Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 12

Arisha jalan lambat-lambat. Tangannya ditarik paksa mengikut setiap langkah Almair. Tak ada satu pun yang dibicarakan Almair didengarinya malah Arisha siap buat gaya menguap. Pura-pura mengantuk.

"Gane nikoh? Bereh dop?" (Macam mana kahwin? Okay tak?)

Alan kerling Arisha di sebelah Almair. Senyum nipis terpeta dari bibir itu melihat gaya posesif Almair rangkul pinggan Arisha.

"Bereh guane agi? Gitulah dan nikoh gop. Kena banyok sabor." (Okay macam mana lagi? Begitulah bila dah bernikah. Kena banyak sabar)

Villa site plan design yang telah dilakar siap diperhati banyak kali. Bila dah puas hati, barulah kepala itu mengangguk senang. Takut jugak kalau-kalau ada kekurangan dari segi kemudahan dan benda lain.

"Mung ngan ye okay dop?" (Mu dengan dia okay tak?)

Kertas yang dihulur disambut baik.

"Aku pon dop tau nok kate ke mung gane. Macam-macam doh aku rase lening." (Aku pun tak tahu nak bagitahu mu macam mana. Macam-macam dah aku rasa sekarang)

Pekat ayat Terengganu dari Almair dan Alan. Tercengang jugak Arisha bila dengar. Sepatah haram pun ayat yang mereka bicarakan tidak  difahaminya. Sikit-sikit boleh faham tapi untuk semua. Tidaklah!

"Mung gi mane je takdi?" (Kau pergi mana je tadi?)

"Tengok site beloh nun." (Tengok site belah sana)

Alan angguk. Boleh katakan banyak plan untuk Commercial Development yang akan ditubuh oleh lelaki itu.

'Biasalah orang kaya kan? Semua tempat boleh dibuat duit.'

"Banyok pitih mung op?" (Banyak duit mu kan?)

"Ahu gop, dop kire gi takat ni." (Tak tahu, tak kira lagi setakat ini)

Pak!

"Eleh!"

Arisha ketap gigi geram. Sedap betul Almair dan Alan bercakap lagak Arisha patung yang tak ada function aje.

"Boleh tak kita balik sekarang? Panas."

Arisha kibas-kibas baju yang dipakainya.

"Sorry ar, dop sedor pulok aku bunyi banyok arinim." (Maaflah, tak sedar pulak aku banyak cakap harini)

Alan sengih.

"Adop nde, biasa ar bile aku ngan mung jupe." (Tak ada apalah, biasalah bila aku dengan kau berjumpa.)

Terkekeh Alan ketawa.

"Okay ar, aku gerok lu." (Okaylah, aku minta diri dulu)

Mereka berdua bersalaman. Alan kerling tangan Almair. Tak lepas-lepas pinggang Arisha. Sayang betul!

"Hor bereh. Nape-nape masaloh mung kabor jelah ke aku." (Ya beres, apa-apa masalah mu bagitahulah aku)

"Jom kita balik."

Ditarik pinggang ramping itu mengikut langkahnya. 

"You cakap apa dengan dia? Sampai I dekat sebelah pun you dah tak peduli. Panas tahu tak? Penat I tunggu you habis bercakap." Keluh Arisha.

Nak putus urat kakinya, bukan apa. Tadi dah pergi site sebelah sana, dan sekarang site belah sini. Bernasib nasib kerana site terakhir ini lebih kecil berbanding yang di sana. Andai tidak, entah bagaimana untuknya terus berjalan.

"Suka sangat pakai kasut tumit tinggi kan? Dah susah nak jalan. Menyusahkan betul!"

Sekelip mata, tubuh itu dicempung masuk ke dalam kereta. Arisha tarik muka cemberut. Sepanjang perjalanan tak ada kata keluar dari bibir. Sakit hati dan geram!

"Beberapa minggu kita stay rumah papa."

"I tak nak." Bagai mulutnya dibuka dari zip, laju Arisha membalas.

"Aku tak peduli sama ada kau nak atau tak nak."

Arisha senyum kambing.

'Oh? Kau aku? Mana I and you?'

Menggeleng, Arisha hapuskan segala rasa indah yang pernah dirasai semalam. Terlupa seketika bahawa hati dipegang Allah. Sedangkan langit boleh bertukar mengikut waktu. Apatah lagi manusia?

"You nak balik, balik sorang-sorang. Jangan nak libatkan I. I takde apa-apa urusan untuk balik sana. Nak tengok muka mama you pun I meluat apatah lagi untuk melangkah setapak masuk dalam rumah papa I. I tak sanggup tengok muka papa I sendiri. Nak muntah tahu tak?"

Strett....

Terdorong tubuh genit itu ke depan dan kebelakang tatkala brek ditekan mengejut. Sempat dahinya terhantuk pada dashboard.

"Tak pandai bawak kereta ke? Takde lesen? Atau pahala you dah banyak sangat sampai tak kesah kalau you mati harini? Sok malaikat!" Sedas ayat pedas itu dihambur.

"Aku tak ajar kau jadi kurang ajar macam ni." Setenang mungkin suara itu.

"I kurang ajar?"

Arisha gigit bibir geram. 

"I layan manusia sama macam mana mereka layan I. Faham? I takkan jadi kurang ajar tanpa sebab. My mom pun tak pernah ajar I jadi kurang ajar. My mom always cakap jadi anak baik and jadi anak baik and disebabkan kebaikan. My mom dikhianati. Best jadi baik kan?"

Puas! Puas! Puas!

Sungguh,

Arisha puas hati dapat hambur semuanya. Ada cecair halus bergayut pada mata itu. Menceritakan segalanya yang pernah dirasainya. Bukan untuk meminta belah kasihan namun Arisha mahu hidup sendiri tanpa keluarga. Dia tidak perlukan papa dan suami. Arisha hanya mahu sendiri. Itu aje.

"I dah tak nak jadi baik."

Arisha alih mata. Menghindar dari tatapan Almair. Tak menipu bahawa hatinya masih sayangkan lelaki itu. Meski, hatinya terlalu sakit menerima segalanya. Lakonan dan cinta palsu yang dihulur lelaki itu.

"I pernah berharap apa yang my mom cakap bukan bohong semata-mata iaitu menjadi baik dengan mencintai permata tapi...."

Arisha seka air mata. Tawanya palsu sekali bersama senyuman sayu.

"I always jadi baik untuk dia. I terima alasan palsunya, everyday busy.  I terima yang dia tak nak jumpa I seminggu sekali even untuk sehari dua, maybe rindu? Tapi...." Bahu diangkat.

"Entahlah, semuanya tak ada guna."

Almair speechless. Bibirnya bagai digam gajah. Tak mampu langsung nak ungkap satu kata. Sudahnya, matanya saja menatap tepi wajah Arisha. Ada bulir halus, ingin sekali diseka namun kerana sedar diri. Dia membatalkan saja niatnya.

"Empat tahun I pegang apa yang my mom cakap. Empat tahun I cuba jadi seorang yang baik. I yakin you boleh mengubah persepsi I bahawa kebaikan masih mampu mengubah segala takdir tapi I silap." Arisha ramas tepi bajunya.

"I silap mempercayai manusia. You dan papa tak ada beza. Sama-sama tak guna. Useless, you know?"

"Aku bukan lelaki useless yang kau fikir! Aku-"

"You mengaku you baik? Huh?"

Pandangan jijik dilempar buat lelaki itu.

"You bukan lelaki baik. Lelaki baik takkan rampas kesucian isteri sendiri."

Deep!

Hilang terus ayat yang ingin disambung. Bahu sasa itu mengendur sejurus pintu dihempas dari luar bererti seseorang telah keluar dari kereta. Lirikan matanya tak lepas dari batang tubuh beberapa meter darinya.

"Ak-aku...."

Malu, namun hati juga ingin memujuk agar perempuan itu kembali. Semua perbuatan Arisha dirakamnya. Refleks, tubuhnya berdiri tegak tika seorang pemuda naik motosikal berkuasa tinggi mendekati Arisha.

"No, jangan naik. No! No!"

Sepantas kilat, kaki itu berlari keluar mendapatkan Arisha. Tapi sayang?

"Ris! Ris! Ris! Come back here! Come back!!!"

Diraup kasar mukanya. Digempal penumbuk,

"Aku akan cari kau sampai lubang cacing! Kau milik aku! Milik aku!" Jerit Almair gaya orang gila bayang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro