Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 16: Tiada Lagi Harapan.

ARMELL Termenung melihat penampilannya dikaca cermin.

Flashback.

Sedang dia mengamati dirinya dihadapan cermin. Hanif datang memeluk pinggangnya dari belakang.

"Cantiknya dia. Patutlah lama sangat bersiap." Tutur Hanif.

Dia tersenyum memandang Hanif dikaca cermin.

"Mestilah.. Nanti kalau saya nampak tak cantik. Awak juga yang malu." Tuturnya.

Hanif melepaskan pelukan dipinggangnya dan memalingkan tubuhnya menghadap Hanif.

"Siapa kata?. Saya lagi suka kalau awak nampak tak cantik dihadapan semua orang. Sebab kecantikan awak tu hanya untuk saya." Tutur Hanif mencuit hidungnya.

End Flashback.

Lamunannya terhenti. Kata-kata Hanif berapa hari lepas kembali menerjah ingatannya.

Saya nak awak tahu satu Armell. Saya percayakan Nina. Lebih dari saya percayakan awak. Jadi sekarang awak boleh berhenti burukkan dia dan bawa anak awak ni balik!.

Armell pantas mendongak kepalanya keatas. Tidak mahu air dikelopak matanya jatuh dan merosak make up-nya.

_
SENYUMAN Tak lekang dari bibir Tengku Abdul Aziz dan isterinya Che' Puan Latifah. Masing-masing sibuk melayan para tetamu yang hadir dimajlis pelantikan Chief Executive Officer (CEO) baru bagi Ashraf's Holding.

DISISI Lain. Tengku Ashraf sedang tidak senang duduk. Dia berjalan ke hulu dan ke hilir sambil mencuri-curi pandang ke arah pintu masuk dewan.

"Tengku." Tegur Hanif.

Dia menoleh sekilas kearah Hanif.

"Hanif."

"Terkejut saya. Ingat siapa tadi." Gumamnya.

Hanif tersenyum.

"Tengku ada tunggu orang ke?." Tanya Hanif turut memandang kepintu dewan.

"Itulah... Tapi dari tadi tak sampai-sampai. Tak datang agaknya." Ujar Tengku Ashraf seolah berputus asa.

"Tengku tunggu siapa?." Tanya Hanif.

Dia memandang wajah Hanif. Seraya tersenyum dan menepuk perlahan bahu Hanif.

"Tak ada siapalah... Jom masuk." Katanya.

_
ARMELL Melihat jam di pergelangan tangannya. Dia mengangkat sedikit dress labuhnya dan berlari anak menuju ke lobi.

SETELAH Memberikan kad jemputan kepada penjaga gerbang. Armell mengucapkan 'Terima Kasih' dan melangkah masuk menuju ke aula.

Dia melihat sekelilingnya. Tempat itu masih dipenuhi orang.

Aku tak adalah terlambat sangat kot. Benaknya.

"Armell."

Armell terkejut apabila merasa bahunya disentuh dari belakang.

"Aunty." Gumamnya terkejut.

Aunty Latifah rupanya. Getus hatinya.

Dia segera bersalaman dan berpelukan dengan Che' Puan Latifah.

"Sorry aunty. Mell lambat sikit." Tuturnya.

Che' Puan Latifah tersenyum.

"Chill... Majlis belum mula pun." Ujar Che' Puan Latifah.

Armell tersengih.

"Eh!. Mell sorang je ke?." Tanya Che' Puan Latifah lagi.

Armell mengangguk laju.

"Armell."

Armell memandang kearah Tengku Abdul Aziz yang tiba-tiba muncul disisi Che' Puan Latifah.

"Mana Mummy dengan Daddy?." Tanya Tengku Abdul Aziz.

Armell melepaskan keluhan kecil.

"Itulah. Ralat rasa nak bagitahu. Mummy dengan Daddy tak dapat nak datang sebab Daddy tak berapa sihat. Dia orang minta maaf dan minta Mell sampaikan salam pada Aunty dan Uncle." Tutur Armell.

"Waalaikumsalam..." Jawab Che' Puan Latifah dan suaminya serentak.


"Assalamualaikum. Hadirin sekalian. Pengumuman!. Acara pelantikan Chief executive officer yang baru akan bermula sebentar lagi."

Che' Puan Latifah memandang Armell.

"Mell pergilah ambil tempat dulu. Aunty dengan Uncle nak pergi cari Ash kejap." Tutur Che' Puan Latifah.

"Baiklah." Tutur Armell tersenyum.

Sebaik Che' Puan Latifah dan Tengku Abdul Aziz berlalu. Armell memanjangkan lehernya mencari-cari tempat kosong.

***

TENGKU Ashraf tidak dapat menahan dirinya, walaupun saat dia sedang menaiki tangga menuju ke pentas. Matanya terus melilau ke seluruh dewan mencari kelibat Armell

"Ash ni kenapa dari tadi?." Tegur Che' Puan Latifah yang mula rimas dengan sikap anak tunggalnya itu.

Dia menoleh kearah Bondanya.

"Cari siapa?." Tanya Che' Puan Latifah.

"Mell." Jawabnya sepatah.

Che' Puan Larifah membuat mimik muka.

"Hmm... Patutlah tak senang duduk je Bonda tengok. Armell dah sampai dah. Itu hah.." Ujar Che' Puan Latifah menunjuk kearah Armell yang sedang berdiri memandang kearah mereka.

Senyuman terukir dibibir Tengku Ashraf saat matanya bertemu dengan mata Armell.

DISISI Lain. Hanif yang juga sedang memandang Tengku Ashraf dan Che' Puan Latifah, turut menoleh kearah yang ditunjukkan Che' Puan Latifah.

Membulat matanya saat melihat sosok Armell dimajlis itu.

"Armell." Gumam bibirnya tanpa suara.

Namun tidak lama. Dia kembali menundukkan kepalanya apabila mata Armell terarah kepadanya.

ARMELL Mengerutkan dahinya.

Kenapa aku nampak macam Hanif?. Getus hatinya.

Dia pantas menggeleng laju kepalanya. Seraya membuang pandangan kearah lain. Takut dia tidak dapat mengawal perasaannya disini.

Tak mungkin Hanif. Aku salah nampak. Kata hatinya menafikan.

***

"TERIMA Kasih kepada semua yang hadir dimajlis pada malam ini. Di atas kesempatan ini. Saya juga ingin menyatakan hasrat saya yang saya dah lama pendam."

Senyuman diwajah Tengku Abdul Aziz dan Che' Puan Latifah hilang saat mendengar ucapan anak mereka. Mereka berpandangan antara satu sama lain.

Flashback.

"Ash akan melamar dia di majlis pelantikan Ceo Ashraf's Holdings nanti."

"Dia.. Dia.. Dia tu siapa?." Tanya Che' Puan Latifah.

"Bila malam tu tiba. Bonda akan tahu siapa perempuan yang berjaya ambil hati anak Bonda ni."

End Flashback.

Senyuman kembali terukir dibibir Che' Puan Latifah.

HANIF Memberikan sepenuh tumpuan kepada Tengku Ashraf. Dapat dia lihat sepasang mata milik lelaki itu tidak lepas dari memandang sosok Armell.

Tak kan dia nak melamar Armell dekat sini. Tuturnya didalam hati.

ARMELL Turut tersenyum membalas senyuman Tengku Ashraf kepadanya.

"Armell Adriana..."

Membulat mata Armell apabila namanya bergema didewan, disebut oleh Tengku Ashraf. Dia memandang Tengku Ashraf penuh tanda tanya.

Dia semakin tidak keruan apabila melihat Tengku Ashraf turun dari pentas dan berjalan kearahnya.

"Apa ni Abang?." Tanya dia dalam nada berbisik.

Dan tanpa diduganya. Tengku Ashraf melutut dengan sebelah kaki dihadapannya.

"Sudi tak Mell jadi isteri Abang?."

Bagai mahu gugur jantung Armell saat mendengarnya.

Suasana di dewan menjadi hening, mahu menunggu jawapan dari Armell.

Armell memandang kearah Tengku Abdul Aziz dan Che' Puan Latifah yang juga sedang menunggu jawapannya. Dia berbalik kepada Tengku Ashraf yang juga sedang menanti jawapannya.

Ya, Allah. Ya, Tuhanku. Dugaan apa lagi ini Ya, Allah?. Abang... Kenapa Abang buat Mell macam ni?. Tuturnya didalam hati.

Armell memejam rapat matanya, seraya mengambil microphone dari tangan Tengku Ashraf.

MATA Hanif tidak berkedip memandang Armell. Tidak tahu mengapa, dia juga menunggu jawapan yang keluar dari mulut Armell.

"Ya. Mell sudi. Tapi Abang"

Hanif segera menutup kedua telinganya dengan tangan. Seraya melangkah laju keluar dari dewan.

Kakinya melangkah tanpa tahu kemana arah tujunya. Lututnya terasa longgar. Dan dia akhirmya jatuh terduduk diatas lantai. Air jernih mengalir keluar dari kelopak matanya.

Ya, Allah... Bantu aku Ya, Allah... Benaknya.

Seraya bersandar dekat dinding didekatnya dan menutup wajahnya dengan kedua tangan.

"Hanif... Tolong ....Hanif... Kau.. tak boleh... Macam ni... Kau dah move on..." Tuturnya cuba menahan rasa sebaknya.

***

SETELAH Memujuk hatinya. Hanif kembali ke dewan dan mencari Tengku Ashraf untuk meminta diri.

Sedang matanya melilau kesana kemari mencari sosok Tengku Ashraf.

"Hanif." Bahunya disentuh dari belakang.

Hanif menoleh ke belakang.

"Tengku." Dia tersenyum seraya berpaling dan bersalaman dengan Tengku Ashraf.

"Tahniah Tengku." Ucapnya.

Tengku Ashraf tersenyum. Seraya memeluk Hanif erat.

"Terima kasih Hanif. Awak banyak sangat bantu saya." Tutur Tengku Ashraf tulus.

"Tak ada apalah Tengku. Dah memang kerja saya." Balas Hanif tersenyum.

"Ya. Tapi saya terhutang budi pada awak sebab awak dah bagi saya semangat untuk dekati wanita idaman saya." Tutur Tengku Ashraf.

Hanif tersenyum kelat.

"Eh.. Macam mana majlis pertunangan awak hari tu?. Berjalan lancar?." Tanya Tengku Ashraf.

"Alhamdulillah... Semuanya berjalan dengan lancar." Jawab Hanif mengangguk.

"Baguslah... Saya tumpang gembira." Ujar Tengku Ashraf.

Tengku Ashraf berkerut dahi seperti memikirkan sesuatu.

"Kenapa Tengku?." Tanya Hanif.

"Sekejap. Saya terlupa lah.. Siapa nama tunang awak?."

Hanif tersenyum menunduk.

"Nina. Nina Akira nama penuh dia." Seraya mengangkat pandangannya memandang Tengku Ashraf.

Membulat matanya apabila melihat sosok Armell yang sedang berdiri tepat dibelakang Tengku Ashraf.

ARMELL Tidak dapat menahan diri saat mendengarnya. Dia segera berpaling dan melangkah pergi dengan cepat.

MELIHAT Armell berpaling. Hanif segera memandang Tengku Ashraf.

"Tengku. Saya minta maaf sangat.. Saya kena pergi sekarang." Ujarnya. Dan tanpa menunggu jawapan dari Tengku Ashraf. Dia segera berlalu mengejar langkah Armell.

TENGKU Ashraf mengerutkan dahi pelik melihat Hanif yang tiba-tiba sahaja hendak pergi.

"Tengku Ashraf. Jom bergambar." Sapa Dato' Karim mematikan lamunanya.

Dia tersenyum.

***

"ARMELL!." Teriak Hanif apabila melihat Armell.

Langkahnya semakin laju mengejar langkah Armell.

"Armell.." Tangan Armell berjaya diraihnya.

ARMELL Menoleh kearah Hanif. Matanya berlinangan air mata.

Hanif menelan air liurnya apabila melihat linangan air mata wanita dihadapannya itu.

Armell menarik tangannya yang dipegang Hanif. Seraya mengusap matanya dengan perut tangan. Dia kemudian tertawa, memandang Hanif.

"Saya memang silap kalau berfikir awak dah putus asa dengan Sofea. Saya memang dah tahu dari awal, yang awak tak akan putus asa untuk jumpa Sofea. Terima kasih Hanif." Tutur Armell menahan sebak.

"Apa maksud awak?." Tanya Hanif tidak mengerti dengan apa yang dikatakan Armell.

Armell menyeka air mata dipipinya.

"Maksud saya. Awak sebenarnya nak saya jauhkan Sofea dari awak sebab awak takut tak dapat bagi perhatian pada dia. Jadi sementara awak nak bereskan urusan perkahwinan awak dengan Nina. Awak minta saya jauhkan Sofea dari awak."

Hanif berkerut dahi mendengarnya. Dia masih bingung dengan sikap Armell.

"Jadi kenapa awak lari?." Tanya dia.

Armell membuang pandangannya kearah lain.

"Sebab saya takut orang nampak saya menangis." Jawabnya.

"Kenapa awak menangis?." Tanya Hanif lagi.

Armell berpaling memandang Hanif.

"Sebab awak masih sudi jadi bapa pada Sofea. Walaupun saya dah lukakan hati awak." Tutur Armell sebak.

Air mata Hanif mulai bergenang. Seraya tertawa kecil.

Apa sebenarnya yang kau harapkan Hanif?. Kalau dia cemburu. Itu tandanya dia masih sayangkan kau. Dan kalau dia masih sayangkan kau. Dia tak akan terima lamaran Tengku Ashraf tadi. Tuturnya didalam hati.

***

AIR Mata Armell mengalir deras. Pedal minyak ditekan habis.

"Lepaskan dia Armell!. Lepaskan dia!." Bibirnya mengumam ayat itu berkali-kali.

***

HANIF Duduk bersandar ditepi keretanya. Air mata mengalir deras membasahi pipinya.

"Lepaskan dia Hanif!. Lepaskan dia!." Gumamnya terisak-isak.

_
SENYUMAN Terukir dibibir Nina saat melihat berita tentang Armell dan Tengku Ashraf.

"Akhirnya. Kau pun akan bahagia dengan orang yang sedarjat dengan kau. Jadi tak perlu aku nak risau lagi." Gumamnya sendiri.

Dia tersenyum sendiri. Seraya melabuhkan punggungnya diatas sofa.

Namun senyumannya hilang apabila teringatkan yang Tengku Ashraf ialah bos kepada Hanif.

Dia bingkas berdiri.

"Maksudnya mereka ada dalam majlis yang sama semalam?."

Flashback.

"Anep. Kau tak nak bawa aku pergi sana ke?. Boleh aku kenal-kenal dengan bos kau." Tuturnya berbaur rayuan.

"Aku bukan tak nak bawa kau. Tapi aku takut. Yalah... Kau kan tak biasa dengan events macam tu." Tutur Hanif.

"Alah... Kita kan akan kahwin tak lama lagi. Jadi biasa atau tak biasa. Aku kena biasakan juga." Ujarnya.

"Nina. Sebab kita akan berkahwin lah aku tak nak bawa kau. Dekat sana banyak mata-mata jahat tau." Ujar Hanif.

Dia tersenyum memandang Hanif.

"Kau cemburu ke?." Tanya dia.

Hanif membuang pandangan kearah lain.

"Hmm..... Entahlah...." Jawab Hanif.

Dia tersenyum.

"Tak apalah. Kalau kau cemburu. Aku tak pergi." Katanya.

Hanif tersenyum memandangnya.

"Thats my girl." Ujar Hanif.

End Flashback.

Eeehhhh..... Dia menghentak-hentak kakinya dilantai.

"Tak guna punya Anep!." Bentaknya.

_
TENGKU Ashraf Iskandar Tengku Abdul Aziz yang baru sahaja dilantik menjadi CEO baru Ashraf's Holdings. Telah melamar wanita pilihannya yang juga anak kepada usahawan berjaya iaitu Dato' Rashid pada majlis perlantikannya semalam.

Ariana terkedu saat melihat berita di telivisyen. Seraya melabuhkan punggungnya disofa.

TBC.

PS:

* Author pakai tibai je part last (Penyampai berita). Tak reti nak susun ayat. Sesiapa yang lebih arif. Boleh komen dibawah.

* My Broken English (Please DM Me)

_______________________________________Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro