Bab 17: Milik Siapa Hati Ini?.
ARMELL Mengurut dahinya perlahan. Melihat cerita tentang dia dan Tengku Ashraf dimajlis pelantikan CEO baru di Ashraf Holdings semalam, sedang viral di alam maya.
Aku dah duga dah. Benaknya.
Dia segera mencapai telefon pintarnya dan mendail nombor Tengku Ashraf.
Tidak lama menunggu di talian. Panggilan telefonnya dijawab oleh Tengku Ashraf.
"Abang free tak?. Boleh kita jumpa?."
_
HUDA Melabuhkan punggungnya dikerusi, berhadapan dengan Ibunya.
"Along mana Mak?. Tak bangun lagi ke?."
"Ingat orang semua macam awak ke?." Balas ibunya sambil meletakkan pinggan dihadapannya.
Huda mencebik.
"Awal-awal lagi dia dah keluar." Ujar Aini.
"Keluar?. Pergi mana?." Tanya Huda ingin tahu.
"Entah... Dia tak bagitahu Mak pun nak ke mana." Ujar Aini.
Bunyi pintu rumah mematikan perbualan dua beranak itu.
"Wow.." Gumam Huda apabila melihat Hanif yang lengkap dengan pakaian jogging.
LANGKAH Hanif terhenti mendengarnya.
"Dah lama dah rasanya Adik tak nampak Along pergi jogging. Mimpi apa?." Tegur adiknya lagi.
Dia menoleh kearah adik dan ibunya.
"Ouh.. Baru teringat... Yalah.. Kenalah jaga badan. Tak lama lagi kan nak naik pelamin. Tak handsome lah kalau perut buncit. Kan Mak." Usik Huda.
"Apa masalah kau ni hah Huda?."
Terhenjut bahu Huda kerana terkejut ditengking Hanif tiba-tiba.
"Kau boleh tak kalau tak payah sibuk hal aku?!." Ujar Hanif lagi.
"Along.." Tegur Aini.
Hanif beralih kepada Ibunya.
"Mak pun. Cubalah ajar sikit dia ni, supaya tak menyibuk hal orang lain." Ujarnya. Seraya berpaling dan melangkah masuk ke biliknya.
AINI Terkedu melihat sikap anak sulungnya itu.
"Eh. Apa masalah Along tu hah?. Orang cakap elok-elok. Nak marah-marah orang." Gumam Huda berang.
Aini hanya diam.
***
HANIF Melemparkan tuala kecil ditangannya ke katil. Seraya meraup wajahnya yang masih melekit.
Dia bercekak pinggang. Kejadian lamaran semalam kembali bermain dikotak ingatannya.
Kenalah jaga badan. Tak lama lagi kan nak naik pelamin. Tak handsome lah kalau perut buncit.
Dia melabuhkan punggungnya diatas tilam.
"Kenapa kau nak kena sebut benda tu?. Aku tak perlukan orang lain pun untuk pandang aku. Aku cuma nak dia je dengan anak aku. Itu je." Gumamnya sendiri.
_
ARMELL Menutup pintu keretanya dan berpaling kebelakang.
"Marsha." Gumamnya agak terkejut. Namun dia segera berpaling kearah lain.
"Mell.. Kau macam mana?." Tanya Marsha cuba meraih tangannya.
Namun dia laju menarik tangannya.
"Aku okey." Jawab Armell mengukir senyuman palsu.
Seraya menjeling Marsha dan melangkah hendak pergi.
"Mell... Kau marah aku lagi ke?." Panggil Marsha menghalang jalannya.
Armell memandang tajam wajah Marsha. Tetapi tidak lama. Dia menghela nafas panjang dan melangkah melepasi Marsha.
***
ARMELL Termenung memandang lelaki dihadapannya itu. Kejadian lamaran dikhalayak ramai semalam bermain-main dikotak fikirannya.
"Mell."
Panggilan Tengku Ashraf mematikan lamunannya. Seraya memandang wajah Tengku Ashraf.
"Jauh termenung." Ujar Tengku Ashraf.
Armell tersenyum kelat.
Suasana dimeja itu kembali hening. Selang berapa detik.
"Sebenarnya. Ada apa Mell nak jumpa Abang?." Tanya Tengku Ashraf.
Akhirnya. Inilah soalan yang ditunggu Armell dari tadi. Namun tidak tahu mengapa, lidahnya terasa kelu. Hatinya seperti tidak sanggup untuk mengatakannya.
"Mell..." Panggil Tengku Ashraf meleret.
Armell memandang wajah lelaki yang dianggapnya Abang itu.
"Mell janganlah segan. Walaupun status kita sekarang dah berubah. Tapi Abang tak pernah berubah. Abang tetap akan jadi seorang Abang dan lelaki yang selalu ada untuk Mell." Tutur Tengku Ashraf tersenyum.
Kata-kata Tengku Ashraf membuatkan Armell tambah merasa bersalah.
"Tapi lainlah... Kalau Mell dah tak sudi untuk Abang sentiasa bersama dengan Mell." Tambah Tengku Ashraf.
"Abang." Armell akhirnya bersuara.
Tengku Ashraf memandang tepat kedalam matanya.
Armell menundukkan kepalanya.
"Mell sebenarnya nak tanya pasal semalam. Abang serius ke nak kahwin dengan Mell?." Tanya Armell gugup.
Senyuman perlahan memudar dari wajah Tengku Ashraf.
"Kenapa Mell tanya macam tu?. Apa yang Abang buat semalam tu tak cukup ke untuk menunjukkan yang Abang betul-betul nak Mell jadi isteri Abang?." Soalan Armell dibalas dengan soalan dari Tengku Ashraf.
"Bukan macam tu. Mell cuma nak pastikan kalau Abang tak main-main." Ujar Armell.
Tengku Ashraf meletakkan sudu dan garfu yang dipegangnya. Seraya menghela nafasnya panjang. Dia kemudian menatap kedalam mata Armell.
"Mell... Kalau Mell nak tahu. Abang dah jatuh cinta dengan Mell dari sebelum Abang pergi ke Spain lagi. Bila Mell kata yang Mell akan tunggu Abang. Abang berharap sangat... Dan yang paling sakit. Bila Abang dapat tahu yang Mell akan berkahwin. Abang hilang masa tu Mell.. Abang tak boleh nak gambarkan pada Mell macam mana perasaan Abang masa tu. Dan sebab itulah juga kenapa Abang tak pergi jumpa Mell masa Abang balik Malaysia. Abang takut kalau Abang tak dapat nak kawal perasaan Abang depan Mell dan bekas suami Mell." Ujar Tengku Ashraf.
Armell terdiam. Dia tidak pernah terfikir pun kalau lelaki dihadapannya sekarang ini sudah menyimpan perasaan terhadapnya selama itu.
"Apa lagi yang Mell nak Abang buat untuk membuktikan yang Abang betul-betul sayangkan Mell?. Abang nak kahwin dengan Mell?." Tanya Tengku Ashraf.
"Abang cukup." Ujar Armell. Mendengar luahan perasaan Tengku Ashraf terhadapnya. Sudah cukup membuatnya merasa bersalah.
Tengku Ashraf terdiam memandangnya.
Armell menunduk.
"Mell percayakan Abang. Mell pun sayangkan Abang. Tapi" Kata-kata Armell terhenti.
Armell memejam matanya. Berat untuk dia mengatakannya. Takut kalau Tengku Ashraf menganggapnya cuba mengelak. Walaupun itulah hakikat sebenarnya.
Tengku Ashraf berkerut dahi.
"Tapi apa?." Tanya Tengku Ashraf.
Armell memandang Tengku Ashraf.
"Mell perlukan masa." Ujarnya.
Tambah berkerut dahi Tengku Ashraf.
"Abang... Abang tahukan. Mell pernah gagal sebelum ni. Jadi Mell perlukan masa. Abang tak kisah kan kalau Mell minta Abang tunggu Mell lagi?." Tutur Armell.
TENGKU Ashraf terdiam. Dia tidak tahu harus menjawab apa. Bukan dia tidak sanggup untuk menunggu wanita ini. Kerana untuk wanita ini, seribu tahun pun dia sanggup menunggunya. Cuma dia takut, dia akan terluka lagi.
"Tapi Mell janji. Kali ni Mell tak akan lukakan Abang. Mell cuma nak Abang bagi Mell masa untuk fikir tentang diri Mell, Sofea dan masa depan kami." Tutur Armell.
Perlahan dia ukir senyuman dan menganggukkan kepalanya.
"Ambillah berapa lama pun masa yang Mell nak. Abang akan tunggu Mell." Tuturnya. Meski sebenarnya berat untuk dia mengiyakannya. Tetapi kerana wanita ini. Dia letakkan kepercayaannya, meski tidak sepenuhnya.
Armell tersenyum.
"Thank you Abang."
_
NINA Melempar telefon pintarnya ke tempat duduk belakang keretanya.
"Tak guna punya Armell!." Teriaknya sekuat hati.
Flashback.
"Along tak ada." Ujar Huda.
"Dia pergi mana?." Tanya dia.
Huda membuang pandangan kearah lain.
"Malaslah nak cakap pasal dia tu."
Berkerut dahinya mendengar jawapan Huda.
"Kenapa cakap macam tu?."
"Kak Nina tahu?. Pagi tadi dia pergi jogging tau. Jadi masa dia balik tu. Huda usiklah dia pasal kahwin. Dia marah Huda. Tak cukup marah Huda. Mak pun dia marah."
End Flashback.
Kau marah Mak kau?. Disebabkan perempuan tu?. Eh! Ubat guna-guna apa yang dia dah bagi dekat kau hah?. Getus hatinya.
_
HUDA Terkejut apabila melihat video lamaran Tengku Ashraf dan Armell di Twitter.
Dia bergegas bangun dan keluar dari bilik.
"Mak. Mak. Mak." Teriaknya memanggil Ibunya.
Aini yang sedang membuang tahi ikan bilis sambil menonton telivisyen. Berpaling kearah Huda.
"Mak cuba tengok ni." Huda menghampiri Aini dan menunjukkan video ditelefon pintarnya.
"Video apa ni?." Tanya Aini.
"Mak tengoklah dulu." Ujar Huda.
TIDAK Tahu mengapa. Melihat video tersebut. Aini terus teringat kepada Hanif.
Sikap dia hari ni. Ada kena mengena dengan perkara ni ke?. Bicara hati kecil Aini.
Dia menggeleng kepalanya, menafikan. Seraya menolak perlahan tangan anak perempuannya.
"Mak terfikir tak apa yang Adik fikir sekarang?." Tanya Huda.
"Fikir apa?." Dia berpura tidak mengerti dengan soalan anak gadisnya itu.
"Mak.. Cuma Mak fikir. Video ni semalam malam punya cerita tau. Semalam sebelum Along ke majlis tempat dia kerja tu. Dia ok je. Tapi"
Kata-kata Huda terhenti apabila melihat Hanif masuk kedalam rumah.
Aini memandang wajah Hanif untuk melihat keadaan anak sulungnya itu.
Hanif turut memandang kearah mereka.
Huda menjeling Hanif. Seraya mengambil telefon pintarnya dan berpaling pergi masuk kedalam bilik, menghempas pintu biliknya.
HANIF Menunduk. Dia melangkah menghampiri Ibunya.
"Mak buat apa?. Meh Along tolong Mak." Katanya. Seraya menarik plastik ikan bilis kehadapannya.
USAI Kerja membuang tahi ikan bilis. Hanif mencuci tangannya didapur dan kembali duduk disisi ibunya yang sedang menonton telivisyen.
"Mak.." Panggilnya meleret.
Aini memandang kearahnya.
Hanif menundukkan kepalanya. Seraya meraih tangan kanan ibunya.
"Mak. Along nak minta maaf pasal pagi tadi. Along cakap kasar dengan Mak." Tuturnya sayu.
Hanif memandang wajah ibunya apabila ibunya tidak memberi sebarang respon.
"Mak marah Along lagi ke?." Tanya dia saat tatapan matanya bertembung dengan tatapan mata ibunya.
Aini mengukir senyuman dan menggeleng kepala perlahan.
Hanif kembali menunduk.
Aini melepaskan tangannya dari genggaman Hanif dan menggenggam tangan anak lelakinya itu dengan kedua tangannya.
"Apa sebenarnya yang mengganggu fikiran Along?." Tanya Aini.
Air mata yang sedia berada ditubir mata Hanif, jatuh terkena ribaannya. Seraya mengangkat kepala memandang wajah ibunya dan menggeleng perlahan.
"Tak ada apa. Along penat sangat. Itu yang Along jadi stress tu." Ujarnya mengukir senyuman paksa.
Aini memandang sayu wajah anak lelakinya itu.
"Along... Mak tak tahu apa yang Along fikirkan. Tapi satu nasihat Mak untuk Along. Mencintai manusia itu tak salah. Tapi jangan sampai melebihi cinta kita pada Allah. Dekatkan diri dengan Allah nak... Doa banyak-banyak." Tutur Aini penuh makna.
Hanif tidak dapat menahan rasa sebaknya. Dia tunduk mencium kedua tangan ibunya. Bahunya terhinjut-hinjut melepaskan tangisannya.
HUDA Yang melihat Abangnya dari pintu biliknya. Turut merasa sebak.
_
LANGKAH Armell terhenti apabila melihat sosok Nina dihadapannya.
Ya, Allah.. Ujian apa lagi ini Ya, Allah... Keluh hatinya.
Dia menghela nafas panjang. Seraya memandang kearah lain dan melangkah laju melepasi Nina.
"Armell!."
Langkahnya dihentikan apabila mendengar Nina memanggilnya dengan nama sahaja.
Jangan toleh Armell. Ujar hatinya.
Dia mula melangkah lagi ingin pergi mengabaikan Nina.
Namun Nina tiba-tiba menarik bahunya kasar sehingga dia hampir jatuh.
"Kau ni pekak ke?." Soal Nina kasar.
Armell menatap tajam mata Nina. Ikutkan hatinya mahu sahaja dia menampar wajah wanita itu berkali-kali untuk memuaskan hatinya. Namun dia tahu. Itu akan mengeruhkan lagi keadaan.
"Apahal kau tak nak bersemuka dengan aku hah?." Tanya Nina sinis.
Armell mengeluh kecil. Seraya membuang pandangan kearah lain. Rasanya tidak perlu dia menjawabnya, kerana Nina pun sudah tahu sebabnya.
"Kenapa?. Kau takut ke?." Sinis Nina menyindirnya.
Ya. Aku takut nak layan kau. Aku takut aku tak dapat nak kawal perasaan marah aku pada kau. Tutur hatinya.
"Hmm... Baguslah kalau kau takut. Ni. Aku nak bagitahu kau yang aku dengan Hanif dah bertunang. Jadi kau jangan pernah cuba nak ganggu dia lagi. Dia milik aku." Ujar Nina.
"Itu je?." Tanya Armell. Seraya tersenyum sinis dan berpaling pergi. Kali ini langkahnya lebih laju.
Nina menggepal penumbuknya geram melihat reaksi Armell.
Air mata Armell jatuh laju membasahi pipinya. Dia terus melangkah laju meninggalkan Nina disitu.
_
TENGKU Ashraf termenung didalam biliknya. Potret gambar dia dan Armell sewaktu Armell masih di kolej dipandang lama.
Bunyi telefon pintarnya mematikan lamunannya. Dia mencapainya dan melihat nama yang tertera diskrin telefon pintar.
'Ariana'
Senyuman terukir dibibirnya dan tanpa menunggu lagi. Dia meleretkan ikon hijau dan meletakkan telefon pintar ke telinganya.
"Hello Babe..." Sapanya.
"Tengku. I'm Yuna."
Tengku Ashraf berkerut dahi.
"Sorry. Where's her?." Tanya Tengku Ashraf.
"I don't know. I pun tengah risau ni. Dari pagi lagi dia tak balik. Tak tahu dia pergi mana. Dahlah tak bawa phone."
Berubah risau air muka Tengku Ashraf mendengarnya.
"Dia ada cakap apa-apa dengan you sebelum dia keluar pagi tadi?." Tanya Tengku Ashraf.
"I pun tak ada dekat rumah masa dia keluar. Tapi dia ada tinggalkan nota atas meja. She said 'kalau nak tahu dia dekat mana, call you'. I thought it was a joke. So i biarkan. Tapi"
"Ok. Macam ni. You relax. Tunggu je dekat rumah. Takut kalau dia balik nanti tak ada orang." Ujar Tengku Ashraf. Seraya bangun dari kerusi.
"Tengku nak buat apa?."
Tengku Ashraf mengambil jaket kulitnya didalam almari.
"I pergi cari dia sekarang." Ujar Tengku Ashraf.
"Okey... Thank you Tengku."
"No. Thanks to you sebab bagitahu i. Bye. See you later." Ujar Tengku Ashraf, siap menyarung jaket ke tubuhnya.
Tengku Ashraf memasukkan telefon pintarnya kedalam poket jaket yang dikenakannya. Seraya bergegas keluar dari biliknya.
_
ARMELL Berlari anak membuka pintu rumah apabila mendengar bunyi loceng yang ditekan tanpa henti.
"Asfira." Getusnya perlahan.
"Mell... Aku tak ada masa nak cakap banyak dengan kau. Kita kena pergi hospital sekarang. Sha excident. Dia dekat wad kecemasan sekarang" Ujar Asfira laju.
Jantung Armell bagai terhenti berdetak saat mendengarnya.
TBC.
PS:
* My Broken English (Please DM Me)
_______________________________________Comment & Vote Please.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro