Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

♡6♡

Seminggu sudah berlalu

"Wahh cantiknya anak dara mama,dah nk jadi wife orang dahh.Mira mama harap kamu bahagia dgn abang iman tu dan jadi isteri solehah ye sayang". Nasihat mama kepadaku.

Ya harii ini hari pernikahan kami, aku rasa nak menangis bila mama cakap macam tu. Aku dah tak single lagi, dah nk jadi wife orang dahhh.. kpoppers aku tetap ada. Takkan hilang.. mana boleh tinggal hahaha...

"Baiklah mama,mira janji akan jadi isteri solehah,don't worry mama i can be a good wife"..cehhh speaking berterabur

"Oklah sayang.. mama percayakan kamu. mama nk keluar dulu nk layan tetamu."

Aku mengenakan dress pink yang dibeli di butik tempoh hari. Memang betul kata Marlissa, memang sesuai dengan aku.

"Wahhh cantiknya akakk!!!!."

"Kau ni adik! terkejut akak tau,selamat tak da heart attack kalau ada dah lama akak mati. Hurm, biasalahh akak siapa la katakan".

"Ekleh,kakak siapa ni eh?!sorry saya tak da kakak yang berlagak mengalahkan puteri nih".kata adik ku smbil gelak.

"Haah juga,aku mana ada adik pelupa macam niiii.Dahh la amir baik kau tolong mama layan tetamu lagi baik...Dapat pahala lagi. Akak layan kepala otak kau sampai malam nanti tak habis lagi ".

"Amir tolonglah mama kat bawah. Ni Amir datang  sini pun nk bagitahu yang bakal abang ipar adik dah sampai.Akak punya pasal laa ni sampai adik lupa nk bagitahu".

"Eh dia ni  yang main masuk bilik kita nak kata kita yg salah.Alamak abang iman dah sampai,ok tak saya ni?" Tanyaku dekat mak cik yang berjiran sebelah rumahku.

Mesti korang tertanya ..mak cik ruby aka jiran sebelah rumah aku ni pandai make up pengantin...jadi tak perlu bazirkan masa dan duit nak cari tukang make up. Mamaku mengupah dia untuk make up kan anak dia yg gojes ni .. huhu perasan

"Dah cantik, mak cik tak make up tebal-tebal  sebab kamu dh memang cantik dengan kulit putih bersih kamu tu."

Makcik ni puji aku cantiklah.. huhuhu..

"Kamu pakai produk apa miraa? Cantik sungguh kulit kamu". Tanya mak cik ruby yang asyik dari tadi membelek mukaku.

"Pakai produk terkini sekarang ala yang quputeh quputeh, baru la putih tu .Haha tak da la tak pakai apa apa pun hehe."

"Kamu ni mira lawak benor,ohh produk vida tu ke hahaha..apa apa jelah kamu ni mira.Dahh jom jom keluar, majlis dah nak mula nanti lama pula tetamu menunggu lagi-lagi bakal suami kamu."

"Mak cik ni,malu la miraa."

"Eh!mira cepat-cepat semua dh tunggu!!".kata mamaku sambil tangannya sempat lagi membetulkan shawl yang terlilit kemas di kepala.

Skip

Dengan lafaz
*Bismillahhirahmnnirrahim*

"Aku terima nikahnya Amira Awirna binti Mohd Zahid dgn mas kahwinnya 800 ringgit tunai."

"Jadi semua sah?"tok kadi menyoal.

"Sah!!!!!!!! " balas semua tetamu.

"Alhamdulilah"ujar tok kadi.

Mama aku kelihatan gembira sehingga mengalirkan air mata. Yelahh anak perempuan dia dah jadi milik orang. Sapa mak tak gembira bila anak dah kahwin.

"Baiklah suaminya boleh sarungkan cincin di jari manis isteri." Arah tok kadi

Aduhhh bahagian ni aku paling takut kena berdepn dengan dia. rasa seram sejuk ..tangan aku pun dh sejuk...tenang mira buat mcm biasa je.

Iman menyarungkan cincin yang bertatahkan berlian yang berbentuk hati di jari manis mira. Amat cantik sekali. Cincin ini dipilih sendiri oleh iman untuk isterinya.

"Mira cium tangan suami kamu tu" bisik mamaku.

"O..okey."

Abang iman menghulurkan tangannya kepadaku lalu aku sambut dan mencium tangannya.

"Cantiknya isteri abang". Bisik suamiku sambil tersenyum.

Huishhh cair aku,huhu..

Tiba tiba tanpa diduga abang iman mencium dahiku..bertambah berdebar jantung aku..lagi-lagi masa bau perfume yang dia pakai. Menusuk kalbu!! Aduh!! Apahal harini sejuk semacam!!

Iman pov

Wahh! Cantiknya dia. Aku rasa macam nak peluk je sekarang nih! Sabar iman.. huhuhu tapi kenapa tangan dia sejuk sangat.?

End pov

"Iman, duduk rapat sikit dengan mira. Akak nak tangkap gambar nih". Arah akak photographer yang sedang ralit memegang camera Canonnya..

"Oh..ok. mira dekat sikit dengan abang."

"Hah? Ok"

Aku senyum dengan terpaksa. Kekok juga bila duduk dekat dengan abang iman.

"Sekarang kamu berdua pegang tangan dan iman cium dahi mira tuh."

Mira pov

Lagi sekali!!?? Hadap jelah mira..

End pov

"Clikk!clikk!"

Majlis akhirnya bersurai selepas sesi bergambar keluarga aku, keluarga abang iman dan seluruh keluarga besarku.

Keesokan hari..

"Mama, mira takutlah nak naik pelamin. Kalau tak payah naik tak boleh ke?" Ujarku kepada mama. Iyelah nanti ramai tetamu tengok. Aku dahlah pemalu.

"Kamu jangan mengada mira. Takda apapun. Apa yang kamu takut sangat nih?." Pujukku. Mira nih masa-masa macam ni nak buat perangai pula.

"Mira malulah." Aku berterus-terang sambil mengemgam erat tangan mamaku.

"Pasal tu ke.. kamu takyah risau.. perasaan takut tu akan hilang nanti." Pujuk mamaku bersungguh-sungguh.

Skip

"Diumumkan ketibaan pengantin lelaki Haikal Iman dan pasangannya Amira Awirna untuk naik ke pelamin."

"Ahh!! Berdebarnya rasa" gusarku.

"Mira bertenang tau" kata abang iman yang sedang berdiri disampingku. Lega rasanya bila abang iman memberikan semangat.

Kami berjalan beriringan masuk ke dalam dewan dengan iringan dua kanak-kanak lelaki dan perempuan di hadapan. Mereka membawa sebuah bakul berisi bunga.

Baik mira mahupun iman, kedua duanya merasakan perasaan yang sama iaitu gementar! Ini kerana ini merupakan pengalaman pertama bagi mereka apabila disambut dengan ramai tetamu.

Akhirnya aku duduk di atas pelamin. Selepas sesi menepung tawar dilakukan aku dan abang iman dijemput menjamu selera. Abang iman mengambilkan hidangan untukku. So sweet.. huhu. Selepas siap menjamu selera kami mengambil gambar bersama. Akhirnya majlis bersurai. Banyak juga hadiah yang kami dapat. Tak kiralah dari sahabat handai mahupun saudara-mara.

Waktu malam

"Bila kita nak buka hadiah ni?" Tanya amir kepadaku sampil membuat puppy eyesnyaa

"Eh dik, kau tak payah mengada! Ni hadiah akak tau." Aku menjelir lidah kepadanya.. padan muka! Tadi dia kenakan kita.

"Alaaaa.. abang iman!! Akak tak nak bagi hadiah tu kat amir!" Rengeknya kepada abang iman.

"Takpa, nanti abang kasi. Kak mira saja je tuh" pujuk iman.

Hish budak nih!! Perangai dia makin menjadi pulak bila dengan abang iman. Mentang-mentanglah abang iman tu abang kesayangan dia!

"Kau tu dah besarlah dik.. tak payahlah nak berhadiah bagai". Perliku. Ialah macam budak darjah dua je aku tengok masa dia merengek kat abang iman tadi.

"Ikut suka hati adiklah!"

Abang iman hanya melihat telatah kami berdua. Rajin betul dia tadi. Lepas habis majlis terus tak berhenti buat kerja.

"Mira ngantuklah.. nak tidur dulu.. bye..." aku mempercepatkan langkah ke bilik.

Macam mana nih? Aku kena tiidur sebilik dengan dia!! Ya tuhan.. apa nak buat. Aku rasa baik aku suruh dia tidur sofa dan aku tidur atas katil.. heheehe..

"Mira? Dah tidur ke?" Tegur iman yang baru masuk kebilik.

Tak berjawab. Memang sah dia dah tidur. Aku mengambil selimut lalu menyelimutkan badannya. Kemudian aku duduk menatap isteriku yang comel ini.

"Cantik isteri abang." Aku mengelus lembut rambut mira dan kemudian mencium dahinya.

"Abang janji akan jaga sayang dan sayangkan sayang sampai bila-bila. Itu janji abang."

Selepas menatap isterinya, iman bangun dan tidur di atas sofa yang telah disediakan bantal dan selimut oleh mira.

Iman tidak sedar bahawa mira telah mendengar semua yang dikatakan olehnya kepadanya.

"Mira minta maaf." Itu sahaja yang mampu mira luahkan.. akhirnya kedua-dua mereka tidur dengan lena.

Bersambunggg♡♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro