AB. VII
Minyoung dan adiknya, Jinyoung berjalan kaki bersama ke perhentian bas Hyehwa. Adiknya itu cuma perlu jalan kaki sahaja, highschoolnya lebih dekat berbanding universiti kakaknya.
"Noona, hari ni Jinyoung balik lambat sikit."
"Hah merayap ke mana lagi hah! Bagitau appa baru tau, tarik duit belanja hohoho." Minyoung gembira, selalunya dia kena ugut oleh adiknya ini.
"Kejap jah pergi rumah Hyunsoo. Buat kerja kursus." Jelas Jinyoung pendek.
"Kerja kursus atau gaming." Minyoung dengan death glare. Kemudian berfikir sejenak. " Apa tu, COC? " Dia cuba meneka game yang adiknya selalu main dihandphone setiap malam.
"Ihh noona, COC itu game orang nooblah. Sekarang kita main PUBG, ML ! Noona tu yang noob, masih main COC HAHAHA." Jinyoung mentertawakan kakaknya.
Minyoung terlalu purba sebab masih dengan era Clash of Clans. Orang sekarang Pubg atau Ml.
Adiknya itu ditolak ke arah bertentangan dengannya. "Ihh sanalah pergi. Bisinglah kamu !"
Jinyoung pun berjalan masuk ke dalam kawasan sekolahnya. Nak diceritakan, Jinyoung ini memang kaki game, selalu pergi buang masa di pusat arcade.
Jinyoung ini nakal tapi berakal. Biar tak study, adiknya itu akan selalu dapat top. 1 setiap kali ujian.
------
Dalam bas, seperti hari biasanya. Minyoung akan duduk tepi tingkap. Spot kegemaran dia dah tepi tingkap bas.
Handsfree dikeluarkan dari beg sandang, dan dipasang pada telinga. Melayan jiwa dengan lagu-lagu genre k-indie— Vineyard nyanyian Oohyo.
Doyoung datang dan duduk disebelah Minyoung— tadinya tempat duduk sebelah Minyoung itu kosong. Minyoung tidak perasankannya. Tetap fokus dengan lagu sambil melayan perasaan.
Doyoung menarik handsfree di telinga belah kanan Minyoung dan dipasangnya pada telinganya sendiri. Minyoung yang sedar akan itu terus berdiri.
" YAH ! APA KAU BUAT DUDUK SEBELAH AKU !"
Doyoung menutup telinganya, boleh pekak seumur hidup dengan suara jeritan Minyoung. Habis semua penumpang dalam bas memandang mereka dengan pelik.
"Pergi kuliah lah." Jawab Doyoung pendek lalu menarik pergelangan tangan Minyoung supaya duduk semula.
" YAH ! " Minyoung berdiri semula. Dia menyampah dengan Doyoung yang tiba-tiba muncul entah dari mana.
"Jangan jerit kuat, nanti kita kena ha— "
Bas dihentikan serta merta, membuatkan Minyoung yang berdiri berhadapan Doyoung itu hilang keseimbangan. Nasib sempat dia berpaut pada besi bangku bas.
Tapi, posisi mereka— Minyoung mengunci Doyoung dengan kedua tangannya. Tak sengaja pandangan mata bertemu, Doyoung tersenyum nampakkan gigi arnabnya.
" DARI TADI MENJERIT YAH YAH ! KAMU BERDUA TURUN DARI BAS SEKARANG JUGA !" Pemandu bas marah dan menghalau mereka berdua.
Terpaksalah akur Doyoung dan Minyoung, apa boleh buat. Maka, mereka berjalan kaki ke universiti.
"Hei, gila ! Jangan ikut aku lah !"
"Siapa yang ikut kau, orang nak masuk kelas."
"Kau jalan belakang aku tu. Ikut aku lah tu !"
"Kau yang jalan laju sangat macam kingkong."
"yAH !" Minyoung membelasah Doyoung, dia geram amat. Dari tadi Doyoung menempel dengannya. Habis ditumbuknya badan si Doyoung, lelaki itu cuma relax.
"Gigitan nyamuk lebih sakit dari yang kau pukul ni tau." — Doyoung.
➳❥ tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro