Bab 2: Move On?.
DUA Mingu aku terperap di wad. Namun batang hidungnya pun aku tak nampak. Apatah lagi bayangnya. Nampaknya dia memang betul-betul dah lupakan aku.
Tapi apa salah aku?. Kenapa dia buat aku macam ni?. Dia tak tahu ke yang aku masih sayangkan dia.
Air mataku mengalir lagi.
"Assalamualaikum."
Aku segera menyeka air mataku saat melihat dua orang rakan karibku Asfira dan Marsha.
"Waalaikumsalam." Jawabku perlahan.
Marsha melabuhkan punggung diatas katil dekatku.
"Are you ready?." Tanya Marsha seraya memeluk bahuku.
Aku tersenyum mengangguk kepadanya.
Yeay... Soraknya.
"Ish... Kau pulak yang excited ni kenapa?." Perli Asfira.
Marsha mencebik.
"Biarlah aku. Kau jealous lah tu kan Mell lebih sayang aku dari kau."
"Tiba-tiba. Kalau setakat Mell ni. Aku tak heranlah kalau dia tak sayang aku..." Balas Asfira.
Aku tersenyum melihat Asfira dan Marsha.
"Dahlah tu korang... Aku ni baru nak discharge. Karang kena sambung lagi pulak disebabkan korang." Tuturku mengugut.
ASFIRA Segera duduk disisi lain Armell dan memeluk bahunya.
"Janganlah macam tu Mell. Walaupun kau tak sayang aku. Tapi aku sayang kau. Jangan sakit-sakit lagi. Aku risau tau..." Tutur Asfira.
"Aku pun..." Marsha turut memeluk Armell.
Tangan Asfira laju memukul lengan Marsha.
"Sibuk je kau ni!."
Marsha mencebik.
"Korang dahlah tu. Aku pun sayang korang jugak." Tutur Armell memegang kedua tangan sahabatnya itu.
"Terima kasih sebab selalu ada disisi aku. Aku tak tahu macam mana aku nak survive kalau korang tak ada." Tambahnya tiba-tiba merasa sebak.
Asfira meleraikan pelukannya, seraya memandang Armell.
"Armell. Kau janganlah sedih lagi. Letihlah Armell tengok kau macam ni. Kau tahukan ramai orang yang perlukan kau." Tutur Asfira.
Marsha mencubit perlahan lengan Asfira dibelakang Armell. Seraya menjegilkan matanya.
Armell menundukkan kepalanya. Rasa sedih kembali menguasainya.
"Aku tahu kau dah penat jaga aku dengan anak aku. Tapi aku nak buat macam mana As. He's my first love. Kau ingat senang ke untuk aku lupakan dia?."
"Mell kau jangan salah faham. Aku tak kisah kalau aku nak jaga kau dengan anak kau sepanjang hidup aku. Tapi kau tu. Takkan kau nak terus macam ni sepanjang hidup kau. Sofea pulak macam mana?. Kau tak kesian ke dekat dia?. Janganlah fikir diri sendiri je Mell. Fikirlah orang lain yang masih memerlukan kau." Tutur Asfira tegas.
Marsha memeluk Armell.
"Mell... Kita orang akan selalu ada disisi kau. Kita orang akan bantu kau untuk move on. Tapi kau pun kena buat benda sama. Kita orang sayang kau Mell. Kalau kau sakit. Kita orang pun sakit Mell. Ya, memang kami tak ada dekat tempat kau. Tapi kami akan cuba untuk terus berada disisi kau." Tutur Marsha lebih lembut.
"Aku minta maaf kalau aku terlalu kasar. Tapi aku sayang kau Mell. Aku sakit bila kau sakit. Kau tahu Mell, ada masa tu aku rasa macam aku nak pergi jumpa dan serang dia. Tapi aku tahu benda-benda macam tu akan lebih menyakitkan kau." Tutur Asfira.
AKU Terharu melihat kesungguhan mereka untuk membantu aku. Namun aku tidak bisa menahan air mataku dari terus mengalir.
Aku akui mereka benar. Tak kan aku nak habiskan seluruh hidup aku dengan menangis untuk lelaki yang dah buang aku jauh dari hidup dia.
Sofea? Anak aku?. Macam mana dengan dia?. Kalau aku terus macam ni?.
"Mell... Kita orang tak ada niat nak buat kau rasa bersalah. Kita orang cuma nak kau sedar yang hidup perlu diteruskan, walau apa pun ujian yang datang." Tutur Asfira.
Aku hilang kata-kata. Tubuh Asfira aku peluk erat. Ya. Asfira memang agak tegas dan kasar berbanding dengan Marsha yang lembut dan lebih menjaga hati. Tapi aku yakin jauh disudut hati mereka, mereka benar-benar sayangkan aku. Dan aku pun sayangkan mereka.
"Aku minta maaf As. Aku janji dengan kau, dengan Sha. Aku akan lupakan dia. Tapi kau dengan Sha pun kena janji dengan aku yang kau dengan Sha tak kan biarkan aku sendiri." Tutur aku sebak.
Marsha memeluk aku dari belakang.
"Kami tak akan biarkan kau Mell. Kau kawan kami. Kami akan ada dengan kau sampailah ke akhirnya." Tutur Marsha.
_
BERITA Tentang perpisahan dia dan Armell telah diketahui oleh semua staf di Rashid's Company. Jadi tidak hairanlah jika banyak mata yang memerhatinya apabila dia masuk kedalam bangunan itu.
Dua minggu telah berlalu. Dia sudah bersedia untuk menghadapi apa sahaja yang bakal terjadi nanti. Nina juga ada memberitahunya kalau Armell masih belum masuk pejabat.
***
SELESAI Mengemas semua barang-barangnya. Dia terpandang potret gambar dia dan Armell sewaktu hari persandingan mereka yang terletak diatas meja.
Tidak tahu mengapa rasa sebak tiba-tiba menguasainya. Dia menghela nafas panjang, seraya mengambil gambar tersebut dan dimasukkan kedalam kotak.
Ehem...
Kerjanya terhenti, seraya menoleh kebelakang.
"Sufi." Getusnya.
Sufi ialah pembantu peribadi Armell.
"Tak bagitahu pun nak datang." Tutur wanita itu sinis.
"Saya minta maaf. Saya nak cepat. Saya datang cuma nak ambil barang-barang saya. Saya ingat nak minta tolong Nina. Tapi dia pun tak sihat lagi." Tuturnya memberi penjelasan.
Sufi tersenyum sinis.
"Apa sebenarnya yang Encik Hanif pandang dekat perempuan macam Nina tu hah?."
"Apa maksud awak ni?." Tanya Hanif berpura tidak tahu.
Sufi melepaskan keluhan berat, seraya berkata.
"Ikutlah... Itu pilihan Encik Hanif kan?. Tapi itulah... Saya rasa macam tak berbaloi pulak bila Puan Armell seksa diri dia untuk lelaki macam Encik Hanif ni."
"Apa maksud awak Puan Armell seksa diri dia?." Tanya dia.
"Sudahlah Encik Hanif. Everything has ended. So tak ada gunanya lagikan?. Teruskanlah kerja Encik Hanif. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum."
Sufi meninggalkannya sendiri setelah merasa puas menyindirnya.
Apa maksud dia?. Kenapa Armell nak kena seksa diri. Bukan ke ini yang dia nak. Benaknya berkata.
_
AIR Matanya mengalir lagi. Pipi Sofea bayinya dikucup penuh kasih.
"I'm so sorry sayang. Ibu terlupa pada Sofea. Ibu janji. Lepas ni, Ibu akan move on. Ibu akan lupakan dia dan fokus pada Sofea sorang je." Tuturnya kepada Sofea, meskipun dia tahu Sofea langsung tidak mengerti apa yang dikatakannya.
"Baguslah... Kalau Ibu dah janji macam tu. Lagipun Sofea dah letih tengok air mata Ibu." Sampuk Datin Hasnah yang tiba-tiba muncul dalam biliknya.
Armell tersenyum melihat ibunya.
Datin Hasnah melabuhkan punggung disisi puteri sulungnya itu.
"Doakan Mell kuat Mummy." Tutur Armell sayu.
"Mumny sentiasa doakan Mell sayang. Kekuatan Mell adalah kekuatan Mummy. Air mata Mell, air mata Mummy jugak. Tolonglah sayang. Jangan bazirkan lagi air mata Mell untuk orang yang tak sepatutnya." Ujar Datin Hasnah penuh makna.
Armell tersenyum, seraya menganggukkan kepalanya.
Dia berbalik kepada puterinya.
"Comelkan dia Mummy." Tuturnya tersenyum memandang wajah Sofea.
"Comel. Macam Ibu dia." Balas Datin Hasnah.
Memandang wajah Sofea, menguatkan lagi ingatannya pada Hanif bekas suaminya. Tanpa dia sedar, air matanya mengalir lagi.
Ya, Allah... Kuatkan aku untuk Sofea Ya, Allah...
_
MENDENGAR Orang memberi salam. Aini berhenti dari kerjaannya menyiram pokok bunga.
"Eh.. Nina." Gumamnya tersenyum melihat sosok Nina dihadapan pagar rumahnya.
Nina tersenyum.
"Dah sihat dah?." Tanya Aini sambil membuka pintu pagar.
Nina menghulurkan plastik ditangannya.
"Alhamdulillah... Sihat dah. Ini Nina ada beli roti canai untuk sarapan. Tadi makan dekat warung depan tu. Tiba-tiba teringat pula dekat Mak Cik." Tutur Nina.
"Terima kasihlah... Susah-susah je." Tutur Aini seraya menepuk perlahan bahu Nina.
Nina tersenyum lebar.
"Tak ada susahnya lah Mak Cik. Nina dah anggap Mak Cik Macam Ibu Nina sendiri dah." Tutur Nina.
Aini sekadar tersenyum.
Nina melihat sekilas jam ditangannya.
"Oklah Makcik. Nina pun dah lambat nak ke pejabat ni. Nina gerak dulu ya. Nanti kalau ada apa-apa. Mak Cik bagitahu je dekat Nina. InsyaAllah... Apa yang boleh. Nina akan tolong." Tutur Nina.
"Iyalah..."
Nina tersenyum dan berlalu pergi setelah bersalaman dengan Aini.
Aini tersenyum melihat sosok Nina yang semakin jauh dari pemandangannya.
"Mak."
Aini menoleh kebelakang.
Hanif memandang kearah plastik merah ditangan Ibunya.
"Apa tu?." Tanya dia.
"Sarapan. Nina bawa." Ujar Aini sambil menghulurkan plastik tersebut kepada anak lelakinya itu.
Hanif mengerutkan dahinya. Seraya memanjangkan lehernya, mencari kelibat Nina.
"Dia dah ke pejabat dah. Tak payahlah nak cari lagi." Ujar Aini yang seperti tahu sahaja apa yang dicari Hanif.
Hanif tersengih memandang Ibunya.
"Bukan Along masuk kerja ke hari ni? Kenapa tak siap lagi ni?. " Tanya Aini yang pelik melihat Hanif yang masih berkain pelikat dengan t-shirt.
Hanif terdiam sejenak.
"Allahuakbar!. Along terlupa." Gumamnya dengan mata terbeliak.
"Dah tu. Tunggu apa lagi? Cepatlah pergi siap sana." Ujar Aini, seraya menampar lengan anak lelakinya itu.
"Ok. Mak pegang ni. Along nak pergi siap." Ujar Hanif memberi kembali plastik ditangannya kepada Ibunya.
Berkerut dahi Aini melihat tingkah anak lelakinya.
Hanif bergegas masuk kedalam.
Aini melihat plastik ditangannya.
"Bertuah punya budak. Dia kasik kita balik." Bebel Aini.
"Hei! Along!. Ambik ni. Mak nak siram pokok bunga." Teriak Aini.
Namun Hanif telah jauh pergi kedalam.
Aini menggelengkan kepalanya.
_
SEBAIK Sahaja Nina masuk ke ruangan kerjanya.
"Sampai dah dia..." Illa rakan sekerjanya bersuara.
Boo!!!.
Nina menjulingkan matanya, malas mahu melayan rakan sekerjanya yang tidak habis-habis memerlinya. Dia berjalan menuju ke tempat duduknya.
"Wei... Nina!. Lama lagi ke nak tunggu kau resign?. Tak adalah. Aku ni dah ada tunang. Risau jugaklah... Manalah tahukan... Spesis macam kau ni bukan boleh percaya sangat." Sindir Wani pula.
"Samalah aku pun. Bulan depan dah nak kahwin. Bukan apa. Yalah... Suami orang pun boleh, inikan pulak tunang orangkan?." Giliran Emy pula menyindirnya.
Nina menggepal penumbuknya geram. Dia sudah tidak tahan lagi. Dia sudah bersabar, selama dua minggu ini. Sehingga demam dia dibuatnya.
Dia menghentak kuat fail yang dipegangnya diatas meja.
Semua yang berada disitu terdiam.
Dia bangun dari tempat duduknya
"Apa masalah korang nak sindir-sindir aku?. Kau ingat aku tunggul ke dekat sini!." Ujar Nina Lantang.
"Ouh... Tak nak kena sindir?. So. Dengar sini baik-baik perempuan gatal. Kita orang dekat sini dah meluat tengok muka kau. Apa yang kau dah buat pada Puan Armell dengan ex husband dia tu. Memang tak boleh nak dimaafkan tau..." Ujar Wani.
"Hei... Suami Puan Armell tinggalkan dia. Bukan sebab aku. Tapi sebab Puan Armell tu bodoh. Tak reti nak hargai lelaki yang ikhlas cintakan dia." Balas Nina.
"Eh!. Kau sedar tak?. Siapa yang kau kata bodoh tu? Dia tu majikan kau!." Ujar Illa berang dengan jawapan Nina.
Nina menoleh kearah Illa.
"Excuse me. Aku tak ada majikan nama Armell. Nama majikan aku Dato' Rashid. Dan untuk pengetahuan korang semua. Aku tak akan berhenti dari sini, melainkan aku dibuang oleh Dato' Rashid. Bukan Puan Armell." Ujar Nina menjegilkan biji matanya.
Ehem...
Semua menoleh kearah sosok Armell yang baru sahaja masuk ke pintu ruangan tersebut.
"Puan Armell." Gumam mereka terkejut.
Armell memandang ke kiri dan kanan.
"Ada apa-apa yang saya terlepas ke?." Tanya dia.
Semua mereka mendiamkan diri, termasuk Nina yang masih berdiri ditempatnya.
MATA Armell terarah kepada Nina.
Jujur. Hatinya sakit melihat wajah wanita itu. Air matanya mula bergenang lagi.
Kau kena kuat Armell. Demi Sofea, demi diri kau sendiri. Tuturnya didalam hati.
Air matanya sedaya upaya ditahan agar tidak jatuh. Dia harus membuktikan yang dia kuat, apatah lagi dihadapan Nina.
"Nina!." Dia bersuara agak lantang.
Nina mengangkat pandangan, memandangnya.
"Puan Armell."
"Jumpa saya dekat pejabat sekarang. Yang lain teruskan berkerja." Ujar Armell.
Dia sempat menjeling para pekerja di situ, sebelum melangkah ke biliknya.
_
CEMBERUT Diwajah Nina, menimbulkan tanda tanya kepada Hanif.
"Kau ni dah kenapa?. Masam je muka tu." Tegur Hanif.
"Dia oranglah dekat office tu. Tak habis-habis nak perli aku. Kata aku ni rampas kau dari Armell." Tutur Nina.
Hanif terkedu seketika mendengar nama bekas isterinya itu.
Menyedari air muka Hanif yang berubah apabila nama Armell disebut. Nina segera berkata.
"Armell pun satu."
Hanif memandang wajah Nina serius.
"Dia dah masuk office ke?." Tanya Hanif.
"Dah..." Jawab Nina berbasa basi.
"Apa yang dia dah buat pada kau?. Dia ada pukul kau ke?." Tanya Hanif.
"Tak adalah." Jawab Nina.
"Habis tu?." Tanya Hanif penasaran.
Nina memutarkan bebola matanya. Tidak suka dengan cara Hanif yang ingin mengetahui tentang Armell.
"Malaslah nak ingat." Jawab Nina berbasa-basi.
Hanif terdiam. Jujur dia ingin tahu. Tetapi dia tidak mahu memaksa Nina untuk bercerita, kerana tidak mahu Nina berfikir yang dia masih memikirkan bekas isterinya itu.
"Macam mana hari pertama?. Bos kau ok?." Tanya Nina menukar topik.
"Berlagak sikit. Tapi tak apalah... Baru-baru kot... Lama-lama oklah tu." Tuturnya.
"Habis kau ok tak?." Tanya Nina.
"Aku ok. Lagipun itu semua tak penting bagi aku. Yang penting sekarang, aku dah ada kerja. Tak perlulah lagi aku nak risau pasal Mak dengan Adik aku. Kau pun tak payahlah susah-susah nak tolong aku lagi." Tutur Hanif.
Nina tersenyum. Seraya menyentuh tangan Hanif yang berada diatas meja.
Hanif agak terkejut dengan tindakan Nina. Namun dia tidak pula menolaknya.
"Aku bangga dengan kau. Kau adalah calon suami terbaik yang aku pernah jumpa. Tapi manusiakan. Kita memang tak terlepas dari ujian." Tutur Nina.
Perlahan Hanif menarik tangannya. Senyuman terukir dibibirnya.
"Terima kasih Nina." Tuturnya.
"Sama-sama." Balas Nina.
TBC.
PS:
* My Broken English (Please DM Me)
_______________________________________
Comment & Vote Please.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro