Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 18: Milik Siapa Hati Ini?. II

AIR Mata Armell mengalir laju membasahi pipinya.

Sha tolong bangun Sha.. Aku sayangkan kau Sha... Raungnya dengan hati kesal.

Asfira menghampirinya.

"Dahlah Mell.. Kau janganlah menangis lagi. InsyaAllah... Sha akan selamat." Ujar Asfira.

Dia menoleh kearah Asfira.

"Aku tak akan dapat maafkan diri aku kalau apa-apa terjadi pada Sha. Aku ni memang tak guna. Aku tak letak diri aku ditempat dia. Aku asyik fikir masalah aku sampai aku tak pedulikan perasaan kawan baik aku." Ujar Armell.

"Mell. Bukan kau sorang je. Aku pun sama. Aku pun bersalah pada Sha. Aku sepatutnya ada fikir yang sama macam Sha. Semua yang dia buat supaya kau ataupun aku tak terluka. Tapi kita tak hargai dia. Kita anggap dia menipu kita. Sekarang ni tak guna kalau kita menangis. Kita hanya perlu berdoa. Sebab Allah sahaja yang dapat selamatkan Sha sekarang." Ujar Asfira.

Armell bertambah sebak. Dia segera memeluk Asfira.

Air mata Asfira jatuh membasahi pipinya.

Masih banyak perkara yang perlu kau fikirkan Mell. Gumam hati Asfira.

_
ARIANA Yang sudah mabuk kerana minuman keras yang ditogoknya. Menggerakkan kepalanya ke kanan dan ke kiri, mengikut rentak muzik yang dimainkan dj didalam kelab malam tersebut.

Tiba-tiba seorang lelaki yang juga pelanggan dikelab itu. Datang menghampirinya dan memeluk pinggangnya dari belakangnya.

Ariana berpaling kearah lelaki itu. Seraya tersenyum khayal memandang lelaki itu.

"Babe... I miss you. Sampai hati you melamar perempuan lain macam tu. You tahu kan i yang selayaknya dapat semua tu?.." Bicaranya dalam mabuk.

Senyuman terukir dibibir lelaki berkumis itu. Seraya menarik wanita itu kedalam dakapannya.

Tiba-tiba Tengku Ashraf menarik tubuh Ariana dari dakapan lelaki itu dan membawa Ariana kedalam dakapannya.

"What the hell?. Apa benda ni bro?." Lelaki tersebut meninggi suara.

"She's my girl." Ujar Tengku Ashraf. Seraya mengeluarkan wallet-nya dan menghulurkan lima keping ringgit malaysia bernilai lima ratus.

"Yours.." Ujarnya.

Lelaki itu tersenyum melihat kepingan wang kertas itu. Seraya mengambilnya dan berlalu pergi tanpa rasa malu.

"Asal boleh. Perempuan mabuk pun kau nak bantai." Getus Tengku Ashraf perlahan.

Seraya mencempung tubuh Ariana yang sudah tertidur.

_
NINA Yang sedari tadi memerhatikan Hanif. Mula rasa kesal apabila Hanif langsung tidak bercakap dengannya.

Sabar Nina. Kau dah nak sampai dah. Dia tunang kau sekarang. Gumam Nina didalam hatinya.

"Anep..." Panggilnya meleret.

Hanif yang sedang menghirup kopinya. Memandang wajah Nina.

Nina berdehem kecil.

"You okey tak?." Tanya Nina lembut.

Hampir tersembur air kopi didalam mulut Hanif apabila mendengar Nina tiba-tiba memanggilnya 'You'.

"Aku okey. Tapi kau tu yang tak okey aku rasa." Balasnya.

Nina mengerutkan dahinya.

"Means?."

Hanif tertawa kecil apabila Nina menggunakan bahasa Inggeris bercakap dengannya.

"Sekejap. Kau ni kenapa?. Cakap orang putih bagai." Ujar Hanif.

Nina tersenyum.

"Tak adalah. Tapi kau tak rasa macam kasar ke bila kita guna bahasa 'kau' 'aku' antara satu sama lain?. Lepastu aku panggil kau Anep dan kau pulak panggil aku Nina. Kau tak rasa lain ke?." Ujar Nina.

"Nak buat macam mana. Memang dari dulu kita macam tu kan." Ujar Hanif.

"Anep. Itu dulu. Tapi sekarang kita kan dah bertunang. Nak kahwin pun tak lama lagi. Nanti kalau kita dapat anak. Apa pulak kata anak kita nanti." Ujar Nina.

Hanif menghela nafas panjang.

"Habistu?. Kau nak aku panggil kau apa?." Tanya Hanif.

Nina mengukir senyuman. Seraya menegakkan tubuhnya.

"Sayang."

Hanif tertawa mendengarnya.

"Kenapa?." Bentak Nina apabila Hanif mentertawakannya.

"Tak adalah. Kau ni beragaklah sikit nak suruh aku panggil kau sayang. Tak nak aku." Balas Hanif.

Nina mencebik.

"Habis dulu kau panggil Armell 'sayang'. Boleh je." Ujar Nina.

Berubah air muka Hanif mendengarnya.

"Apa ni Nina?. Kau rosakkan mood aku tau." Ujarnya tidak berpuas hati dengan Nina.

"Yalah... Semuanya salah aku kan?. Dahlah. Minumlah kau sorang-sorang. Aku tunggu dekat kereta." Ujar Nina. Seraya bangun dari kerusi dan keluar dari kedai.

"Nina." Panggilnya. Namun panggilannya tidak diendahkan Nina.

Hanif segera bangun dari tempat duduknya dan membayar minuman mereka. Seraya keluar dari warung dan pergi ke arah kereta.

Sebaik masuk kedalam perut kereta. Dia menoleh kearah Nina yang sedang berpeluk tubuh tanpa memandangnya.

"Kau ni kenapa?." Tanya dia.

Nina menoleh kearah Hanif. Air jernih kelihatan bergenang ditubir matanya.

Berkerut dahi Hanif apabila melihatnya.

"Kau nangis ke?." Tanya Hanif gugup.

Nina tertawa kecil.

"Kelakar kan?. Macam mana aku boleh setuju nak kahwin dengan kau hah?." Ujar Nina mengalirkan air mata.

Hanif mula merasa bersalah apabila Nina berkata demikian.

"Nina kau cakap apa ni?." Tanya Hanif.

Nina memandang kehadapan.

"Anep. Macam mana kita nak teruskan perkahwinan ni kalau kau tak boleh sayang aku sebagai seorang wanita?."

"Maksud kau?." Tanya Hanif.

Nina menoleh kearah Hanif.

"Anep. Dalam hati kau tu masih ada Armell kan?. Sebab tu kau tak boleh nak sayang aku sebagai seorang wanita." Ujar Nina.

Hanif terkedu mendengarnya.

"Apa kau cakap ni?." Tanya Hanif.

"Kau tak payah berpura-pura lah Anep. Aku tahu.. Kau stress kan bila bekas isteri kau tu terima lamaran bos kau?." Tanya Nina.

Hanif terdiam. Seraya memandang ke hadapan.

"Macam ni lah Anep. Aku rasa lebih baik kita putuskan je pertunangan ni. Aku tak nak hidup dalam bayangan bekas isteri kau." Ujar Nina. Seraya mahu mencabut cincin dijari manisnya.

"Nina.." Hanif memegang tangan Nina, mencegahnya dari mencabut cincin tersebut.

"Okey.. Aku salah. Aku minta maaf." Tutur Hanif sambil menggenggam erat tangan Nina.

"Kau bagi aku masa. Aku janji aku akan sayangkan kau sebagai seorang wanita." Ujar Hanif lagi.

Nina terdiam seketika. Dia kemudian menyeka air mata di pipinya.

"Betul?." Tanya dia perlahan.

Hanif mengangguk.

Senyuman perlahan terlakar dibibir Nina.

"Kalau aku minta kau panggil aku sayang. Kau nak tak?." Tanya Nina lagi.

Hanif menghela nafas panjang. Lambat-lambat bibirnya mengukir senyuman.

"Nak Sayang..." Ucapnya meleret.

Nina tersenyum mendengarnya.

Flashback.

Dia tersenyum melihat Armell yang sedang melihat langit gelap di balkoni.

Perlahan dia menghampiri Armell dan memeluk pinggang Armell dari belakang.

"Sayang..." Bisiknya ditelinga Armell.

Armell tersenyum.

"Sayang... Saya ingat awak dah tidur." Kata Armell.

"Macam mana saya nak tidur kalau bantal peluk saya dekat sini." Ujarnya.

End Flashback.

Hanif pantas menggeleng kepalanya. Seraya tersenyum kepada Nina dan kembali memandang kehadapan.

_
WAJAH Marsha yang sedang terbaring koma diatas katil dipandang sayu.

"Bangunlah Sha. Dah dua hari kau macam ni." Tuturnya sambil menggenggam erat tangan sahabatnya itu.

Kerana terlalu letih. Dia meletakkan kepalanya diatas katil. Namun baru sahaja matanya mahu terlelap. Dia merasakan tangan sahabatnya itu bergerak membalas genggamannya.

Dia pantas mengangkat kepalanya.

"Sha."

Dia memandang kearah mata Marsha yang perlahan membuka kelopaknya.

"Sha. Kau dah sedar." Ujarnya bahagia.

"Mell." Gumam Marsha lemah.

Air matanya jatuh. Dia segera memeluk sahabatnya itu.

"Sha. Sekejap ya. Aku panggil doktor." Ujarnya.

_
HANIF Tersenyum mendengar perbualan adik dan ibunya di dapur. Seraya melangkah masuk kedapur.

"Rancaknya. Borak apa ni?." Tegurnya.

"Mak. Adik masuk bilik dulu." Ujar Huda. Dan tanpa memandang pun kearah Hanif. Dia berlalu melepasi Hanif.

Berkerut dahi Hanif. Dia memandang ibunya meminta penjelasan.

"Kan Along tak minta maaf lagi dengan dia. Itu yang masih marah tu." Ujar Aini.

Hanif mengangguk faham.

"Haahlah... Along lupa."

"Hmm... Tunggu apa lagi?. Pergilah pujuk." Ujar Aini.

HANIF Melihat kedalam bilik Huda yang memang terbuka. Kelihatan Huda sedang duduk membelakangi pintu.

Dia menghela nafas panjang. Daun pintu bilik adiknya diketuk tiga kali.

"Adik." Panggilnya.

"Nak apa?." Sahut Huda malas.

"Along nak cakap sikit dengan adik." Tuturnya.

Huda bingkas bangun dari katilnya dan berjalan kearah Hanif yang berada dimuka pintu.

"Nak cakap apa?." Tanya Huda, membuang pandangan kearah lain.

"Adik marah Along lagi ke?." Tanya Hanif.

Huda memandangnya tajam.

"Rasa-rasa?."

"Along minta maaflah sebab marah adik hari tu. Masa tu Along tengah stress. Banyak sangat kerja. Itu yang jadi macam tu." Ujarnya.

Huda membuang pandangan kearah lain.

"Tak payah tipulah Along. Mengaku je lah. Along sebenarnya stress sebab Kak Mell terima lamaran lelaki lain kan?." Ujar Huda.

Hanif menunduk.

"Along ni kenapa sebenarnya eah?. Along kan dah ada Kak Nina. Apa lagi yang Along nak dari dia?. Anak?. InsyaAllah Along. Kalau ada rezeki. Kak Nina pun boleh bagi Along zuriat." Ujar Huda.

"Cukup adik.." Suara Hanif perlahan, namun tetap tegas.

Huda terdiam.

"Along stress sebab kerja. Tak ada kena mengena pun dengan semua tu." Ujar Hanif lagi

Huda melepaskan keluhan kecil. Seraya menjeling Hanif.

"Suka hati Along lah..." Kata Huda sebelum berpaling kedalam bilik.

_
LANGKAH Armell terhenti apabila terserempak dengan Aiman.

"Aiman." Gumamnya.

"Kak Mell." Gumam Aiman pula.

Armell tertawa kecil.

"Aiman buat apa dekat sini?." Tanya Armell.

"Ouh... Saya teman kakak saya beli barang kahwin dia." Ujar Aiman.

Membulat mata Armell.

"Serius?. Kak Mell tak tahu pun Aiman ada kakak. Hmm... Nampaknya Kak Mell kena banyak borak dengan Yana ni." Ujar Armell tertawa.

Aiman hanya tersenyum.

"Oklah Aiman. Kak Mell nak cepat ni. Nanti kirim salam dekat kakak ya." Ujar Armell.

"Okey Kak Mell." Balas Aiman.

"Assalamualaikum..." Ucap Armell berlalu dari situ.

_
AIMAN Melihat telefon pintarnya apabila mendengar bunyi panggilan masuk.

"Siapa?." Tanya Ardell yang sedang makan bersamanya.

"Kakak saya." Jawab Aiman.

"Saya jawab kejap eah.."

Ardell mengangguk.

"Hmm... Apa kau nak kak?." Tanya Aiman kepada kakaknya sebaik menjawab panggilan telefon kakaknya itu.

"Kau dekat mana ni?. Aku dah ada dekat Aeon dah."

Membulat mata Aiman mendengarnya.

"Kau datang sini?. Buat apa?." Tanya Aiman.

Ardell turut penasaran apabila melihat perubahan air muka Aiman.

"Ya, Allah... Nak jumpa kau lah. Nak jumpa siapa lagi?."

"Tapi kak. Aku sebenarnya tengah." Belum sempat dia menghabiskan ayatnya.

"Okey. Aku dah nampak kau. Kau tunggu sana aku datang."

Tidak sempat Aiman berkata apa-apa. Talian dimatikan.

"Kenapa?." Tanya Ardell.

Aiman segera berdiri dan menoleh ke kiri dan ke kanan mencari sosok kakaknya.

"Kau cari apa lagi?."Aku dah sampai pun."

Aiman laju menoleh kehadapan.

Ardell bingkas bangun dan berpaling ke belakangnya.

Berkerut dahinya saat melihat wajah Nina.

"Kau?." Dia menuding jari telunjuknya ke wajah Nina. Seraya menoleh kearah Aiman.

"Ini ke kakak awak?." Tanya dia kepada Aiman.

Aiman yang masih bingung. Hanya mengangguk.

Air mata Ardell bergenang serta-merta. Dia berpaling dan menuding jari kewajah Aiman.

"Kau?." Ardell mengetap bibirnya geram.

Seraya mengambil beg tangannya hendak pergi.

"Sayang.." Panggil Aiman.

Panggilan Aiman tidak diendahkan Ardell. Dia segera berlalu melepasi Nina.

Aiman memandang sekilas wajah kakaknya. Seraya mahu pergi mengejar Ardell. Namun kakaknya menarik tangannya.

Aiman memandang wajah kakaknya.

"Kakak. Apa benda ni?." Tanya Aiman masih tidak mengerti.

"Apa benda lagi?. Girlfriend kau tu tak suka dekat aku. Kau tak nampak ke?." Ujar Kakaknya.

_
ARMELL Duduk disofa ruang tamu rumah keluarganya.

"Sorry Mummy. Mell susahkan Mummy je. Nak kena layan karenah Sofea ni." Ujar Armell.

Datin Hasnah tersenyum. Seraya mencium pipi Sofea berkali-kali.

"Biarlah... Sofea kan satu-satunya cucu Mummy sekarang." Ujar Datin Hasnah.

Armell hanya tersenyum melihatnya.

Suasana hening seketika. Kemudian Datin Hasnah berdehem kecil.

"Mell."

Armell memandang Datin Hasnah.

"Mell dengan Abang Ash."

Armell menghela nafas panjang. Dia sudah menduga. Lambat laun soalan tersebut akan keluar juga dari mulut ibunya.

"Mummy. Mell tak tahu apa-apa pun. Itu semua plan Abang Ash. Mell terima pun sebab Mell tak nak malukan dia." Ujarnya.

Kedua mereka membisu buat seketika.

"Maaf kalau Mummy tanya. Tapi kenapa?. Mell masih harapkan Hanif ke?." Tanya Datin Hasnah.

Air mata Armell bergenang serta-merta. Dia memandang wajah ibunya. Perlahan dia menggeleng kepalanya, seraya menunduk kembali.

"Mell cuma belum bersedia untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki buat masa ni." Tuturnya menitiskan air mata.

"Mell... Tapi tak salahkan kalau Mell bagi peluang pada Abang Ash?." Ujar Datin Hasnah.

Armell membisu. Seraya menyeka air matanya.

Tiba-tiba mereka mendengar bunyi pintu rumah dihempas. Armell dan Datin Hasnah menoleh kearah ruang tamu.

"Yana." Getus Datin Hasnah apabila melihat Ardell masuk.

Namun Ardell langsung tidak memandang kearah Datin Hasnah, mahu pun Armell. Dia menapak laju menuju ke tangga.

"Kenapa pulak dengan budak sorang ni?." Getus Datin Hasnah.

"Tak apalah... Biar Mell pergi tengok dia." Ujar Armell. Seraya bangun dari sofa.

***

DIA Berteriak sekuat hatinya. Seraya menjatuhkan semua barang diatas meja soleknya.

Dia menghempas punggungnya diatas katil dan menutup wajahnya dengan kedua tangannya.

"Aku benci kau!. Aku benci kau!. Aku benci kau!." Teriaknya berkali-kali.

"Yana."

Dia pantas mengangkat kepalanya apabila mendengar suara kakaknya.

Armell berjalan menghampirinya.

"Yana kenapa ni?." Tanya Armell melabuhkan punggung disisinya.

Dia memandang sayu wajah kakaknya. Seraya memeluk kakaknya erat.

"Mereka memang adik beradik tak guna Kak Mell!." Ujarnya sambil menangis.

Berkerut dahi Armell mendengarnya.

"Yana cakap pasal siapa ni?." Tanya Armell.

Dia melepaskan pelukannya. Seraya memandang wajah Armell.

"Aiman!. Dia tu adik, perempuan skandal Abang Hanif tu." Ujarnya.

Armell tergamam seketika.

"Betul ke ni?. Tak kan lah..."

"Memang betul Kak Mell. Aiman sendiri mengaku. Perempuan tu memang sengaja suruh adik dia dekati Yana sebab dia nak sakitkan hati Yana. Macam mana dia sakitkan hati akak." Ujar Ardell.

_
ARMELL Menampar wajah Nina sekuat hati.

Nina menoleh kearah Armell.

"Lambatnya kau terasa." Ujar Nina dalam nada memerli.

Satu lagi tamparan menyinggah dipipi Nina.

Nina menggepal penumbuknya geram. Dia menoleh laju kearah Armell.

"Apa masalah kau ni hah?. Belajarlah terima hakikat yang kau dengan Hanif dah tak ada apa-apa!. Dulu kau jugak yang buang dia kan. Tak kan sekarang nak jilat balik!." Ujar Nina dengan ton suara tinggi.

Armell menuding jari kewajah Nina.

"Berhenti berlakon Nina!. Aku dah tahu semuanya. Dari awal lagi kau dekati keluarga kami. Memang niat kau untuk pisahkan aku dengan Hanifkan!. Dan Hanif langsung tak tahu tentang hati busuk kau tu!. Sebab dia percayakan kau sebagai kawan baik dia." Ujar Armell.

Nina mendada dihadapan Armell.

"Kau dah tahu?. Baguslah!. Aku dah penat nak berlakon depan kau. So sekarang aku nak nasihatkan kau, belajarlah terima hakikat yang Hanif bukan lagi milik kau." Ujar Nina sinis.

Satu lagi tamparan menyinggah di pipi Nina.

Nina menggepal tangan geram. Seraya berpaling kembali dan mengangkat tangan mahu menampar Armell. Namun tangan Armell laju menyambar tangannya.

Membulat matanya dengan tindakan Armell.

"Aku dah lama terima hakikat tu. Tapi apa yang aku tak boleh terima sekarang, bila kau libatkan family aku. Yang kau nak cuma Hanif kan?. Now he's all yours!. So please stop disturbing my family!." Ujar Armell. Seraya melepaskan cengkaman pada tangan Nina.

"Glad to hear that. Okey. Aku akan nasihatkan Aiman untuk berhenti ganggu adik kau. Tapi tak tahulah Aiman nak ke tak." Ujar Nina sengaja mahu memancing emosi Armell lagi.

Armell menggepal tangannya, menahan amarah.

"Apahal?. Kau nak tampar aku lagi?. Tamparlah..." Ujar Nina menadah wajahnya.

Nampaknya kau betul-betul menguji kesabaran aku selama ni perempuan. Getus hati Armell

Dan tanpa menunggu lagi. Tangannya dihayun sekali lagi menyinggah ke pipi wanita dihadapannya itu.

Nina memegang pipinya, seperti tidak menyangka yang Armell akan menamparnya lagi. Dia pantas menoleh kearah Armell dan menuding jari kewajah Armell.

"Kau ni melampau kan!." Teriaknya.

Seraya memukul bahu Armell dengan begnya dan menarik shawl yang dikenakan Armell sehingga tercabut shawl dan inner yang menutup kepala Armell.

Armell terduduk saat cuba mempertahankan tudungnya.

Nina mengangkat tangannya mahu memukul Armell lagi. Namun seseorang menggenggam tangannya.

TBC.

PS:

* My Broken English (Please DM Me)

_______________________________________Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro