Bab 14: Rasa Bersalah.
MARSHA Mengusap belakang badan Armell, memujuk Armell.
"Habis apa plan kau sekarang?." Tanya Asfira.
Armell menggeleng kepalanya perlahan.
"Aku tak tahu As.. Aku rasa berdosa sangat dengan Hanif." Tuturnya dengan cucuran air mata.
Asfira mengusap bahu Armell perlahan.
"Aku ni tak guna As. Selama ni aku salahkan Hanif. Aku kata dia lah penyebab musnahnya rumahtangga kami. Tapi hakikatnya?. Diri aku sendiri As." Tutur Armell lagi.
"Mell.. Kau jangan cakap macam tu. Mana-mana perempuan pun yang ada dekat tempat kau, akan buat benda yang sama." Tutur Marsha lembut.
Armell menggeleng laju.
"Tak Sha. Tak semua perempuan bodoh macam aku. Dia betul. Aku bodoh sebab lebih percayakan dia dari Hanif." Tuturnya sebak. Seraya meletakkan kepalanya diatas ribaan Marsha.
"Aku memang bodoh Sha... Aku memang bodoh..." Tuturnya sebak.
Marsha dan Asfira berpandangan antara satu sama lain.
_
MARSHA Merapatkan pintu bilik yang dia tempatkan Armell.
Asfira yang sedang duduk disofa menoleh kearah Marsha.
"Armell dah tidur?." Tanya Marsha.
Marsha mengangguk perlahan.
"Eloklah tu. Baby Sofea pun dah tidur ni. Bolehlah tolak masuk dalam bilik dia." Tutur Asfira mengerling sekilas kearah Sofea yang berada didalam baby cot.
"Tak payahlah... Nanti ganggu Mell pulak. Letak je Baby Sofea dekat bilik aku." Ujar Marsha seraya melabuhkan punggung disofa.
Asfira mengangguk.
Suasana hening seketika.
Tetapi tidak lama. Bunyi ringtone telefon Marsha dan di iringi dengan suara tangis Baby Sofea yang terkejut memecah keheningan.
"Sha. Bisinglah... Kau ni." Marah Asfira. Seraya mengangkat Sofea dan dibawa kedalam dakapannya.
Marsha bergegas menuju ke arah meja makan dimana dia meletakkan telefon pintarnya.
Membulat mata Marsha apabila melihat nama 'Aunty Hasnah' yang tertera diskrin. Dia memberi isyarat kepada Asfira dengan mulutnya.
'Mummy Armell'
Asfira mengangguk faham. Dia segera membawa Sofea masuk kebilik Marsha.
"Assalamualaikum Aunty." Sapa Marsha terlebih dahulu sebaik menjawab panggilan.
"Waalaikumsalam. Sha. Maaf lah Aunty ganggu Sha malam-malam ni."
"Tak ada ganggu lah.. Sha pun belum tidur lagi." Tutur Marsha mengukir senyuman.
"Aunty risaulah Sha.. Mell dari tadi Aunty call dia. Tak dapat-dapat. Dia ada dengan Sha ke?."
Marsha terkutik. Otaknya ligat berfikir untuk menjawab soalan dari Datin Hasnah itu.
"Sha." Panggil Datin Hasnah dari dalam talian.
"Ouh.. Ya Aunty.. Mell. Dia ada dekat rumah Sha." Jawab Marsha gugup.
"Dia buat apa dekat sana. Bukan esok dia kerja ke?."
"Urm... Itulah Mell pun cakap tadi. Tapi yalah... Kita orang dah lama tak jumpa. As pun ada dekat sini." Ujar Marsha
"Macam tu ke.."
"Kenapa Aunty. Ada apa-apa tak kena ke?." Tanya Marsha.
"Tak ada apalah... Aunty cuma risau je, sebab dia tak jawab call Aunty."
"Hmm... Dia silent phone agaknya. Tak apalah.. Nanti Sha bagitahu dia." Tutur Marsha.
"Eh tak apa. Dia ok kan?."
Marsha tersenyum kelat.
"Ok. Dia okey..." Jawab Marsha menipu.
"Tak apalah macam tu. Aunty letak dulu. Assalamualaikum..."
"Waalaikumsalam.." Jawab Marsha. Seraya meletakkan telefon pintarnya diatas meja.
"Aunty nak apa?." Tanya Asfira yang sudah berada dibelakangnya.
Marsha melangkah menuju kesofa.
"Biasalah... Ibu kan. Bila anak dia ada masalah. Dia rasa je." Ujar Marsha seraya melabuhkan punggung disofa.
Asfira duduk dikerusi dekat meja makan.
Berapa detik kemudian. Asfira kembali bersuara.
"Aku panas betullah dengan perempuan tak guna tu. Aku rasa macam nak pergi jumpa dia sekarang dan ajar dia cukup-cukup." Ujar Asfira mengetap bibirnya.
Marsha menoleh kebelakang.
"Kau jangan buat hal As. Baik-baik dia tak tahu yang Mell dah tahu tentang hati busuk dia. Nanti bila dah tahu entah apa pulaklah dia nak buat." Ujar Marsha cuba menghalang Asfira dari masuk campur.
Asfira terdiam.
_
"ARDELL."
Ardell terkejut apabila melihat Iqbal yang menyapanya.
Iqbal tersenyum kepadanya. Seraya melabuhkan punggung dihadapan Ardell.
"Iqbal." Gumam Ardell masih dengan air muka terkejutnya.
Iqbal tersengih.
"Buat apa dekat sini?. Hani bagitahu, you balik rumah Mama you." Kata Ardell dengan dahi berkerut.
"Memang pun. Ni i dari rumah Mama lah. Drive terus kesini nak jumpa you. Ujar Iqbal.
Kenyataan Iqbal membuatkan Ardell merasa pelik.
"Jumpa i?."
"Yup.." Iqbal mengangguk laju kepalanya.
"Kejap. I tak faham. Kenapa you tiba-tiba nak jumpa i?." Tanya Ardell pelik.
"Saje. Tak boleh ke?." Jawab Iqbal selamba.
"I tak kata macam tu pun..." Lambat-lambat Ardell menjawab soalan Iqbal.
Iqbal tersenyum melihat wajah berkerut Ardell.
_
SEMINGGU Telah berlalu. Armell sudah kembali kerumahnya di titiwangsa.
Asfira dan Marsha kerap menjenguknya dirumah. Namun dia tidak menghalang mereka. Kerana jujur dia memerlukan dua orang sahabatnya itu sekarang untuk terus menguatkannya.
ARMELL Tersenyum melihat Marsha melayani puteri Sofea makan.
"Mmm... Comotlah sayang..." Bebel Marsha segera mencapai sapu tangan dan mengelap mulut Sofea.
"Hmm... Bila agaknya aku boleh makan nasi minyak kau ya?. Dah ada gaya Mama-mama dah tu." Usik Armell.
Marsha menoleh kearah Armell.
"Kau cakap dengan aku ke?." Tanya Marsha menunjuk diri sendiri.
"Tak lah... Aku cakap dengan As. Kan As?." Armell tersenyum menoleh kearah Asfira.
Asfira termenung sendiri, seperti tidak mendengar apa yang sedang dibicarakan oleh Armell dan Marsha.
Armell mengerutkan dahi pelik melihat Asfira.
Marsha turut menoleh kearah Asfira apabila melihat kerutan didahi Armell.
"As!" Sergah Marsha.
"Apa?." Sahut Asfira spontan.
Armell dan Marsha berpandangan antara satu sama lain.
"Kau okey tak ni?." Tanya Armell.
"Okey..." Laju Asfira mengangguk.
Asfira menunduk seperti sedang merunsingkan sesuatu.
Armell bangun dari kerusi dan duduk disofa dekat Asfira.
"As.. Kau kenapa ni?." Tanya Marsha meletakkan mangkuk ditangannya atas meja.
"Kau ada masalah ke?." Tanya Armell pula.
Asfira memandang wajah Armell. Kepalanya digeleng perlahan. Matanya mulai berkaca.
"Bukan aku Mell. Tapi kau." Ujar Asfira.
Armell dan Marsha sekali lagi berpandangan antara satu sama lain.
Armell segera meraih tangan Asfira.
"As apa maksud kau?. Kenapa dengan aku?." Tanya Armell.
TIDAK Tahu mengapa. Hati ini berdebar mahu mendengar apa yang ingin dikatakan oleh Asfira.
Asfira menggenggam kedua tanganku.
"Mell. Kau tahu tak apa yang jadi pada Hanif selepas dia balik dari jumpa kau?."
MATA Armell mulai berkaca. Perlahan dia menggeleng kepalanya.
Lambat-lambat dia bertanya.
"Apa yang jadi pada dia?."
"Dia."
Belum sempat Asfira berkata apa-apa.
"As!." Marsha bersuara menahan Asfira dari membuka mulut.
Armell menoleh kearah Marsha.
"Apa ni Sha?." Marah Armell, air matanya sudah mulai bergenang.
Marsha menggeleng kepalanya. Dia segera bangun dan menghampiri Armell.
"Kau tak perlu tahu Mell." Ujar Marsha melabuhkan punggung disisi Armell.
Asfira bingkas bangun dari tempat duduknya dan merenung tajam wajah Marsha.
"Apa maksud kau?. Kau dah tahu ke Sha?." Tanya Asfira didalam nada tinggi.
Marsha menunduk sambil memeluk bahu kanan Armell.
"As. Ini bukan masa untuk kita bahas semua ni." Tutur Marsha lembut.
"Kau ni memang melampau Marsha!." Tengking Asfira.
"Apa maksud kau ni?." Balas Marsha turut berdiri.
Armell turut berdiri.
"Asfira! Marsha!. Korang cakap apa ni?. Boleh tak jujur dengan aku. Apa yang dah jadi pada Hanif?." Tanya Armell.
Asfira merenung tajam wajah Marsha.
"Hanif kemurungan. Dua bulan dia dirawat dekat hkl. Tapi dia dah sembuh sekarang. Itu je yang aku tahu. Selebihnya?. Kau tanya lah kawan baik kau ni. Mulai dari hari ni. Aku tak nak ada kena mengena dengan hal kau dan Hanif lagi. Aku balik dulu. Assalamualaikum..." Ujar Asfira. Dia mencapai beg tangannya dan segera berlalu, sempat dia menjeling Marsha.
Air jernih mengalir keluar membasahi pipi Armell. Dia menoleh kearah Marsha meminta penjelasan.
Marsha menundukkan kepalanya.
"Maafkan aku Mell. Aku tak ada niat nak rahsiakan perkara ni dari kau dan As. Tapi aku tak nak kau diselubungi perasaan bersalah pada Hanif dan kalau boleh aku tak nak As tahu pun. Sebab aku kenal sangat dia macam mana. Aku tak nak dia pun ikut stress."
Armell terduduk diatas lantai. Air matanya mengalir deras.
Marsha turut mengalirkan air mata. Dia duduk di sisi Armell cuba memeluk bahu Armell. Namun Armell menepisnya kasar.
"Pergi!." Tengking Armell mengalirkan air mata.
"Mell kau jangan macam ni Mell." Tutur Marsha masih cuba memujuk Armell.
Namun Armell bertindak menolak tubuh Marsha sambil berteriak menyuruh Marsha pergi.
Sofea pula berteriak menangis apabila mendengar teriakan Armell.
Melihatkan keadaan Armell yang memekik-mekik seperti orang tidak siuman dan Sofea yang menangis. Marsha bingkas bangun mendapatkan Sofea didalam walkernya, sebelum dia keluar dari rumah dan menghubungi Datin Hasnah.
_
AIR Matanya mengalir deras.
Datin Hasnah menggenggam erat tangannya.
"Sudahlah tu Mell. Bukan salah Mell. Mell tak tahu pun.." Tutur Datin Hasnah cuba memujuk Armell.
Armell menggeleng kepala laju.
"Mell dah buat silap besar Mummy... Mell kena pergi jumpa Hanif." Tuturnya, memandang sayu wajah Datin Hasnah.
"Tapi Mell" Datin Hasnah cuba berdalih.
"Mummy tolonglah..." Rayunya dengan air mata bercucuran.
Datin Hasnah memandang sayu wajah anak sulungnya itu.
"Okey... Kalau Mell jumpa dia. Apa yang Mell nak cakap dengan dia?. Mell nak kata yang Mell minta maaf sebab jadi punca dia kemurungan?!. Mell nak kata yang Mell minta maaf sebab salah faham tentang hubungan dia dengan perempuan tu selama ni?!." Ujar Datin Hasnah.
"Yes!. Itu yang Mell nak cakap dekat dia!." Balas Armell.
"Apa sebenarnya yang Mell harapkan dari dia?."
Soalan Datin Hasnah mematikan kata-katanya.
"Mell nak rujuk semula dengan dia? Akan ke dia terima Mell?. Akan ke keluarga dia terima Mell?. Lepas apa yang Mell dah buat pada dia!." Ujar Datin Hasnah.
Armell menunduk. Air matanya terus mengalir.
"Mummy... Jujur Mell cakap. Mell masih tak boleh lupakan dia." Ujarnya sayu.
Jatuh air mata Datin Hasnah apabila melihat keadaan Armell. Dia segera menarik Armell kedalam dakapannya.
"Mell dah buat macam-macam untuk lupakan dia... Tapi setiap kali Mell cuba. Setiap kali tu dia datang balik, munculkan semula kenangan kami. Mell tak kuat Mummy..." Rintih Armell didalam dakapan Mummynya.
_
JATUH Air mata Hanif saat melihat rumah yang pernah menjadi syurganya bersama Armell dulu. Kini sedang di lelong dengan harga rendah.
Dia berpaling kearah lain. Seraya menekan pedal minyak dan berlalu pergi.
_
HUDA Menyilangkan kedua tangannya kedada.
"Ada apa Kak Mell datang ni?." Tanya Huda tanpa memandang pun wajah Armell.
Armell menunduk, sedar kesalahan dirinya yang membuatkan Huda melayaninya demikian.
"Kak Mell nak jumpa dengan Along. Dia ada?."
"Tengoklah sendiri. Ada nampak kereta dia?. Tak ada kan?. So maksudnya tak adalah..." Jawab Huda.
Ardell yang sedari tadi diam. Mula hilang sabar melihat cara Huda melayani kakaknya.
"Eh!." Teriak Ardell.
"Yana.." Armell segera memegang lengan Ardell cuba menahannya.
"Kau ingat kakak aku nak jumpa sangat ke dengan Abang kau tu?. Kalau tak disebabkan"
Belum sempat Ardell menghabiskan ayatnya.
"Tak disebabkan apa?." Potong Huda.
Huda menghampiri Ardell.
"Eh kau dengar sini. Kakak kau yang kau sanjung sangat ni. Manusia yang tak ada hati perut tahu tak?. Aku tak tahu apa yang dah jadi antara dia dengan Abang aku, sebab Abang aku tak pernah cerita pun keburukan dia pada aku. Tapi patut ke seorang anak yang masih mempunyai ayah, tergamak pisahkan anak dia sendiri dengan ayahnya. Aku tak tahulah... Apa yang Abang aku gila sangat dekat dia ni?. Sekarang ni aku berharap sangat kalau penceraian mereka ni disebabkan kecurangan abang aku. Sebab memang dia tak layak dapat cinta sejati!."
"Kurang ajar!." Ardell mengangkat tangan mahu menampar Huda.
Namun seseorang memegang tangannya, cuba menghalangnya.
"Hanif." Gumam Armell terkejut.
"Abang Hanif." Gumam Ardell yang tidak kalah terkejutnya.
"Along." Membulat mata Huda apabila melihat wajah Abangnya.
Hanif melepaskan tangan Ardell yang dipegangnya tadi.
"Cukuplah!." Ujar Hanif dengan mata berkaca.
Tanpa memandang pun kearah Armell. Dia menarik lengan Huda.
"Adik jom masuk."
Jatuh air mata Armell apabila melihat Hanif tidak memandang langsung kearahnya.
TBC.
TEASER
(Special Untuk Bab Ini).
"Tepi. Saya dah lambat nak pergi kerja."
Hanif menolak bahu Armell, sehingga Armell terdorong ketepi.
_
"Hanif. Saya tahu awak tak maksudkan apa yang awak cakap. Saya tahu awak tak akan putus asa untuk Sofea." Tutur Armell.
_
"Tapi aku tak nak kau buat kesilapan yang sama. Sebab aku sayangkan kau Anep. Aku penat tengok kau menderita." Tutur Nina.
"Terima kasih sebab selalu ada dengan aku. Aku pun sayangkan kau..." Tutur Hanif tulus.
PS:
* My Broken English (Please DM Me)
_______________________________________Comment & Vote Please.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro