat menahan rasa sebaknya apabila mendengar permintaan Hanif. Air matanya turut mengalir keluar dari kelopaknya.

"Mak tolong Along Mak... Along nak anak Along.." Rayu Hanif lagi.

"Ya.. Ya.. Nanti Mak bawa Sofea datang jumpa Along." Tutur Aini mengangguk.

Hanif tersenyum mendengarnya. Dia mengucup belakang tangan Ibunya.

"Terima kasih Mak." Gumamnya sebak.

_
LANGKAH Armell terhenti apabila melihat sosok Aiman dihadapannya.

"Aiman." Gumamnya.

Aiman menundukkan kepalanya.

"Saya ada perkara nak cakap dengan Kak Mell." Tutur Aiman.

Armell menghela nafas panjang. Kalau diikutkan hatinya. Memang dia langsung tidak mahu ada kaitan dengan Nina. Namun melihat sikap Aiman, membuatnya lembut hati untuk mendengarkan apa yang mahu dikatakan remaja itu.

***

ARMELL Menghirup kopi didalam cawannya.

"Perkara apa yang awak nak cakap?." Tanya Armell mendahului.

Aiman menghela nafas panjang. Seraya menundukkan kepalanya.

"Pertama sekali saya nak minta maaf dengan Kak Mell kalau kata-kata saya akan mengguris hati Kak Mell. Saya tak tahu apa masalah sebenar Kak Mell dengan kakak saya. Jadi tak layak pun saya untuk berkata apa-apa. Cuma sebagai seorang adik. Saya rasa saya perlu untuk bela kakak saya dalam situasi apa pun..." Ujar Aiman.

Armell berkerut dahi.

"Apa sebenarnya yang awak nak cakap ni?." Tanya Armell.

Aiman mengangkat kepalanya, memandang Armell. Matanya berkaca.

"Kak Mell. Saya tahu dia musuh Kak Mell... Tapi saya cuma ada dia Kak Mell. Dialah Mak dan dialah Ayah saya. Dia dah banyak berkorban untuk besarkan saya. Saya tak akan lupa jasa dia." Menyedari air matanya jatuh. Aiman segera menyekanya. Seraya menundukkan kepalanya.

"Saya tak minta Kak Mell minta maaf pada saya atau pada kakak saya. Tapi saya minta supaya Kak Mell dapat akhiri semuanya dekat sini. Kakak saya dah nak kahwin. Saya tak nak dia terganggu disebabkan semua ni. Saya nak tengok dia bahagia. Saya janji dengan Kak Mell. Saya tak akan ganggu Ardell lagi." Tutur Aiman sebak.

Tidak tahu mengapa. Armell merasa sebak apabila melihat Aiman. Seraya menghela nafas panjang.

"Walaupun Kak Mell tak suka dengan kakak awak. Tapi Kak Mell suka dengan cara dia didik awak. Jujur Kak Mell katakan dia berjaya mendidik awak." Ujar Armell mula membahasakan dirinya 'Kak Mell' lagu.

Aiman mengangkat kepalanya memandang wajah Armell.

"Macam ni lah... Kak Mell tak nak awak salah faham. Masalah antara Kak Mell dan kakak awak. Langsung tak ada kena mengena dengan awak. Jujur Kak Mell pun dah penat nak bergaduh dengan kakak awak. Kak Mell minta maaf pada awak sebab tampar kakak awak, sebab Kak Mell ingatkan dia memang hantar awak untuk dekati Ardell dengan tujuan untuk sakitkan hati Kak Mell. Tapi Kak Mell salah. Awak tak ada kena mengena."

Berkerut dahi Aiman mendengarnya.

"Orang macam apa kakak saya bila dengan Kak Mell?."

Armell terdiam mendengar soalan Aiman. Dia baru tersedar yang ucapannya telah menimbulkan tanda tanya pada Aiman.

"Jangan fikir sangat. Kak Mell pun buat benda yang sama pada dia. Tapi demi awak. Kak Mell janji Kak Mell akan akhiri semuanya." Ujar Armell tersenyum.

Aiman tersenyum mendengarnya.

"Terima kasih Kak Mell." Gumamnya.

Kenapa awak mesti adik dia Aiman?. Gumam hati Armell.

"Lagi satu pasal Ardell." Armell bersuara.

"Pasal Ardell.. Kak Mell jangan risau. Kami dah break up." Laju-laju Aiman berkata apabila mendengar Armell menyebut nama Ardell.

"Break up?." Spontan Armell bertanya.

Aiman mengangguk perlahan.

_
HUDA Mendengus kasar.

"Ini semua salah Kak Mell." Ujar Huda.

Berkerut dahi Nina apabila mendengar nama Armell.

"Apa maksud Huda?."

Huda menyilangkan kedua tangannya ke dada.

"Along jadi macam ni. Ada kena mengena dengan dia lagi ke?." Tanya Nina mendesak.

Huda melepaskan keluhan kecil.

"Tak. Bukan itu maksud Huda."

"Habis tu apa maksud Huda?." Tanya Nina.

Huda melabuhkan punggungnya disofa.

"Tak adalah... Kalau dia tak bawa Sofea datang sini jumpa Along masa tu. Along mesti dah boleh lupakan Sofea." Ujar Huda.

"Maksudnya Huda. Dia datang sini bawa Sofea?." Tanya Nina lagi.

Huda hanya mengangguk.

"Tapi Akak tak payahlah tanya Along. Along tak tahu pun yang Huda tahu pasal ni." Ujar Huda.

Nina menggepal penumbuknya geram.

Tak guna punya Armell. Benaknya.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumsalam." Jawab Nina dan Huda serentak.

Huda memanjangkan sedikit lehernya untuk melihat siapa diluar pagar.

"Armell." Gumam Nina yang sudah terlebih dahulu melihat sosok Armell dihadapan pagar bersama dengan anaknya.

"Berani kau datang sini kan. Kau tunggu kau!." Gumam Nina menggepal penumbuknya.

"Kak Nina. Akak nak buat apa?." Soalan Huda dibiarkan. Nina segera melangkah keluar rumah.

"Kau buat apa dekat sini?." Tanya Nina meninggi suara.

ARMELL Mengeluh kecil.

"Huda mana?." Tanya dia.

"Kenapa kau  nak jumpa Huda?." Tanya Nina meninggi suara.

"Kak Nina!."

Armell memandang kearah Huda yang sedang berjalan menuju kearah pagar.

"Huda!." Nina bersuara tidak puas hati apabila Huda membuka pagar.

"Ada apa Kak Mell datang sini?." Tanya Huda.

"Entah... Siap bawa budak kecik ni lagi. Kau nak menagih simpati ke apa?." Soal Nina menunjal bahu kecil Sofea.

Huda berkerut kening melihatnya.

"Kak Nina.." Spontan Huda bersuara tidak suka dengan cara Nina yang berkasar terhadap Sofea.

Armell menghulurkan Sofea kepada Huda.

"Eh apa benda ni?." Tanya Nina cuba menghalang Huda dari mengambil Sofea dari tangan Armell.

Huda berkerut dahi pelik. Namun dia tetap mengambil Sofea dari tangan Armell.

"Huda apa ni?. Bagi balik anak dia!." Ujar Nina cuba mengambil Sofea secara kasar dari Huda.

Namun Huda membawa Sofea kesampingnya.

"Apa Kak Nina ni?." Huda menjeling Nina.

Nina menggepal tangannya geram. Seraya berpaling kearah Armell dan menolak kasar bahu Armell.

"Eh.. Apa tujuan sebenar kau datang sini hah?."

Armell tersenyum memandang Nina.

"Saya pun tak nak datang sini. Tapi Mak yang telefon suruh saya datang. Saya datang pun untuk hantar Sofea je. Awak tak payahlah risau... Sebab saya bukan jenis yang suka kacau hak orang. Awak pun tak macam tu kan... Jadi baik-baiklah dengan Sofea. Sebab Hanif hak dia. Awak pula bakal mak tiri dia." Ujar Armell penuh makna.

Nina mengetap bibir geram.

Armell beralih kepada Huda. Beg ditangannya diberikan kepada Huda.

"Ini beg Sofea. Nanti petang Kak Mell suruh pembantu Kak Mell datang ambik Sofea." Ujar Armell.

Huda mengangguk faham.

"Nanti kirim salam Mak. Kak Mell balik dulu. Assalamualaikum..." Sempat Armell menjeling Nina sebelum berpaling pergi.

Sebaik Armell pergi. Nina menarik lengan Huda.

"Apa Huda buat ni hah?."

"Kak Nina ni kenapa?." Tanya Huda tidak mengerti.

"Tadi dekat dalam bukan main lagi. Ni yang Huda ambik budak ni dah kenapa?." Ujar Nina menunjal bahu Sofea.

Huda menjauhkan diri dari Nina. Kesal melihat sikap Nina yang seolah membenci anak saudaranya.

"Apa Kak Nina ni?. Janganlah tunjal-tunjal dia. Bukan salah dia pun." Ujar Huda sambil menggosok perlahan bahu Sofea.

"Huda!. Huda lupa ke apa yang dah jadi dekat Along sebelum ni?. Budak ni. Sebab budak ni lah Along dua bulan dekat hospital." Ujar Nina, menunjuk kepada Sofea.

"Kak Nina... Sofea tak ingat dan tak tahu pun apa yang jadi. Yang salah ibu dia. Tak payahlah libatkan Sofea. Lagipun dengan keadaan Along sekarang ni. Huda rasa lebih baik Sofea ada dengan dia." Ujar Huda.

"Macam tu je Huda berubah hati?. Tadi dekat dalam bukan main lagi salahkan budak ni. Kata dia penyebab Along masuk hospital."

"Akak.. Huda tak salahkan Sofea pun. Huda salahkan Kak Mell. Huda cakap macam tu pun tadi. Sebab Huda tak terfikir yang Kak Mell akan datang bawa anak dia lagi, lepas Along halau mereka hari tu." Ujar Huda.

Nina merengus kasar sambil memegang kepalanya.

"Tak boleh!. Kak Nina tak izinkan budak ni jumpa Along." Ujar Nina. Seraya mahu mengambil Sofea dari tangan Huda lagi.

Huda semakin menjauh apabila Nina bertindak mahu merampas Sofea darinya.

"Kak Nina!." Huda meninggikan suaranya.

Nina terkedu apabila Huda menengkingnya.

"Jangan selfish boleh tak?. Nak cemburu pun berpada-padalah... Inikan anak Along." Ujar Huda tegas. Seraya melangkah pergi membawa Sofea masuk kedalam.

Nina tidak mampu berkata atau berbuat apa-apa. Dia menggepal tangannya geram.

***

ARMELL Mahu membuka pintu keretanya. Namun seseorang menarik bahunya dan memalingkan tubuhnya.

Nina.

Namun belum sempat dia berkata apa-apa. Satu tamparan kuat menyinggah dipipinya sehingga kepalanya terpaling kesisi.

Armell memegang pipinya sambil mengetap bibirnya geram. Seraya memandang kearah Nina.

"Apa masalah kau ni hah?." Tanya dia kasar.

"Aku yang sepatutnya tanya kau. Apa masalah kau?. Kenapa kau bawa anak kau datang sini?. Kau sebenarnya nak menagih simpati Hanif kan?. Supaya dia nak balik dekat kau kan!." Ujar Nina kasar.

"Seriously?. Kan aku dah bagitahu kau tadi. Mak yang suruh. Kau tak faham ke?. Eh aku belum gila lagi lah nak gunakan anak aku untuk tagih simpati." Ujar Armell geram melihat sikap Nina.

"Habis tu yang sebelum ni kau datang jumpa Hanif bawa anak kau tu apa?." Tanya Nina.

"Bila masa?." Berkerut dahi Armell.

"Kau jangan buat-buat bodohlah. Huda bagitahu kau yang mula bawa anak kau jumpa Hanif dulu. Kalau tidak Hanif tak jadi macam sekarang ni." Ujar Nina.

Armell terdiam. Dia baru teringat yang dia pernah datang sekali membawa Sofea menemui Hanif. Namun ketika itu Hanif menghalau mereka.

"Apahal kau diam?. Betulkan aku cakap?." Bentak Nina.

Armell menghela nafas panjang.

"Dahlah... Aku malas nak bertekak dengan kau." Ujar Armell. Seraya berpaling mahu membuka pintu keretanya.

Namun Nina menarik bahunya kasar. Dia berpaling laju kearah wanita itu.

"Nina!." Tengkingnya.

Nina terdiam memandangnya.

Armell memandang tajam kedalam mata Nina. Air matanya mulai bergenang ditubir matanya.

"Awak tahu apa kesalahan terbesar saya?. Saya lebih percaya apa yang mata saya lihat. Itulah kesalahan besar yang buat saya menyesal sampai sekarang." Ujar Armell.

Berkerut dahi Nina mendengarnya.

"Ya. Memang saya ada bawa Sofea jumpa Hanif. Tapi sebelum saya tahu yang dia akan bertunang dengan awak." Armell menghela nafas panjang. Cuba menyembunyikan rasa sedihnya.

Seraya menundukkan kepalanya.

"Dia sekarang hak awak Nina. Saya janji pada awak yang saya tak akan kacau Hanif. Saya cuma tak nak pisahkan anak saya dengan bapa dia lagi... Itu sahaja." Ujar Armell lagi.

"Apa jaminan yang kau boleh bagi dekat aku kalau kau tak akan kacau Hanif?." Tanya Nina.

Armell menunduk. Seraya berkata.

"Saya tak akan berjumpa dengan Hanif lagi."

Nina manggut-manggut.

"Okey... Tapi kau ingat Armell. Aku tak akan lepaskan kau, kalau kau tipu aku." Ujar Nina.

Armell mengangguk faham. Seraya berpaling dari Nina. Saat itu air mata tumpah membasahi pipinya. Dia segera membuka pintu keretanya dan masuk kedalam perut kereta.

Armell menghidupkan enjin keretanya. Air matanya terus mengalir deras. Dia langsung tidak memandang kesisi, dimana Nina sedang melihatnya.

Kalau aku tak berjanji dengan Aiman pun... Aku tetap tak akan rampas dia dari kau Nina. Sebab aku tak nak perempuan lain rasa apa yang aku rasa. Sakitnya Nina... Sampai sekarang aki rasa. Gumamnya didalam hati.

_
HANIF Dan Aini masuk kedalam rumah.

Huda pula keluar dari bilik Hanif dan menarik pintu bilik Abangnya itu rapat.

Hanif berkerut dahi.

"Adik buat apa dalam bilik Along?."

Huda berkerut dahi. Seraya memandang sekilas kearah Aini.

"Mak tak bagitahu Along ke?." Tanya Huda kepada Ibunya.

"Bukan tak bagitahu. Belum bagitahu je." Seloroh Aini.

Hanif memandang Ibu dan adiknya berganti-ganti.

"Bagitahu apa ni?." Tanya dia.

Aini diam. Huda turut diam apabila melihat Aini diam.

Hanif mendengus kasar. Seraya mengacak-acak rambutnya. Baru dia mahu mengatakan sesuatu. Suara bayi sedang bermain dari dalam biliknya menyapa gegendang telinganya. Dia menoleh kearah Ibunya.

Aini mengukir senyuman.

"Kan Along kata nak jumpa dengan Sofea. Sofea ada dalam bilik tengah tunggu Ayah dia." Ujar Aini.

Hanif berkerut dahi.

"Betul ke Mak?." Tanya dia seolah tidak percaya.

Aini tersenyum, mengangguk.

Hanif segera memeluk Aini.

"Terima kasih Mak..." Gumamnya.

_
NINA Menjerit sekuat hati sambil menarik-narik rambutnya. Seraya terduduk dilantai. Air mata mengalir deras membasahi pipinya.

"Kakak."

Tingkahnya terhenti apabila melihat Aiman dimuka pintu. Dia menatap tajam wajah Aiman. Dia bingkas bangun dan menutup pintu biliknya.

AIMAN Mengetuk pintu bilik Nina.

"Kakak. Bukaklah pintu. Kau kenapa ni?. Kalau kau ada masalah. Ceritalah dengan aku." Ujarnya risau.

"Kau pergi tidurlah Aiman!. Esok kau ada kelas kan. Jangan sibukkan hal aku." Teriak Nina dari dalam bilik

"Aku tak akan pergi tidur selagi kau tak bagitahu aku apa masalah kau." Ujarnya nekad.

NINA Bingkas bangun dan membuka pintu biliknya. Mata berairnya menatap sayu wajah satu-satunya keluarga yang dia miliki itu. Seraya meletakkan kepalanya dibahu adiknya itu..

"Aku sayang dia Aiman.." Tuturnya dengan air mata bercucuran.

Aiman jadi serba salah. Dia memegang bahu Nina tanpa berkata apa-apa. Rasanya ini kali kedua dia melihat Nina begini. Kali pertama saat dia berusia sembilan tahun. Namun sehingga kini dia tidak tahu apa yang mengganggu Nina ketika itu.

"Aku takut Aiman. Aku takut perempuan tu rampas dia dari aku lagi." Ujar Nina sambil memukul-mukul bahu Aiman.

Aiman berkerut dahi. Kata-kata Nina menimbulkan tanda tanya padanya.

TBC.

PS:

* My Broken English (Please DM Me)

_______________________________________Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro