Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

AB : SC. II

[  SPECIAL CHAPTER TWO. ]

terlebih dahulu, saya nak minta maaf sesangat sebab lama update! sebagai tanda maaf saya sediakan super special chapter 2000 words. enjoy it and komen banyak-ii ya. last dah ni! thankyou

warning : 15+
CHESSY, CRINGY, SWEET CONTENT !

------

"Jinyoung sayang noona ketat-ketat.." Jinyoung memeluk erat kakak satu-satu yang dia ada itu.

Tak sedar diri suami kakaknya itu hanya memerhati dengan sinis. Melebih ni peluk isteri orang, hati Doyoung sudah melonjak panas.

Kalau dia yang peluk Minyoung erat sebegitu, akan dilayangkan penumbuk atau cubitan ketam. Tapi, Jinyoung pula tidak. Malahan, Minyoung turut menyusap lembut rambut adiknya itu.

Ah, tak apalah. Ini hari terakhir Jinyoung berada di sini. Getus hati Doyoung. Ya, Jinyoung akan melanjutkan pelajaran ke England. Dalam jurusan sains mikrobiology.

Sikap cemburunya masih boleh dibawa bincang. Lepas Jinyoung pergi, bolehlah Doyoung bermanja puas-puas dengan isterinya. Sampaikan Minyoung naik muak dan berasa memelihara bayi besar. Bayi arnab. Arnab besar.

"Noona nanti bagi khabar gender anak buah Jinyoung ya.." Pinggang kakaknya itu dicuit manja.

Minyoung mencebik geram. Bahkan, mengandung pun dia belum. Bodohlah Jinyoung! Ingat anak itu macam sayur, tanam terus jadi?

"Ah, sudah sana pergi peluk omma dengan appa pula." Minyoung menolak adiknya menjauh pergi ke arah ibubapanya yang terduduk di bangku di Incheon International Airport itu.

Jinyoung menghambur ke pelukan ibubapanya dengan muka basah air mata dan hingus meleleh. Umur sudah 21 tahun, tapi perangai masih kanak-kanak ribena.

Haish, beza sekali dengan Minyoung.
Mungkin, mereka dua beradik ni tertukar jantina.

------

Petang itu, Youngyoung couple sedang rebahan sambil makan snack. Menonton netflix sebab kebosanan. Mereka berdua cuti dari bekerja sebab hantar Jinyoung ke airport pagi tadi.

Finding Nemo. Langsung tak menarik perhatian Minyoung, baru sahaja isterinya itu hendak berganjak pergi. Doyoung menarik semula tangannya menyebabkan Minyoung jatuh ke pangkuan suaminya itu.

"Awak nak ke mana?"

"Bosan.." Rengek Minyoung. "Nak ke balkoni, main jenga."

Doyoung agak tersentak dengan jawapan isterinya. Laptop segera ditutup, "Kalau macam tu, kita main jenga sama-sama." Seraya mendukung isterinya gaya koala menuju ke balkoni.

Yang satu koala, satunya lagi arnab.

------

"Yang kalah kena denda!" Kata Doyoung, sambil meletak satu botol wine atas meja. "Satu round kalah, satu gelas kena habiskan." Sambil menuangkan wine itu dalam gelas.

"Tak ada denda lain selain— "

" —No. Tak ada." Pintas Doyoung.

"Okay fine." Minyoung mengalah.

"Saya jamin awak akan kalah, tahu sebab apa. Dulu sekolah tinggi, saya ratu jenga tau!" Kata Minyoung dengan gayanya mengangkat satu kening. Nak tunjuk gangster dengan suami sendiri.

Satu blok jenga ditarik oleh Doyoung. Dan selamat! Stabil.

"Queen you may go now." Usik Doyoung.

Minyoung mula menarik satu blok jenga, dia tak sedar akan kelalaiannya yang menarik blok dihujung sekali.

"Yes! Giliran awak pu- "

Jenga itu runtuh.
Minyoung kalah di round pertama.

"Queen yang kalah, kena minum." Satu gelas wine diberikan, Minyoung ragu-ragu untuk meneguknya.

Kadar toleransinya dengan alkohol agak minimum. Walau meneguk sedikit sahaja, Minyoung akan naik mabuk. Sebab itulah, dia jarang sekali minum minuman keras.

.
.
.

Minyoung yang sudah kalah 5-2 berbalas Doyoung itu mula mabuk berat. Doyoung masih segar dan ingin bermain lagi. Jenga ditarik dan tiba giliran Minyoung pula.

"Giliran awak, queen-- "

Bbuk.

Kepala Minyoung jatuh atas meja. Refleks blok-blok jenga yang tersusun menjulang itu juga jatuh, tapi jatuh ke lantai. Minyoung sudah tidak sedarkan diri.

Jam dinding diteliti dari luar, sudah jam 10 malam. Tak sangka mereka berdua habiskan cuti hari ini dengan quality time berduaan. Netflix, makan, dan jenga.

Badan isterinya itu dicempung gaya bridal carry untuk masuk tidur. Dengan bau-bauan alkohol, pipi yang merona merah, bibir yang.. ah fikiran Doyoung melayang ke planet Marikh. Panas! Hot!

Selepas meletak tubuh isterinya atas katil, Doyoung ingin berganjak menutup semula pintu bilik. Dia lupa untuk menutupnya dengan kaki tadi.

Minyoung menarik tengkuk Doyoung menyebabkan tubuh lelaki itu jaruh di atasnya. Namun, sempat Doyoung menahan tubuhnya dengan tangan yang ditahan atas katil, nanti terjepit pula isterinya.

"How it taste?" Tanya Minyoung samar-samar.

Dahi Doyoung berkerut, "Taste? Wine?" Tanyanya.

"No, your lips."

Mati. Doyoung mati! Keadaan sekarang, Minyoung memaksanya untuk keluar dari zon selesa. "Awak mabuk teruk ni— "

" —Taklah, saya sedar." Minyoung memeluk tubuh Doyoung yang berada di atasnya itu, dikunci rapat. "Saya nak rasa bibir awak. Boleh?"

Kenapa perlu minta izin.
Jangan, dia mabuk ni.

Saling bertentangan kata hati dan nafsu lelaki itu. Syaitan dan malaikat membisik dikedua telinganya.

Tanpa permisi, Minyoung menarik tengkuk Doyoung dan menyatukan bibir mereka. Cuma sekejap. Doyoung kembali menolak tubuhnya menjauh tetapi masih sahaja dipeluk Minyoung.

"Manis, ada rasa alkohol sikit." Komen Minyoung. Dengan senyuman yang ah- jantung Doyoung jadi tidak sihat kalau pandang lama-lama.

"Minyoung— " Doyoung hilang kesabaran. Sampaikan sebut nama isetrinya itu. Dia kesal ambil keputusan menghukum minum wine sebab kalah bermain jenga tadi.

Dia juga yang sengsara menahan diri sekarang.

"Mauu lagii.." Rengek Minyoung.

"Jangan salahkan saya, Kim Minyoung. Awak mabuk teruk dah ni. Mana ada alkohol rasa manis— "

Sekali lagi, Doyoung kalah. Minyoung kembali menyatukan bibur mereka. Kali ini berbeza, cukup lama. Tanda menyalurkan rasa rindu keduanya yang selalu sibuk dengan urusan kerja.

"Awak tak merancang untuk menunda anak kan?"

------

After a few months.

"Tak nak. Jangan pergi. Saya tak benarkan awak kerja hari ni!" Minyoung bercekak pinggang, menahan Doyoung daripada keluar bilik mereka.

Lengan kemeja dilipat sehingga paras siku, tangan dilipat ke dada. Doyoung pasrah, kalau dia melawan isterinya. Takut kena taekwondo. Silap-silap dia tergantung di tiang elektrik kawasan kejiranan.

"Saya janji hari ni balik awak. Cancel kelas tuisyen. Janji." Doyoung menadah sebelah telapak tangan ala berikrar. Ikrar janji.

Minyoung mengembungkan pipinya, dan menggeleng laju. "Tak boleh. Tak boleh. Awak tak boleh pergi." Bentaknya sambil hentak kaki.

Minyoung jarang manja sebegini. Kalau boleh, Doyoung tidak pergi mengajar hari ini, layankan Minyoung yang pastinya ingin cuddling dengannya. Tapi mana boleh, Doyoung cikgu dan dia perlu mengajar hari ini.

"Sayang.." Kedua bahu Minyoung disapunya. "Bagitahu sebab munasabah saya tak perlu pergi mengajar hari ni."

Minyoung memeluk erat Doyoung. Kepala disembam pad dada suaminya itu. Tak perlu berjongket, sebab tinggi Minyoung memang paras itu.

"Saya nak hidu bau awak puas-puas."

"HA?"

Sebab yang munasabah, lagikan munasarawak.

------

Doyoung terpaksa minta cuti hari ini. Dengan alasan, perut cirit birit. Padahal...

Keduanya cuddling di ruang tamu sambil melayan action movie. Febricated City. Minyoung masih tak melepaskan diri dari pelukan suaminya.

Doyoung sendiri garu kepala dengan perangai pelik isterinya itu. Minyoung memang jarang manja, tapi kalau manja beginilah jadinya. Mengalahkan bayi.

"Sayang, awak tak lapar?"

"Tak."

"Haus?"

"Langsung tak ."

"Ah- ruang tamu bersepah, awak tak nak kemas?"

"Esok-esok pun boleh kemas juga."

"Sayang, saya nak tukar baju dulu."

"Tak payah tukar. Saya suka bau awak." Minyoung menyembamkan mukanya ke dada Doyoung. Bauan perfume dihidu lama. Boleh mengkhayal membawanya ke alam fantasi yang infiniti.

"Perangai awak pelik hari ini.." Gumam Doyoung perlahan, namun dapat didengar oleh Minyoung kerana jarak sedekat itu.

"Entah, tapi saya suka bau awak." Kembali dihidu bau suaminya itu. Doyoung jadi bertambah hairan. "Awak tak tukar perfume kan?" Tanyanya.

Doyoung menggeleng lemah. Satu idea muncul dibenaknya. "Sayang, berdiri kejap" Pintanya.

"Haish, malaslah."

"Alaa kejap. Berdiri kejap."

Minyoung berganjak berdiri. Baju yang tersingkap dedahkan perut putih mulusnya itu diturunkan semula. Diri sendiri sudah tidak terurus sebab mabuk dengan perfume suaminya.

"YAH ! TURUNKAN SAYA !"

------

Minyoung berdiri di hadapan pintu tandas. Menunggu Doyoung yang katanya ke bilik sebentar. Tak lama kemudian, Doyoung kembali dengan bekas putih ditangannya.

"Apa tu?" Tanya Minyoung.

Doyoung buka bekas putih itu dan ditarik keluar benda di dalamnya. Ianya pregnancy test. Diberikan pada Minyoung.

"Apa ini?" Tanya Minyoung. Doyoung yakin isterinya tidak tahu akan alat itu. Kan selama ini, Minyoung bersikap macam lelaki. Hal-hal perempuan malas dia menyentuhnya.

"Cuba awak test dulu."

"YAH SAYA TAK TAHU MACAM MANA NAK GUNA NI !"

Doyoung meraup wajahnya kasar, kan dah cakap tadi.

------

"Apa keputusannya? Mari sini alat tu." Pinta Doyoung.

Minyoung menolak tangan suaminya menjauh. Dia masih memegang alat itu, dan ditunjuk pada Doyoung. "Rasanya alat ni rosaklah, sebelum ni tak ada pun garis biru macam ni. Tapi sekarang ni dah ada pula— "

" —I love you." Doyoung memeluk erat Minyoung. Hampir jatuh pregnancy test itu namum Minyoung erat menggenggamnya.

"Eh- kenapa dengan awak- "

"Saya akan jadi daddy."

"YAH APA AWAK CAKAP, NAK JADI SUGAR DADDY— "

"Haish, awak ni lambat loading betullah." Pipi Minyoung digigitnya manja. "Dalam perut awak ada baby, baby kita. Faham?"

Minyoung tak sangka, sudah lebih setahun mereka hidup satu bumbung. Perasaan hari ini adalah perasaan paling bahagia dirasainya. Doyoung juga merasakan hal yang sama.

Oh, patutlah. Mengidam bau suami sendiri.
Gumam Doyoung dalam hati. Bermakna, selama 9 bulan mengandungkan tanda cinta mereka ini, dia harus sentiasa bersama isterinya. Pelik betul mengidam isteri zaman sekarang.

------


Ini park hyoje model kanak-kanak. Resemble Doyoung kan? 😢 ]

"Mummy, daddy. Tepatlah! Jeje indu nak umpa angkol Inyoung." Hyoje menarik lengan baju mummynya. Kaki daddynya juga ditarik. Berjalan masuk dalam airport.

Jinyoung sudah menunggu mereka di sana. Hyoje berlari memeluk kaki uncle Jinyoung nya. Hari ini, Jinyoung sudah tamat belajar. Dia pulang dahulu. Sedangkan omma dan appa mereka masih di England.

"Jinyoung, omma dengan appa mana?"

"Honeymoon." Jawab Jinyoung acuh tak acuh. Seraya menggendong Hyoje yang berusia 4 tahun tersebut. Gadis kecil anak buahnya itu membesar dengan baik.

"Angkol Inyoung agi encem la talau ukan dalam enpon." Kata Hyoje dengan pelatnya. Tapi, comel. Sebab, selama empat tahun ini.  Mereka hanya saling menghubungi melalui talian skype. Video call.

"Jeje nak hadiahkan?" Tanya Jinyoung, Hyoje mengangguk laju. "Angkol ada bawa banyak hadiah, tapi Jeje mesti ikut angkol dulu. Kita pergi makan patbingsu!"

"Yeah! Jeje tayang angkol!"

Jinyoung sudah berlari sambil gendong Hyoje, menuju ke kereta Doyoung. Dari jauh, Minyoung menjerit.

"Jinyoung, nak bawa ke mana Jeje!"

"Jangan risaulah noona. Jinyoung tak mahu curi anak orang, isteri pun Jinyoung belum ada lagi."

Minyoung menggeleng kepala tanda pasrah. Beg roda Jinyoung yang menggunung— ada 6 buah kesemuanya. Itu terpaksalah dia dan Doyoung yang bawa ke dalam kereta.

------

thanks for your support to this fanfic!
I appreciate your feedback- vote and comments ❤
terima kasih kepada yg support fic ni dari awal sampai habis, saya dah dapat cam korang!

ada masa, baca jugalah ff nct as the series saya yang lain tau. saya minta maaf kalau ada terguris hati waktu balas komen korang!  bubye ✊ jumpa di fic jaemin dgn johnny yang ongoing sekarang!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro