♡8♡
Pagi itu..
"Sayang!!" Panggil suamiku.
"Ye abang iman." Jawabku sambil membela shawl yang membaluti kepalaku.
Walaupun aku sudah bergelar isteri kepada abang iman tapi aku masih tidak membuka shawl bila bersama dengannya. Hati ni masih belum bersedia untuk menerima abang iman sepenuhnya.
"Abang ada suprise untuk sayang. Lagi satu, kenapa sayang asyik panggil abang, abang iman? Panggillah abang je".kata suamiku sambil tersenyum nakal.
"Emm.. ookk.. Apa yg suprise sangatt tu aaa..Abg? soalku tergagap gagap.
"Dah nama pun suprise jadi rahsia la sayang".sambil mencuit hidungku dengan manja.
"Abang!"
Comelnya isteri aku ni walaupun tengah marah.
"Amboi pasangan merpati sejoli nii sweet sungguh." Tegur satu suara iaitu mamaku. Entah dari mana datang. Mama ni memang suka stalk aku dengan abang iman.
"Hehe mama nii malu la" kata kami berdua serentak.
Selepas mama menegur kami dia terus turun ke dapur untuk menyediakan sarapan. Abang iman pula tiba-tiba ikut mama turun sekali.
"Ma". Panggil iman.
"Ye,kenapa?" soal mama ku.
"Boleh tak iman nk bawa mira ke rumah baru yg iman kata haritu." Kata iman sambil berbisik.
"Oh boleh sangat, mesti mira suka."
"Insyallah ma." kata iman lalu berlalu ke arah ruang tamu.
Actually lepas iman pergi ke dapur, mira turun ke ruang tamu untuk layan cerita favourite dia. apalagi kalau bukan EXO!!! Dah kahwin pun kpoppers dia tak boleh tinggal.
"Ya Allah,handsomenyaa!!!!"
"Sapa yg handsome sangat tu?Abang ke?" Tanya iman.
"Eh!!aaa..abang terkejut miraa. Bukanla, oppa dlm tv tuh." Kataku sambil menuding jari ke skrin televisyen.
"Oh ingat abang tadi.Abang pun handsome juga. Untung sayang dapat abang. Oppa?? Apa tu opah ke?
Kalau bab handsome ni memang iman suka angkat bakul sendiri.. perasannya kau imann
"Ishh oppa la bukan opah! Oppa maksudnya panggilan untuk perempuan panggil lelaki tua dari dia."
"Ooooo,jadi macam tu mira panggil abang oppa la".ujar iman sambil tersengih nakal.
"Erkk".
"Hahaha." Gelak suamiku.
Skip
Allahuakbar Allahuakbar
Laungan azan zuhur sedang berkumandang..
Aku dan iman mengambil wuduk dan solat berjemaah bersama sama.
"Allah huakbar"
..
"Assalamualaikum warah matullah.."
Aku menadah tangan semasa suamiku membacakan doa dan kami aaminkan bersama. Sungguh sejuk hati aku apabila mendengar iman mengalunkan bacaan doa.
Setelah selesai berdoa aku menyalam tangan suamiku. Part nilah rasa seram sejuk..haii jantung mula la bergendang semacam..
"Kenapa sayang macam takut je nak salam abang? suami sayang jugakan." Kata suamiku sambil tersenyum manis.
Manisnya senyuman dia.. ada lesung pipit lagi..
"Sayang siap siap tau, abang nak bawa sayang ke tempat special." Kata suamiku sambil melipat sejadah.
"Baiklah aaa...a"
"Oppa la" potong suamiku.
Setelah bersiap aku turun ke bawah bersama suamiku.
Aku hanya memakai shawl berwarna hijau lembut dan baju kurung.Sejak sudah bergelar isteri kepada seorang 'ustaz' penampilan aku terus totally change 50%. Kalau ikutkan hati tadi mahu pakai black hoodie tapi dilarang oleh mama.
Iman pula hanya mengenakan seluar jeans dan baju t-shirt berkolar berwarna hijau tua. Walaupun simple tapi kelihatan segak .
"Ma, kami nak gerak dulu." Kataku sambil menyalam tangan mama.
Aku menaiki kereta mewah abang iman. Ni first time aku naik kereta dia. Berdebarla juga. Aku melihat abang iman memakai seatbelt. Aku pula tidak memakai seatbelt. Memang dah tabiat dari kecil. Rimas!
"Sayang tak pakai seatbelt ke?" Iman menyoalku sambil mengerutkan dahi.
"Tak, Mira tak suka." Jawabku dengan jujur.
"Ish, mana boleh.."
Abang iman terus mendekatkan badannya ke arahku. Aku menjadi kaget. Jarak mulut dia dengan mulut aku hanya 1 inci!! Ohmy! Mujurlah agenda itu hanya mengambil berapa saat. Kalau lama mungkin dah luruh jantung nih!.
Muka mira dah blushing kerana adegan tadi. Bukan senang iman nak dekat dengan dia macam tu.
Kereta iman kemudian meluncur laju diatas jalan raya. Setelah setengah jam berlalu, kami sampai di sebuah rumah. Buat apa abang iman bawa aku pergi rumah ni.
Abang iman terus keluar dari kereta diikuti mira.
"Abang iman nak merompak ke?" Tanyaku cuak. Abang iman sedang mengeluarkan sesuatu di kocek seluarnya.
"Ya, abang nak merompak rumah sendiri."
"Hah? Abang, merompak tu kan berdosa.. japjap.. ruma sendiri.. maksud abang.."
"Ya sayang, ni rumah kita." Balas iman sambil tersenyum manis.
"Ya Allah!! Cantiknya. Abang saja je tipu mira kan."
"Abang takda niat pun nak tipu sayang. Sebenarnya mama yang suruh abang simpan rahsia ni. Ehh, jomla masuk.. panas kalau asyik berjemur dekat luar ni. Kita bercerita dekat dalam ok."
"Ok."
Aku masuk ke dalam rumah dua tingkat tersebut. Sangat besar! Lagi besar dari rumah aku. Cantik dekorasi dalam rumah ni. Mendamaikan.. di dinding-dinding tertampal kaligrafi ayat-ayat suci al Quran.
"Abang ke yang decorate rumah ni?" Tanyaku kagum.
"Ya, semuanya abang buat sendiri. Abang decor rumah ni seminggu sebelum kita berkahwin."
"Ouh, cantiklah abang,. Mira suka sangat!"
"Alhamdulillah kalau mira suka. Abang ingat mira tak suka rumah ni. "
"Mana boleh Mira tak suka."
"Iyelah, sayangkan tak dapat terima abang sepenuh hati sayang."
Aku hanya diam membisu. Memang betul apa yang abang iman cakap. Aku masih tak boleh terima dia sepenuhnya.
Aku memecahkan suasana selepas kami berdua senyap .
"Abang.. mira nak pergi satu tempat boleh?"
"Boleh, sayang nak pergi mana?"
"Mira nak pergi jalan-jalan around kl. Mira jarang dapat jalan-jalan kat sana sebab busy dengan kuliah."
"Boleh je sayang." Kata abang iman sambil tersenyum ke arahku.
Selepas melawat rumah kami dalam beberapa minit, kami pun keluar dari rumah tersebut.
Setelah memandu dalam setengah jam, akhirnya kami sampai di kuala lumpur. Kami melalui taman tasik titiwangsa. Aku mengajak abang iman berhenti di situ.
"Wahh! Nyamannya.. cantikkan tasik ni abang?" Tanyaku kepada abang iman.
"Ya, cantik sangat."
"Eh, hujanlah abang."
"Aah. Jomlah berteduh dekat pondok sana."
Iman menarik tanganku untuk pergi ke pondok. Aku meleraikan tanganku kepadanya. Agak kekok bila dia pegang tangan aku. Hujan menjadi semakin lebat. Aku dan abang iman terperangkap dalam hujan tersebut. Tetiba datang idea gila-gila aku..
"Eh sayang! Kenapa berdiri dalam hujan tu?" Tanya iman cemas.
"Saja nak main-main dalam hujan"
"Haish sayang ni.. nanti demamlah."
"Antibodi mira kuat. Abang, jomlah join sekali."
"Taknaklah".
Iman hanya memerhati mira dari jauh. Dia berasa gembira melihat mira ceria. Jauh disudut hati iman, dia berharap mira dapat menerimanya sebagai seorang suami bukan sepupu..
"Ahh, penatlah. " mira duduk disebelah iman setelah puas bermain hujan.
"Jom balik sayang. Hujan dah renyai ni."
"Tapi mira dah basah kuyup. Sorry abang.."
"Takpa, abang ada bawa surat khabar lama. Sayang boleh alas dengan tu."
"Terima kasih."
"Sama-sama.. dahlah, tak mahu sedih sedih nih.. tak lawa muka isteri abang."
"Tak sedih dah. Thanks again..'
Kami masuk kedalam kereta. Perjalanan menjadi senyap kembali. Tiba-tiba aku terbersin dua kali.. lahaiii, time-time macam ni nak selsema pula!
"Sayang okey tak ni?"
"Okey, hakcumm!!"
Abang iman merasa dahiku.
"Sayang demamlah. Jom pergi klinik"
"Takpalah.. mira okey.. pergi farmasi je. Mira nak beli ubat selsema."
"Okey sayang."
Iman pergi ke farmasi seorang diri. Dia tidak membenarkan mira mengikutnya walaupun mira berdegil.
"Abang dah siap beli?"
"Dah sayang.. sayang tidur dulu. Nanti dah sampai rumah abang kejutkan"
"Ok"
Di rumah
"Sayang, bangun sayang.. kita dah sampai rumah."
Berkali-kali iman mengejut mira, tetapi dia tetap tidak bangun. Iman mengambil keputusan untuk mendukung mira.
"Kenapa mira tu iman." Tanya mama dengan cemas.
"Mira demam ma. Tadi dia main hujan. Dah larang tapi degil juga."
"Ouh, bawa cepat mira ke atas. Mama nak ambilkan ubat untuk dia."
"Takpa ma, iman dah beli tadi."
"Ouh kalau macam tu mama pergi buat bubur dulu."
Aku meletakkan mira perlahan-lahan ke atas katil. Aku membuka shawlnya yang sudah basah terkena hujan dan menyarung kembali dengan shawl yang baru. Takut nanti dia tak selasa pula. Aku mengambil towel kecil dan baldi lalu mengisi baldi tersebut dengan air suam.
Aku melihat mira tidur dengan nyenyak. Suhu badannya tidak surut lagi. Aku meletakkan towel kecil yang sudah dicelup dengan air suam tadi keatas dahinya.
Aku duduk disebelah mira dan memegang tangannya. Mata ni tidak terlepas memandang raut wajah isteri tercinta. Semakin lama mata ini semakin layu....
Bsrsambung..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro