Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

AB. XI

"Do- doyoung."

Minyoung menggerutu diri sendiri dalam hati, ini baru kali pertama dia memanggil nama lelaki itu. Walaupun, kali ini hanya menerusi panggilan telefon. Untung sahaja, hari itu Doyoung pernah mengacaunya menerusi panggilan telefon pada waktu tengah malam.

"Ya?"

"Tolong aku."

"Tolong apa?"

"Boleh?"

Minyoung menyumpah dirinya sendiri dalam hati, seumur hidupnya tak pernah dia merayu sebegini. Keadaan memaksanya sekarang.

"Of course."

"Dalam beg aku, ambilkan ekhem— "

"Ambil apa? Aku dah buka ni."

"ROTIJEPUNORANGPEREMPUAN !"

"A- Apa? Jangan cakap laju sangat."

"Tolong ambil benda warna putih
dalam poket beg aku tu. Im period—! "

Panggilan diputuskan Minyoung, dia malu sangat. Tiada orang lain dapat membantunya. Terpaksalah dia tebalkan muka dengan Doyoung nanti.

Harapnya, Doyoung akan faham.

------

Ketukan pintu dari luar, Minyoung membuka kecil pintu itu. Hanya kepalanya yang tersembul keluar. Doyoung dah sampai.

Doyoung memberikan hoodie yang tadi dipakainya, "Dalam hoodie tu." Katanya.

Minyoung jadi bertambah malu, hoodie itu dicapainya. Dan betul, roti Jepun itu dalam dalam poket hoodie tersebut.

"Kalau tembus, pakai hoodie tu. Ikat dekat pinggang kau." Lanjut Doyoung lagi. Sebenarnya, dia faham sikit masalah orang perempuan. Kan dulu, dia pernah ada girlfriend.

"N- nae." Pintu ditutup.

Baru sahaja Minyoung hendak buka balik untuk ucap terima kasih, kelibat Doyoung sudah menghilang. Biarlah, at least dia tak jatuh saham. Cukup-cukuplah minta tolong ambilkan roti Jepun itu buatkan dia jatuh standard.

------

"Nak balik?" Tanya Doyoung sebaik sahaja Minyoung sudah tiba kembali di library. Rupanya lelaki itu masih setia menunggunya— eh salah, menjagakan beg Minyoung.

Minyoung pandang sisi lain, malu. Lagi-lagi bila lihat pinggangnya yang terikat kemas dengan hoodie milik Doyoung.

He's caring.
Segera fikiran kalut itu dibuang jauh-jauh.
Apa yang aku fikir ni, haish.

"Mengelamun?" Tegur Doyoung lagi.

Minyoung tersentak, dan mencapai begnya. Berjalan keluar library, rasanya dia perlu pulang ke rumah sebentar untuk bersihkan diri dan datang semula sebab ada kelas.

"Neomu kiyowo~" Pipi Minyoung dari sisi dicubit oleh Doyoung, buatkan gadis itu bertambah malu. Muka yang naik merah tadi cuba disembunyi, tapi ketahuan Doyoung akhirnya.

"Sirheo!" Minyoung jadi geram. Dicubitnya perut lelaki itu. Tetapi, rasanya keras.

Ah nevermind !
Getus hatinya, padahal Minyoung tahu apa yang dia tercubit tadi.

"Most welcome, honey !" Doyoung tambah mengusiknya, dia menganggap ucapan amarah Minyoung tadi adalah ucapan terima kasih.

➳❥ tbc

sampai tak? faham tak scene ni?
maaf kalau tak faham ya
idk why terfikir scene ni 😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro