AB. V
"Omma, lelaki dekat rumah Kwangsoo Samcheon tu siapa? " Minyoung cuba membuka bicara, dia membantu ommanya memasak— potong sayur-sayuran untuk masak sup makan malam.
"Kacak bukan? Omma suka nampak, lagi-lagi kalau dengan kamu." Pintas ommanya, siap menjodohkan lagi. Dah macam gaya hidup orang zaman dulu, menjodohkan anak.
Minyoung mendecit, "Apalah omma ni." Dia memang 'masak' betul dengan sikap ommanya yang asyik menyuruhnya cari teman lelaki.
"Apa, kamu tak berminat dengan dengan anak buah Kwangsoo tu?" Tanya ommanya,
"Jangan cakap kamu suka perempuan— yAH TENGOK ANAK AWAK NI !" Minyoung dipukul dengan sayur oleh ommanya seraya appanya turut datang menjenguk pergaduhan di dapur.
"Omma, Minyoung mana lah suka perempuan." Minyoung bersembunyi dibekakang appanya.
"Awak ni tak habis-habis suruh dia cari boyfriend," anak gadisnya itu cuba dibela.
"Tengoklah sendiri anak awak tu. Dia kasar macam lelaki mana ada yang nak dia." Jawab ommanya pula. "Saya cuma nak dia pikat anak buah Kwangsoo tu." Tambahnya lagi.
Appa Minyoung seakan terkejut— bukan teruja sebenarnya. "Betul tu, Minyoung. Appa tengok pun budak tu kacak macam appa."
"Omma dengan appa sama sahaja. Patutlah berjodoh." Minyoung berlari naik ke atas masuk biliknya, niat nak bantu ommanya masak dah terbatal.
Rupanya lelaki gila tu anak buah Kwangsoo Samcheon. Tapi kenapa, satu Lee satu Kim? Gumam hati Minyoung.
Minyoung memukul bantal gulingnya, buat apa dia berfikir tentang lelaki gila itu. Tiada urusan sama sekali dengannya.
------
"Minyoung. Tolong hantarkan sup ni pergi rumah Kwangsoo. Kesian dia dahlah tak ada bini, hidup menyendiri— hiks." Arah ommanya, siap dengan lakonan sinetron.
Minyoung awalnya enggan, "Omma suruhlah Jinyoung." Dia takut dengan lelaki gila itu.
"Tengok lah adik kamu tu, dah tertidur." Sekali lagi ommanya buat muka kesian, sambil menunjuk ke arah adiknya, Jinyoung yang tertidur pulas atas sofa dengan air liur meleleh.
"Penat sekolah, kesian anak appa." Kali ini pula appanya buat muka kesian. Padahal, Jinyoung itu kepenatan sebab main videogame psp.
Minyoung terpaksa akur. Dia cuma perlu hantar sup itu dan balik. Kalau-kalau lelaki gila itu kacau dia, jurus taekwondo akan dihadiahkan dan patah-patahkan tulang sekepultura si Doyoung.
➳❥ tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro