Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

AB. VIII

"Minyoung, tolong madam hantarkan surat ni." Madam Ji memanggil Minyoung, terbantut niatnya yang tadinya ingin lunch dengan Miya dikantin universiti.

"Yes, madam?"

"Hantar surat ni dekat pelajar nama Kim Dongyoung." Sepucuk surat diberi pada Minyoung, dia menyambut sampul berisi surat itu. "Do you know him?" Tanya Madam Ji.

Minyoung menggeleng, yang dia tahu surat ini akan dihantar kepada lelaki, dia bukan kenal sangat semua pelajar di universiti ini. Orang kenal dia adalah, sebab dia kan 'taiko'.

"Ah, kamu hantar jelah. Orangnya ada dekat lab sekarang." Madam Ji menolak tubuh Minyoung untuk naik semula ke blok dewan kuliah.

"Miya, teman- " Minyoung menoleh ke arah dibelakang, Miya yang tadinya ada kini menghilang. Haish terpaksalah, dia berdikari pergi ke makmal sendiri.

------

Doyoung meneliti handphonenya sampai tersenyum sendiri, berita menggemparkan baru sahaja masuk melalui pesanan e-mailnya.

"Professor!" Panggil Yuta, lelaki berdarah Jepun ini juga sama course dengannya. "Doyoung, main handphone! "

Professor Lim menatap tajam ke arah Yuta, dan kemudian Doyoung. "Apa masalahnya?"

"Doy- "

"Saya check result ujian Prof. Dah keluar." Pintas Doyoung, seraya dipandang sinis Yuta yang duduk dihujung sana. Handphone Doyoung simpan di bawah laci dan fokus semula dengan lab report.

Yuta cepat-cepat membuka handphonenya. Dia juga ingin mengetahui keputusan ujiannya, sebab dia juga ambil ujian itu. Ujian kelayakan menyertai pasukan untuk penyelidikan.

"Take a break, 10 minutes only. Go check your result !" Ujar Prof. Lim, seraya lima orang pelajar sains itu mula sibuk dengan handphone masing-masing. Sementara Prof. Lim keluar sebentar.

Minyoung kini berdiri di hadapan lab itu. Baru sahaja tangannya hendak menyentuh tombol pintu, pintu dibuka dari dalam. Kelibat Prof. Lim keluar.

"Ah Woo Minyoung, kamu cari siapa ke sini?" Tanya Prof. Lim.

Surat kembali ditelitinya, jelas nama Kim Dongyoung terpampang di atas kertas. "Madam suruh saya, bagi surat ni dekat..." Surat ditunjuk pada Prof. Lim.

Lelaki separa umur itu mengangguk perlahan. "Oh, Dongyoung. Dia ada dekat dalam, pergilah masuk sana." Prof. Lim berganjak keluar.

Siapapun Kim Dongyoung itu, Minyoung sendiri tidak tahu.

➳❥ tbc

sorry for late update  🙇

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro