Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2

14 Januari 2018

"BERHENTI!!!"

Zahirah menjerit akhirnya. Dan tindakannya itu berjaya menarik perhatian si pembunuh.

Tak disangka-sangka, tiba-tiba insan itu berdiri tepat bertentangan.

Zahirah terpanar. Dia ingin berundur, menjauhi insan bertopeng itu tetapi entah kenapa kaki serasa bagaikan dirantai. Dia ingin menjerit sekali lagi tapi suara tak dapat bebas dari kerongkong. Dia juga ingin panjangkan tangan dan menolak insan itu tetapi tangan Zahirah bagaikan lumpuh. Zahirah tak mampu lakukan apa-apa!

Dalam terpaksa, Zahirah merelakan pandangannya bersabung dengan mata insan itu. Zahirah menahan nafas sedayanya. Tatkala guruh munculkan diri, Zahirah dapat lihat sepasang mata dingin itu dengan lebih jelas. Bertambah terkesima Zahirah dibuatnya.

Pada sepasang mata itu... Zahirah seakan-akan melihat perkataan 'puas'. Tiada anggota lain yang kelihatan selain sepasang mata itu tetapi Zahirah bagaikan dapat melihat si pembunuh sedang tersenyum bangga. Jantung berdegup kencang manakala darah terus-terusan mengalir lebih laju daripada kebiasaannya.

"To... long..."

Suara lemah itu menyapa pendengaran Zahirah sekali gus menarik perhatian Zahirah kepadanya. Zahirah pandang si mangsa, kemudian Zahirah pandang si bedebah. Bergilir-gilir. Kaki mulai berundur, menjauhi si pembunuh. Zahirah terus dapatkan si insan malang dan duduk bersimpuh di sisinya. Terketar-ketar tangannya menyentuh tubuh yang sudah berdarah-darah itu.

Telinga dapat menangkap bunyi derapan langkah di belakang. Zahirah yakin pastinya si bedebah itu sudah melarikan diri. Lalu nafas dihela panjang, cuba menggali segala konsentrasi dan fokus.

"Aku doktor. Aku doktor. Aku tak boleh gelabah. Aku kena fikirkan keadaan dia..."

Zahirah berbisik kepada diri sendiri. Saat ketenangan mulai menyapa diri, spontan tangan Zahirah memeriksa nadi mangsa.

Lemah tapi masih bernyawa!

Adalah mustahil untuk Zahirah menekap dan memberi tekanan pada setiap bekas tikaman itu kerana firasat Zahirah memberitahu, jumlahnya terlalu banyak. Juring mata Zahirah serasa hangat tatkala rasa takut dan kasihan menerpa diri tapi dia menggeleng laju. Tak, dia tak boleh tewas dengan emosinya!

Tangan kanan mangsa cuba ditarik. Zahirah mahu membantu dia berdiri dan memapahnya masuk ke dalam kereta namun gagal. Barulah Zahirah perasan sebenarnya tangan itu sudah terikat ke belakang badan.

"Cik!" Tiba-tiba satu suara menegur dari belakang. Sepantas kilat Zahirah menoleh. Waktu itu jugalah kilat dan guruh bersabung lagi, sekali gus menampakkan wajah si pemilik suara.

"DOKTOR ANA ZAHIRAH."

Hanya dengan sekali seru, Zahirah menengadah. Seraut wajah yang tadinya hanya bermain di layar minda Zahirah, kini muncul di depan mata secara literal.

"Zaf..." Zahirah menyebut nama Muzaffar perlahan.

Ya, Muzaffarlah yang menghulurkan bantuan kepadanya malam itu. Kebetulan Muzaffar turut ada sama di kawasan itu. Muzaffar segera mencempung tubuh si mangsa dan seperti diarahkan Zahirah, mereka menaiki kereta Zahirah ke hospital terdekat.

"Dia akan selamat. Doktor Farhan boleh selamatkan dia."

Muzaffar yang duduk di sebelah Zahirah bersuara lagi, kali ini memetik nama pakar bedah yang ada di dalam bilik pembedahan sekali gus menjeda pita memori Zahirah. Sementara seluruh perhatian Muzaffar tertumpu pada Zahirah, wanita itu pula sekadar tunduk merenung lantai.

Doktor Farhan... Seorang pakar bedah di Hospital Sultan Ismail (HSI) ini. Mempunyai rekod bagus sepanjang perkhidmatannya dan sering menjadi buah mulut mereka yang bekerja dalam bidang ini. Zahirah boleh senaraikan sejuta kebaikan dan kebolehan Farhan. Seandainya itu mampu menenangkan hati Zahirah, dia mampu senaraikan bahkan dua juta! Tetapi...

"Aku percayakan dia."

"Tapi?" Pantas Muzaffar bertanya semula. Pada saat Zahirah mendongak, cepat-cepat Muzaffar cari anak mata Zahirah lalu pandangan dikunci di situ.

"Aku tak percayakan pembunuh tu." Lirih suara Zahirah kedengaran. Bersama sebaris ayat itu, terselit kebencian. Juga amarah dan sesalan.

"Sebulan lepas, kejadian ni pernah jadi juga. Dua bulan lepas, walaupun berbeza daripada sebulan lepas dan sekarang, kau pun tahu apa pengakhirannya, kan? Dan hari ni, 16 Mac..."

Antara dengar tak dengar saja suara Zahirah di penghujungnya. Ada air mata yang bergenang. Bibir yang sudah diketap kelihatan terketar-ketar. Jujur, Zahirah dapat rasakan seluruh tubuhnya menggigil walaupun dia cuba kelihatan biasa-biasa saja.

"Kau rasa semuanya berkaitan?" tanya Muzaffar lalu Zahirah mengangguk. Muzaffar diam sejenak. Tak langsung jawapan Zahirah itu mengubah emosinya hatta sekelumit.

Melihatkan muka tenang Muzaffar, lagilah Zahirah serasa mahu meraung. Kenapa? Kenapa Muzaffar begitu tenang? Kenapa semua kejadian-kejadian ini sepertinya tidak memberi impak langsung kepada lelaki itu? Kenapa Zahirah tak boleh jadi seperti Muzaffar? Sudahnya Zahirah menekup muka dengan telapak tangan. Tangisan dihamburkan. Dilepaskan perasaannya melalui air mata memandangkan itu sajalah yang dia mampu lakukan kini.

Masa terus berlalu. Menyaksikan seorang Ana Zahirah menangis tanpa henti bersama Muzaffar yang setia memerhati di sebelahnya. Sehinggalah desis-desis suara kedengaran, dua pasang mata tertumpu pada dua susuk tubuh yang kian menghampiri. Salah seorang daripada mereka pamit diri sebaik melihatkan Zahirah dan Muzaffar manakala seorang lagi mara merapati mereka.

"Doktor Zahirah."

Farhan menegur Zahirah terlebih dahulu. Zahirah berdiri tegak semerta.

"Macam mana, Doktor Farhan?"

"Selamat." Cuma satu perkataan itu diungkap Farhan namun memadai untuk membuatkan Zahirah menghembus nafas lega. Kalimah alhamdulillah meniti di bibir Zahirah berkali-kali.

"Hari ni awak off?" Farhan bertanya tentang Zahirah pula.

"Haah, tapi tadi saya dapat call daripada Jessica, jadi saya terus ke sini," jawab Zahirah jujur.

Mendengarkan itu, melimpah-limpah rasa kasihan Farhan pada Zahirah. Walaupun Farhan tidak mengenali kesemua Medical Officer (MO) di HSI ini, Farhan mengenali Zahirah semenjak dua bulan lalu. Farhan yakin, bukan dia saja. Bahkan nama Zahirah agak terkenal dan sering meniti di bibir-bibir kakitangan HSI.

"Jangan banyak fikir. Awak cuma MO di JKT. Urusan pembedahan di luar bidang kuasa awak." Lembut saja Farhan titipkan pesan pada Zahirah. Satu senyuman dihadiahkan sebelum Farhan pamit diri.

Ya, Farhan berkata benar. Zahirah hanyalah seorang MO di Jabatan Kecemasan dan Trauma (JKT). Segala urusan selain di JKT adalah di luar kuasa Zahirah. Hakikatnya walau di JKT sekalipun, kuasa Zahirah terhad. Bererti tak kiralah siapa pun yang datang dalam keadaan berlumuran darah, mencari dia dan bertegas dalam kelemahan yang Zahirah sahaja yang boleh membantunya, senyatanya Zahirah tak mampu melakukan apa-apa. Selain bergantung harap pada kepakaran pakar bedah seperti Farhan dan juga mendoakan yang terbaik untuk semua.

Sedar dia belum mengucapkan terima kasih kepada Farhan, Zahirah menoleh ke belakang.

"Dok..." Ingin memanggil Farhan tetapi lidahnya kelu bilamana melihatkan Farhan dihampiri seorang lelaki. Zahirah berpaling ke kiri dan dia bertambah terpempan apabila seorang wanita dan seorang lelaki mendekatinya.

"Doktor Zahirah." Wanita itu memanggil Zahirah dengan nada lembut. Ada senyuman meniti di bibir.

"Detektif Damia." Dalam kebingungan, Zahirah lemparkan senyum kelatnya.

Mereka tak perlu saling memperkenalkan diri. Kejadian dua bulan lepas telah membuka jalan untuk mereka mengenali satu sama lain. Damia ialah detektif, salah seorang pegawai polis yang telah ditugaskan untuk kes ini. Mata Zahirah beralih pada lelaki di sebelah Damia.

Orangnya tinggi lampai. Badannya kurus tetapi tegap. Muka berbentuk petak. Dagunya bagai membentuk persegi. Dua ulas bibirnya tidaklah terlalu tebal, tidak juga terlalu tipis. Elok-elok saja. Cukuplah untuk menampakkan ia milik seorang lelaki. Hidungnya mancung.

Matanya pula berwarna coklat gelap. Mungkin disebabkan keningnya tebal, maka sepasang mata itu kelihatan galak. Lelaki itu memakai kemeja lengan pendek berwarna biru gelap yang telah dimasukkan ke dalam seluar khaki. Sepasang kasut hitam tersarung di kakinya.

Untuk beberapa saat, pandangan Zahirah tertancap pada mata lelaki itu. Alih sedikit penglihatannya, Zahirah lihat hujung bibir lelaki itu menaik.

"ASP Aydin."

Zahirah menyebut nama itu dengan rasa jelak. Walaupun secara hierarkinya, pangkat Assistant Superintendant of Police (ASP) itu lebih tinggi daripada detektif, rasa hormat Zahirah kepada Aydin jauh lebih rendah daripada rasa hormatnya pada Damia.

"Kes yang sama berulang lagi. Kita akan buat prosedur yang sama. Doktor free sekarang? Kalau free, saya harap Doktor Zahirah boleh ikut kami balik ke IPD Seri Alam untuk kami temu bual doktor," kata Damia.

Zahirah paksa diri mengukir senyum.

"Saya free," beritahu Zahirah sekali gus memberi persetujuan untuk mengikut Damia dan Aydin pulang ke IPD Seri Alam. Sebelum ini, mungkin Zahirah akan gelabah dan cuak. Dia akan fikir bukan-bukan dan menyangka pihak polis berniat untuk menahannya tetapi sekarang, Zahirah bersedia berikan kerjasama penuh kepada mereka. Zahirah tahu keterangannya diperlukan untuk membantu siasatan.

"Detektif Ethan akan temu bual Doktor Farhan. Doktor jangan risau, insya-Allah semuanya okey aje."

Sejuk hati Zahirah tika itu. Bicara Damia yang ditemani ekspresi lembutnya sangat menyenangkan. Sayangnya, ketenangan itu hanya untuk seketika. Tiba-tiba saja Zahirah rasakan pipinya pijar dek renungan tajam Aydin.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro