AB. XII
Hari ini, cuti. Minyoung dan Jinyoung ditinggal dirumah oleh ibu bapa mereka. Omma mereka sibuk dengan persiapan fashion show akan dihadiri oleh ommanya malam nanti.
Appa mereka pula, menguruskan dokumen perjalanan untuk beberapa wakil pelajar ke temasya pertandingan taekwondo di Jepun bulan depan.
Selesai sahaja Minyoung memasak, hanya nasi goreng kimchi untuk Jinyoung. Adiknya itu merengek sebab lapar. Nak masakan noona dia. Terpaksalah, Minyoung gagahkan diri menyentuh dapur.
Selesai sahaja memasak, dan Jinyoung makan. Minyoung mencuci kain. Yah, tolong omma pnya buat kerja di rumah. Sementara itu, dia mengambil selimut lembutnya dan dicuci.
Selimut lembut itu siap diwangikan dengan pewangi fabrik, dan Minyoung menjemurnya dibalkoni rumah. Baru sahaja dia hendak berganjak masuk semula dalam rumah.
Selimutnya terbang dibawa angin- disebabkan Minyoung lupa untuk menjepit selimut itu dengan penjepit kain. Selimut itu jatuh ke belakang rumah. Atas pokok.
Aigoo, sejak bila pula ada pokok belakang rumah ni !
Keluh hati Minyoung, selama 22 tahun dia bermastautin di taman perumahan Sondaemun ini. Dia baru tahu, ada pokok tumbuh di belakang rumahnya.
Seraya batang penyapu diambil dan Minyoung berjalan ke belakang rumahnya, dan benar sekali ! Selimut itu jatuh tepat di atas pokok.
Minyoung terjongket-jongket, terhinjut-hinjut nak capai. Tapi, malang, dia tak cukup tinggi.
Entah dari mana datangnya Doyoung, berdiri di sisi Minyoung dengan kedua tangannya disilangkan atas dada.
"Chagi !" Panggil Doyoung, saja nak mengusik.
"Shut up!" Jawab Minyoung, "Bernanah telinga aku dengar kau panggil macam tu." Dia sambung meloncat-loncat.
"Kalau tak boleh capai, kenapa tak minta tolong?"
"No thanks !"
"Aku nak tolong jugak!"
"Aku tak perlu pertolongan dari kau !"
"Tapi, aku nak tolong jugak!"
"Argh! Aku boleh sendiri- "
Doyoung mengangkat tubuh Minyoung, agak terkejut gadis itu dengan tindakan Doyoung. Tangan lelaki itu terkemas melingkar di pinggang Minyoung.
"Woi! Turunkan aku !"
"Ini adil. Aku dapat tolong kau, dan kau yang ambil selimut tu." Perjanjian adil dan saksama dimeterai oleh Doyoung sendiri beberapa minit yang lalu.
"Turunkan akulah! Aku gayat !"
"Itulah, kau ambil cepat. Cepat juga aku turunkan kau."
Minyoung terpaksa mengalah! Dia nak lekas turun sebab gayat dengan ketinggian, Acrophobia.
Sebaik sahaja selimut itu berjaya tersangkut dihujung batang penyapu, angin kuat menerpa. Menyebabkan selimut itu jatuh atas muka Minyoung.
Terkebil-kebil Minyoung untuk membuang selimut itu dari mukanya, membuatkan Doyoung di bawahnya hilang kestabilan. Kedua mereka pun jatuh tergelupuk bersama atas tanah macam nangka busuk !
➳❥ tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro