Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

AB. II

Doyoung kembali ke arah kumpulan geng-gengnya. Lepas apa yang dibuatnya tadi, dia agak malu. Lagi-lagi dihadiahkan pukulan 3 buah buku oleh gadis yang ingin dia try usya itu.

"HAHAHA itu lah kau. Kan aku dah kata, jangan berani dekat Minyoung tu. Ha kan dah kena bagi saham." Kata Taeyong.

Taeyong, Jaehyun, Johnny, dan Jungwoo mentertawakan Doyoung. Rakan mereka ini juga satu, baru daftar masuk— mahasiswa baru.

Ada hati nak mengurat, perempuan yang dia nak try itu pula tak kalah kasarnya dengan lelaki. Woo Minyoung, walau dah diberi amaran oleh Taeyong. Doyoung tetap akan pikat Minyoung kerana dia sudah nekad.

Baginya, Minyoung itu rare. Jarang jumpa perempuan spesis macam Minyoung. Spesis terancam lah katakan.

"Dahlah, baik kita masuk dewan kuliah sebelum Prof. Choi datang. " Ajak Jaehyun, mereka berempat berjalan beringinan masuk dewan kuliah dan kemudian berpisah.

Doyoung, Taeyong, dan Jaehyun— mahasiswa jurusan Science. Johnny dan Jungwoo pula Accounting.

------

"Hei. Miya" Panggil Minyoung pada rakannya yang duduk di meja belah kanan. Miyauchi Haruka.

Miya menoleh sekilas, kening diangkat. Kemudian, kembali fokus dengan penerangan Pensyarah Jung di hadapan.

"Kau kenal budak lelaki dengan geng Taeyong tu?" Tanya Minyoung, dia dengan niat hanya ingin tahu. Sebab sebelum ini, dia belum pernah nampak lelaki gila itu di universiti ini.

"Oh itu," Miya mengangguk perlahan, dia kenal. "Mahasiswa baru." Jawab Miya ringkas.

"Course? "

"Physics."

Minyoung terlopong, bukan calang-calang orang berani ambil itu jurusan Fizik. Bakal penerus Albert Einstein sahaja yang nekad.

"Kenapa tanya?" Soal Miya pula.

Minyoung menggeleng laju, "Tak ada, just tanya." Tipunya.

Tapi, Miya faham akan rakannya yang satu-satunya ini. Sejak sekolah rendah lagi mereka dah berkawan dan tak pernah lagi berpisah.

"Kau hutang cerita dekat aku ya, lunch nanti aku tagih!" Ugut Miya.

"Eh— " kata-kata Minyoung terpintas.

Pensyarah Jung menyedari mereka berborak,
"Focus please !" Pensyarah menepuk mejanya dengan buku tebalnya.

Minyoung pasrah, terpaksalah dia cerita dekat Miya walaupun insiden pagi tadi agak memalukan dan membuatkan dia meluat bila diingat balik wajah lelaki gila itu.

➳❥ tbc

tahniah kepada siapa yang dapat
teka lelaki gila itu doyoung !  😂 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro