Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

AB. IX

double update sebab
update schedule tertunda
enjoy reading & vomments !

------

Minyoung membuka pintu, dan di depan pintu dah tersembul kelibat Doyoung, Si Annoying-Boi. Lelaki itu tersengih lebar menampakkan barisan gigi arnabnya, Tokki.

"Kau lagi?" Minyoung terkejut. Dia tak sangka Doyoung adalah mahasiswa aliran sains.

"Kalau dah jodoh, tak kemana Sweetie." Doyoung refleks menyapu lembut rambut Minyoung. Jadi kusut rambut gadis itu. Buatkan Minyoung marah.

Lantas, tangan diangkat untuk pukul lelaki itu. Namun, sempat Doyoung merentap pergelangan tangan Minyoung. Surat dalam genggaman gadis itu diambilnya. Dipandang lama surat berkenaan.

"Oh. Ini surat untuk saya." Ujar Doyoung perlahan. Namun, dapat didengar oleh Minyoung.

"Apa? Awak? Itu Dong— "

Doyoung memintas kata Minyoung, "Ini nama sebenar sayalah." Pegangan di pergelangan tangan Minyoung dilepasnya.

"Oh." Minyoung mati kata. Salah tingkah, dia baru perasan yang empat orang pelajar dalam makmal itu memerhati mereka berdua menerusi tingkap.

"Lain kali, awak kena tahu pasal saya." Ujar Doyoung.

"Not my business." Jeling Minyoung. Dia dah nak berganjak dari situ.

"Kan saya masa depan awak." Sekali lagi, pergelangan tangan Minyoung dicapainya. "Dear, future wife."

Tepat pada masa itu jugalah— api kemarahan Minyoung meletus. Dia dah cukup sabar dengan lelaki menjengkelkan ini. Kena-kena lagi mereka hidup berjiran.

Jurus cakar harimau— taekwondo, gusti, karate, kyudo, dan semuanyalah yang dimahiri Minyoung dimanfaatkan olehnya pada hari itu untuk patahkan batang leher Doyoung. Habis ditinju olehnya lelaki itu.

Nayeon memerhatikan mereka dari tadi hendak menolong Doyoung, ditahan oleh Jaehyun. "Jangan, biarkan Doyoung."

"Ta- tapi.."

"Dia sendiri yang nak ambil risiko, demi pikat Minyoung tu. Jadi, jangan masuk campur." Jaehyun menyuruh Nayeon duduk semula. "Awak bukan lagi siapa-siapa bagi Doyoung."

Nayeon mendengus geram, ya memang betul. Mereka pernah ada hubungan dulu. Doyoung dengan Nayeon, long-distance-relationship. Sewaktu Doyoung Tinggal di Itaewon dulu- waktu dia masih menuntut di KAIST — Korean Institute Of Science and Technology.

"Duduk diam, tengok result kau tu, point berapa? " Tanya Jaehyun.

Nayeon melepaskan keluhan berat, "6.8"

"Bermakna, kau tak layak." Kata Jaehyun pendek. 
"7.0 ke atas baru layak." Lanjutnya lagi.

Nayeon sedikit bersedih, dia pasti Doyoung dapat point tinggi. Dia mahunya bersama Doyoung nanti. "Kau?"

"7.2"

"Do— " Kata-kata Nayeon terpintas, sebaik sahaja mendengar suara jeritan Sir Jeon dari luar makmal.

"WOO MINYOUNG, KIM DONGYOUNG! KAMU IKUT SAYA JUMPA PRESIDENT SEKARANG JUGAK !"

➳❥ tbc

get ready !
lepas ni ada plot buatkan
anda heart attack

🙈

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro