AB. XXII
Selepas dari peristiwa hari itu, Minyoung kerap kali mengelak dari bertemu dengan Doyoung. Jujur, dia malu. Buat masa ini, hanya dia sahaja yang tahu soal itu.
Minyoung dan Miya duduk bersantai di cafe Hongdae. Sambil membaca buku, sekejap lagi ada test.
"Miya, kalau aku cerita sesuatu ni.. kau jangan terkejut sangat ya?" Pinta Minyoung, dia terpaksa ceritakan pada Miya.
Meluah. Sebab kalau dipendam, lagi membuatkan dia terus-terus tak henti berfikir soal peristiwa dicium oleh Doyoung. Yalah, kan kali pertama bagi Minyoung.
Miya mengangguk laju sambil mulut penuh dengan boba tea.
"Doyoung... dia kiss aku hari tu."
Habis tersembur boba tea diminum oleh Miya itu. Untungnya tersembur ke atas meja sebab Miya cepat-cepat tundukkan kepala. Kalau tidak, habislah muka Minyoung jadi sasaran.
"KAU BIAR BETUL —! "
------
*kakaotalk ringtone*
Handphone Minyoung berbunyi, dia sedang menunggu Jinyoung di depan pintu rumah. Minyoung juga dah siap memasak untuk adiknya kesayangannya itu.
Hari dah nak petang, Jinyoung masih belum balik. Katanya tadi, study di rumah Hyunsoo untuk ujian esok harinya— ulangkaji addmath. Lantas panggilan itu disambutnya,
"Noona"
"Jinyoung tak balik rumah malam ni."
"Habis? Jinyoung nak tidur mana?"
"Rumah Hyunsoo."
"Tak boleh. Balik sekarang, atau
telinga Jinyoung putus noona tarik! "
"Alaa noona, demi paper esok tau.
Kesian kawan Jinyoung nak minta ajar."
"Jinyoung bawalah mereka tidur sini.
Kalau Jinyoung tidur situ, siapa
kawan noona tidur kat rumah ni?"
"Alaa tak boleh lah noona, mommy Hyunsoo ni,
cerewet. Noona minta temanlah Miya noona.
Okay bye noona! sayang noona dunia
akhirat selamanya emuah —♡ "
tut.
Panggilan dimatikan oleh Jinyoung. Bijak sekali adiknya itu mengampu. Lantas Minyoung chat Miya di aplikasi line.
wm.young
| miya
| teman aku
| tidur rumah aku
meowuchi_
mianhae minyoung-ah |
aku kat rumah ayah aku ni |
minggu depan baru aku balik |
wm.young
| alaa tak apa lah :)
| jinyoung ni tidur rumah kawan dia
| study group
| dahlah sekarang ni hujan
| petir lagi tu
| kau tau kan aku takut petir
| 😢😢😢😢😢
meowuchi_
try minta teman doyoung |
wm.young
| euh no, thanks!
read.
------
dumm! dumm!
Bunyi dentuman petir sambar menyambar, Minyoung cuma mampu berpeluk lutut dengan selimut membalut tubuhnya. Jujur, dia takut dengan petir. Kena-kena lagi, malam ini dia bersendiri di rumah.
knock! knock!
Pintu rumah diketuk dari luar, Minyoung memerhati dari sebalik tingkap rumah. Gelap.
Takkanlah itu Jinyoung?
Gumamnya dalam hati.
Minyoung beranikan diri untuk lihat itu siapa gerangan yang datang. Tak mungkin juga itu Miya, sebab Miya bermalam selama seminggu di rumah ayahnya.
Ayah dan ibunya berpisah. Miya tinggal bersama ibunya, kadangkala dia bermalam di rumah ayahnya. Bergantian.
Payung dibelakang pintu diambil. Betullah kata pepatah— sediakan payung sebelum hujan. Jika sahaja itu penjahat, Minyoung akan membelasahnya berhabis-habisan.
Pintu dibuka dan,
"ARGH —! "
"HUWAA —! "
➳❥ tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro