Bab 16
Air arak dituang ke dalam gelas kaca. Kala itu, ada air jernih yang bergayut di celah mata itu. Pria itu gelak macam orang gila. Mukanya memerah sama juga hidung dan telinganya. Untuk pertama kalinya, Almair minum air keras itu. Rasanya sangat memeritkan tekak.
"Almair!" Pekik Aunty Rose bergema dalam ruang dapur itu.
Almair menyengir. Wine dituang ke dalam gelas untuk sang Mama.
"Jom kita bersulang!"
Belum dihulur gelas,
Prang!
Selamat gelas itu dibuang hingga jatuh bawah lantai. Muka Aunty Rose merah menahan amarah. Nafasnya berombak laju. Matanya tajam memanah anak lelakinya yang mabuk berat.
"Al tak pernah sentuh arak malah untuk minum jauh sekali. Tapi kenapa Al berubah? Kenapa Al kecewakan Mama?" Sebak bicara itu terselit dengan rayuan.
"Al..al....ta-tak....beru...bah....haha...."
Kejamnya, air jernih itu jatuh lagi. Berubah?
'Kenapa you berubah sampai macam ni sekali Al? Kenapa you tak pernah bagitahu I yang you adalah anak kepada mama tiri I? Kenapa you tak bagitahu I dulu you tinggal di Itali? Kenapa you perlu sembunyikan semuanya dari I? Kalau dari awal you cakap semua ni, I takkan sesekali jatuh cinta dekat you. You tahu tak?'
Kata-kata yang bergaung di kepalanya itu lantas membuat jari-jari itu meraup rambutnya, menelusuri sela-selanya sambil memejam mata. Wajah sedih penuh mengharap milik Arisha bermain di minda.
"Izinkan I pergi untuk mencari ketenangan yang tak mungkin I miliki di sini. Hanya itu permintaan terakhir dari I. Tak susah untuk you tepati kan?"
"Argh!!!" Jerit Almair kuat. Satu rumah boleh dengar suara bak speaker itu.
"Al!"
Aunty Rose mendakap erat tubuh Almair. Meski suara itu bergumam pelan tapi telinga lintahnya masih dapat mendengar suara itu menyebut nama Arisha. Bukan sekali tapi banyak kali.
"Ris...Ris....Ris....Ris....Ris...."
Terulur tangannya untuk mengapai Wine yang lain.
Prang!
Berderai botol Wine pecah di bawah lantai. Lamat-lamat Almair tatap Mamanya.
"Mama tak suka tengok Al mabuk. Masuk bilik! Jangan disebabkan perangai Al sekarang buat Mama makin bencikan Ris." Tegas nada itu memberi amaran.
Bukannya mendengar, malah Almair tersenyum apabila semua minuman keras telah dibuang ke dalam tong sampah.
"Musnahkan dendam. Musnahkan!" Sorak Almair kepiluan.
Aunty Rose segera menghampiri Almair dan tangannya terus menggoncang kuat kedua bahu itu.
"Sedarlah Al! Apa yang Al cakap ni? Mana janji Al untuk sudahkan rancangan ni? Mana janji Al untuk tak jatuh cinta dengan Ris? Sejak dulu Al janji dengan Mama untuk lakukan apa saja demi Mama. Tapi sekarang apa? Mama kecewa dengan Al! Mama kecewa!" Teriak Aunty Rose kecewa.
Jeritan dan pukulan kuat pada dada bidang itu membuatkan Almair senyum manis. Menutupi luka dan duka itu dengan senyuman. Bening jernih menyapa pipi. Tak sedar pun, tahu-tahu menitis.
"Dia terlalu istimewa untuk Al."
"Mama tak nak dengar apa-apa keluar dari mulut Al lagi! Masuk bilik! Masuk!" Perintah suara itu keras ditekankan.
"B..by....bye...."
Aunty Rose buang pandangan dari wajah tampan anak lelakinya. Nafas ditarik panjang. Dijatuhkan tangannya pada meja kala tubuhnya hampir melurut ke bawah.
"Al benar-benar mengecewakan." gumam Aunty Rose bersama kilatan mata kesedihan.
Pintu bilik itu ditolaknya lalu kornea mata menangkap sekujur tubuh Arisha yang sedang lena dibuai mimpi di atas ranjang. Almair menyeringai senang.
"Ris...."
Dia berbaring di sebelah Arisha. Didakap erat tubuh itu. Kepala Almair dibenamkan di ceruk leher Arisha.
"Ermmm...."
Arisha yang terasa pedih di lehernya mula merengek kecil. Keningnya berkerut-kerut seraya mata dicelik perlahan-lahan.
"Al-al?"
Arisha beringsut mundur ketika menyadari tatapan tajam Almair padanya. Air liur ditelan kasar tatkala bibirnya dibungkam. Pelan dan begitu mengasyikan. Tersedar, secepatnya dada bidang itu ditolak menjauh.
"You mabuk?"
Bau yang menyengat itu menyelimuti penciuman Arisha. Hatinya rasa agak kecewa dan retak sedikit. Sepertinya Almair bukanlah lelaki yang berpegang pada janji. Arisha mengekalkan riak datar tanpa perasaan. Agak lama mereka berdua mendiamkan diri. Beberapa minit berlalu, barulah suara itu mengeluarkan kata-kata.
"I always take the sweetest rose, and crash it till the petals fall. I always break the kindest heart, with a hasty word I can't recall."
Almair senyum tipis memandang dalam wajah Arisha yang tenang menatapnya. Kendatipun, reaksi itu tenang tanpa suara tapi Almair tahu jauh di sudut hatinya penuh kesedihan yang ditahan.
"Does it still hurt?"
Arisha senyum miring.
"Yes and i think it always will."
Almair gelak tak ingat dunia. Berkerut hebat pelipis Arisha menatap seraut merona milik suaminya itu. Keterlaluan sekali gelaknya. Sampai pegang perut. Huh!
"But you said you didn't love him anymore."
Arisha mengetap kuat giginya. Rasanya dia telah terperangkap dalam permainan Almair. Meskipun begitu, bibirnya tetap menjawab sepantas kilat. Menentang Almair sepuasnya.
"I don't. But i used to. He had my heart in his hands. I gave him everything, and he won't give it back. Thinking he is going to marry me and then he doesn't. The tears that i cried for him. That feeling of being blue. He did not have a clue. That i so loved him but he went away without telling me." Bisik Arisha satu nafas.
Kesedihan itu terus mengalir dalam bisikan mencari sebuah jawapan dari seraut wajah itu. Mengharap pria itu mengerti bahawa dia terseksa kerana perbuatan nya. Tiada air mata, hanya luahan hati yang dipendam sejak dulu.
"I'm sad it has to be like this..." Arisha gelak penuh kepalsuan.
Beberapa minit kemudian, gelak Arisha telahpun tenggelam dalam pelukan hangat pria itu. Meski tangannya mendorong banyak kali namun Almair berkeras untuk tidak melepaskan tubuh kurus itu.
Benarlah orang kata,
Pelukan itu tempat pulang yang paling diperlukan kerana sampai bila-bila Almair akan sentiasa menjadi tempat pulangnya. Mungkin bibirnya bisa menafi tapi tidak hatinya.
"Hey, it's kind of cool being single. Right?"
Almair menggeleng. Matanya dipejam dan dia kemaskan lagi tangan melingkari di tubuh Arisha.
"Perdonami..."
(Forgive me...)
Bisikan kecil itu samar-samar menyapa gegendang telinganya. Arisha besarkan telinga persis gajah untuk mendengar tapi sebutan itu terlalu pelan. Butir-butir saja dapat ditangkapnya.
"Perdonami di amarti..."
(Forgive me for loving you)
Arisha tersentak dengan kedipan mata tidak percaya. Bajunya basah dengan air jernih yang turun dari permukaan pipi Almair. Tidak hanya itu, Almair juga menyembam mukanya pada leher jinjangnya.
"Why are you acting like this?" Komen Arisha tidak mengerti.
"Let's just shut our mouths for five minutes." Bisik Almair penuh mengharap.
Arisha mengenali Almair empat tahun. Dari nada suara itu menunjukkan lelaki itu sedang tidak baik-baik saja. Maka dengan itu, Arisha bertindak diam tanpa menggerakkan mana-mana anggota tubuhnya.
"Let me hug you, at least."
Almair cium sayang leher jinjang itu.
"Just one hug."
Tubuh Arisha menegang tatkala nafas hangat Almair menyapu kulit lehernya. Kesan kerana terlalu banyak menangis ditambah mabuk, mata itu telahpun terkatup rapat. Almair dibuai lena dengan dengkuran halus. Arisha nampak gayanya tak dapat tahan diri kemudian menyusul sang suami.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro