beautiful dream - 4
Part 1 : A Beautiful Dream
Naura Isyq's
Biskut lexus aku kunyah perlahan. Duduk bersila dihadapan pintu locker sambil otak sedang sibuk merenung masa depan. Aku duduk termenung. Termenung aku bukan saja-saja okay!
"Naura! Naura!" Hampir tercekik biskut lexus aku dibuatnya. Cepat aku capai botol air sebelum diteguk perlahan untuk mengurangkan rasa pedih pada tekak aku. Perlahan aku memandang gerangan manusia yang hampir buat aku mati tercekik tadi.
Fatini Zahira.
Fatini tu budak kelas sebelah. Kelas 1 Beta. Aku tidak la rapat sangat dengan dia tapi disebabkan kami satu dorm aku jadi agak rapat dengan dia.
"Naura, kau nak tahu tak crush aku siapa?" soal Fatini. Sekali lagi aku hampir tercekik. Terkejut dengan soalan yang dia ajukan.
"Siapa?" soalku teruja. Sekadar melayan teruja Fatini. Melebar gadis itu tersenyum buatkan aku sedikit musykil. Kecil bukaan kelopak mataku merenung Fatini yang mula tersengih kambing sebelum dia ketawa malu. Mulutnya ditekup sebelum badannya meliuk-lentok seperti ulat bulu panjat daun. Habis paha aku menjadi mangsa tamparan Fatini.
"Crush aku kelas kau! Tekalah!" Fatini senyum lagi bersama pakej ketawa tak ingat dunia berserta badan yang melenggok dan tamparan di tubuh badanku. Memang pakej lengkap lima bintang.
"Siapa?" soalku malas dah nak tunggu. Lagipun aku ada kerja lain nak buat lepas ni. Nak basuh baju.
"Janji tau jangan bagitau siapa-siapa." Aku angguk. Makin lama kesan tamparan Fatini semakin kuat terasa. Sakit. Nampak seperti Fatini masih malu-malu kucing nak bagitahu. Aku juling mata ke atas. Geram pulak aku dengan karenah Fatini.
"Nak bagitahu ke tak ni?"
"Kejap! Ish, malu la nak bagitahu kau! Janji tau jangan ejek." kata Fatini sebagai langkah berjaga-jaga. Aku yang entah kali keberapa mengangguk kepala mengangguk lagi sekali. Dah macam burung belatuk dah gayaku. Aku masih menanti jawapan Fatini.
Fatini ketawa malu. Ketawa gadis melayu terakhir lah katakan. Dia angkat wajah bertentang mata dengan aku.
"Aysar Zafran."
// a beautiful dream //
Aku masuk ke dalam kelas bersama wajah yang tiada riak. Kerusi ditarik sebelum melabuhkan duduk disitu. Alina yang perasan dengan kehadiranku mengukir senyum. Aku buat-buat tak nampak seolah-olah Alina tidak wujud dihadapanku.
"Kau dah kenapa? Tahu la yang kau rindu Zafran..."
"Ada orang suka dia." potongku tanpa memandang wajah Alina. Semua salah dia! Kalau dia tak ship aku dengan Zafran benda ni takkan jadi. Sakitnya hati aku!
Tiba-tiba suasana menjadi sunyi dan sepi buatkan aku angkat wajah pandang Alina yang sudah ternganga itu. Tidak berkelip matanya pandang aku macam aku ni hantu. Dah kenapa minah ni?
"Kau pulak dah kenapa?" marahku sambil menongkat wajah di atas meja. Mataku lurus memandang papan kenyataan yang berada dihadapan sana. Papan tersebut lebih memahami berbanding manusia yang berada dihadapan aku sekarang ni!
"Jadi? Apa yang nak dikesahkan? Biarlah orang tu nak suka siapa pun melainkan..." Alina berhenti seketika dari terus membebel. Laju sepasang mata itu merenung aku. Aku pandang Alina tajam. Apa pulak yang mind glowing Alina tu tengah fikir sekarang ni? Aku pulak yang rasa berdebar. Tambah-tambah bila Alina tayang senyuman lebar dia.
Melainkan apa?
"Melainkan kalau kau suka si Zafran tu!" tebak Alina dan tekaannya tepat. Terus aku sembamkan wajahku. Tidak sudi lagi untuk aku melihat dunia. Aku benci Alina!
"Weh, serius lah kau suka dia?" soal Alina tidak percaya. Sedar tak sedar Alina kini sudah berada disebelahku. Perlahan aku angguk sambil mengangkat wajah.
"Jangan bagitahu siapa-siapa eh?" Sempat lagi aku nak suruh Alina beraku janji dekat sini. Nampak wajah Alina berubah. Berubah ke arah keterujaan. Kenapa pulak minah ni? Risau pulak aku.
"Kiranya taktik aku tu menjadi lah? Boleh lah aku nak try dekat Hasya pulak!" kata Alina dengan nada gembira buatkan aku rasa nak campak seseorang dari tingkat tiga ke arah bawah.
Suka hati makcik dia ja!
"Kau la! Seronok sangat ship aku dengan dia." bebelku tidak puas hati. Ini sangatlah tidak adik ya teman-teman. Kenapa aku yang jadi mangsa?
"Nasib baik dia comel tau." sambungku sambil tersenyum malu. Alina terus menghamburkan tawa dengan kata-kataku yang tiba-tiba itu.
Oh, please! Naura Isyq sudah tergilakan Aysar Zafran!
***
260224
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro