beautiful reality - 2
Part 2 : A Beautiful Reality
Naura Isyq's
Aku lapar. Aku nak makan. Tapi aku tak tahu nak makan apa. Tapi aku rasa nak makan sangat. Bagitulah aku. Sekarang aku tidak ada sebarang makanan untuk dimakan.
Jadi aku telah mengambil keputusan untuk memandang Zafran. Ha, tengok? Aku mana pandai nak berkias-kias bagai. Kita mestilah kena straight to the point terus!
Zafran ketika itu sedang bersembang dengan rakan-rakannya. Melihat bibir Zafran yang sedang tersenyum buatkan bibirku turut tersenyum sama. Apabila sepasang anak mata Naura Isyq memandang senyuman manis Aysar Zafran buatkan seluruh urat sarafku bekerja untuk memaksa bibirku untuk mengukir senyuman juga.
Seolah-olah senyuman Zafran adalah kebahagiaan aku!
Drama sangat!
/ a beautiful reality /
Bosan betul sekarang ini. Aku tak tahu nak buat apa sekarang. Komputer riba yang aku gunakan saat ini pun macam tidak boleh pakai sahaja speakernya. Eh, pembetulan. Bukan macam tetapi memang tak boleh pakai!
Terangkat-angkat komputer riba itu terletak disebelah telingaku. Punyalah effort aku nak dengar apa yang youtuber ni katakan. Alina di sebelah pula dah pandang aku pelik dengan wajah yang berkerut seribu. Mata dia pun dah kecil semacam merenung aku.
"Kau dah kenapa?" soal Alina. Aku hanya mampu tayang sengih.
"Tak dengar." jawabku moga-moga dia mengerti. Jarak dan kedudukan komputer riba dengan telingaku masih tidak berubah. Muka aku pun dah berjangkit dengan muka berkerut Alina. Berkerut-kerut dahiku mendengar apa yang youtuber itu ceritakan.
Masih tidak dengar apa-apa. Mata aku pula yang galak meliar merata tempat. Tiba-tiba mataku bertemu dengan sepasang anak mata lelaki idaman aku. Terus aku jauhkan komputer riba dari telinga dan hentak di atas meja sehingga berdentum bunyinya. Aku tengah tahan malu sebenarnya. Bunyi hentakan yang kuat itu sekali lagi menarik perhatian Alina. Sekali lagi dia berkerut memandang aku.
"Kau dah kenapa?" Soalan yang sama terpacul keluar dari mulut Alina.
Aku laju menggeleng. "Nanti aku cerita." kataku masih bernada malu dengan kejadian tadi. Entah bagaimana keadaan wajahku ketika Zafran melihat wajahku tadi. Entah buruk atau tidak aku pun tidak pasti.
Ya tuhan malunya!
/ a beautiful reality /
Sedar tidak sedar kini aku sudah habis era menengah rendah. Sudab tiba masa untuk aku melangkah ke alam menegah atas pula. Senarai nama mengikut aliran kelas sudah keluar beberapa hati yang lalu. Aku mendapat kelas yang mempunyai subjek Ekonomi, Prinsip Perakaunan dan Matematik Tambahan. Aku sekarang tengah memikirkan bagaimana aku mahu menghadap seketul subjek Matematik Tambahan itu.
Alina pula dapat kelas aliran agama. Aku dengan Alina dah bukan satu kelas lagi dah. Kalau Laila dan Hasya pula, mereka satu kelas - Sains Tulen Dual Language Programme (DLP).
Zafran?
Malangnya dia tidak lagi sekelas dengan aku. Dia satu kelas dengan Laila dan juga Hasya. Aku tidak tahu macam mana lagi untuk aku terangkan perasaan sedih aku itu macam mana. Zafran itu sangat pandai. Aku tidak layak digandingkan dengan dia.
Sudah dua bulan aku berada di tingkatan 4. Tidak banyak perkara yang menarik berlaku memandangkan aku tidak lagi sekelas dengan Aysar Zafran.
Laila dan Hasya kerap bercerita kepada aku tentang Aysar Zafran. Dengar cerita dia bercita-cita mahu menjadi seorang doktor. Apa-apa pun aku hanya mampu doakan yang terbaik untuk kau, Zafran.
Aku juga harap akan ada sinar harapan untuk kami berdua di masa hadapan. Aku sentiasa berdoa untuk kami. Semoga kami dijodohkan andai Zafran boleh membimbing aku ke jalan yang benar.
Muhammad Aysar Zafran bin Azham.
Till we meet again in the best version of us.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro