AB. IV
Balik dari kuliah, Minyoung berjalan kaki menuju ke kawasan perumahan tempat dia tinggal— Taman Perumahan Sondaemun.
Sampai sahaja di hadapan rumah, dia membuka pagar. Hanya ada adiknya, Jinyoung dirumah. Nak tanya soal ibu bapa mereka, appanya bekerja sebagai guru taekwondo. Malam baru pulang, begitu juga dengan ommanya, designer beg.
"Jinyoung, ada makanan tak?" Tanya Minyoung sebaik sahaja dia landing atas sofa. Adiknya itu sibuk bermain video game— psp. Usah diragukan anak jaman now.
Jinyoung menggeleng lemah, "Jinyoung pun dah lapar ni noona." Perut kempis adiknya sapu tanda kelaparan.
Terpaksalah Minyoung menghubungi rider, dan go-food sahaja. Minyoung menunggu rider itu dihadapan rumahnya sambil menyiram pokok bunga ommanya. Pesan ommanya, waktu petang adalah waktu ideal untuk menyiram tanaman.
Selang beberapa minit kemudian, tetap juga rider itu belum kelihatan.
"Hello cutiepie !"
Minyoung terkejut seraya menoleh ke arah tembok pemisah rumahnya dengan rumah jiran. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat orang itu.
"Rajinnya cutiepie, ini yang bertambah sayang."
Minyoung menjeling tajam ke arah Doyoung. Lelaki ini memang nak kena, tak cukup dengan pukulan 3 buah buku pagi tadi. Doyoung minta saham lagi ya.
" —YAH BASAHLAH !"
Paip hos dihalakan oleh Minyoung ke arah Doyoung, habis basah badan lelaki itu.
Tapi tolonglah, kenapa Minyoung jadi salah fokus. Dia malah terpandang lekuk tubuh lelaki itu. Salahkan Doyoung yang hanya memakai t-shirt putih dengan seluar training pendek.
Doyoung menyapu mukanya yang penuh dengan air. Kenapa sekali lagi, Minyoung salah fokus. Doyoung dengan rambut basah itu sangat memikat—
Segera fikiran kalut itu dibuang jauh-jauh.
"Ya tuhan, apa yang kamu berdua buat ini anak muda. Jangan rosakkan keindahan alam sekitar dengan perbuatan maksiat— "
Entah dari mana munculnya rider go-food itu, siap dengan ceramah free nya lagi itu. Rider itu dah salah anggap melihat Doyoung basah-basah yang disiram oleh Minyoung.
Dengan secepat kilat, Minyoung mengambil pesanan makan itu dan dibayarnya. Seraya pintu rumah dihempas, kalau sahaja pecah hiasan kristal ommanya habislah Minyoung kena denda duit belanja bulanan ditarik.
Kenapa lelaki gila tu ada dekat rumah Kwangsoo Samcheon?
Gumam hati Minyoung, dia terfikir soal Doyoung. Haish, segera fikiran kalut itu dibuang, buat apa dia fikiran orang gila itu.
Michin Namja.
➳❥ tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro