Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✨ Skit-skit filler ✨

"Sayang, nampak Qaira tak?" Soal Ikhwan di sebalik rak-rak buku yang memenuhi kedai buku tersebut. Matanya melilau melihat ke sana dan ke sini. Namun hampa, hanya Qaisha sahaja dapat dilihat berdekatan dengannya.

"Hah? Abang hilang Qaira?" Qaisha sudah ternganga. Memang tidaklah jika dia mahu lihat benda lain apabila melangkah masuk ke dalam kedai buku. Pegangannya sendiri kini penuh dengan pelbagai jenis buku.

"Haih, anak sendiri boleh hilang, parahlah awak berdua ni." Sibuk Qailina tiba-tiba di situ. Dia juga tidak kurang memegang buku yang banyak diekori Magnetis dari belakang.

Qaisha dan Ikhwan melihat dua orang manusia itu dengan mata yang membulat. Mahu salahkan siapa pun tidak tahu, diri sendiri yang cuai dan terganggu dengan perkara lain.

"Tak apalah." Suara Ghani mencelah tidak jauh dari mereka. "Aku cari dia kejap." Sambungnya lagi lalu berjalan laju bagi memulakan misinya.

Melihatkan pergerakannya itu, Qaisha merengus geram. "Ha memang, memang. Lajulah lagi, bagitahu satu dunia dia ada kuasa. Agak-agaklah pun." Bebelnya di situ lalu memasukkan buku yang dipegang ke dalam bakul yang dibawa Ikhwan.

"Siapa je tak bosan tercegat dekat satu tempat je? Manalah tak lari si Qaira tu. Dia itu sudahlah bijak, pandai menguruskan diri sejak kecil lagi." Qailina bersuara lagi kemudian mengambil tempat di sebuah kerusi yang kebetulannya ada di situ.

"Ha'ah, mestilah dia pergi tempat lain." Sambut Magnetis lalu menggeliat seketika. "Okeylah, aku nak ikut Ghani kejap. Kot-kot aku yang jumpa dulu." Tuturnya lagi kemudian melangkah pergi.

Qaisha dan Ikhwan saling berpandangan. Masing-masing tidak tahu untuk beriak apa. Kecewa? Hmm, mungkin kecewa kerana membiarkan anak mereka bersendirian begitu.

"Kot ya pun kecewa dengan diri sendiri, jangan tunjuk sangat. Qaira itu ada kuasa juga seperti kita, apa nak risau? Datang orang kacau dia, dia belasah balik. Apa susah?" Lantang Qailina membebel pada pasangan itu. Sementara itu, sempat lagi dia membuka buku untuk dibaca.

"Cakap macam dah kahwin je-"

"Aip, jangan mention." Potong Qailina laju dengan tangan yang didepakan ke arah pemilik suara. Terus sahaja Ikhwan mengetap bibir.

Mereka bertiga menunggu di situ buat beberapa ketika. Jika semuanya pergi mencari dan berpecah, agak payah untuk mereka bertemu semula meskipun ada telefon pintar. Biarlah dua lelaki itu melakukan apa yang patut.

"Weh!" Suara Ghani termengah-mengah menampar gegendang telinga tiga orang manusia itu. Kelihatan dia sedang tertunduk-tunduk bersama Qaira yang diangkat ke udara menggunakan kolar gadis itu bagaikan kucing. 

"Apa pegang anak saya macam tu?!" Qaisha terus sahaja mampir ke hadapan dan menyambut Qaira ke dalam dukungannya. Meskipun sudah berumur lapan tahun, gadis itu masih ringan untuk diangkat begitu sahaja.

Magnetis tiba di sisi Ghani sekelip mata. Dia turut berpeluh seperti baru sahaja berlari dari satu entiti yang menakutkan.

"Tak, apa jadi ni?" Ikhwan melihat hairan pada dua orang sahabatnya itu. Ada alien datang menyerangkah tadi?

Ghani menarik nafas dalam kemudian berdiri dengan tegak. "Qaira tu, dia nak ambil buku dekat rak yang tinggi. Ada ke dia pergi terbang macam tu je? Takut aku tengok. Apa lagi, cekaulah budak tu bawa sini." Balasnya pantas.

Anggukan laju Magnetis berikan. "Serius, nasib baik tak ada sesiapa dekat dengan kawasan tu tau. Aku ni penat sebab kejar si Ghani ni ha. Laju betul." Ujarnya pula sambil merenggang-renggangkan pinggangnya.

"Qaira." Panggil Qaisha kemudian melihat gadis yang berada dalam dukungannya itu. Kelihatan Qaira melarikan pandangan daripada memandang emaknya. "Kenapa buat macam tu?" 

Qaira mencebik kemudian mengeluarkan apa yang dipeluknya dari tadi. Sebuah buku bertemakan kuning dan hijau terpampang di layar mata.

"Kalau nak buku, panggillah kami. Bahaya tahu?" Tegur Qailina di situ. Dia bangkit kemudian berdiri di sisi Qaisha.

Sekali lagi, Qaira melarikan pandangan. "Buku ni tinggal satu, kalau tak ambil cepat-cepat nanti ada orang lain ambil." Katanya perlahan.

Buku tersebut diambil Qaisha dan melihatnya secara menyeluruh. Tajuk 'Miss Miracle : Sakti di Mata Pena' menjadi penghias wajah kulit buku.

"Bookiut punya buku? Bukan untuk budak-budak usia 15 tahun ke minimum?" Sibuk Ghani di situ.

"Buku budak-budak pun tahu ya kau?" Balas Ikhwan yang kini bercekak di sebelah Qaisha, turut melihat buku tersebut.

Rengusan kecil Ghani berikan lalu berpeluk tubuh. Dahinya terlihat berkerut-kerut. "Buku budak-budak? Sebab tu ada pernyataan usia tahu tak? By the way, anak kau ni baru lapan tahun."

"Tak apa pakcik Ghani, Qaira dah besar! Jumpa alien pun pernah!" Jawab Qaira bersemangat dengan penumbuk yang dijulangkan ke udara.

Magnetis tertawa kecil di sisi jejaka itu. "Ha, setepek kena dengan budak kecil tu." Katanya, sedikit terhibur.

"Lagipun, penulis dia Haninay. Kita kenal dia dari Wattpad lagi kan? Jadi tak perlu risau." Qailina pula bertutur, menentang Ghani. Sejurus itu, dia mencapai buku yang dipegang Qaisha dan membaca sinopsisnya. "Alright, biar aunty belanja Qaira buku ni sebab kamu nak sangat tadi." Tuturnya lagi dengan suara yang dicomelkan sambil memicit pipi Qaira.

"Yeay!" Sorak Qaira gembira di situ. Ikhwan dan Qaisha sekadar tersenyum, melihat dua orang manusia itu sedang berbual gembira dengan gaya masing-masing.

Ghani pula sekadar menggeleng kecil namun wajahnya tidak beriak serius. Magnetis di sisi tersenyum sedikit melihat keletah keluarga itu.

[Skip]

"Papa, Qaira nak belajar memanah!"

"Wah, kenapa?" Soal Ikhwan yang sedang sibuk menghadap kertas kerjanya.

"Boleh tembak orang dekat kepala!" Balas Qaira dengan bersemangat. Tangannya yang memegang sebuah buku diangkat ke udara.

Qaisha yang sedang enak melipat baju tidak jauh dari mereka terus sahaja terhenti perbuatannya. Matanya membulat, melihat dua beranak itu. "Abang ajar anak kita apa ni?"

"Saya? Bila masa saya pula yang ajar ni. Saya mana tahu memanah." Jawab Ikhwan bagaikan ingin marah.

Qaira tertawa sendiri di situ dengan tangan yang menutup mulut. Matanya melihat ibu dan bapanya bersilih ganti. "Qaira baca dalam buku ini, kalau mahu jadi pahlawan kena tahu memanah dan menggunakan pedang! Lagipun Qaira pernah belajar di sekolah, ustazah kata umat Islam dulu lawan guna busur panah." Petah dia berbicara.

Qaisha dan Ikhwan ternganga, melihat anak mereka yang tersengih-sengih antara mereka. Kemudian, pandangan mereka jatuh ke buku yang dipegang Qaira.

"Ghani dah cakap, abang tak nak dengar."

"Eh, saya salah? Qailina kan yang belanja dia. Sayang pun tak halang."

"Jadi, boleh Qaira belajar memanah?" Potong Qaira dengan wajah naif. Bersungguh-sungguh gayanya.

Keluhan kecil Ikhwan lepaskan. Wajah diraup perlahan kemudian dia memberikan senyuman kecil buat Qaira. "Boleh, nanti papa cari kelas. Tapi kamu jangan panah dekat kepala orang pula." Tegurnya.

"Mestilah tidak! Qaira ada kuasa. Mahu apa-apakan orang, campak saja batu atau duit syiling." Jawab gadis itu, bersemangat.

Laju sahaja anak mata Ikhwan melirik pada Qaisha yang sudah pun mula melipat kain dengan pantas. "Pengaruh siapalah tu." Ujarnya dalam nada mengejek.

"Abang diam." Marah Qaisha dengan cebikan.

Tawa kecil Qaira lepaskan tanda gembira. Buku tersebut dipeluknya erat. 





~~~~~~~~~~~~

Hai semua, Assalamualaikum! Apa khabar? Saya harap kalian baik-baik sahaja di sana. Buat yang membaca, terima kasih kerana kembali!

Jadiii, mahu tahu buku apa yang dibaca oleh Qaira? Ha, inilah bukunya. Karya pertama saya yang berjaya dibukukan!

Jika berminat, boleh usha² di website PTS sendiri. Oh, ada di Shopee juga tau! Search saja nama tajuk, pasti keluar.

Tapi kalau berjaya memiliki, jangan belajar benda pelik-pelik pula ya. Qaira itu mempunyai kuasa, kita ni hanyalah manusia 😌 Apa-apa jadi saya tak bertanggungjawab hahahahah.

Apa-apa pun, saya ingin berterima kasih kepada kalian yang sentiasa membaca karya saya dari dulu lagi. Isteriku Supernatural ini tidak akan berdiri lagi jika bukan sebab kalian. Terima kasih ya! Sayangggg semua 💜



- Haninay (07/02/2022)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro