Bab 10: Siapa Dia?.
HANIF Melihat jam ditangannya.
'09:00'
"Allah... Dah pukul sembilan dah..." Selorohnya. Bergegas dia menyusun fail-fail diatas mejanya.
Selesai mengemas barang-barangnya. Dia memandang kearah bilik pejabat Tengku Ashraf yang masih terang benderang.
Tak balik lagi ke?. Getus hatinya.
Seraya menuju kebilik Tengku Ashraf dan mengetuknya.
"Masuklah.. Hanif." Laung Tengku Ashraf yang seperti tahu-tahu sahaja itu ialah dia.
Hanif membuka pintu bilik tersebut.
"Nak balik dah?." Kata Tengku Ashraf melihat Hanif dengan begnya.
Hanif mengangguk mengiyakan.
"Urm... Nak baliklah ni. Tengku tak nak balik lagi?."
"Ada sikit lagi kerja. Tak apalah... Awak baliklah dulu. Tolong tutup sekali lampu ya. Biarkan lampu hujung sekali je terbukak." Ujar Tengku Ashraf.
"Yalah..." Balas Hanif. Seraya berpaling hendak pergi.
"Hanif." Tengku Ashraf tiba-tiba memanggilnya lagi.
Hanif menoleh kebelakang.
Tengku Ashraf tersenyum.
Berapa detik membisu. Tengku Ashraf kembali bersuara.
"Tak apalah... Esok saya cerita dekat awak."
Hanif tersenyum. Seraya keluar dari bilik.
_
HANIF Mengeluh kecil apabila mendapati telefon pintarnya tiada didalam poket.
"Aduh... Ini mesti tertinggal dekat office ni." Gumamnya.
Memandangkan dia masih belum jauh. Dia berpatah balik ke pejabat.
Harap-haraplah Tengku belum balik lagi. Getus hatinya.
_
TENGKU Ashraf menghidupkan enjin keretanya.
"You ni kan.. I ingat you main-main je nak datang office i malam-malam ni." Tutur Tengku Ashraf.
"Tengku Ashraf. I mana pernah main-main dengan you?. You tu je yang suka main-main dengan perasaan i." Balas Adriana.
Berkerut dahi Tengku Ashraf mendengarnya.
"What do you mean 'main-main dengan perasaan you?'." Tanya dia serius.
Adriana menelan air liur. Dia baru tersedar akan apa yang diucapkannya.
"Mana ada i cakap macam tu. I cakap you tu je yang suka main-main kan i. Gurau kasar." Ujar Adriana cuba memperbetulkan keadaan.
Tengku Ashraf menghela nafas lega.
"Sorry. I thought you've feelings for me." Tuturnya mengusik Adriana lagi.
Adriana memandang Tengku Ashraf.
"Tengku Ashraf..."
Tengku Ashraf menoleh kearah Adriana.
"Ya." Sahutnya tersenyum.
"You ni kan... Dahlah... Jom pergi makan." Ujar Adriana geram. Seraya memakai tali pinggang keledar.
"Wait. Apa dekat rambut you tu?." Tengku Ashraf memalingkan kepala Adriana menghadapnya.
Adriana Pov.
Jantungku berdegup kencang. Mataku tidak berkedip. Aku kaku membiarkan dia melihat sesuatu dibahagian kiri kepalaku.
End Adriana Pov.
"Macam mana habuk ni boleh ada dekat rambut you?. You dari mana tadi?." Tanya Tengku Ashraf menunjuk habuk yang dia ambil dari kepala Adriana
"I... I..."
"Sudahlah Adriana. Tak payah nak karang cerita. Jom..." Ujar Tengku Ashraf.
_
MELIHAT Datin Hasnah datang menghampirinya. Armell berkata dengan Sufi yang sedang berada ditalian.
"Sufi. Nanti saya call awak balik."
"Siapa tu?." Tanya Datin Hasnah melabuhkan punggung disofa.
Armell mengukir senyuman. Seraya melabuhkan punggung disisi Datin Hasnah.
"Sufi." Jawabnya.
"Dia nak apa?." Tanya Datin Hasnah.
"Mell yang call dia. Minta tolong dia panggilkan orang untuk kemas-kemaskan rumah Mell. Sebab Mell ingat nak balik sana semula hujung bulan ni." Tutur Armell.
"Mell nak terus menetap sana ke?." Tanya Datin Hasnah.
"Cadangnya macam tu lah..." Jawab Armell.
"Kenapa tiba-tiba?." Tanya Datin Hasnah.
Armell tersenyum. Dia sudah menduga soalan tersebut pasti akan diajukan kepadanya.
"Tak adalah... Mell rasa Mell dah lama sangat duduk rumah Mummy. Rindu pulak dekat rumah sendiri. Lagipun sebelum kahwin dulukan Mell pernah duduk sendiri." Tutur Armell.
Datin Hasnah mencebik.
"Rindulah Mummy dekat baby Sofea nanti."
"Mummy ni. Rumah Mell bukan jauh sangat pun. Bila-bila Mummy rindu. Datang je lah... Atau senang-senang tu. Tidur je rumah Mell." Tutur Armell memberi cadangan.
"Amboi... Ajak Mummy je. Habis siapa nak teman Daddy dekat rumah ni?." Celah Dato' Rashid tiba-tiba muncul.
Armell tersenyum.
"Daddy pun... Bila-bila rindu Mell dengan Baby Sofea. Datanglah... Tidur rumah Mell." Tuturnya.
Dato' Rashid tersenyum.
"InsyaAllah... Kalau ada masa. Daddy dengan Mummy tidur sana. Mell pun. Rajin-rajinlah balik sini." Tutur Dato' Rashid.
"InsyaAllah..." Balas Armell mengukir senyuman.
_
AIMAN Tersenyum membaca mesej-mesej temannya didalam group whatsapp. Masing-masing sibuk bercerita tentang mahu kemana selepas tamat sekolah hujung tahun ini.
"Senyum lebar nampak. Whatsapp siapa tu?." Celah Nina melabuhkan punggung dikerusi berhadapan dengannya.
"Tak ada. Ni hah kawan-kawan aku semua. Sibuk sangat cerita pasal nak sambung mana lepas habis nanti." Tuturnya menyimpan telefon pintarnya didalam poket seluar.
"Baguslah macam tu. Ada pasang azam. Kau pulak?. Nak sambung mana?."
Dia tersenyum nipis mendengar soalan kakaknya itu.
"Aku ingat aku nak kerja dulu. Dalam dua ke tiga tahun macam tu. Lepastu baru aku nak sambung." Jawabnya.
"Eh.. Janganlah macam tu. Nanti kalau kau dah pegang duit Man. Niat nak belajar tu makin tipis tau." Ujar Nina.
Dia terdiam. Kalau di ikutkan hatinya. Dia memang mahu terus menyambung pelajaran. Tetapi dia tidak mahu menyusahkan kakaknya untuk menanggung kos pelajarannya.
"Aku faham kak. Tapi kau tahukan.. Nak sambung belajar bukan murah-murah sekarang." Tutur Aiman.
"Kau tak payah nak mengadalah Man. Kau ingat aku tak mampu ke nak tanggung kos belajar kau. Kau sorang je pun adik aku." Ujar Nina.
Aiman menghela nafas panjang. Nina kalau bercakap memang tidak pernah mahu kalah. Jadi dia iyakan sahajalah...
_
HANIF Berdiri dihadapan pintu lif.
Sementara menunggu pintu lif terbuka. Fikirannya mula melayang teringatkan peristiwa kelmarin sewaktu dia berpatah balik mahu mengambil telefon pintarnya dipejabat.
Flashback.
Dia mengecilkan sedikit matanya apabila melihat Tengku Ashraf bersama dengan seorang perempuan didalam kereta.
"Eh.. Bukan dia sorang je ke tadi. Siapa pulak perempuan tu?."
Matanya membulat terkejut apabila dia tiba-tiba melihat Tengku Ashraf merapati wanita itu.
Dia segera berpaling kearah lain.
Apa kau buat ni Hanif?. Kau tak patut tengok semua ni. Benaknya.
End Flashback.
Hanif menggelengkan kepalanya. Malas mahu memikirkan. Seraya melangkah masuk kedalam lif.
Sedang dia mahu menekan butang ditepi pintu lif. Seseorang melulu masuk. Menerpa kearahnya.
Membulat matanya apabila melihat wajah wanita yang berpaut pada bahunya itu.
ADRIANA Segera melepaskan tangannya dari bahu Hanif.
"I'm sorry." Gumamnya.
Kenapa macam familiar scene ni?. Benaknya.
"Which floor?."
Dia berdehem kecil.
"Twenty three." Jawabnya.
Tiba dilantai dua puluh tiga. Adriana melangkah keluar menuju kearah bilik Tengku Ashraf. Dia sempat menoleh kearah Hanif yang tidak melihatnya.
HANIF Melabuhkan punggung dikerusi tempatnya.
Itu bukan perempuan dengan Tengku dalam kereta haritu ke?. Getus hatinya melihat Adriana masuk kebilik Tengku Ashraf.
Dia berkerut dahi.
"Kalau sampai minta tolong aku. Itu maknanya perempuan tu susah untuk didekati."
"Tapi tak nampak macam susah pun... Ke aku je yang tak faham cara dia orang?." Getusnya perlahan.
"Hanif!."
Hanif tersentak apabila disergah oleh rakan sepejabatnya Dani.
Dia mendengus kasar. Seraya membuka fail dihadapannya.
"Wuiihhh.... Tinggi betul taste kau kan?. Sama tinggi dengan Tengku Ashraf." Perli Dani.
"Apa masalah kau ni nak tuduh-tuduh aku macam tu?." Tanya dia. Namun tetap tenang menyimak fail ditangannya.
"Tak adalah... Aku tengok mata kau tadi tak berkelip tengok perempuan tu."
Hanif mendengus perlahan.
"Aku tahulah kau rapat dengan bos sementara kita tu. Tapi"
Hanif menghentak failnya diatas meja kuat. Seraya memandang tajam wajah Dani.
"Baguslah kalau kau tahu aku rapat dengan dia. Jadi sebelum aku adukan kau. Lebih baik kau pergi balik tempat kau, buat kerja kau." Ujarnya.
Dani merenung Hanif tajam. Dia memberi isyarat empat mata menggunakan jarinya kepada Hanif sebelum berpaling pergi kemejanya.
Hanif menjelingnya.
"Aku tak faham betul apa masalah yang sorang ni." Ujarnya kesal.
_
TENGKU Ashraf memeluk Hanif erat.
Berkerut dahi Hanif dengan tingkah Tengku Ashraf.
"Dia sudi nak keluar dengan saya malam ni." Tutur Tengku Ashraf.
Hanif tersenyum. Tidak perlu diberitahu. Dia sudah tahu siapa yang dimaksudkan Tengku Ashraf.
"Saya tak tahu macam mana saya nak berterima kasih dekat awak Hanif. Saya janji akan naikkan jawatan awak." Tutur Tengku Ashraf.
"Eh... Janganlah macam tu Tengku. Saya ikhlas bantu Tengku." Tutur Hanif.
Tengku Ashraf mengukir senyuman. Seraya menepuk perlahan bahu Hanif.
"Hanif. Awak memang layak. Jujur saya katakan. Selain dari kerana awak banyak tolong saya, awak juga seorang pekerja yang bagus." Tutur Tengku Ashraf tulus.
Hanif tersenyum.
Bunyi telefon pintar Tengku Ashraf yang tiba-tiba berdering mengganggu perbualan mereka.
"Eh.. Sekejap ya." Kata Tengku Ashraf mengeluarkan telefon pintarnya dari poket.
Hanif tersenyum mengangguk.
"Hello babe... Ada apa you call ni?. Rindu i ke?." Tutur Tengku Ashraf seraya mengenyitkan sebelah matanya kepada Hanif.
Berkerut dahi Hanif melihatnya. Namun dia cuba berlagak seperti biasa.
"SERIOUSLY Tengku Ashraf. You jangan panggil i macam tu boleh tak?."
Tengku Ashraf menyeringai.
"Habis nak panggil apa?. Baby?. Ke Dinda?." Usik Tengku Ashraf lagi.
"Whatever... Actually i call ni nak bagitahu yang i tak dapat nak lunch dengan you hari ni. I ada kerja nak kena buat. I'm so sorry..."
Berkerut dahi Tengku Ashraf.
"Kita ada janji nak lunch ke hari ni?. I tak ingat pun..." Jawabnya dalam nada serius.
"Sampai hati you kan?. Nasib baiklah i tak jadi lunch dengan you... Kalau tidak."
"Yes. I baru teringat. I'm so sorry babe." Ujar Tengku Ashraf yang baru teringat akan janjinya untuk makan tengahari dengan Adriana.
Adriana mengeluh dari dalam talian.
"It's ok. I pun tak prepare apa-apa. So you buatlah kerja you. Next time kita lunch." Ujar Tengku Ashraf.
"Ok. Bye.."
TENGKU Ashraf tersenyum memandang Hanif sebaik mematikan talian.
"Dia ke?." Tanya Hanif.
Berkerut dahi Tengku Ashraf.
"Siapa? Tadi tu?."
Hanif mengukir senyuman.
"Mestilah bukan. Yang tadi tu drama lain..." Ujar Tengku Ashraf bersahaja.
Berkerut dahi Hanif mendengarnya.
Tengku Ashraf melabuhkan punggungnya diatas kerusi.
"Kalau awak nak tahu. Dia tak sama langsung macam yang tadi tu. Beza mereka ni. Macam langit dengan bumi." Ujar Tengku Ashraf.
_
HANIF Termenung sendiri didalam biliknya.
Kenapa aku rasa perempuan tu macam banyak persamaan dengan Armell. Getus hatinya.
Dia segera tersedar dan menggeleng kepalanya perlahan
"Aku terlalu fikir sangat tentang Armell sampai aku jadi macam ni." Ujarnya menafikan.
_
ARMELL Tertawa apabila memandang sekelilingnya.
Suasana restoran yang romantis itu mengingatkannya kepada Hanif. Namun dia tertawa kerana yang membawanya kali ini ialah Tengku Ashraf. Lelaki yang dia anggap sebagai Abangnya.
"Kenapa Mell ketawa?." Tanya Tengku Ashraf.
Dia terdiam dan memandang wajah Tengku Ashraf.
"Abang kata kita nak pergi makan."
"Kita nak makanlah ni. Mell cakap je nak makan apa?. Malam ni Abang belanja." Tutur Tengku Ashraf.
"Abang... Abang tahu tak kita dekat mana sekarang?." Tanya Armell.
Tengku Ashraf terdiam sejenak.
"Kenapa?. Mell tak suka ke makan dekat sini?."
"Bukan Mell tak suka. Cuma restoran ni... Suasana dia macam... Abang tak rasa lain ke?." Tutur Armell masih cuba untuk menjaga hati Tengku Ashraf.
"Rasa apa?. Kenapa?. Mell rasa apa?." Tanya Tengku Ashraf.
"Urm... Tak ada apalah... Eh.. jomlah kita makan." Ujar Armell menukar topik.
_
ARDELL Memutarkan bebola matanya kerana merasa sebal dengan Hani teman baiknya.
"Kau ni... Janganlah buat muka macam tu." Rengek Hani memeluk lengannya.
"Habistu. Kau nak suruh aku buat muka macam mana?. Buat muka comel. Biar boyfriend baru kau tu jatuh cinta dekat aku."
Hani melepaskan lengannya.
"Kau ni... Sampai hatikan nak rampas boyfriend aku."
"Hello... Bila masa pulak aku cakap aku nak rampas boyfriend kau?. Memang taklah... Aku bukan macam kau lah... Aku nak focus study dulu." Ujar Ardell.
"Cehh... Ayat cliche budak-budak single." Sindir Hani.
Ardell mencebik geram.
"Kau ni kan.. Cukup baik aku sudi nak temankan kau pergi dating ni tau... Kalau ikutkan hati aku yang kau dah sakitakan ni.. Memang aku dah tinggal dah kau dekat sini." Ujar Ardell.
"Tinggallah... Dia dah sampai dah pun..."
Ardell memandang kehadapan.
"Mana lelaki malang tu?."
"Hai... Dah lama tunggu."
Sapa lelaki yang memakai kemeja kotak-kotak biru dan denim itu.
"Tak adalah... Kita orang baru je sampai." Tutur Hani tersengih.
Ardell pandang meluat temannya itu.
MATA Iqbal tidak lepas memandang Ardell yang berada disisi Hani.
"Siapa ni?." Tanya Iqbal.
Membulat mata Hani. Dia baru teringat yang dia bersama dengan Ardell.
"Ouh.. Kenalkan... Ini kawan baik saya. Ardell." Tutur Hani memeluk bahu Ardell.
"Ouh.. I see..."
Iqbal menghulur tangannya untuk berjabat dengan Ardell.
"Hai Ardell. I Iqbal. Nice to meet you."
Ardell memandang lama tangan Iqbal.
Tiba-tiba seorang lelaki datang memeluk bahu Iqbal.
"Hey bro. Sorry aku lambat."
"Siapa ni?." Giliran Hani pula bertanya kepada Iqbal gerangan lelaki yang baru datang itu.
Lelaki tersebut mengukir senyuman memandang Hani dan Ardell. Seraya melepaskan bahu Iqbal.
"Sebenarnya saya nak bagitahu awak yang kami ni couple."
Membulat mata Hani kerana terkejut mendengarnya.
"Tatata tak..." Laju Iqbal berkata sambil menolak lelaki tersebut menjauhinya.
Berkerut dahi Hani melihatnya.
"He's my friend. Dia ni memang suka gurau tak bertempat." Ujar Iqbal kepada Hani.
Ardell tersenyum melihat situasi itu.
"Hai.. Saya Aiman..." Tutur Aiman melambai kepada Hani.
Hani tersenyum membalas lambaian Aiman.
"Jadi awaklah gadis malang tu?."
Berkerut lagi dahi Hani mendengarnya.
"Aiman..." Iqbal mengeluh panjang.
"Ok.. Sorry.. Sorry..." Tutur Aiman tersengih.
Hani tersenyum kelat. Kerana merasa kurang selesa dengan sikap Aiman.
Ardell turut tersenyum melihat tingkah Aiman.
"Ini Hani dan yang sebelah ni Ardell kawan dia." Tutur Iqbal memperkenalkan mereka kepada Aiman.
Aiman menoleh kearah Ardell. Matanya terpaku sebentar memandang sosok Ardell.
"Ardell.." Gumamnya dengan senyuman tipis.
"Binti?." Tanya dia.
Ardell tersenyum sinis. Dia tahu Aiman pasti sedang cuba untuk bergurau dengannya pula.
"Aiman."
Berkerut dahi Aiman mendengarnya.
"Ya. Kenapa dengan saya?."
"Ardell binti Aiman." Tutur Ardell.
"I see.. Ayah awak share nama dengan saya." Tutur Aiman mengukir senyuman.
"Excuse me. Nama ayah saya bukan Aiman." Ujar Ardell.
Sekali lagi dahi Aiman berkerut.
"Tapi tadi awak bagitahu nama awak Ardell binti Aiman."
"Bukan saya sorang nama Ardell dalam dunia ni. Also.. Bukan awak sorang nama Aiman dalam dunia ni." Ujar Ardell tersenyum sinis.
Iqbal mentertawakannya.
Aiman tersenyum kelat. Seraya mengangguk perlahan. Niatnya untuk bergurau dengan Ardell. Tetapi Ardell pula yang bergurau dengannya.
Ardell tersenyum. Seraya menghulur tangan untuk berjabat dengan Aiman.
"Sorry... Saya Ardell Aryana binti Abdul Rashid. Nice to meet you..."
Tawa Iqbal terhenti melihatnya.
Aiman tersenyum memandang seraut wajah Ardell.
"Aiman Naufal bin Sulaiman. Nice to meet you too." Jawabnya berjabat dengan Ardell.
Berkerut dahi Iqbal dan Hani melihatnya.
TBC.
PS:
* My Broken English (Please DM Me)
_______________________________________Comment & Vote Please.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro