AB. XX
Maka, berakhirlah mereka berdua makan di McDonald's. Sejak dari tadi, Doyoung tak berhenti bercakap— buka topic pasal itulah, inilah.
Minyoung pula cuma angguk dan geleng. Sekadar melayan Doyoung, kalau dibluetick kesian pula.
"So, satu minggu parents kau kat Jepun?"
Minyoung angguk.
"Jadi, kat rumah cuma kau dengan Jinyoung?"
Minyoung angguk.
"Kalau aku teman, tidur rumah kau. Nak tak?"
Minyoung angguk.
Eh— Minyoung menggeleng laju.
"Mawna bowleh!" Sambil mulut penuh dengan makanan Minyoung cuba bercakap. Perbetulkan kesalahan. Si gila tak patut diberikan peluang.
"Gurau je lah." Ucap Doyoung. Minyoung melepaskan keluhan lega. Dia malas nak bergaduh lagi dengan Doyoung.
Bak pesan Miya selalu padanya,
Cukup-cukuplah patahkan tulang Doyoung tu.
Ada betulnya juga, kang anak orang jadi cacat eh bukan— kurang upaya. Sah-sah mendaftar di jabatan kebajikan Orang Kelainan Upaya. ckckck !
Sekali lagi, refleks Doyoung mencubit kedua pipi Minyoung. Gadis itu agak terkejut, nasib sahaja tak tersembur keluar ayam dari dalam mulutnya. Kalau tak, habislah muka kacak si Doyoung.
------
Minyoung meminta untuk singgah sebentar ke Myeongdong Streefood. Belikan makanan untuk Jinyoung. Sekejam-kejam Minyoung sebagai kakak, tak pernah terlintas difikirannya membiarkan Jinyoung mati kelaparan.
Dia juga sayang adiknya walaupun, Jinyoung itu lebih sayangkan pspnya. Contoh adik terbaik di alam semesta bukan?
"Tunggu sini kejap." Arah Minyoung,
Dia berjalan beberapa langkah ke sebuah gerai sup tauhu pacik Ji Sukjin, sup tauhu memang dah jadi kegemaran mereka dua beradik.
Sementara menunggu giliran, Minyoung duduk berteduh digerai itu. Diperhatinya dari jauh Doyoung yang berdiri tak jauh menunggunya— sedang berborak dengan seorang perempuan.
Minyoung kenal perempuan itu. Nayeon. Pelajar yang ambil course yang sama dengan Doyoung.
"Nah, nak Minyoung." Pacik Sukjin memberikan sup tauhu dalam plastik itu.
Sup tu masih panas, tapi tak kalah panas dengan hati Minyoung yang sedang membara melihat mereka berdua itu. Entah setan apa merasuki Minyoung, dia berjalan meninggalkan Doyoung.
------
"Minyoung-sshi !"
"Tunggulah !"
"Aigoo, jangan laju sangat jalan."
Doyoung akhirnya dapat mengejar Minyoung. Nayeon sudah tiada bersamanya, sekali sekala dijeling lelaki itu. Siapa tahu ada Nayeon sembunyi dibelakang Doyoung.
Minyoung tahu, sebab Doyoung pernah cerita padanya soal hubungan lelaki itu dengan Nayeon. Yang awalnya bermula sewaktu acara keluarga, majlis baby shower anak menakan Nayeon. Di situlah Doyoung bertemu dengan Nayeon.
Tapi, hubungan mereka tak kekal lama. Tak genap setahun. Sebab ldr— Long-Distance-Relationship. Satu sebab lagi, Doyoung tak suka perangai Nayeon yang manja tak bertempat. Buatkan dia rimas.
"Apa? Pergilah sana dekat Nayeon. Kan awak suka dekat den—! YAH ! "
➳❥ tbc
eyoo what happen ah ?
tunggu next update 😆
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro