Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 1: Adakah Ini Pengakhirannya?.

ARMELL Menundukkan kepala. Benci untuk melihat biasnya dikaca cermin.

Potret gambar perkahwinan dia dan Hanif direnung lama.

"I Love you Hanif Firdaus." Tuturnya perlahan.

Tinggal berapa jam sahaja lagi, lelaki tersebut akan bergelar bekas suaminya dan segalanya akan berakhir.

Flashback.

Mangkuk nasi ditangannya terlepas saat melihat Nina berada diatas pangkuan suami yang dicintainya. Air jernih bergenang dikelopak matanya.

"Sayang." Gumam Hanif.

Nina bingkas bangun dari pangkuan Hanif saat melihatnya.

Hanif segera menghampiri dan meraih kedua tangannya

"Armell.. Ini bukan macam apa yang awak sangka." Tutur Hanif.

"Ya, Puan Armell. Saya tak sengaja, terjatuh tadi dekat Encik Hanif tadi." Tutur Nina turut memberi penjelasan.

"Perempuan jalang!." Teriaknya, seraya menampar Nina sekuat hati.

"Armell!."

Tengking Hanif, seraya menarik Nina kebelakang.

Hancur. Luluh. Berkecai hatinya melihat tindakan suaminya.

"Kenapa dengan awak ni?. Kan saya dah bagitahu. Ini bukan macam apa yang awak sangka!." Teriak Hanif memarahinya.

Dahinya berkerut tidak percaya. Air mata yang mahu keluar sedaya upaya ditahannya.

"Saya dah lama sabar dengan perangai awak ni. Semua nak ikut cakap awak je. Selama ni. Awak tuduh Nina yang bukan-bukan. Awak tuduh saya yang bukan-bukan. Kesabaran saya ada limitnya Armell. Awak jangan sampai saya"

"Sampai saya apa?. Awak nak pukul saya?. Awak nak ceraikan saya?. Sebab perempuan ni?."

Dia menunjuk kearah Nina yang berada dibelakang suaminya.

"Kesabaran saya juga ada limitnya Hanif. Awak kena ingat siapa diri awak tu sebenarnya. Dari mana asal awak? Dan dekat mana awak sekarang?. Kalau bukan sebab saya. Jangan mimpilah awak ada bilik sendiri dekat company besar macam ni. Sampai senang awak nak buat maksiat dalam ni!. Dan kalau bukan sebab saya. Jangan mimpilah keluarga awak boleh hidup senang macam sekarang ni!."

"Armell Adriana!." Teriak Hanif mengangkat tangan mahu menamparnya.

Dia terkedu saat melihat tangan Hanif yang sudah diangkat tinggi, mahu menamparnya

Air matanya jatuh laju membasahi pipinya.

"Terima kasih Hanif." Tuturnya, seraya keluar dari bilik tersebut.

End Flashback.

Dia melabuhkan punggungnya diatas katil. Air matanya dibiarkan terus mengalir.

"Saya rela mengundur Hanif." Tuturnya sebak.

_
HANIF Mengucup lama belakang tangan Puan Aini ibunya.

"Mak doakan Along ya." Pintanya.

Aini turut merasa hiba. Dapat dia rasakan kesakitan anaknya itu. Air jernih mengalir membasahi pipinya. Tubuh Hanif ditarik kedalam dakapannya.

"Mak sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak Mak." Tuturnya.

Mata Hanif terasa bahang. Wajah Armell terbayang dimatanya. Tidak semena-mena air jernih bergenang dikelopak matanya.

Saya fikir taraf itu tak penting untuk sebuah perhubungan. Tapi ternyata saya salah Armell. Bisik hatinya.

_
ARMELL dan Hanif. Masing-masing sudah mengambil tempat didalam mahkamah.

"Mulakan Encik Hanif Firdaus." Tutur Hakim.

Armell menunduk pasrah. Matanya tidak mahu berhenti mengeluarkan air.

"Armell Adriana Binti Abdul Rashid."

Hanif menghentikan ucapannya. Dadanya terasa sebak. Sukar rasanya untuk dia menuturkan. Air mata yang sudah berada dikelopak matanya, sedaya upaya ditahan agar tidak jatuh.

Hatinya ditabahkan. Dia telah menyiapkan fizikal dan mentalnya dari rumah lagi.

"Dengan ini aku Hanif Firdaus Bin Abdul Ghani menceraikan kau dengan talak satu."

Tok.. Tok...

"Dengan ini Encik Hanif Firdaus dan Puan Armell Adriana sah bercerai talak satu." Tutur Hakim Pengadil.

Air mata Armell mengalir deras. Dia tidak mampu menahan dirinya. Lututnya terasa lemah, dia terduduk diatas lantai mahkamah.

Hanif membuang pandangannya kearah lain. Air mata yang mahu keluar segera dikeringkan dengan hujung jarinya.

"I love you Armell." Getusnya perlahan.

"Thank you Hanif." Tutur Armell didalam tangisnya.

Dato' Rashid Dan Datin Hasnah turut mengalirkan air mata melihat anak perempuan mereka yang terduduk diatas lantai mahkamah itu.

Namun dibalik air mata mereka. Dibalik hancurnya mahligai mereka. Ada senyuman yang terukir. Ada yang bahagia melihat keruntuhan masjid mereka.

_
SEHARI Suntuk Armell duduk diatas katil dalam biliknya, menangis

Sungguh satu kenyataan yang berat untuk dia terima, yang dia dan Hanif sudah tiada apa-apa lagi.

Pintu biliknya dikuak dari luar.

Suara tangis Sofea, bayinya memenuhi segenap ruang biliknya.

"Maafkan saya Puan. Sofea dari tadi menangis. Dia nak susu badan agaknya Puan."

Tutur Mak Tam pembantu rumah keluarga Armell sambil mengendong Sofea yang sedang menangis.

Namun dia langsung tidak berganjak dari tempatnya, apatah lagi mahu menoleh kearah Sofea yang berada ditangan Mak Tam.

"Puan." Mak Tam menyentuh bahunya.

"Mak Tam jangan kacau saya boleh tak?. Bagi saya masa, saya nak bersendiri." Tuturnya.

"Tapi Puan. Sofea tak berhenti menangis dari tadi." Tutur Mak Tam cuba berlembut.

Ish... Dia menarik-narik rambutnya seperti orang tidak siuman.

"Mak Tam tak faham bahasa ke saya cakap. Saya perlukan masa. Mak Tam keluarlah bawa budak ni!." Tengkingnya.

"Baiklah Puan." Mak Tam terpaksa akur dan keluar membawa Sofea.

***

"KENAPA Ni?. " Tanya Datin Hasnah apabila bertembung dengan Mak Tam.

Mak Tam menunduk, memandang Sofea yang berada ditangannya.

"Sofea dari tadi tak nak berhenti menangis Datin." Tutur Mak Tam.

Datin Hasnah mengambil cucunya dari tangan Mak Tam.

"Habis? Kenapa tak bagi dekat Armell?."

"Puan Armell tak nak. Dia mengamuk suruh saya bawa Sofea keluar." Tutur Mak Tam.

Datin Hasnah terdiam sejenak.

"Tak apalah kalau macam tu. Biar saya tengokkan Sofea. Mak Tam pergilah sambung buat kerja Mak Tam." Tutur Datin Hasnah.

"Baik Datin."

Mak Tam berlalu, melepasi Datin Hasnah.

"Shh... Shh... Alolo... Kenapa tiba-tiba manja cucu Nanny ni?." Tutur Datin Hasnah memujuk cucunya yang masih tidak berhenti menangis.

_
HANIF Menghirup kopi yang disediakan Ibunya didalam mug.

"Mak. Esok Along ingat Along nak keluar cari kerja." Tutur Hanif.

"Tak payahlah terburu-buru Along. Along duduklah berehat dulu dekat rumah. Tenangkan fikiran tu. Jangan nak paksa diri. Mak dengan Adik ok." Tutur Aini.

"Along tak boleh duduk rumah Mak. Sebab Along rasa kalau Along terus terperap dekat rumah. Lagi susah Along nak lupakan dia." Tuturnya.

"Hmm... Ikutlah... Kalau itu yang Along rasa terbaik untuk Along." Seloroh Aini.

Hanif terdiam sejenak. Memandang wajah Ibunya, dia diselubungi perasaan bersalah.

"Along minta maaf Mak." Tuturnya sayu.

Aini memandang wajahnya.

"Along ni kenapa?. Kenapa pula Along nak minta maaf dengan Mak?. Along tak ada buat salah dengan Mak pun." Tutur Aini menenangkannya.

"Kalau Along dengar cakap Mak dari awal. Semua ni tak akan jadikan Mak?."

Aini terdiam sejenak. Dia kemudian mengusap bahu anak lelakinya itu.

"Along. Jangan salahkan diri Along. Benda dah nak jadi. Percayalah cakap Mak, Along... Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya." Tutur Aini.

Dia manggut-manggut, seraya mengukir senyuman tipis.

***

Flashback.

"Armell." Dia meraih tangan isterinya.

Namun Armell merentapnya kasar, seraya menuding jari kewajahnya.

"Don't touch me Hanif!."

"Ok fine. Tapi kenapa saya tak boleh sentuh awak?. Awak isteri saya yang sah Armell."

"Yes! I'm your wife now. But not after this! Sebab saya akan failkan penceraian."

Kata-kata Armell bagaikan anak panah yang tepat mengenai sasarannya.

"Awak tengah cabar saya ke Armell?." Tanya dia dengan mata berkaca.

"Yes, i dare you!. Buat apa awak nak teruskan hubungan ni kalau awak dah tak cintakan saya?."

"Awak bercakap tentang diri awak ke Armell?." Tanya dia.

"No! Saya bercakap tentang awak Hanif... Awak dah tak cintakan saya!. Tapi awak takut nak mengaku. Sebab apa?. Awak takut hilang punca kan?."

"Macam tu sekali awak hina saya Armell. Awak ingat saya tak boleh hidup ke tanpa harta awak?."

"Yes, you're." Ujar Armell menjegilkan biji matanya.

"Awak dah tak percayakan saya Armell?." Tanya dia.

Armell berpaling darinya, sambil menggeleng-gelengkan kepala.

"I don't trust you anymore."

Air matanya sedaya upaya ditahan agar tidak keluar.

"Fine!. Terima kasih atas segalanya Armell. Saya jumpa awak dekat mahkamah." Tuturnya, seraya berpaling pergi.

***

Wajah Sofea yang sedang lena ditenungnya sayu.

Maafkan Ayah Sofea. Ayah terpaksa tinggalkan Sofea. Ibu dah tak sayangkan Ayah sayang. Tapi percayalah sayang. Ibu dengan Sofea akan selalu ada dalam hati Ayah. Tuturnya didalam hati.

Kepala Sofea dikucupnya penuh kasih.

End Flashback.

Air jernih yang mengalir membasahi pipinya, pantas diseka dengan ibu jari.


"Apalah agaknya yang anak ayah tengah buat sekarang?." Getusnya.

_

DATIN Hasnah menghela nafas berat apabila Asfira dan Marsha bertanya tentang Armell.

"Aunty dah tak tahu nak buat apa lagi As, Sha. Hari ni dah masuk tiga hari dah. Tapi dia langsung tak nak keluar bilik. Makan tak nak, apa tak nak." Seloroh Datin Hasnah.

"Habistu. Sofea macam mana?." Tanya Marsha.

"Itulah yang Aunty risaukan tu. Kami terpaksa bagi Sofea minum susu botol sebab Armell langsung tak nak pegang Sofea. Apatah lagi menyusukan..." Keluh Datin Hasnah.

"Dia marahkan Sofea ke?." Tanya Asfira.

"Aunty tak rasa sampai macam tu. Apa yang aunty nampak. Dia tu tengah melayan perasaan dia dan dia tak nak diganggu sebab bukan Sofea je. Siapa-siapa pun yang datang dekat, dimarahnya." Tutur Datin Hasnah.

"Aunty sabar ya. InsyaAllah... Kami akan tolong apa-apa yang patut." Tutur Marsha.

***

"YA Allah Mell!."

Teriak Marsha terkejut apabila melihat Armell yang terbaring tidak sedarkan diri diatas lantai dalam bilik.

Asfira turut terkejut. Kedua mereka berlari kearah Armell.

Asfira mengangkat kepala Armell kepangkuannya.

"Mell... Bangun Mell." Dia cuba mengejutkan Armell.

"Dia pingsan ke As?." Tanya Marsha.

"Aku rasa macam tu." Jawab Asfira.

"Aunty! Aunty!" Teriak Marsha menggelabah.

"Ada apa Sha?."

Datin Hasnah tergamam saat melihat Armell terkulai diatas pangkuan Asfira.

"Ya, Allah Armell." Dia melulu kearah Armell.

***

DATO' Rashid melulu kearah isterinya.

"Apa dah jadi ni? Macam mana dengan Mell?." Tanya Dato' Rashid risau.

"Dia demam panas. Doktor kata dia migrain. Mungkin terlalu banyak sangat menangis agaknya." Tutur Datin Hasnah mentafsir sendiri.

"Habis Sofea macam mana?." Tanya Dato' Rashid.

"Asfira dengan Marsha jaga dia." Tutur Datin Hasnah.

Dato' Rashid terdiam sejenak.

"Hmm... Awak ok tak ni?." Tanya Dato' Rashid apabila melihat wajah gundah isterinya.

Datin Hasnah melepaskan keluhan berat, seraya melabuhkan punggungnya diatas kerusi.

"Saya risaulah Abang. Mell tu baru lepas habis pantang. Saya takut dia meroyan nanti." Tutur Datin Hasnah.

Berkerut dahi Dato' Rashid mendengarnya.

"Awak cakap apa ni?. Awak tahu tak percakapan tu satu doa. Cubalah cakap yang baik-baik. InsyaAllah... Mell tak apa-apa." Tutur Dato' Rashid menasihati isterinya.

_

MARSHA Merenung lama wajah Sofea yang sedang tertidur pulas.

"Kesian baby Sofea. Tak pasal-pasal dia pulak jadi mangsa." Tutur Asfira mematikan lamunan Marsha.

"Itulah..." Balas Marsha sepatah.

Mereka terdiam sejenak.

"Tapikan As. Kau tak rasa ke kita patut bagitahu Hanif." Tutur Marsha.

Asfira memandang Marsha tajam.

"Bagitahu apa?." Tanya Asfira.

"Apa yang jadi dekat Mell. Aku bukan nak berkira. Tapi walau macam mana pun... Takkan dia nak lepas tangan macam tu je. Sofea masih tetap anak dia kan...." Tutur Marsha memberi penjelasan.

Asfira mendengus kasar.

"Benda macam tu kita tak payah ajar Sha. Kalau dia rasa dia ada tanggungjawab. Dia sendiri akan datang. Lagipun dalam keadaan Mell macam sekarang ni. Tak payahlah!. Aku tak nak dia tahu yang Mell jadi macam tu sebab dia." Tutur Asfira penuh makna.

Marsha mengangguk faham.

_
"HANIF."

Hanif memandang wajah gadis yang dianggapnya sahabat itu.

"Aku nak minta maaf dekat kau. Aku tahu semua ni jadi sebab aku." Tutur gadis bernama Nina itu.

Hanif menyandarkan tubuhnya pada kerusi.

"Nina. Kau tak payahlah nak minta maaf. Kami memang dah tak ada jodoh. Aku redha." Tuturnya.

Nina mengukir senyuman tipis. Selang berapa detik membisu. Nina kembali bertanya.

"Sorry kalau aku tanya. Kau masih cintakan dia?."

Hanif menghela nafasnya panjang.

"Ya, aku masih cintakan dia sekarang, tapi aku yakin perasaan tu lambat laun akan hilang juga. Kau kena tolong aku Nina." Tutur Hanif.

NINA Tersenyum nipis.

Aku akan buat apa sahaja supaya kau boleh lupakan dia Hanif.

TBC.

PS:

* My Broken English (Please DM Me)

_______________________________________Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro