Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2

Maaf jika fakta berkenaan universiti salah kerana Ny tidak pernah melalui alam universiti lagi.

°°°°°

Ikhwan tersenyum gembira manakala Qaisha mengeluh.

"Seronoknya! Lepas tanda status sebenar kita, kita dapat satu bilik!" Ujar Ikhwan gembira.

Qaisha seperti mahu menghancurkan universiti ini sekarang juga. "Tidak!!"

Ikhwan hanya memandang isterinya. Sejak isterinya dilahirkan semula, perangai isterinya itu sudah berubah 360 darjah. Nasiblah...

"Dah jom masuk bilik." Ajak Ikhwan.

Qaisha membuat muka meluat. "Alaaaaaaaaaaaa....."

"Amboi panjangnya ala dia tu." Kata Ikhwan.

Qaisha berpeluk tubuh. "Balik-balik tengok muka awak je."

Ikhwan mencebik. "Habis tu nak tengok muka siapa? Robert Pattinson yang awak puja tu ke?"

"Ahah!" Ucap Qaisha sebaik sahaja sampai di pintu bilik.

"Jap! Bilik kita ni dekat kolej mana? Lelaki ke perempuan?" Soal Qaisha.

"Lelaki." Ujar Ikhwan selamba.

"Tidak!!!!!!" Jerit Qaisha. Bergegar satu kolej.

"What the..." Ikhwan menutup mulut Qaisha.

Qaisha yang cemas, terbang ke sana ke mari. Nasib baik tiada sesiapa di situ.

"Turunlah! Nanti orang nampak macam mana?" Marah Ikhwan.

Dengan perlahan-lahan, kaki Qaisha mencecah lantai.

"Ini apartment lah sayang. Untuk pelajar yang sudah berkahwin." Terang Ikhwan.

Qaisha mengangguk. "Ooooo...."

Selepas pintu dibuka kuncinya, mereka melangkah masuk.

Qaisha yang teruja dengan kecantikan rumah itu mengapungkan dirinya dan meneliti setiap penjuru rumah itu.

Ada dapur, satu bilik yang mempunyai katil bersaiz queen, ruang tamu yang tiada televisyen dan tandas.

"Cantik!" Katanya sambil mengapungkan alatan dapur yang berada di dapur.

Ikhwan menyorok dibelakang pintu. "Sayang, hati-hati dengan pisau tu. Bahaya!"

Qaisha mengacah mahu mengacukannya pada Ikhwan. Ikhwan pula terjenguk-jenguk pada muka pintu.

Sedang Qaisha bermain dengan pisau itu, Ikhwan rebah.

'Aik? Tak kena pun.' Getus hati Qaisha lalu turun dari apungan. Dia meletakkan pisau tersebut di tempatnya semula.

Dia mendekati Ikhwan lalu menggoncangkan tubuh suaminya. "Abang... Bangun bang."

Ikhwan masih kaku. Qaisha menjadi takut.

"Hmm... Mari kita gunakan kuasa laser untuk menghidupkan dia semula." Tutur Qaisha.

Ikhwan bangun lalu menjerit. "Tidak!!!!!"

Qaisha terkejut. Dia terbang ke belakang.

Ikhwan menoleh. Dia memandang Qaisha. "Sayang... Sayang bunuh abang, ya?"

Qaisha menggeleng. "Mana ada. Tak kena pun." Katanya lalu mahu mula menangis.

Tiba-tiba Ikhwan ketawa besar. "Wahahaha!! Lawaklah sayang ni. Hahahahah!!"

Qaisha memerahkan mata. Dia mengapungkan diri lalu mula melaser tempat duduk Ikhwan.

"Arghh!!" Jerit Ikhwan lalu mula berlari manakala Qaisha mengejar Ikhwan.

Apartment itu bingit dengan jeritan Ikhwan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro