AB. XXVI
"Michin namja!" Panggil Minyoung. Dia berdiri depan pintu dapur dengan berpakaian sopan. Sampaikan selimut kecil menutup tubuhnya. Keselamatan.
"Senyum sendiri kau apa hal?" Tanya Minyoung lagi, soalnya dari tadi Doyoung memasak omelette sambil tersengih macam kera dapat bunga.
Omelette yang dah siap dimasak itu diletak atas meja. Minyoung turut ambil tempat duduk di meja, awalnya tadi nak lihat karya Doyoung.
Tak mengecewakan, omelette itu nampak sedap dan menyelerakan. Agak comel juga, dengan hiasan sayur-sayuran tak ubah seperti wajah cartoon.
Minyoung refleks ketawa kecil melihat karya masakan omelette itu.
"Gelak?" Tanya Doyoung.
"Tak ada lah" Jawab Minyoung kasar. Air putih dicapai. Dia masih dengan egonya.
Walaupun, nafsu makan memaksanya untuk mencubit secebis omelette itu dan memakannya. Tapi itulah, dia ego! Nak juga diturutkan egonya itu.
"Taknak makan?" Tanya Doyoung sekali lagi.
"Kau masak untuk aku?" Minyoung pula mamastikan.
"Taklah, aku masak untuk 'perempuan seksi ' yang tadi. Ah mana dah dia tu?" Doyoung mengusik sambil buat gaya mencari kelibat 'perempuan seksi ' katanya itu.
Minyoung menggumam. Dia geram.
"Taknak? Aku makan. Itadakimasu— " Belum sempat Doyoung memotong omelette itu, Minyoung terlebih dahulu merampas pinggan tersebut.
Di ambilnya handphone atas meja makan di sebelahnya, dan ditangkap gambar omelette itu. Minyoung melonjak gembira. Doyoung hanya memerhati gelagat Minyoung dengan melipat lengannya atas meja dan menongkat dagunya.
Lalu, omelette itu dimakan oleh Minyoung.
"Mmhm~ delicious!" Pujinya refleks.
Doyoung pula, tersenyum bahagia. Bukan bahagia sebab masakannya dipuji enak, tetapi dia bahagia lihat Minyoung makan.
"Open your mouth!" Ujar Minyoung. Dengan nada sedikit serius.
Takkan marah lagi? Gumam hati Doyoung.
"For what?" Tanya Doyoung.
"Kapal terbang nak landing... shretttt~! " Minyoung dengan riak dan gaya mcam budak kecil sambil satu sudu omelette disuakan menuju mulut Doyoung.
Doyoung buka mulutnya, dia fahamlah yang Minyoung hendak menyuapnya. Dikunyah omelette itu dan Doyoung tersenyum semula.
"Nah, makan lagi." Minyoung kembali menyuap Doyoung selepas menyuap dirinya sendiri.
Doyoung sebaliknya menolak sudu itu. "Kau saja yang makan. Kan aku masak untuk kau." Ujarnya dan senyum semula.
Doyoung betul-betul tak boleh berhenti tersenyum. Dia hanya memerhati Minyoung makan. Satu perkara Doyoung sedar, yang Minyoung dah mula bersikap terbuka dengannya. Satu perkara lagi, mereka berdua makan berkongsi sudu.
"Eat well princess, cepat-cepat membesar. Lepastu, kita kahwin-"
Mulut besar Doyoung yang ternganga ketawakan Minyoung itu disumbat dengan omelette oleh Minyoung sendiri. Macamlah Minyoung itu budak kecil dibuatnya.
Pagi-pagi dah nak memekak! Dasar annoying-boi !
➳❥ tbc
2 chapter lagi tamatlah fanfic ni! ✊
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro