Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 15

Almair masuk ke dalam rumah dengan senyap-senyap. Arisha masih dibuai mimpi dalam cempungannya. Tutup saja pintu, lampu terus menyala terang menyerlah susuk tubuh sang Mama berdiri dengan bersedekap dada.

"Kenapa bawak Ris balik sini?" Nada kurang senang itu kedengaran jelas.

Tajam bak helang anak mata itu menyoroti Arisha. Aunty Rose menapak makin rapat.

"Lepaskan dia." Perintah dictator itu terkesan kebencian yang mendalam.

"No." Bantah Almair.

"Apa yang dah jadi dengan Al ni? Al tak pernah bantah perintah Mama. Jangan-jangan Al dah jatuh cinta dekat Ris? Ye tak?" Aunty Rose membuat andaian sendiri.

"Sebenci mana pun Mama pada Ris. Ris tetap isteri Al. Mama tak ada hak untuk perintah Al sesuka hati. Al tahu apa yang baik, apa yang buruk. Al ada hak sama ada nak ikut perintah Mama ataupun tidak." Sembur Almair satu nafas.

Aunty Rose tersentak. Tak pernah-pernah Almair bersikap sebegini. Ada yang tak kena ni.

'Pasti Ris yang hasut anak aku!'

Anak matanya naik memanjat pada Arisha yang masih enak tidur dalam cempungan Almair. Semuanya kerana dia! Kurang ajar!

"Bagi Ris dekat Mama sekarang!" Lantang suara itu dilantunnya.

Arisha hampir terjaga, lekas tubuh itu ditepuk beberapa kali. Menidurkan kembali isterinya itu persis seorang bayi.

"Shhh...."

Terbelalak mata Aunty Rose merenung Almair. Bunyi gigi berlaga antara satu sama lain tertangkap menganggu sistem pendengaran Almair yang sedang mendodoi Arisha. Tatapan kurang senang terlihat dari anak mata Almair.

"Lepas Al baringkan Ris dalam bilik baru kita sambung berbalah mulut. Sekarang Al tak ada hati nak melawan kata dengan Mama. Al naik dulu."

Almair menaiki tangga tetapi belum sempat kakinya mencecah tangga yang pertama, Aunty Rose menghalang laluan untuk naik.

"Al dah jatuh cinta dengan Ris ke?"

Kilatan marah itu berangsur-angsur muncul dalam anak mata itu. Matanya berubah merah seakan naga yang tidak sabar untuk menghambur segala api marahnya.

"Al tak ada cakap apa-apa."

"Al..."

Anak mata Almair jatuh pada lengan yang dipegang Aunty Rose. Terketap-ketap bibirnya menahan rasa lenguh. Sudahlah tubuh yang dicempungnya ini berat. Naik cramp dah tangan miliknya.

"Apa lagi Ma?" soal Almair sedikit menaik suaranya.

"Jawab apa yang Mama tanya, Al dah jatuh cinta dengan Ris atau tidak?" Bentaknya sambil berbisik.

"Apa jawapan yang mama harap dari Al?" Santai ujaran Almair.

Tapi,

Tutur santai itu sedikit sebanyak menjentik rasa tidak senang dari hati kecil Aunty Rose. Dia takut andai Almair telah jatuh cinta pada Arisha. Perasaan gusar juga tidak terkecuali memikirkan rancangan yang akan hancur jika perasaan cinta itu benar-benar ada.

"Mama harap Al tak kecewakan Mama dengan jatuh cinta pada orang yang salah. Mama harap rancangan yang kita berdua bina tidak akan hancur semata-mata kerana perasaan Almair pada Arisha."

Sejenak, Almair terdiam.

Berat mulutnya untuk mengatakan apa-apa perkataan kerana dia tahu rasa yang dimiliki tidak sama dengan perintah dari sang Mama. Tidak terdetik untuk mengecewakan hati sang Mama. Maka dengan itu, Almair mendustai hati. Mengizinkan hati seseorang yang sedang berpura tidur hancur lebur tatkala mendengarnya.

"Jatuh cinta pada Ris adalah perkara terakhir yang akan Al fikirkan dalam hidup. Al buat baik dengan Ris semata-mata kerana lakonan tak lebih. Hanya sekarang Ris sedang sakit dan Al tak rela biarkan isteri Al mati kerana sakit. Al nak jawab apa dekat Papa kalau tiba-tiba Ris masuk hospital?" Jelas Almair panjang lebar.

Lengkungan bibir yang jatuh tadi perlahan bersambung menjadi senyum manis. Kekehan bahagia keluar dari ulasan bibir itu. Bahu Almair ditampar manja.

"Al buat Mama terkejut tau! Alah! Tak payah nak berlakon sangatlah! Papa Ris outstation dalam masa seminggu. Lepas ni, Al tak perlulah tunjuk caring sangat dekat Ris ni. Kita berdua bebas buat apa-apa."

Almair senyum tipis. Samar-samar lengkungan itu terlihat. Terpancar sinar bahagia dari wajah Aunty Rose. Bahagia sungguh melakukan hal yang Allah laknat. Sedangkan itulah dosa takhbib.

"Rasanya dah tak ada apa-apa untuk dibincangkan. Semua dah selesai kan? Al masuk tidur dulu ya. Esok kita borak sama-sama. Mama jangan lupa rehat cukup-cukup. Al masuk dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikummusalam..."

Aunty Rose menghela nafas lega. Nafasnya hampir tercekat melihat perbuatan caring Almair pada Arisha tadi. Nasib baik itu hanya lakonan tak ada apa-apa yang serius.

"Mama harap Al tak kecewakan hati Mama. Semoga apa yang Al cakap adalah kebenaran sebenar bukannya kepalsuan demi menjaga hati Mama." Gumam Aunty Rose penuh berharap.

Almair meregang tubuh yang terasa cramp setelah cempung Arisha. Selanjutnya, dia menyelinap masuk ke dalam selimut. Pinggang itu dipaut dan dipeluk erat namun dorongan kasar diperolehnya.

"You dah bangun?"

"Cukuplah dengan permainan you, Al. You tak penat ke asyik berlakon macam ni? Huh?" Suara itu terdengar tiada tenaga.

Bukan marah juga bukan terasa,

Hanya putus asa untuk terus marah pada hal yang remeh seharusnya tidak perlu Arisha ambil peduli.

"You cakap ini semua adalah lakonan tapi kenapa bila I cuba larikan diri dari semua masalah you bahkan kejar and dapatkan I seperti I adalah permata yang tak sanggup you hilangkan. Menunjukkan I perempuan yang betul-betul istimewa dalam hati you. You kena ingat Al, wanita bukan dicipta untuk hiburan lakonan you. You sedang bermain dengan api dan bila-bila masa saja you boleh terbakar." Panjang nasihat dituturnya.

Dia bungkam,

Merenung lama perempuan yang turut sama berlawan mata dengannya. Sepertinya, api telah meresap dalam tubuhnya hingga tak ada sedikitpun rasa nyaman ketika menatap seraut wajah muram itu malah dia terbakar selayaknya apa yang dikatakan Arisha barusan.

"I terpaksa."

Dua patah perkataan itu saja yang mampu keluar dari ulasan bibir itu.

"Oh? Begitu?"

Dan Arisha?

Dia persis biduk tak bertuan diayun ombak perlahan sebentar menanti karam di akhir pelabuhan. Terlalu mengharap jawapan cinta tulus dari Almair sehingga dia lupa bahawa hanya dia yang mengharap biduk itu kekal tidak karam malah Almair tidak sehaluan berfikiran sebegitu.

"Boleh I minta satu permintaan dari you?"

Mata itu berkaca menatap ke dalam anak mata Almair. Sinar mata itu terpancar putus asa. Dia tidak menginginkan hubungan ini baik seperti dulu. Lebih baik Arisha mengundur diri mendapat ketenangan yang sebenarnya.

"Permintaan apa?"

"I akan pergi dari hidup you."

Dang!

Almair menggeleng keras. Lekas, tangan itu digenggam erat. Dia tidak menepis hanya membiar genggaman terakhir itu menjadi kekuatan untuk seketika.

"You tak perlu menjauh dari I. Hidup you adalah bersama dengan I. You-"

Berantakan sekali perasaannya ketika ini. Untaian ayat juga tidak bisa disambung. Ingin sekali hati kecil itu dipujuk, namun ada juga hati yang akan murka jika hubungan mereka baik seperti suami isteri sebenar.

"Izinkan I pergi untuk mencari ketenangan yang tak mungkin I miliki di sini. Hanya itu permintaan terakhir dari I. Tak susah untuk you tepati kan?" Arisha merayu bersungguh.

"Sorry, but no."

Raut wajah tampan itu berubah tegang. Almair meleraikan genggaman tangan mereka. Secepatnya keluar dari bilik sebelum sempat Arisha mengejar.

Bam!

Pintu dibanting kuat dan Arisha bisa dengar dengan jelas pintu dikunci oleh Almair.

"Bukak pintu ni Al! Bukak! I nak keluar!" Teriak Arisha kuat.

Tak putus tangannya mengetuk bersama kaki turut menendang pintu. Mukanya terasa panas. Sedar tidak sedar, bulir jernih dah jatuh beberapa titis membasahi baju yang dipakainya.

"Al bukak! Bukak pintu!" Sendu suara itu merayu.

Skru lututnya terasa longgar serta merta tubuh ramping itu jatuh terjelepok di bawah lantai. Bersandar dibelakang pintu dengan sesenguk menangis. Ibarat air terjun cecair jernih itu memenuhi ruang bukit pipi itu. Dua kakinya dibawa merapat pada dada. Dipeluk erat dengan mata terpejam.

'Apa yang you cuba buat sekarang Al? Apa?'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro