Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

♡7♡

Iman bangun awal pada pagi ini. Dia melihat jam di telefon pintarnya. Sudah menunjukkan pukul 4:30 a.m. Dia melihat Mira di katil.

"Nyenyaknya dia tidur." Bisikku. Aku kemudian bingkas bangun pergi ke bilik air untuk membersihkan diri. Selepas siap mandi dan memakai baju, aku  melipat selimut dan menyusunnya di atas kerusi bersama bantal yang aku gunakan tadi.

Aku pergi ke arah katil. Aku mengoncang badan mira secara perlahan untuk mengejutkan mira solat subuh.

"Bangun sayang, dah nak dekat subuh nih" kataku dengan lembut. Penat benar agaknya. Aku boleh nampak raut keletihan di mukanya yang putih bersih itu.

Sapa yang kejut aku pagi buta nih! Kacaulah orang nak tidur!

Aku mencelikkan mata secara perlahan. Cuba menganalisa siapa yang mengejutku pagi buta begini.

"Ahhh!!! Mama! Ada lelaki dalam bilik akak!" Jeritku sekuat hati. Aku terkesima melihat seorang lelaki boleh berada di dalam bilikku!

"Ni abang imanlah. Kenapa mira jerit nih." Terang iman sambil mengerutkan dahinya.

"Hah? Abang iman?" Otakku ligat berfikir. Dengan serta merta aku mengukir senyuman.

"Heheheh.. sorry abang iman. Mira ingat orang jahat tadi. Mira tak biasa kalau ada lelaki satu bilik dengan mira." Terangku dengan jujur. Lagipun aku ni blur sedikit bila bangun tidur.

"Ouh takpa. Abang faham." Balas iman. Dia tersenyum mendengar penjelasan mira. Suami dia sendiri dituduh orang jahat pula. Mira.. mira..

"Apa yang bising nih? Sampai ke bawah mama dengar." Tegur mama mira yang baru masuk ke dalam bilik mereka.

"Ehh! Takda apalah mama." Jawab mereka serentak..

Terbit juga perasaan bersalah dalam diri mira. Dia telah membuat kecoh pada pagi buta begini.

"Sorry ma.." luahku perlahan namun masih boleh didengari oleh mamanya.

"Tak mengapalah. Mira, lepas siap solat tolong mama dekat dapur ya." Balas mama sambil keluar dari bilik tersebut."

"Baiklah."

Aku lantas turun dari katil selepas mama beredar, kemudian masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Setelah aku siap mandi, kami solat bersama.

"Aminn."

Aku menghulurkan tangan untuk menyalam iman selepas imam habis membacakan doa.

Aku kemudian ingin keluar dari bilik selepas melipat sejadah. Aku ingin membantu mama memasak. Sebelum sempat aku melangkah keluar, iman memanggilku.

"Mira, boleh abang minta izin untuk letak pakaian abang dalam almari mira." Tanya iman.

"Boleh. Letak jelah. Mira tak kisah." Balas mira sambil mengukirkan senyuman manisnya.

Setelah mira keluar dari bilik, aku mengambil beg roda yang berjenama Polo Swiss dan mengeluarkan semua pakaian yang berada di dalamnya. Aku kemudian memasukkan pakaian tersebut ke dalam almari. Mujur almari mira besar. Bolehlah menampung pakaianku sekali.

Semasa aku meletakkan baju di rak yang paling atas, aku terjatuhkan sebuah kotak bewarna pink.

"Kenapalah aku cuai sangat. Dah jatuh barang orang!." Rungutku.

Di dapur..

"Masak dah rasanya sambal nih. Mama cuba rasa." Aku menghulurkan sudu yang berisi sambal tersebut kepada mama.

"Aah.. sedapp.. pandai kamu masak mira.."puji mama sambil.

"Mestilah.. mamakan sifu mira. Sebab tu mira pandai masak."

"Ada-ada je kamu nih. Pergilah panggil iman dan ayah kamu turun."

"Kejap ya maa.. mira nak hidang dulu lauk nih."

Selepas siap menghidangkan lauk di atas meja, aku naik ke atas untuk memanggil iman dan ayah turun. Tetapi.. kenapa rasa macam tak sedap hati.. nevermindlahh.. mungkin perasaan jee..

Di bilik mira

Aku mengambil kembali kotak tersebut. Gambar-gambar apa yang banyak sangat nih. Aku mengutip satu per satu. Gambar mira dengan seseorang. Siapa dia nih? Kenapa aku tak pernah tahu pasal lelaki nih? Boyfriend mira ke?

Banyak persoalan yang bermain dalam fikiran iman. Sedang ralit dia melihat gambar tersebut, mira masuk ke dalam bilik untuk mengajaknya sarapan. Mujur iman sempat menyorokkan kotak itu dari pandangan mira.

"Abang iman, jom turun makan. Makanan dah siap." Senyumku kearah iman. Pagi-pagi mesti kena murah senyuman.. ciaciaciaaa~

"Oh.. ok. Kejap ya. Mira pergilah turun dulu."

"Emm."

Aku menutup kembali pintu. Kenapa dengan abang iman tadi. Masa aku buka pintu nampak muka dia macam panic.

Aku kemudian memanggil papa untuk makan. Papaku asyik benar membaca surat khabar. Memang rutinnya setiap pagi begitu. Kalau tak baca surat khabar memang tak sah.

"Mama, mira dah siap panggil.."

"Ok. Kamu tolong senduk nasi impit nihh ke pinggan." Arah mama.

Semasa aku menyenduk nasi abang iman dan ayah turun ke bawah.

"Sedapnya bau.." puji iman.

"Mestilah.. ni kan makanan favourite kamu." Sampuk mamaku.

Mira pov

Hah? Makanan favourite dia ke? Patutlah senyum sampai ke telinga..

End pov

"Terima kasih ma sebab masakkan untuk iman. Memang dah lama iman tak makan lontong nih"

"Tak payah terima kasih sangat. Lagipun bukan mama yang masak. Isteri kamu ni yang masak." Balas mama sambil tersenyum.

Iman pov

Dia masak? Untung aku dapat isteri macam dia. Huhuhu..

End pov

"Makanlah abang iman."pelawaku..

"Ok, papa makanlah sekali." Pelawa iman

Sesungguhnya sekarang ni aku tak dapat sorokkan mukaku yang sedang blushing!! Abang iman pula tengah renung aku dengan senyumannya yang menawan. Sabar mira..sabar..

Selepas kami semua siap menjamu selera, aku dan mama mengemas meja makan. Aku kemudian masuk ke bilik rahsiaku.

Sebenarnya bilik ini ialah bilik tempat aku buat assignment, baca buku, novel dan comic. Kiranya macam office aku jugaklahh. Bilik ni aku tampal dengan poster-poster exo.. heheh.. barang-barang kpop yang aku beli semua dikumpul dalam bilik ni. Aku duduk diatas sofa di tepi meja studyku lalu

Di luar rumah

"Kamu termenungkan apa iman.. dari tadi papa tengok kamu senyap je." Tegur papa. Lalu dia duduk bersama dengan iman di gazebo.

"Takda apapun. Cuma tengok langit ni. Mendung je."

"Ouh, papa nak minta maaf pasal mira."

"Hah? Kenapa papa nak minta maaf pula?" Soalku.

"Papa tahu yang mira masih tak dapat terima kamu sebagai suaminya. Tapi papa yakin lama-kelamaan dia pasti boleh terima kamu. Bersabar ya.. perangainya macam budak-budak jadi papa nak kamu bimbing dia jadi isteri yang solehah. Bolehkan?"

Aku terkejut mendengar penjelasan papa. Macam mana papa tahu tentang semua nih?

"Insyaallah pa. Iman akan bimbing dia."

"Baiklah, papa nak masuk dulu. Dah tua-tua nih tak larat duduk lama-lama. Nanti patah tulang belakang papa." Seloroh bapa mentuaku.

Aku pun mengikut papaku masuk kedalam rumah. Aku mencari kelibat mira tetapi dia tiada di ruang tamu. Aku kemudian naik keatas untuk masuk ke bilik amir. Saja untuk berborak dengannya.

"Amir tengah buat apa tuh."

"Tengah masak.. ehh takdalah.. amir tengah main playstation4. Abang nak join?"

"Boleh juga."

Kami bermain sampai masuk waktu asar. Aku kemudian meminta diri untuk keluar.

"Amir, abang nak keluar dulu. Tapi mana akak mira? Seharian tak nampak dia?"

"Ouh, pagi tadi masa amir keluar bilik amir tengok akak masuk dalam bilik rahsia dia." Mesti rindu isteri dia tuh.. ahh! Lapar pula.. pagi tadi aku tak makan sebab bangun lambat.

"Ouh.. okey."

Iman dan amir keluar bersama dari dalam bilik. Iman ingin pergi mencari mira manakala amir pula ingin makan ke dapur.

"Mira.."

"Eh abang iman! Terkejut mira. Abang iman masuklah. Kecil je bilik nih.." pelawaku.

"Ok."

Aku duduk diatas sofa di dalam bilik tersebut. Wah!! Banyak giler poster kpop! Memang minah kpopers betul dia nih.

"Kreatif mira. Tampal poster-poster nih."

"Ouh..hehehe biasa-biasa jaa.. tu pon sebab exo ni group fevourite mira. "

Setelah puas kami bercerita, masing-masing terdiam. Tidak tahu untuk berkata apa-apa lagi. Sampailah abang iman membuka bicara..

"Kalau abang tanya ni mira jangan marah."

"Tanya jelah.. mira takkan marah."

"Siapa Zarith Amzar?"

Hah? Macam mana abang iman boleh kenal zarith? Setahu aku, aku tak pernah pun cerita apa-apa tentang zarith dekat dia.

"Macam mana abang iman boleh tahu?"

"Tadi masa abang masukkan baju dalam almari. Abang terjatuhkan kotak mira. Abang nak minta maaf sangat. Masa abang nak ambil kotak tu abang nampak gambar iman dengan seorang lelaki. Abang tahu nama tu sebab abang baca note dekat belakang gambar." Terangku dengan jujur.

"Ouh.. itu kawan mira masa satu university. Takda apapun. Mira maafkan abang iman. Lagipun abang iman bukan sengaja nak jatuhkan kotak tu. Mira yang cuai sebab tak letak elok-elok." Terangku. Sejujurnya aku berasa sedikit lucu bila melihat abang iman seperti cemas. Mungkin dia ingat aku akan marah dia kott.

"Ouh.. lega abang. Abang ingatkan mira nak marah dekat abang."

"Taklah. Small matter je tu.." aku menyambung semula membaca comic yang tergendala tadi. Tiba-tiba abang iman bersuara lagi.

"Esok ikut abang boleh?"

"Ikut? Pergi mana? Pukul berapa?"

"Adalah.. rahsia.. pukul 8 a.m., boleh tak?"

"Ok"

Ish abang iman nih.. pandai berahsia pula dia sekarang ni.. benda apa agaknya?? 

Kepala mira sudah buntu memikirkan perkara tersebut. Akhirnya iman keluar dari bilik selepas membelek comic-comic dan novel mira. Yang pasti rancangannya esok pasti akan mengembirakan mira.

--------------------

Thanks sebab baca.. author sedihlah sebab xda yang vote untuk story nih.. ,mian klau story ni tak best.. dont be a silent readerss^^

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro