❤13❤
Dalam kereta
Mira berasa gelisah. Abang iman dari tadi mendiamkan diri. Mungkin gurauannya sebentar tadi mengguris hati abang iman.
Haish, aku gurau sikit pon dah nak merajuk. Apa aku nak buat nih??
"Err.. abang marah mira ke?" Tanya mira sambil tangannya mencuit bahu iman.
"Hmm.." Balas iman acuh tak acuh. Matanya difokuskan pada jalan raya.
"Sorry la abang, mira cuma gurau je. Mira tahu salah mira. Mira janji tak buat lagi." Kata mira dengan suara terlebih sayu. Matanya dikelipkan berkali-kali.
"Hmm." Balas Iman kembali tanpa melihat isterinya. Sengaja dia mahu menguji isterinya. Haritu dia merajuk dengan aku. Harini aku pulak merajuk. Hah! Pujuk, pujuk.
"Abang ni dari tadi asyik cakap hm hm hm je. Abang maafkan mira tak?" Tanya mira lagi.
Haish, hati beku ke hape iman nih?? Ok ni last tactix aku. Kalau tak jadi ni memang fadeup dahlah nak pujuk dia. Ok semua tengok taktik aku. Hahaha.
"Abang~ mira minta maaf tau. Abang maafkann laa miraa." Kata mira dengan muka yang comel. Mira mengangkat kedua dua tangannya dan membuat buing buing. Ala-ala gaya orang korea buat gwiyomi.
Iman memandang sekilas ke arah mira. Bibirnya ditahan agar tidak mengukir senyuman.
Ya allah comelnya isteri aku ni! Sabar iman. Biar mira rasa apa perasaan orang yang memujuk orang yang tengah merajuk. Hahahah. Bersalah, bengang, mati akal semua ada.
Iman tiba-tiba berasa pelik. Kenapa mira senyap pulak. Bila dia toleh ke kiri, dia nampak mira sudah lena dibuai mimpi. Senyumannya diukir. Ya allah, indahnya ciptaan Mu ini.
15 minit kemudian akhirnya mereka sampai di depan perkarangan rumah. Iman nampak kereta ibu dan ayahnya diluar rumah.
Dia mengejut mira untuk bangun. Sudah puas iman mengejut mira. Namun tiada tanda wanita tersebut ingin bangun dari tidurnya. Hanya dengkuran halus mira menyahut panggilannya.
Segera Iman keluar dari kereta dan menyalam kedua ibubapanya yang sudah tercegat di depan pintu rumah.
"Ibu dan ayah dah lama sampai?" Tanya iman dengan ramah.
"Baru lagi iman. Mana mira, ibu tak nampak pun?"
"Ada dalam kereta tu. Puas iman kejut dia bangun. Penat sangat agaknya."
"Kamu pergi mana tadi iman? Sampai tertidur mira tu." Tanya ayah iman pula.
"Pergi beli barang dapur tadi. Jomlah ayah, ibu masuk dalam rumah. Panas kat luar nih." Tangan iman ligat membuka kunci pintu rumah.
Mira pov
Kenapa rasa panas nih? Aku mengerling tempat duduk abang iman. Eh? Bila masa sampai rumah. Omo! Dia tak kejutkan aku! Dahlah pergi tutup enjin kereta. Panas weih! Haih, merajuk lagi ke dengan aku. Sampai tinggal aku ni? Tabahlah mira. Mujur suami kau handsome.
End pov
"Assalamualaikum ibu, ayah." Sapa mira dengan mesra. Tiba-tiba perasaan malu menguasai diri. Dahlah tertidur dalam kereta tadi! Malu! Malu!
Dia cuba mencari kelibat iman. Namun tiada. Mungkin suaminya pergi membancuh air.
"Mira nak ke dapur kejap. Nak buat air. Ibu dan ayah berehatlah dulu."
"Tak payah susah-susahlah mira. Kami baru singgah warung tadi." Tolak maklong mira atau ibu mentua mira dengan mesra. Baik sungguh menantunya itu. Memang tak salahlah pilihannya apabila menjodohkan iman dengan mira.
"Tak susah mana pun. Kejap ya." Laju sahaja langkah mira ke ruang dapur. Memang betul tekaannya. Iman sedang menbancuh air.
"Abang, abang marah mira lagi?" Tanya mira buat kali ke entah berapa kali dah.
"Abang tak marah pun dekat sayang. Maafkan abang ye. Abang sengaja nak buat merajuk dengan mira. Muka mira comel tau bila buat gwiyomi. Hehehe." Terang iman. Matanya dikenyitkan ke arah mira.
Lantas tangan mira mencubit tangan suaminya. Jelingan maha maut diberikan.
"Abang! Tak lawaklah. Mira ingat abang merajuk dengan mira tadi. Cemas tau tak. Puas mira fikir macam mana nak pujuk abang." Mulut mira dimuncungkan. Tanda protes dengan iman.
"Ala sayang. Sorry okey. Lepas ni abang tak buat dah. Promise!" Janji iman. Tangannya diangkat separas bahu. Tanda ikrarnya terhadap mira.
Tanpa mereka sedari, ibu dan ayah iman sedang ralit memerhatikan mereka disebalik dinding yang memisahkan dapur dengan ruang tamu.
"Sweetnya diorang bang. Abang tak pernah nak buat macam tu dekat saya." Luah puan Arina. Dirinya tumpang bahagia melihat keletah anak dan menantunya.
"Ada-ada je awak ni Rina. Kitakan dah tua. Takkan nak sweet-sweet macamtu lagi. Itukah orang muda je buat. Lagipun saya selalu lah sweet-sweet dengan awak dulu." Balas encik Azman.
"Lelaki memang macam tu. Awak sweet-sweet dengan saya pon masa kita baru kahwin. Masa tu pon saya masih cantik lagi. Sekarang ni saya dah tak cantik. Muka dah berkedut. Manalah awak nak pandang saya dah." Lirih sahaja suara puan arina. Jujur dia terasa dengan suaminya. Dia mahu suaminya seperti suami orang lain. Sentiasa meluahkan perkataan cinta, sayang.
Encik azman menatap wajah muram isterinya. Isterinya itu sangat sempurna dimatanya. Dia tidak perlukan kata-kata indah untuk menunjukkan bahawa dia mencintai isterinya itu. Cukuplah dengan menjaganya sebaik mungkin. Namun dia sedar, hati perempuan perlu selalu dibelai. Barulah sayang itu kekal berpanjangan.
"Baiklah tuan puteri arina. Lepas ni saya sweet-sweet dengan awak ye. Janganlah merajuk. Isteri saya ni tetap cantik di mata saya. Tak kiralah orang lain cakap muka awak berkedut ke, berjerawat ke, saya tetap cintakan awak." Ujar encik azman dengan tenang.
Hati puan arina kembali berbunga. Bila masa pula encik azman ni pandai bermain kata? Ah, lantaklah. Janji impiannya untuk bermanja dengan suaminya termakbul.
"Ibu, ayah. Jemput minum." Pelawa mira. Tangannya ralit menuang air ke dalam cawan lalu diberikan kepada puan arina dan encik azman.
"Kenapa ibu dan ayah tak bagitahu iman dulu yang ibu dan ayah nak datang. Boleh kami beli makanan sikit tadi." Tanya iman.
"Saje je, nak buat suprise." Balas puan arina.
"Ouh.." Balas iman dan mira serentak.
"Kami cadang nak tinggal disini selama seminggu." Ujar encik azman pula.
"Apa!" Mulut iman dan mira saling ternganga. Biar betik!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro