Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 9

"Al tidur rumah kawan Al mama, sorry tak inform mama dulu."

Palang balkoni dicengkam sekejap. Matanya kuyu kerana mengantuk. Tak cukup tidur dirinya gara-gara sang mama menganggu.

"Sekurang-kurangnya bagitahulah mama sepatah. Risau mama tau! Al tak pernah tak balik rumah. Tiba-tiba harini takde bayang terus. Itu yang mama tertanya-tanya."

Almair menyebak rambut ke belakang.

"Mama tak payah risau, tahulah Al jaga diri."

"Macam mana mama tak risau kalau si Ris tu pun tak ada dekat rumah? Takut jugak mama kalau-kalau Al keluar honeymoon dengan dia." Almair tersedak air liur. 

"Tak adalah ma, tak mungkin Al boleh honeymoon dengan dia sedangkan Al tidur rumah kawan Al."

Lengkung pada bibir itu menampak tatkala anak matanya melirik Arisha yang ada beberapa meter darinya.

"Mama risau aje. Bukan apa, mama tak nak Al dengan si Ris rapat sangat. Kalau boleh mama tak nak Al ada apa-apa perasaan istimewa pada si Ris tu. Risau tiba-tiba tersayang, rosak rancangan kita nanti." Almair hampir lupa.

Mukanya diraup kasar, apa yang telah dia lakukan?

"Al takkan lupa ma."

'Bagaimana jika mama tahu perbuatannya ini? Ah! Tak mungkin tahu jika tak ada mulut yang menyampaikan.'

"Baguslah kalau Al tak lupa." Aunty Rose senyum bangga.

"Mama...." Almair garu dagu tidak gatal.

"Rasanya dah lewat sangat ni, Al nak bersiap keluar dengan kawan-kawan." tipunya terpaksa.

Sebolehnya Almair tak nak cakap panjang dengan Aunty Rose takut soalan lain pula ditanya.

"Sorry Al, mama tak sengaja ambik masa Al." Aunty Rose ketawa manja.

"Takpe, Al tak kesah." Melebar senyum, sejuk hatinya mendengar.

"Lain kali ya kita bercakap, Assalamualaikum."

"Waalaikummusalam."

Tut.

Keluhan berat dilepaskan. Sukar untuk percaya perbuatannya semalam, kerana cemburu dia melakukan hal yang tidak sepatutnya.

"Apa yang kau dah buat Ris? Sampai aku sendiri dah tak kenal diri aku."

Tanpa sedar, segaris senyum terukir di bibir. Anak mata jatuh pada sang isteri yang sedang enak tidur. Bagai magnet, dirinya kini merapat lalu tubuh dibaring sebelah Arisha.

"Hey darling...." Ceruk leher Arisha dihidu.

Jeda,

Deruan nafas Arisha saja kedengaran. Tiada tindak balas, maka Almair mengambil peluang itu untuk hidu semahu-mahunya bau Arisha.

"Hey....i need you....wake up...." kejut Almair manja.

Dahi Arisha berkedut tidak sempurna. Deruan nafas seseorang begitu dekat dengannya. Sesekali lehernya terasa basah dengan air hangat. Perlahan kelopak matanya terbuka.

"Good morning." sebut Almair tanpa perasaan.

Mood sweetnya tadi hilang begitu saja. Panggilan yang istimewa pun dah tak guna. Hebat betul lakonan Almair. Ego tinggi melangit disanjungnya.

"Nak pergi mana?"

Sekali tarik, tubuh yang berura-ura turun dari katil itu terbaring semula.

"Lepaskan I." suaranya kosong, sekosong hatinya.

Hatinya memberontak juga mahu meraung atas apa yang terjadi. Jika orang lain, pastinya sudah mengamuk sakan tapi kerana penat, Arisha memilih untuk diam dan pergi jauh. Maybe ke luar negara, okay kan?

"Aku belum puas, puaskan aku."

"I bukan pelacur."

"Kau pelacur ke?"

Soalan dibalas soalan, putus asa. Arisha angkat bahu. Tubuh dikesot menjauh, namun....

"Hey,"

Buk!

Sekali tarik, tubuhnya terbaring di atas katil semula. Erat tubuhnya didakap tanpa diberi peluang untuk menjauh dari lelaki itu.

"You dah dapat apa yang you nak kan? Apa lagi yang you nak?" Nafas ditarik payah.

Ikut hati, nak aje rambut Almair ditarik sampai tercabut tapi itulah, sabar mengatasi segalanya.

"Suami nak nafkah batin pun susah ke nak bagi hmm?"

Rambut panjang sang isteri dibelai. Nadanya lembut sekali, mungkin memujuk mahukan yang satu itu.

"You tak layak dapat nafkah batin dari I." tekan Arisha serius.

"Oh?" Almair senyum jahat.

"Habistu..." Bibir merapat pada telinga Arisha.

"Semalam bukan kau bagi nafkah batin? Huh?"

Terpejam rapat matanya, jijik dengan diri sendiri kerana perbuatan Almair semalam.

"You paksa I." Gigi diketap.

"Aku tak paksa, aku dah mintak cara baik tapi kau tak nak bagi kan? Kononnya nak simpan untuk suami sebenar? Ma-"

"Habistu you nak I bagi nafkah batin untuk you? Suami yang tak diiktiraf? Huh?" Potong Arisha laju.

Mata bertentang mata, jelas kesinisan menonjol pada anak mata itu.

"Sejak bila aku jadi suami tak diiktiraf kau?"

Berasap Almair, marahnya bagai gunung berapi yang menanti meletus saja. Berani sekali Arisha berkata sebegitu padanya.

"I rimas, boleh tak you lepaskan I?"

"Aku takkan lepaskan kau selagi kau tak bagi apa yang aku nak." Rontaannya terhenti.

"Apa yang you nak? Apa lagi yang you tak puas hati? Apa?"

Sabarnya dah habis had sampai suaranya juga sedikit tertekan.

"Aku nak hak aku sebagai seorang suami."

"Apa hak you? Apa?"

"Nafkah batin."

"You ingat I apa?!" lantang suara Arisha. Sakit hati!

"Dengar dulu apa yang aku nak cakap, aku nak kau bagi nafkah batin setiap hari, tanpa paksaan. Boleh?"

Bibir digigit menggoda, alis diangkat. Rambut panjang itu disikat dengan jari.

"Macam mana? Boleh?" Sekali lagi soalan itu ditanya, teruja hatinya untuk jawapan itu.

Ada desiran halus yang membuak-buak inginkan nafsunya dipuaskan tika ini.

'Ris...kenapa hati aku membuak-buak nakkan kau? Hmm?'

"I tak nak, I nak balik rumah papa. I nak mengadu dekat papa setiap perbuatan jahat you. I nak papa tahu manusia yang dia sanjung selama ini adalah syaitan bertopengkan manusia!"

"Kau ingat papa akan percaya bulat-bulat apa yang kau cakap? Huh?" Pipi Arisha dielus, tak hirau langsung tepisan yang diperoleh.

"You ingat I takde bukti?"

Leher yang dipenuhi love bite dipamer tanpa malu. Bukti untuk ditunjukkan pada papa, tidak gerun. Sangkaannya, Almair takut malah lelaki itu senyum gatal.

"Kau nak aku tambah?" Arisha ketap gigi.

"Bu-"

Tanpa amaran,

"Auch!"

"Macam mana? Cantik hasil kerja aku kan?"

Merah menyala muka Arisha. Tak sempat angkat tangan, Almair terlebih dahulu menahan.

"Aku tahu kau nak tampar aku."

Tangan kecil itu dibawa ke bibir lalu dicium.

"Aku cabar kau untuk call papa bagitahu apa yang terjadi."

Jeda,

Arisha diam memikirkan perkara itu.

"Kalau papa percaya aku lepaskan kau. Kau boleh pergi jauh dari aku, luar negara pun boleh."

Sinar mata kegembiraan menampak dari anak mata itu. Anggukan bahagia peroleh.

"Tapi.....kalau papa tak percaya...." Bahu terdedah itu diusap dengan ibu jari.

"Kau milik aku selamanya."

"Ma...maksud?"

Arisha dah berdebar. Takut kalau-kalau andaian positif dalam kepalanya berubah negatif.

"Maksudnya...." Bahu yang diusap tadi dicium lama.

"Kau tak boleh pergi jauh dari aku. Bahkan, aku boleh lakukan apa saja yang aku nak macam...semalam?" Almair ketawa seram persis macam hantu.

"You tak adil." bantah Arisha keras.

"Kau tak berani ke? Penakut jugak kau kan? Bukan kau jenis pantang dicabar ke?" Almair main tarik tali.

"Tak, I....I...."

"Penakut cakap ajelah, eleh. Tak nak mengaku pulak?" ejek Almair sengaja.

Harapnya ejekannya dapat meraih persetujuan dari Arisha. Sangkaannya tepat,

"Okay, I terima."

Tak pakai otak, Arisha setuju.

"Okay."

Bersorak riang Almair dalam hati. Telefon pintar miliknya dicapai. Butang on buat-buat tekan padahal jari tidak mengena pada butang. Muka kecewa dipamer.

"Telefon aku takde bateri."

"Guna telefon I aje." putus Arisha.

"Silakan."

Papan kekunci ditekan, serasa takut untuk memulakan. Kenal sang papa yang tak berapa ngam dengannya. Mampukah kebenaran ini dipercayainya?

"I nak call."

"Silakan." Ulang Almair sekali lagi.

Nombor sang papa ditatap. Tidak ditekan, perasaan takut menyelubungi diri. Dikerling Almair dari ekor mata. Sabar lelaki itu menanti. Bibir diketap beberapa kali.

"Umm..."

"Aku tak nak ubah fikiran." laju ayat itu keluar tanpa sempat Arisha kata apa-apa.

"I tak cakap nak batalkan."

"Call papa kau sekarang kalau betul kau tak nak batalkan."

Nombor sang papa didail. Nafas ditarik rakus. Tak sampai sesaat, talian bersambung.

"Assalamualaikum papa..." sapa Arisha biasa. 

"Waalaikummusalam, kenapa call aku."

"Ris nak bagitahu sesuatu." Dahi tua itu berlipat.

"Bagitahu apa?"

Arisha tarik nafas panjang. Doanya, semoga papa percaya kebenaran yang akan dia keluarkan.

"Al rogol Ris." senafas Arisha ucap.

Jeda,

Talian diam seketika sebelum ketawa dari sang papa kedengaran. Kuat dan begitu lantang sehingga telefon terpaksa dijauh dari telinga.

"Kau mengarut apa ni? Sejak bila kau dan Al ngam bersama? Selalu bergaduh macam anjing dan kucing. Tiba-tiba kau cakap benda tak masuk akal macam ni? Kau ingat aku percaya?"

Tatkala itu, semangat yang mencurah-curah tadi hilang. Kini kesedihan bertimpa-timpa sampai dia dah tak ada rasa untuk bercakap lebih.

"Ris cakap benda betul papa. Susah sangat ke papa nak percaya apa yang Ris cakap?"

Arisha naik angin. Tak mahu mengalah, namun apakan daya papa betul-betul tidak percayakannya.

"Bila Al cuba 'rogol' kau?" soal Datuk Fir malas.

"Semalam."

"Buktikan Al ada bersama kau sekarang." Arisha senyum kemenangan.

"You, cakap dengan papa."

Telefon diberikan pada Almair. Menggeleng, gerakan bibir 'tak nak' diberikan. Arisha jegil mata.

"Please....talk...." pujuk Arisha berharap.

Isyarat tangan pangkah dibuat.

"You yang nak kita buat cabaran ni kan? Cepatlah, buktikan dekat papa."

Almair menjauh dari katil. Memerhati saja tingkah gelisah Arisha. Baru nak turun dari katil, suara jerkahan sang papa menghentikannya.

"Ris!!!"

Meski Arisha tak buat loudspeaker, tapi suara itu benar-benar memetir kuat.

"Kau nak buktikan apa lagi Ris? Dah sah-sah kau tipu aku. Kau prank aku aje kan? Baik kau mengaku!"

"Ris tak prank pa, Ris tak ada niat langsung nak prank benda macam ni."

"Sudahlah kau, penat aku layan anak macam kau. Tak guna!"

Tut.

Bibir digigit kuat.

Setitis,

Dua titis,

Tiga titis,

Arisha tekup muka dengan tangan, teresak-esak dia menangis. Bayangkan, ayah kandung sendiri tak percayakan dia?

"Hey, it's gonna be alright darling..." Tubuh Arisha didakap erat.

"You tak guna! You tak adil!" Kuat tubuh Almair dipukul.

"Aku terpaksa jadi kejam semata-mata sebab kau. Kau milik aku selama-lamanya. Tak ada sesiapa yang boleh rampas kau dari aku. Bahkan, Aqil pun aku tak bagi chance!"

"I nak keluar dari sini."

"Aku tak bagi keizinan kau untuk keluar."

"I tak perlukan keizinan dari youlah!"

Belumpun bangun sepenuhnya, tubuhnya telah ditindih.

"Lepaskan I! Lepas!"

"Kau nak kejadian semalam berulang lagi ke?" Automatik rontaan Arisha terhenti.

"Aku takkan berkasar dengan kau kalau kau tak buat masalah." Arisha menggempal penumbuk.

"Kau yang cabar aku, aku dah bagitahu kau banyak kali yang aku tak suka kau rapat dengan si Aqil tapi apa yang kau buat? Kau tetap rapat dengan dia."

"I cuma bercakap dengan dia."

"Cakap sampai bersuap bagai?" Rahang Arisha dicengkam.

"Aqil demam, I tolong suapkan aje. Tak salah kan?" Sungguh Arisha menambah minyak dalam api, marah yang tadinya sikit kini naik menjulang tinggi.

"Aku demam. Suapkan aku." Almair jatuhkan tubuh.

"Beratlah tubuh you, turun!"

"Tak nak." Perlahan suara Almair. Macam suara budak-budak merajuk pun ada.

"Haih.... suka hati youlah."

Penat,

Arisha biarkan saja. Almair bukannya nak dengar cakap. Buat dunno aje. Menyampah betul!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro