Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

beautiful dream - 6

Part 1 : A Beautiful Dream

Naura Isyq's

Aysar Zafran.

Makin lama aku crush dekat dia makin aku dapat hadam perangai dia macam mana. Dia seorang lelaki yang pendiam, dingin, bertanggungjawab dan yang paling aku suka pasai dia adalah dia seorang yang menjaga ikhtilat. Cakap dengan kami kaum hawa ni dia tak pandang tempat lain dah. Dia pandang lantai sampai aku pun insecure dengan lantai tu. Lantai tu lagi menawan ka?

Tapi aku tak kesah. Perangai dia tu buat aku lagi tertarik. Macam magnet dengan besi. Pernah jugak sekali tu kawan aku suruh aku hantar surat dekat Zafran. Surat luahan perasaan lah macam tu. Terus cadangan tu aku tolak mentah-mentah. Buat masa sekarang aku tak nak buat apa-apa tindakan. Biar masa yang menentukan walaupun aku tahu yanh Zafran tu macam mustahil nak notice aku. Alamak buat sedih pulak. Haha!

Dan aku jugak yakin yang hal itu dikatakan demikian kerana Zafran bukan jenis lelaki yang couple ni. Dia jenis yang simpan. Bila sampai masa dia luah. Itulah seorang Aysar Zafran.

Dia buat aku tak berani nak luah perasaan aku sebab diri dia, prinsip dia. Dia buat aku rasa macam aku tak layak untuk suka dia. Jodoh itu ditangan tuhan. Bila ada, adalah. Bila tiada, bukan rezeki kita. Jadi yang penting sekarang ni...

"Jauh betul kau termenung. Sampai mana dah?" tegur Alina buatkan huraian aku yang panjang lebar tadi tergantung. Aku pandang Alina yang sedang memusingkan kerusinya untuk menghadap aku.

"Sampai hati dinding." perliku atau lebih tepat kepada doa sebenarnya. Aku tayang sengih bila nampak Alina jeling aku tajam. Amboi, aku gurau ja pun. Kau jugak yang ship aku dengan dia kan? Siapa yang bersalah disini?

"Makin menjadi-jadi eh kau?" Alina mengusik. Dalam masa yang sama buku notanya diselak. Nak buat novel lah tu.

Kini aku terpandangkan Zafran. Aku tak tahu apa yang aku buat betul ataupun tak. Eh, memang betul pun apa yang aku buat ni. Tak baik couple. Ya Allah andai benar dia lah yang terbaik buatku, terbaik buat agama-Mu, kau jagalah hatiku untuk dia dan hati dia untukku.

Aamin.

// a beautiful dream //

Dua tahun kemudian . . .

Alhamdulilllah syukur sebab aku masih bersekolah di tempat yang sama selama tiga tahun. Kini aku sudah berada di tingkatan 3. Lagi dua tahun untuk aku terus berjuang.

Dinding?

Entah la dekat dia. Tiada apa pun yang terjadi sepanjang tiga tahun aku berada disini. Semuanya nampak normal. Tiada apa-apa yang pelik pun bagi aku. Alina pulak tak habis-habis dengan crush dia yang diberi nama koi. Dia sembang dengan aku tentang koi macam aku tahu siapa koi tu. Benda boleh bagitau kot. Saja buat aku tertanya-tanya siapa koi.

Dia cerita dekat aku macam-macam pasai koi. Sampai sekarang aku tak tahu makhluk mana yang dapat gelaran koi dari Alina. Alina kata koi tu satu kelas dengan kami. Well, typical seorang perempuan. Walaupun masa kau teka tu kau dah sebut nama crush dia tak ada maknanya dia nak mengaku. Tak function langsung aku teka. Aku dah sebut nama satu kelas jawapan yang diberi pada akhirnya tetap jugak bukan.

Function sangat!

"Naura, koi comel gila." Aku buat-buat pekak. Malas nak dengar. Aku pandang ke arah lain. Kebetulan masa tu aku terpandangkan Zafran. Zafran pulak masa tu tengah pandang aku. Cepat-cepat aku pandang ke arah lain. Dup dap dup dap jantungku mengepam darah.

Hati rasa sesuatu bila mata kami bertemu. Sejak akhir-akhir ini aku kerap kali tereye contact dengan Zafran. Aku tak faham kenapa. Dia saja tengok aku ataupun dia pandang satu kelas secara rawak. Eh, eh eye contact dengan aku.

"Alina, tadi aku eye contact dengan dinding." kataku perlahan. Masih dalam fasa berjaga-jaga. Masih menguatkuasakan gelaran dinding itu dengan Alina. Takut orang lain dengar.

Alina pandang aku. Kemudian dia buat muka tak heran. "Aku hari ni saja dah banyak kali eye contact dengan koi tau." kata Alina bangga sekali dengan hidungnya turut sama mengembang. Aku rasa nak tarik-tarik ja hidung Alina yang kembang macam bunga rafflesia. Cantik tapi sayang, busuk!

Aku juling mata. Malas aku nak dengar cerita tentang koi.

Buang masa!

***

010324

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro