Bab 12: Salah Faham.
ARMELL Menjatuhkan semua barang diatas meja soleknya.
"Arghhhh...." Dia menjerit sekuat hati. Seraya terduduk ditepi katil. Air matanya mengalir deras.
"Kenapa aku?... Kenapa aku Ya, Allah..." Tuturnya didalam tangis.
_
TENGKU Ashraf duduk bersandar diatas sofa dalam biliknya.
Flashback.
Dia cuba menghubungi Armell. Tetapi tidak dijawab.
Jam ditangannya dikerling buat yang kesekian kalinya.
"Mana Mell ni?."
"Tengku."
Dia menoleh kebelakangnya.
"Encik Kamarul." Gumamnya tersenyum.
Seraya berjabat dengan Encik Kamarul.
"Lama tak jumpa. Apa khabar?." Tanya Encik Kamarul.
"Baik. Alhamdulillah. Encik Kamarul apa khabar?."
"Alhamdulillah sihat... Ni nak jumpa Dato' Rashid ke?."
"Urm... Tak. Saya sebenarnya nak jemput adik saya." Jawabnya.
"Armell?." Tebak Encik Kamarul.
Dia tersenyum. Seraya mengangguk laju.
"Tapi Armell tak masuk kerja hari ni." Kata Encik Kamarul.
End Flashback.
"Macam mana pulak boleh tak masuk kerja?. Aku masih ingat lagi yang aku hantar dia pagi tadi."
Dia melepaskan keluhan kecil. Seraya meraup rambutnya kebelakang.
"Tak kan aku nak datang rumah dia pulak, pergi tanya. Sedang call pun dia tak jawab. Nanti apa pulak dia cakap."
_
HANIF Berjalan perlahan menuju ke tempat letak keretanya.
Flashback.
"Kau ingat tak kau pernah bagitahu yang kau terserempak dengan bekas isteri aku berjalan dengan seorang lelaki."
Nina mengangguk perlahan.
"Kenapa kau tanya?." Tanya Nina.
Dia manggut-manggut. Seraya menunjukkan gambar Tengku Ashraf ditelefon pintarnya kepada Nina.
"Ini ke lelakinya?."
Nina terdiam memandangnya.
"Jujur dengan aku Nina. Ini ke lelakinya?." Tanya dia serius.
Lambat-lambat Nina mengangguk mengiyakan.
Hatinya bagai direntap keluar dari tubuhnya saat melihat Nina mengiyakan.
"Kau kenal ke lelaki tu?." Tanya Nina.
"Dia bos aku." Jawabnya perlahan.
"Bos kau?." Tanya Nina terkejut.
Dia sekadar menganggukkan kepala, mengiyakan.
"Anep... Aku rasa mungkin dah tiba masanya untuk kau betul-betul move on dan lupakan dia..." Ujar Nina.
Dia memandang wajah Nina.
"Apa maksud kau?."
Nina menggenggam erat tangannya yang berada diatas meja.
"Aku rasa mereka bukan kawan biasa. Semalam aku nampak lelaki tu hantar dia masuk kerja."
End Flashback.
Jadi selama ni memang aku bantu dia untuk tawan hati Armell. Benaknya.
_
SELESAI Mengirimkan email minta cuti. Armell menutup komputer ribanya.
Dia memandang Sofea yang sedang berbaring disisinya. Seraya mengukir senyuman membelai pipi anaknya itu.
Sofea tertawa memandangnya.
Tidak semena-mena air matanya bergenang. Rasa sakit apabila melihat senyuman bayinya itu.
Kata-kata Nina kelmarin menerjah kotak ingatannnya.
Dia kata dia letih. Dia sampai tak ada masa untuk Mak dengan adik dia. Hari biasa kena kerja. Hari minggu pulak kena jaga anak Puan.
Flashback.
"Happy Birthday sayang..." Ucapnya, seraya menghulurkan kotak kecil berwarna merah jambu kepada Hanif.
Hanif tersenyum mengambil kotak tersebut dari tangannya.
"Apa ni sayang?. Susah-susah je belikan hadiah semua." Kata Hanif.
Dia tersenyum.
"Bukalah." Ujarnya tidak sabar.
Hanif menatapnya sebentar. Seraya membuka kotak tersebut.
"Surprise!." Teriaknya kecil
Terlopong mulut Hanif saat melihat pregnancy test yang menunjukkan dua garis berwarna ungu diatasnya.
"Awak mengandung?." Soal Hanif.
Dia mengangguk laju.
Hanif berpaling kearah lain. Seraya tertawa besar dan menoleh kearah Armell.
"Yes..." Teriak Hanif. Seraya memeluknya erat.
"Thank you sayang..." Ucap Hanif ditelinganya.
End Flashback.
Air mata mengalir deras membasahi pipinya apabila mengingat kembali saat itu.
"Kenapa kau berubah sampai macam ni Hanif?. Sampai hati kau kata letih nak jaga anak aku."
Armell mengangkat Sofea dan dibawa kedalam dakapannya.
"Tak apa sayang. Kita tak perlukan dia. Mulai hari ni. Ibu akan jadi Ibu dan juga Ayah untuk anak Ibu sorang ni..." Tuturnya sebak.
_
HANIF Mendengus kasar.
"Mell tak jawab ke?." Tanya Aini.
Hanif menoleh kearah Ibunya.
"Tak." Jawabnya sepatah.
"Kak Mell ada bagitahu apa-apa tak?." Sampuk Huda pula.
Hanif menggelengkan kepalanya.
Dia tiba-tiba teringat perbualannya dengan Nina kelmarin.
Flashback.
"Kau jangan terkejut kalau tiba-tiba dia tak kasi kau jumpa dengan anak kau lagi." Ujar Nina
"Kenapa pulak?." Tanya dia tidak mengerti.
"Anep. Aku bukan nak api-apikan kau. Tapi fikir logiklah... Buat apa dia nak bawa anak dia jumpa kau lagi. Kalau dia dah ada pengganti yang sempurna untuk dia dan anak dia."
End Flashback.
Hanif bergegas masuk ke bilik.
"Along.." Laung Aini.
Tidak lama Hanif kembali keluar dengan dompet ditangannya.
"Along nak pergi mana?." Tanya Aini.
"Along ada hal sikit. Nanti Along call Mak." Ujarnya.
Dia mengambil kunci kereta dibelakang pintu dan bergegas keluar dari rumah.
***
Dia cuba mendail nombor Armell. Namun tidak berjaya. Nampaknya Armell sengaja mematikan telefonnya.
Aku tak akan biarkan kau pisahkan aku dengan Sofea, Armell!. Kau boleh cari pengganti untuk diri kau. Tapi aku janji dengan diri aku yang tak ada siapa akan gantikan tempat aku sebagai Ayah Sofea. Gumamnya didalam hati.
Hanif menekan pedal minyak, memecut laju keretanya.
***
"Why are you here?." Tanya Datin Hasnah apabila melihat Hanif berdiri didepan pagar rumahnya.
Hanif menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat.
"Saya datang nak jumpa dengan Armell." Tuturnya perlahan namun jelas.
Datin Hasnah terdiam seketika.
"It was you?."
Hanif diam tidak mengerti apa yang cuba dikatakan Datin Hasnah.
"Cukuplah Hanif. Pergilah balik..." Ujar Datin Hasnah. Seraya berpaling hendak masuk.
"Mummy!." Teriak Hanif.
Datin Hasnah menghentikan langkahnya. Tetapi tidak menoleh ke belakang.
"Tolonglah... Saya kena jumpa dengan Armell. Saya nak jumpa anak saya... Tolonglah Mummy..." Tutur Hanif merayu.
"Dia tak ada disini!." Ujar Datin Hasnah tegas. Seraya berjalan masuk kedalam.
Hanif terdiam. Dia merasa kusut. Otaknya ligat berfikir bagaimana caranya untuk dia bisa menemui Armell.
_
HANIF Melangkah lemah dikaki lima pasaraya.
Dua hari telah berlalu, dia cuba menghubungi Armell. Tetapi nombor Armell masih tidak dapat dihubungi. Ingin mengorek cerita dari Tengku Ashraf. Majikannya itu juga tiada. Pergi 'outstation'.
"Tolonglah... Jangan pisahkan aku dengan Sofea." Gumamnya perlahan.
Dek kerana sibuk mengelamun. Hanif melanggar seorang perempuan dari arah bertentangan.
"Sorry Cik. Saya tak perasan." Tuturnya.
Wanita tersebut mengangkat kepala memandangnya.
"Hanif."
"Marsha?."
MARSHA Menundukkan kepalanya cuba menyembunyikan wajahnya dari dilihat Hanif
"Excuse me..." Dia melangkah melepasi Hanif.
"Marsha!."
Langkah Marsha terhenti apabila Hanif berdiri dihadapan, menghalang jalannya.
"Saya ingat awak. Awak kawan baik Armell kan.." Tebak Hanif.
Marsha melepaskan keluhan kecil. Seraya memandang wajah Hanif.
"Yes. Saya Marsha. Kawan baik Armell. Rasanya tak ada apa-apa urusan di antara kita kan.." Tutur Marsha.
Hanif menundukkan kepalanya sebentar dan kembali memandang Marsha.
"Saya nak jumpa dengan Armell. Awak tahu dia dekat mana kan?."
Marsha terdiam.
_
ARMELL Meletakkan Sofea didalam tempat tidur bayi.
Dia berjalan menuju kearah tingkap yang terbuka menghadap ke pantai.
"Kesilapan pertama aku buat. Bila aku terima kau bekerja di Rashid's Company." Gumam bibirnya perlahan.
"Kesilapan kedua aku buat. Bila aku mula terima kau sebagai kawan." Matanya terasa bahang.
"Kesilapan ketiga aku buat. Bila aku jatuh cinta dengan kau." Saat ini air jernih sudah mulai bertakung dikelopak matanya.
"Dan kesilapan terakhir aku buat. Bila aku pilih kau untuk jadi pasangan hidup aku." Air matanya tumpah membasahi pipi.
"Kau dah hancurkan hati aku. Tapi kenapa kau liat sangat kau nak pergi dari ingatan dan hati aku Hanif?." Tuturnya dengan air mata bercucuran.
Armell menyeka air matanya.
Ya, Allah... Tolong lenyapkan dia dari ingatan aku Ya, Allah... Aku sakit Ya, Allah... Aku tak nak ingat dia lagi.
_
TENGKU Ashraf termenung melihat meja mesyuarat dihadapannya. Tubuhnya disini. Namun fikirannya sibuk memikirkan Armell. Yang dia sendiri pun tidak tahu berada dimana
"Tengku." Panggil Farhana pembantu peribadinya.
Dia masih didalam dunianya sendiri.
"Tengku..." Panggil Farhana lagi. Tapi kali ini lebih kuat.
Tengku Ashrag segera tersedar dari lamunannya. Seraya memandang wajah Farhana.
"Ada apa?." Tanya dia.
"Tengku dengar tak?." Tanya Farhana memberi isyarat mata kearah para karyawan lain yang berada dimeja mesyuarat.
Tengku Ashraf menoleh kearah karyawan-karyawan tersebut. Seraya mengukir senyuman kelat.
_
"BERAPA?"
"Tujuh ringgit, dua puluh sen." Tutur gadis bertudung bawal itu kepada pelanggannya.
Armell menghulurkan sekeping wang kertas bernilai sepuluh ringgit kepada gadis tersebut.
Setelah mendapatkan baki duitnya. Armell berpaling hendak pergi.
"Hanif." Gumamnya terkejut apabila melihat sosok Hanif dihadapannya.
Hanif merenungnya tajam.
Armell menundukkan kepala. Seraya berlalu melepasi Hanif.
"Armell.." Panggil Hanif.
Namun panggilan Hanif tidak diendahkan Armell. Dia melangkah laju menuju kearah kereta BMW putih miliknya yang terletak dibahu jalan.
"ARMELL."
Hanif menutup kembali pintu kereta Armell. Seraya meletakkan tangannya dipintu kereta, menahan agar Armell tidak bisa membukanya.
Armell menoleh kearah Hanif. Jarak Hanif yang agak dekat dengannya membuatkan dia sedikit terdongak.
"Eh.. Hanif!. Apa masalah awak ni?." Soalnya kasar.
"Saya yang sepatutnya tanya awak. Apa masalah awak ni?." Balas Hanif turut berkasar.
Berkerut dahi Armell mendengarnya. Dia menghela nafas panjang. Seraya memandang kearah lain.
"Fine.. Awak nak apa?. Apa lagi yang awak tak puas hati dengan saya?." Tanya Armell malas.
Hanif menurunkan tangannya yang diletakkan dipintu kereta.
"Saya nak jumpa Sofea." Jawab Hanif.
Armell menoleh laju kearah Hanif.
"Sudah-sudahlah berlakon depan saya Hanif. Saya dah tak kisah pasal awak." Ujarnya.
"Saya pun dah tak kisah pasal awak Armell." Balas Hanif.
Armell menatal tajam mata lelaki dihadapannya itu.
"Habis tu awak nak apa lagi?." Tanya Armell kesal.
"Saya nak jumpa anak saya." Jawab Hanif.
Armell mengeluh kecil. Seraya berpaling dari Hanif dan mahu membuka pintu keretanya.
Tetapi Hanif kembali meletakkan tangannya dipintu kereta.
Armell menggepal penumbuknya, cuba menahan sabar. Seraya menoleh kembali kearah Hanif.
"Apa masalah awak ni?." Tanya dalam nada tinggi dan kasar.
"Saya nak jumpa Sofea. Awak tak faham lagi ke?." Jawab Hanif berkeras.
Armell merengus kasar. Dia menghentak kakinya tanda protes.
Seraya menolak tubuh Hanif kasar dan berpaling dari lelaki itu.
"Suka hatilah.. Malas nak layan orang gila macam awak ni!." Bebel Armell perlahan. Tetapi dapat didengar jelas oleh telinga Hanif.
"Armell." Panggil Hanif.
***
MELIHAT Pesona Hitam milik Hanif. Armell bergegas menaiki tangga rumah tumpangan. Tangannya laju mahu membuka kunci pintu.
Sementara Hanif yang melihatnya dari dalam kereta. Segera mematikan enjin dan cepat keluar dari kereta.
"Armell!." Teriak Hanif apabila melihat pintu rumah sudah terbuka.
Armell bergegas masuk kerumah. Namun belum sempat dia menutup pintu. Hanif sudah terlebih dahulu masuk kedalam rumah.
Armell terdorong ke belakang. Melihat Hanif mengunci pintu rumah.
"Hanif!." Teriaknya sekuat hati.
Air jernih mulai bergenang dikelopak mata Armell.
Hanif berpaling menghadap Armell.
"Saya nak jumpa Sofea. Mana dia?." Tanya Hanif.
"Dia tak ada dekat sini dan kalau ada pun saya tak akan benarkan awak jumpa dia.." Jawab Armell. Seraya meletakkan plastik makanan ditangannya diatas meja.
Hanif menggepal penumbuknya. Seraya menghela nafas panjang dan melabuhkan punggungnya disofa.
"Kalau macam tu. Biar saya tunggu sini sampai awak bawa dia jumpa saya." Ujar Hanif selamba.
Armell menggepal tangannya geram.
"Hanif keluarlah!." Teriaknya sekuat hati.
Melihat amarah dimata Armell. Hanif segera bangun dan berjalan menghampiri Armell.
"Kenapa?. Awak takut dengan saya?."
Melihat Hanif menghampirinya. Armell mengundur menjauhi bekas suaminya itu.
"Awak takut saya akan apa-apa kan awak?." Soal Hanif semakin menghampiri Armell.
Armell menelan air liurnya. Tidak tahu mengapa dia merasa takut saat melihat wajah Hanif. Sedar akan kerusi kayu dibelakangnya. Armell berpaling mahu melarikan diri. Namun Hanif menarik lengannya dan memeluk erat pinggangnya.
Armell terkejut dengan tindakan Hanif. Dia bergerak mahu melepaskan diri dari pelukan Hanif. Tetapi Hanif memeluknya kuat.
"Dengar apa saya nak cakap Armell!." Ujar Hanif kasar. Matanya tajam menikam anak mata Armell yang sedang memandangnya.
Tangan Armell dibawa kedadanya.
"Rasa ni Armell. Walaupun sedekat ni. Tapi jantung saya dah tak berdegup kencang macam dulu." Ujar Hanif kasar.
Armell menarik tangannya laju. Mata berkacanya meminta penjelasan dari Hanif.
"Awak tahu apa maksudnya Armell?." Air jernih mulai bertakung dikelopak mata Hanif.
Dia melepaskan tangannya dipinggang Armell.
"Saya dah tak ada hati pada awak." Ujar Hanif.
Air mata Armell jatuh saat mendengarnya. Kerana selama ini hanya dia yang mengatakannya bagi pihak lelaki itu. Tetapi hari ini Hanif sendiri mengakuinya.
Hanif turut mengalirkan air mata. Wajah Armell dipandang sayu.
"Saya tahu awak dah ada pengganti saya. Tapi tolonglah... Jangan pisahkan saya dengan Sofea. Dia anak saya. Saya tak sanggup berpisah dengan dia." Rayu Hanif.
Air mata Armell mengalir deras. Dia terduduk dihadapan Hanif.
"Hanif... Tolonglah jangan main-main lagi. Saya dah penat Hanif... Tolonglah jujur dengan saya untuk kali ni je. Kalau awak memang dah penat nak jaga Sofea... Saya tak akan bawa dia jumpa awak lagi." Tutur Armell dengan cucuran air mata.
Hanif berkerut dahi.
"Awak cakap apa ni?. Sofea tu pun anak saya juga. Saya tak pernah penat pun nak jaga dia." Ujar Hanif.
Armell mengusap air matanya. Seraya bangun menghadap Hanif.
"Hanif. Kalau memang awak dah penat. Jujur dengan saya. Saya akan bawa Sofea jauh dari awak. Saya tak salahkan awak." Ujar Armell.
"Armell!." Tengking Hanif mematikan kata-kata Armell.
Dia merenung tajam kedalam mata Armell.
"Kenapa awak tak habis-habis nak tuduh saya yang bukan-bukan?. Saya dah kata yang saya tak pernah penat nak jaga Sofea. Dia pun anak saya. Susah sangat ke awak nak faham?."
Armell diam. Dia tetap merasa Hanif sedang berlakon dihadapannya.
"Ke awak sengaja tuduh saya macam ni? Sebab awak nak lelaki tu gantikan tempat saya sebagai ayah Sofea." Tambah Hanif lagi.
Armell memandang tajam wajah Hanif. Dia merasa lelah melihat lakonan Hanif.
"Baguslah kalau awak dah tahu. Jadi awak buatlah apa pun sekarang. Saya tak akan benarkan Sofea jumpa awak lagi. Awak belum wujud dalam hati Sofea dan saya akan pastikan yang awak tak akan pernah wujud dalam hati dia." Ujar Armell dengan cucuran air mata dipipinya.
Hanif terdiam. Air jernih mengalir keluar dari kelopak matanya.
TBC.
PS:
* My Broken English (Please DM Me)
_______________________________________Comment & Vote Please.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro